Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Khamis, 21 Jun 2012

Bercuti di Cameron Highland Pengubat Duka!



Alhamdulillah.. Keinginan untuk ke Cameron Highland akhirnya tertunai.. So cuti yang da ambil dulu telahpun ditunda ke tarikh 7 Disember - 9 Disember tahun lepas.. Kalau tak trip yang sepatutnya tu, pada penghujung bulan Oktober tahun lepas.. Tapi  terpaksa dibatalkan dan booking full payment juga hangus begitu sahaja.. Tapi disebabkan percaya kepada segala ketentuan dan hikmah dari Allah redha saja.. Xpela..

Pada 7 Disember tahun lepas hari yang bahagia dapat bersama hubby menikmati keindahan alam semulajadi di Cameron Highland ni.. Kami melalui jalan yang mudah dan agak selamat.. Walaupon agak jauh dari exit Tapah dalam 46km tapi janji jalan tu mudah dan xda la nak muntah2 nanti.. Alhamdulillah syukur.. Jalan exit Simpang Pulai ni lebar.. xla teruk sangat.. Berbanding exit di Tapah yang dikatakan agak curam dan bengkang bengkok, sempit dan terpaksa berhimpit dengan kenderaan lain bila berselisih.. kalau sesama kereta xapa.. Tapi bayangkan kalau sesama lori2 buah dan sayur.. Dari elok2 boleh sampai cepat tapi jadi lambat pulak bila kena 'que'.. 


HARI PERTAMA



So ini antara koleksi2 gambar yang boleh dipaparkan.. Sebenarnya terlalu banyak gambar2nya mencecah sampai 200 keping.. Tapi takut u all xlarat je nak baca n tengok..Huhuhu..

Percutian kali ini merupakan percutian mengubat duka hati yang sedih setelah kehilangan anakanda tersayang kami.. Jadi sebagai mengubat hati hubby spend his money again untuk isterinya ini merawat kekecewaan yang lalu.. 



Kami menginap di Rosa Pasadena Hotel selama 3H2M..


 Seronok xterkata sebab inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Cameron Highland.. Pulak tu bersama yang tercinta.. Masa kami pergi ni musim sejuk hujan renyai2 jugakla.. Tapi Alhamdulillah waktu kami ingin bergambar dan menikmati pemandangan hujan xda la turun.. Dapatlah snap banyak gambar.. Cume banyak yang sorang2.. Walaupon bawak 'tripod camera' tapi masalah yang melanda pulak lupa bawak charger kamera.. Da terpaksa sekat2 nak bergambar berdua sebab hampir kehabisan bateri kamera.. Yang lain2 menggunakan enfon hubby untuk bergambar..


Kami bawa bekalan dari rumah untuk makanan tengahari.. Masa ikan belanak asam pedas dan sayur kailan.. Siap bawak nasik lagi u.. So lunch kami agak lewat sebab sampai lambat dalam pukul 3.00 petang selepas check in di Hotel dan makan pon dalam bilik.. Sume peralatan makan kami bawak.. Konon nak alar2 romantik la tu.. Gedik tak hengattttt.... 


Memandangkan saya 1st time nak pegi, hubby pon bawaklah macam kura2 kerana kami sendiri nak menikmati suasana sejuk kat luar.. Bukak tingkap seluas2nya dan keluarkan tangan.. Hahahaha.. Sungguh jakun betul.. Tapi bila keluarkan tangan memang terasa macam ada percikan2 air membasahi tangan (mungkin awan sejuk sebab berkabus manjang).. Tapi bila pegang tapak tangan xpulak basah.. Indah ciptaan Allah.. 














Sempat pulak bergambar kat depan cermin sebelum meronda di Pasar Malam berdekatan 
Hotel Rossa Pasadena...



HARI KEDUA 

Hari keesokkannya selepas b/fast  kami dapat ke Ladang Teh di kala hujan tidak turun.. Seronok sangat sebab tiap kali nak kua berjalan je hujan berhenti.. Syukur Alhamdulillah... Jalan menuju ke ladang teh ni makkkk aiiiiiii... Sangat berliku2 macam ular dipalu.. sangat2 mencabar.. Kalian yang menaiki kenderaan sendiri perlu memastikan hon berfungsi dengan baik.. Jadi masa melalui lorong2 sempit yang berliku2 itu boleh menggunakan 'hon kenderaan' sebagai signal pada kenderaan bertentangan di hadapan ok.. Berhati2 amat perlu jika melalui lorong2 seperti ini sebab jalan agak sempit.. :)




Pemandangan sekitar Ladang Teh, Cameron Highland memang best sangat2 tambahan pula awan dipenuhi dengan kabus tebal (musim hujan renyai jadi sejuk sangat2)










 

















Selesai bergambar di Ladang dan Kilang Teh Boh, kami singgah membeli durian yang dijual oleh orang asli.. kekeke.. Cuaca di atas terlalu sejuk so hubby cadang leh la mam durian.. Hubby amik durian kembar..




Seterusnya, kami ke Ladang Strawbery pulak.. Jangan sangka kat sana ada satu (1) saja ladang strawbery.. Sebenarnya bersepah2.. Pilih je mana nak masuk..








Kemudian kami ke satu taman bunga (lupela pe nama lokasinye... Kat dalam tu ada kedai cenderahati untuk printing segala bagai gambar2 kita.. Tak kira la kat atas jubin ke, cawan ke, bantal ke, frame ke, piring ke, dll.. Siap amik gambar kat sini untuk buat kenangan.. Editing sekali.. Masa ni da xda keje lain rasanye nak membazir.. Huhuhu




Malam itu kami mencarik Restoran untuk hidangan makan malam sebagaimana yang dimaklum oleh kawanku Dina.. Tqsm dina for ur guidance.. Katanya sini sedap untuk western food.. Untuk memanaskan badan kami pon meninjau2 takut salah jalan or tersesat (cewwwaaaahh..)





Kat sebelah Restoran ni ada kedai cenderahati.. Kami singgah sekejap dok melaram ape yang ada kat situ.. Hihihi.. Harganya bole tahan.. So kami xbeli pon pape kat situ..
  



Malam tu kami singgah pulak pasar malam.. Memang borong sakan la segala macam buah bagai dan barang2 kecil2an untuk anak buah..



Ni peta hasil rompakan pamplete di Hotel kami menginap yer.. Leh la kalian jadikan panduan bile nak ke Cameron Highland nanti.. Just crop dan print.. ;)




HARI KETIGA


Pagi tu awal2 kami da b/fast sebab masih xpuas berjalan dan bergambar sakan.. 

Tengok! sikit je kan makan.. Sebenarnye tu baru 1st round.. Hihihi..





After b/fast kami round lagi sampai naik ke puncak Strawbery Park Hotel.. Dari atas nun di sana leh nampak luas pemandangan Cameron.. Bestttttt...












Kemudian kami round lagi ke Strawbery Farm yang lain pulak.. ;)















Seterusnya kami ke Hutan Lipur ini pula..












Seterusnya kami ke alamak!!! Lupa nama tempatnya.. Tapi memang kat tepi jalan la menghala ke jalan kami lalui (Simpang Pulai).. Bukan menghala ke Tapah yer..




Berlawan mata bagai dengannya..




Cemburu punye pasal.... :P





Kemudian kami ke Strawbery Farm yang lain lagi.. Wahhhhh... Penat jugak kaki tapi memang nak balun sume tempat.. Kat sini boleh pick strawbery ikut bape banyak awak mahu.. Tapi sekali entry RM20 dan bole hanya bape gram saja petik.. Selebihnya kena tambah.. Tapi puas hati sebab masih freshhhh.. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Hotel Equatorial.. Check it out!!!
  






Kemudian balik bersoping xhengattttt, kami balik ke hotel dan bersiap2 untuk mandi dan bawak sume barang2 yang telah di pack ke dalam kereta.. Selepas check out kami singgah lagi sekali ke ladang Teh sebab nak round sume tempat kat situ dan menghabiskan saki baki wang yang ada... Hahahaha.. Siap sanggup panjat tangga yang betapa jauhnya nak sampai ke atas restoran dan kilang.. Kali ni kerana parking di atas da penuh kami pon redha la park di bawah.. Sambil2 dapat jugak menghirup udara pagi yang segar dengan hijauan teh sekeliling kami.. ;)





Kami membeli teh di Kedai Boh sebab ari tu 1st day xsempat nak pegi.. 



Last snap before berangkat pulang...



Masa perjalanan balik pulak kami siap berpatah balik ke belakang semata-mata nak beli madu asli yang lebih murah ditawarkan oleh orang asli.. Yehaaaaaa... Dapatla harga lebih murah dalam RM20 untuk sebotol daripada RM40.. :) Pandai hubby bodek orang asli tu.. So kami amik madu yang warnanya gelap sikit tuh.. Katanya bagus untuk tenaga.. Kalau madu tualang untuk selsema.. Kami grab sebotol je.. Tapi bile balik sampai rumah kami menyesal xbeli lebih.. hihihi.. 




Kami memang rancang nak pegi lagi cume tak tahu je bila.. Apepon memang seronok sebab pegi musim hujan (tapi xla lebat pon masa tu).. Yang best lagi bila bercakap ngan hubby ada kepul2an asap kua dari mulut.. cewaaaaahhh.. asik tiup2 banyak kali depan hubby menunjukkan kejakunan ku.. macam kat 'obesea' la konon nye tuh.. hihihi.. 


Barang2 yang kami dapat hasil sumbangan kepada pihak2 yang berkaitan di Cameron Highland sana akan di upload kemudian sebab saya tak bawak kamera hari ini.. Hihihi.. 

Kepada yang berminat ke Cameron Highland boleh la carik masa yang sesuai.. Jangan pulak pergi waktu musim panas sebab maybe cuaca di atas tu xla sesejuk macam bila musim gerimis mengundang.. Dalam bulan Disember ke bulan Febuari tu maybe masa yang sesuai kot kalau nak nikmati pengalaman dan suasana sejuk macam kami lalui.. Ceeewaaaahhhh... Konon kannnn..
Photobucket
Like Entry

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum..sy bru je plan nk gi Cmron ngan fmly..klu blh sy tau brp agk2 budget nk gi sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. budget x byk sgt.. kalau booking hotel siap buat payment sekaligus mmg ringan kepala just pikir utk soping brg2 makanan je.. dan cenderahati.. bwk RM500 utk soping pon ok da.. kalau utk mkn luar tu kena bwk lebih sikit ikut bape ari awk pegi k.. RM500 tu pon mcm da byk jgk utk soping..

      Padam
  2. Info yg berguna.plan nak bercuti in early april nanti,insyaallah.salam perkenalan tuan rumah;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan ummu akmal.. pergilah waktu sesuai nye Disember - Febuari (sbb musim ujan sejuk)

      Padam
  3. Salam kenal..thanks for the CH review...lama dah saya tak g CH..last pegi taon 2007....hehe...igt nak g lg bersama si kecil..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenalan juga.. Alhamdulillah dapat pasni g ngan si comel ye..

      Padam

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com