Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 20 Jun 2012

Dia Pergi Dengan Meninggalkan Pesan Dalam Mimpi..


Alhamdulillah...


Setelah mempunyai kekuatan saya mula terasa ingin menulis semula serba sedikit tentang kehidupan saya.. 

Pada 30 dan 31 Oktober 2011 kami telah menempah percutian di Cameron Highland. Hubby saja nak bawak saya berjalan2 mengambil udara sejuk dan menikmati pemandangan indah di sana sebab saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Jadi untuk melunaskan hajat saya hubby sudah membuat tempahan dari awal lagi dengan BPH untuk menginap selama 2 malam dan pembayaran juga sudah dibuat.. :D Borang cuti pun kami da isi masing2.. Tinggal persiapan saja yang perlu dilaksanakan... 

Walau macam manapun tarikh tersebut merupakan tarikh tragedi yang menyayat hati kami.. Saya telah keguguran 2 hari sebelum tarikh kami bertolak.. Betapa hiba hati kami Allah sahaja yang tahu.. Balik saja daripada mesyuarat di Akademi saya dapati seperti ada sesuatu di panties. Tak sakit pun. Turun saja lif di ofis hubby sudah tersenyum menunggu menyambut saya di kereta.. Sampai saja di rumah saya rasa seperti nak buang air kecik. Tapi alangkah terkejut dan terketar bila saya dapati di panties berlumuran darah cair.. Ya Allah! Inikah yang dinamakan bleeding???? Maklumlah pengalaman pertama dan tak tahu langsung bleeding tu macam mane rupe bentuknyeee... Hati da tak keruan.. Bagitau kat hubby dan hubby terus search internet carian tentang bleeding dan tindakan.. Tapi disebabkan hati saya ni terlalu gusar dan asik tak tenang buatkan hubby pon bertambah tak tenang.. Hubby terus kol abah untuk tanye tentang perkara tu dan abah bersoal jawab jugakla dengan hubby untuk dapatkan kepastian.. The decision is abah suruh hubby bawak pegi hospital.. Oh No!!! Ya Allah, selamatkan bayi kami.. Dalam hati saya tak henti2 berdoa.. Sampai di Klinik Presint 9 MA sahkan saya perlu dibawa ke hospital segera. Di hospital kena menunggu dan akhirnya tiba giliran saya. Perbincangan demi perbincangan bersama doktor dan jururawat.. (saya rasa tak perlula cerita sebab mengimbas balik kenangan saat itu memang menyedihkan sangat2..) Malam itu kami tidak nyenyak tidur.. 

Hubby memanfaatkan masa yang terbiar dengan solat2 sunat di bilik sembahyang.. Semasa solat Hubby terasa seperti ada seorang kanak2 yang sangat kecil sedang memerhatikannya dari tepi.. Hilang seketika kekusyukan. Usai solat hubby menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pon yang berada di bilik sembahyang. Jika itulah ucapan selamat tinggal dari anakanda kami, kami redha.. Wallahualam.. 

Pagi keesokan harinya mak dan beberapa orang adik beradik saya datang menziarahi saya di rumah.. Dan malam itu mak menemani saya tidur bimbang sekiranya ada apa-apa berlaku.. Bermulalah dari jam 8.30 malam hingga 5.00 pagi saya bertarung dengan kesakitan.. Dan akhirnya setelah bertarung dengan kesakitan yang ada sampai terbaring di bilik air, dengan bantuan hubby, semuanya telah keluar.. Alhamdulillah.. Saya selamat tetapi dengan complete abortion. Semuanya keluar sendiri walaupun sangat berisiko sebagaimana yang dimaklumkan oleh doktor pakar.

Saya disahkan keguguran pada usia kandungan 15 minggu pada 27 Oktober 2011. 

Selama 2 minggu saya diberi cuti dan berpantang di kampung.. Selebihnya saya menyambung pantang saya di opis.. Inilah pengalaman pertama saya bertarung dengan kesakitan blood clog yang nak keluar bersama2 dengan kantung.. Sakitnya Allah sahaja yang mengetahui.. Bagaimanalah pula perasaan dan kesakitan seorang ibu yang bersalin nanti kan..

Allah hanya memberi pengalaman mengandung pertama kepada saya untuk seketika. Saya dapat merasa bagaimana 1st Trimester seorang ibu mengandung.. Tapi hayat anakanda kami tidak panjang.. Moga dia tenang di sana..

Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com