Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Jumaat, 8 Julai 2011

Bila Hadiah Menjadi Rasuah..

Hari ni saya nak berkongsi sikit tentang Rasuah.. Dunia makin maju.. Teknologi makin canggih.. Orang pon makin bijak.. Duit makin penting.. Jadi renung2kan apabila mencari sesuap nasi untuk keluarga pastikan tidak ada unsur rasuah dalam rezeki yang diperolehi.. Macam mane gak nye kite nak tahu ada perkara2 yang boleh dikira sebagai rasuah.. Sesame la kite memperbanyakkan membaca tentang beberapa pengetahuan tentang BAHAYA NYA RASUAH.. Bukan saja hukuman, tapi maruah diri, keluarga dan masa depan sentiasa dalam kekalutan dan tidak tenang.. Semoga ilmu yang saya perolehi ini dapat kite jadikan panduan dalam penerimaan sebarang benda berbentuk hadiah.. Muhasabah diri untuk ke arah kesempurnaan dan kebahagiaan hidup.. 

“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya Tetapi jika (kuasa yang ada padanya) tidak upaya, hendaklah dia merubahnya dengan lidahnya. Jika tidak mampu juga, hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, 
dan itulah selemah-lemah iman” 
Hadith riwayat Muslim

HADIAH MENJADI RASUAH APABILA


~ Diterima atau diminta dengan niat rasuah
~Pemberi ada urusan dengan kerja rasmi penerima

JUMLAH MELEBIHI RM 500.00 
(ATAU)
MELEBIHI ¼ EMOLUMEN BULANAN
BOLEH DITERIMA SEMPENA

~ Dari suami, isteri, ibu bapa, mertua dan adik beradik
~ Persaraan, pertukaran dan perkahwinan
~ Hadiah dari saudara sempena hari jadi dan perkahwinan
~ Hadiah yang cepat rosak spt sayur, bunga dan kuih muih

JUMLAH KURANG RM 500.00 ATAU ¼ 
EMOLUMEN BULANAN BOLEH DITERIMA
SEMPENA

~ Simposium,kursus,seminar dll
~ Hasil kerja tangan, buah-buahan dan sayuran

Hadiah yang boleh diterima oleh Pegawai Kerajaan
~ Jika nilai hadiah yang diterima kurang ¼ emolumen atau RM 500.00 mana yang lebih rendah


Contoh :- 

Kerani bergaji RM1,200.00
Nilai hadiah boleh di terima RM 300.00

Pegawai bergaji RM4,000.00
Nilai hadiah boleh di terima RM 500.00

JUMLAH KURANG RM 100.00 
BOLEH DITERIMA

~ Lencana, pen, plaque, cenderamata
~ Barang-barang cepat rosak

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.
PERATURAN 8 (1)


HADIAH

“…. seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa hadiah……..”


PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.
PERATURAN 8 (4)

“ …. pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran dan anggaran nilai hadiah dan alam hal keadaan yang hadiah itu diterima.”
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com