Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tips Mengedarkan Kad Jemputan di Opis!

Tips ni sesuai gak untuk aku.. Untuk B2B jum kite sesama kongsi ilmu macam mane kita nak edarkan kad kahwin kat opis. Nape ea aku tuju kat pejabat?? Hehehe.. Sebenarnya bila nak edar kad kat pejabat ini la, akan timbul soalan-soalan peribadi bertalu-talu diberi. Maka terjadinya la insiden 'terBedahkan' dirinya tanpa sedar.

Niat dihati orang bertanya, sekadar meringankan mulut berbual, tapi si penerima pula rasa kurang selesa. Saya pun masih juga jadi Cik Bedah dalam tak sedar. Tapi kita sama-sama perbaiki diri ya! Hehehe..



1. Satu lawan satu



Cara yang paling berkesan adalah bagi kad jemputan berdua dengan dia. Maksudnya, bagi kad hanya untuk dia sorang. Saya perasan, kalau saya bagi kad serentak pada dua orang, salah seorang akan ada masa berfikir nak tanya soalan, ketika saya menjawab soalan sorang lagi. Maka, mula la soalan macam "honeymoon berapa lama", "wang hantaran berapa", "bakal suami kerja kat mana" semua ditanya. Kalau kita bagi kad sorang-sorang, dia cuma akan sempat tanya, majlis di mana dan bila. Jadi soalan-soalan yang tak memenuhi piawaian bakal pengantin tidak sempat otaknya proses. hehe



2. Kejutan



Bagi kad ketika dia tak menjangkakan. Jangan la telefon dulu, bagitau nak hantar kad jemputan. Pasti dia sudah fikir nak tanya apa. Datang kubikel orang tersebut, terus sahaja bagi kad. Pasti dia pun tak sempat bertanya apa-apa selain tarikh dan tempat majlis.




3. Mulakan perbualan



Perkara lain, ketika serahkan kad jemputan, terus terangkan majlis di mana, bila. Mesti penerima tak sempat bertanya apa-apa pasal semua yang perlu ditanya telah dijawab. Pastikan minta diri cepat-cepat dengan alasan perlu edarkan kad lagi.




4. Datang, Letak dan Lari
(hahaha.. ni versi memang lawak abis la..)



Ini alternatif terakhir. Kalau mahu elak daripada ditanya itu dan ini, letak kad jemputan siap-siap di meja jemputan. Kemudian lari~~ Hihi.. Tapi ingat, susuli dengan emel pemberitahuan. Teknik ni juga sesuai, kalau kita nak jemput spesifik tetamu. Kadang-kadang, ada situasi kita rapat dengan A, tapi B yang duduk disebelah A, kita kurang bergaul. Jadi untuk elakkan situasi aneh ketika menghantar kad, gunakan teknik ini.



5. Hanya yang dijemput


Jangan sesekali bagi kad ikut jabatan atau bahagian. Ada risiko daripada segi jumlah tetamu. Kita sendiri tak dapat anggarkan bilangan tetamu daripada jabatan tu yang akan hadir. D hari tu pernah nak cadangkan nak letak kad jemputan di notice board pejabat dia, terus la saya bangkang. Kita jemput spesifik orang, memudahkan diri sendiri nak anggarkan tetamu. Kalau kes kad tak cukup, emel kan ada. Lebih personal daripada letak di notice board, ntah siapa yang akan baca, nanti haru jadinya.



Itu la 5 tips yang aku perasan daripada pembacaan aku untuk proses mengedarkan kad jemputan. Tapi, aku memang kena bersedia la, kadang-kadang, kalau terjumpa orang-orang ni di luar, mereka masih sempat akan bertanya tentang itu dan ini tentang majlis kita. Bersedia sahaja la ye daripada mental dan emosi. Hehehe.. Cuma kita sebagai bakal pengantin, cuma kena beringat, bukan hari-hari orang nak tanya kita soalan macam tu. Dah kahwin nanti, tiada siapa dah nak amik tahu. Hihi. Jadi, enjoy sahaja saat ini ok? Zero Stress !
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com