Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Allah masih memberi kesempatan dan nyawa kepadaku dan suami untuk celik menikamati 1 Ramadhan bersama sebagai suami isteri yang sah.. Syukur.. Inilah nikmat yang tidak terkata di sebalik ujian demi ujian yang dihadiahkan kepada kami.. Alhamdulillah.. Pada hari Jumaat lepas saya hadir ke ceramah tentang Bulan Ramadhan di Ibu Pejabat sempena PUSPANITA Jabatan. Dengan ilmu yang Ustazah sampaikan syukur Alhamdulillah sampai terus ke hati dan dapat juga dikongsi ilmu2 tu bersama hubby tercinta.. Sayu katanya bila mendengar tentang Istimewanya Ramadhan.. Mungkin cara penyampaian saya yang hampir bergenang air mata buatkan dia bertambah sayu dan genggaman erat tangan buat dia bertambah sebak.. Wallahualam.. Tapi itulah hakikat betapa hebatnya keistimewaan Ramadhan yang Allah sediakan kepada umat2Nya untuk menghargai setiap detik waktunya..
Hari ini sempena 1 Ramadhan 1432H saya dengan penuh keikhlasan di hati ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada sesi ceramah baru2 ini.. Semoga dengan ilmu2 ini kite dapat memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang sedia ada pada diri kita.. Semoga perintah Allah dalam mengurung Syaitan, Jin dan Iblis pada Bulan Suci (Ramadhan) ini dapat menguatkan lagi keazaman kita untuk bertaubat dan mempertingkatkan amalan2 terbaik sebagai umat Islam.. :) InsyaAllah..
Ada sedikit lagi ilmu yang ingin saya kongsikan dimana pada bulan Ramadhan inilah turunnya Al-Quran sebagaimana jelas di dalam Surah Al-Bagarah :185 yang bermaksud:
Ada sedikit lagi ilmu yang ingin saya kongsikan dimana pada bulan Ramadhan inilah turunnya Al-Quran sebagaimana jelas di dalam Surah Al-Bagarah :185 yang bermaksud:
"Kamu diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Al-Quran itu menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:
1. Pintu Syurga Terbuka Luas
Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah. Malahan di bulan yang mulia ini jugalah Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hambaNYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka."
Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.
2. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup."
"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup."
Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.
3. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar
Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Qadr: 1-5 yang bermaksud:
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran Lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah S.W.T dan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."
Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan A segala dosanya. Subhanallah..
4. Syaitan dan Jin Dirantai
Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.
Dan apabila hati kamu tergerak untuk melakukan kemungkaran dan perkara-perkara yang dilarang Allah maka itu adalah kesan daripada latihan syaitan dan iblis selama 11 bulan dan latihan itulah yang telah menyerap masuk ke dalam jiwa kamu.. Laknatla kamu jika kamu menjadi pelaku setia kepada segala perbuatan yang diajari dan dipimpini oleh syaitan.. MasyaAllah.. Bak kata Ustazah, dalam setahun ada 12 bulan, jadi Ramadhan hanyalah 1 bulan.. Justeru jika iman tidak kental dan kukuh maka setiap ilmu yang syaitan perturunkan selama 11 bulan akan tersemat dalam jiwa para insan yang lemah dan naif sekaligus menutup peluang untuk memanfaati 1 bulan itu.. Wallahualam..
5. Pahala diberi oleh Allah S.W.T kepada umat-umatNya yang berpuasa.
Allah SWT berfirman dalam hadis riwayat Bukhari:
”Orang yang berpuasa meninggalkan makan dan minum untuk diri-Ku (Allah). Jadi puasa itu untuk diri-Ku dan Aku sendiri yang akan memberikan pahalanya. Kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya"
6. Syurga Babul Rayyan akan terbuka dan sentiasa memanggil-manggil
Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan akan memasuki syurga melalui sebuah pintu yang dinamakan Babul Rayyan. Pintu ini akan sentiasa memanggil-manggil mukminin dan mukminat yang berpuasa di bulan Ramadhan.. MasyaAllah.. Bayangkan la kalian pintu syurga yang memanggil kita.. Betapa indahnya nikmat dari Allah itu..
Doa untuk hari ini:
Dari Abu Hurairahradhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (shalat tarawih) karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
Ya Allah Ya Tuhanku, teguhkanlah jati diriku! Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas diriku! Bariskanlah aku sebaris dengan kekasih-Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan