Alhamdulillah berkat kesabaran, ketenangan dan kesungguhan akhirnya siap juga coklat penajaan bagi Majlis Pelancaran Single Album Ery Maarof di bawah komposer Saari Amri.. Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi kudrat kepada kami untuk berusaha bertungkus lumus menyiapkan coklat siap packaging.. Walaupon hampir dua hari tidak tidur bersama-sama mengerjakan coklat siap sekali dengan pembungkusan dan penjenamaan akhirnya saya terlelap jua depan TV.. Kononnya nak rest sekejap la.. Sebab rasa kepala dah melayang.. Tapi Alhamdulillah bangun2 je da siap pon baki coklat yang saya xsempat siapkan.. Hubby senyum jer.. Then, dia pulak yang keletihan menyambung tugasan saya di dapur dan di ruangan pembungkusan..
Pheeeeeeeewwwww lega.. Syukur Alhamdulillah..
Lagi beberapa jam kami akan mula bergerak ke Hotel Cempaka PGRM Cheras bagi Majlis Pelancaran Album Single Ery Maarof dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Titiwangsa.. Hati yang tadi pagi kian berdebar semakin seronok dan tidak sabar berjumpa Ery, Nizam dan Kak Sarah.. Mula nya fikirkan kami sudah kelewatan.. Memandangkan belum lagi usai Asar jadi kami bersolat di Hotel sebelum bertemu mereka.. Maklumlah bila da berjumpa karang takut2 Asar pon ntah kemana.. Seronok sangat.. Alhamdulillah.. Usai juga Asar di surau hotel.. Hubby pulak terpaksa la menggendong kotak yang penuh dengan coklat.. Saya pulak membimbit beg isian coklat-coklat yang berbaki.. Tak sabar nak jumpa ni.. Maklumlah inilah kali pertama menghadiri Majlis Pelancaran Artis Tanahair.. Memandangkan Ery Maarof adalah penyanyi baru jadi tidaklah terasa gementar..
Mari layan koleksi gambar dan video sempena pelancaran! Alamak.. Malu dan speechless bila PA Ery suruh salah sorang dari kami (Hubby or Me) wakil kepada Hazazie Coklat Co. untuk duduk sebarisan hadapan dengan penganjur, komposer, Ery da PA nya.. Terpaksa la buat2 xmalu... Duduk jugak la di hadapan.. Hubby kena baca doa selamat memandangkan Ustaz yang dijemput tidak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.. Mujurlah hubby pernah baca dulu.. Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar dan gembira..
Hazazie Coklat Co. sebagai Penaja.. :) Terima Kasih banyak kerana layanan kalian sangat2 istimewa.. Hilang segala keletihan.. Terlalu gembira kami suami isteri dengan kebecokkan kalian.. :)
Simbolik Pelancaran!
Orang Kuat Majlis!
Encik Asmadi (Alam Gapura -Penganjur) dan Encik Saari Amri (Komposer)
Hubby tunggu jap ea... After Majlis ni kite duduk sama2 balik.. Hihihi..
Anak-Anak Yatim dari Titiwangsa..
Sembang2 sementara menunggu Majlis bermula..
Temubual RTM dengan Saari Amri sebelum Majlis bermula..
Sidang Media bermula..
Persembahan Ery..
Sesi Pelancaran Album..
Selepas sesi Pelancaran Ery ditemubual RTM pulak..
Sesi Menandatangani Poster dan Sesi Bergambar Bersama Ery Maarof!..
Didie Alias antara yang hadir..
Hasil bertungkus lumus.. Siap sudah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan