Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Selasa, 19 Julai 2011

Fitnah Dan Kemurkaan Allah S.W.T

Setelah melalui hari-hari yang lepas, tercetus pulak ilham untuk saya menulis tentang perkara ini. Mungkinkah ia memberi kebaikan kepada kalian? Diharap ilmu ini menjadi pengajaran dan pedoman dalam pelayaran kehidupan kita sebagai hamba Allah yang mulia disisinya di saat para jin, syaitan dan iblis berlumba2 merebut manusia itu untuk dijadikan sahabat baiknya.. Nauzubillah.. 



Memandangkan mood saya hari ni agak sayup-sayup jadi entry pun rasa macam nak sayup2 jugak la yer.. Heee... Sepoi2 gitu.. 

Antara yang sering berlaku dan akan sentiasa berlaku kepada kita umat manusia ialah Ujian yg akan senantiasa ditujukan untuk kita. Sama ada kita menadahkan tangan atau tidak, ujian akan tetap menimpa. Antara kita dengan individu lain, ada ujian yg datang hampir sama, sama atau berbeza. Tapi, jelasnya yang membezakan kita dengan orang lain ialah bagaimana kita menangani ujian itu sendiri. Sungguhpun begitu apabila kita dengan penuh yakin meredhai setiap ujian itu adalah tarbiyyah dari Allah S.W.T maka InsyaAllah berkat kesabaran dan pertolongan dari Allah ia akan menguatkan diri dan keimanan kita. Wallahualam..

Bercakap pasal ujian, kali ni saya nak ceritakan tentang “Fitnah” yang menjadi ujian dalam kehidupan duniawi.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 yang bermaksud:
"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

Sayidatina Aisyah R.A, isteri Rasulullah S.A.W tabah dalam menghadapi fitnah terhadap dirinya oleh kaum munafik sehinggalah Allah S.W.T menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah R.A di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya dalam 
Surah Al-Nuur ayat 19, yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".



Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor,lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.Rasulullah S.A.W menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Fitnah kerana Cinta
Kisah Nabi Yussuf A.S yang sangat tampan dan Siti Zulaikha ,ibu angkatnya yang amat mencintainya adalah kisah cinta versi Islam yang sangat terkenal. Siti Zulaikha sanggup menabur fitnah kerana cintanya di tolak oleh Nabi Yusof A.S.Sesudah Nabi Yusuf semakin dewasa, maka ketampanan wajahnya terserlah. Makin hari, hati Siti Zulaikha semakin tidak tenang. Dirinya sentiasa terfikirkan wajah tampan anak angkatnya itu. Akhirnya kerinduan pada cinta itu membuatkan Siti Zulaikha merencanakan suatu akal. Dia mula memakai pakaian yang mengoda bersama wangian yang semerbak harumnya melangkah ke kamar Nabi Yusuf A.S. dan menodai Nabi Alllah,Yusuf. 

Kisah Zulaikha ini dapat di baca dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 21-53. 

Bacalah dan hayatilah surah ini. Saya mengalirkan air mata membaca kesudahan kisah ini dari tafsiran Al-Quran dan sangat2 menyentuh perasaan lagi menginsafkan. Inilah ketabahan Nabi Yusuf A.S terhadap fitnah sehingga baginda dipenjarakan sedangkan kebenaran itu Allah Mengetahuinya. Moga kita dipelihara Allah dari menjadi manusia yang suka menabur fitnah kerana ingin memiliki cinta atau apa sahaja untuk kepuasan dan kepentingan diri sendiri.. Nauzubillah.. 


Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka bertaubatlah sesiapa yang pernah membuat kerosakan di muka bumi ini termasuklah menganiaya dengan fitnah-fitnahmu.. MasyaAllah..
 
Buat Tatapan Pendamba Cinta yang pernah menabur fitnah; 
"Bariskan harapan pada istikharah sepenuh hati ikhlas.. Relakan Allah pilihkan untukmu.
Pilihan Allah tak selalu seindah sebagaimana keinginanmu, tapi itu pilihan-Nya.Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.Mungkin kebaikan itu bukan pada orang yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih.Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Allah S.W.T, Kekasih Tertinggi.. Kekasih tempat orang-orang beriman memberi semua cinta dan menerima cinta.”

Wallahualam..
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com