Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Khamis, 4 Ogos 2011

Pelaminku..

Alhamdulillah.. Sekejap saja masa berlalu dan telah tiba Ramadhan ke 5 pula.. Sejak dua menjak ini saya agak sibuk dengan tugasan yang mendesak.. Tambahan pula banyak tugasan yang perlu diselesaikan memandangkan Allah telah memberi rezeki lebih kepada saya dalam kerjaya.. Syukur Alhamdulillah.. Jadi komitmen adalah penting apabila kita telah diberi kepercayaan oleh Pengurusan Tertinggi.. Syukurla.. Rezeki yang Allah limpahkan kepada kami berdua mencurah2.. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap limpahan yang diberi kepada kami.. Dan saya.. Perlu sentiasa terus bersyukur kerana tahun ini merupakan tahun rezeki buat saya dari semua hal.. 

Alhamdulillah, tahun ini saya telah dinikahi oleh insan yang benar2 menjaga segala tingkah laku, pertuturan, pakaian, pergaulan dan penampilan saya. Syukur.. Dialah suami saya dan insan yang saya sayangi lagi kasihi untuk saya taat padanya selagi tidak membatasi ajaran Islam.. InsyaAllah.. Sempena Ramadhan ini banyak perubahan dalam kehidupan yang kami dapat perbaiki.. Semakin diperbaiki, semakin kami rasa setenang nya air di kolam kehidupan yang dijalani.. 

Alhamdulillah.. Malahan dalam tahun ini juga Allah memberi rezeki kepada kami berdua untuk menunaikan Umrah dan nazar kami selepas diijabkabulkan.. Syukur lagi Ya Allah.. 

Alhamdulillah dalam tahun ini juga Allah melimpahi rezeki apabila saya menerima surat berkaitan dengan prestasi dan saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 (Jabatan). Dan sekali lagi dipanjatkan syukur beserta sujud syukur ke hadrat Illahi atas setiap kurniaannya kepada saya..

dan

Alhamdulillah baru2 ini saya diberi kepercayaan dan peluang peningkatan dalam kerjaya saya.. Nampaknya tugasan akan semakin matang dan bertambah.. Tambahan pula saya sudah mula menapak ke atas untuk duduk di bawah pucuk pimpinan Bahagian dan Jabatan.. InsyaAllah segala kepercayaan dan amanah akan saya sandang sepenuhnya dengan rasa sabar dan usaha.. Selepas ini usaha perlu dipertingkat dan perlu menunjukkan tauladan yang baik kepada pekerja2 bawahan pula.. MasyaAllah.. Besarnya Ujian di sebalik hikmah dan anugerah ini.. Untuk memimpin bukanlah satu perkara mudah lebih2 lagi apabila pekerja dan staff di kalangan yang gemar memberontak dan sukar mengikut arahan.. Itulah cabaran saya pada tahun ini apabila Allah memberi rezeki dalam kerjaya saya dan status saya juga telah bertukar kepada 'Pengurusan dan Profesional'. Semoga nikmat ini dapat saya tempuhi dan hadapi dengan kesabaran dan kesyukuran.. Wallahualam..

Di kesempatan yang ada ini saya nak berkongsi sedikit gambar2 yang masih belum dipadam dalam PC saya. Gambar2 masa wedding..  Lepas ni da boleh delete lah sebab memory capacity da tinggal sikit.. Jum kongsikan sedikit persiapan pelamin saya di Majlis yang lalu.. Mungkin boleh mencetus idea dekorasi yang lebih menarik untuk B2B.. ;) Selamat bersiap untuk Big Day kamu!





  


Akhirnya.. Alhamdulillah..


Photobucket


Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com