Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Khamis, 21 Julai 2011

Disforia Gender (Ashraf @ Aleesha)

Subhanallah... Semalam usai solat maghrib berjemaah dan sempat membaca Yassin, saya dan hubby macam biasa akan mengadap TV untuk menonton berita.. Sangat memeranjatkan bila berita yang pertama dibaca di Rancangan TV Astro (TVALHIJRAH) adalah tentang seorang hamba Allah yang ingin menukar jantinanya dan kes dibicara di Mahkamah.. Kes itu gagal dan hamba Allah ini diberi masa 14 hari sekiranya ingin membuat rayuan. Walaubagaimanapun hati kami meruntun. Hubby pulak dengan rasa geramnya dan marahnya apabila yang memperjuangkan hak penukaran jantina hamba Allah ini adalah peguam bukan Islam. Saya yang berjiwa wanita dan mempunyai emosi yang berbeza dengan suami memandang perkara itu sesuatu yang meruntun jiwa.. Sebak apatah lagi bila memikirkan gurisan jiwa dan hati seorang ibu kepada hamba Allah tersebut.  

Bila kami berdua mengeluarkan pendapat masing2 kami akui dan percaya itu sebagai satu ujian yang Allah telah turunkan kepada hamba2nya.. Walaupun banyak lagi sebenarnya petanda yang Allah telah tunjukkan tetapi ini antara yang menjadi fokus utama perbincangan umum berikutan kes seorang hamba Allah yang ingin menukar jantinanya dan diperdebat di pesada kehakiman.

Dan hari ini saya terdetik hati untuk mendapatkan beberapa infomasi berkaitan disforia gender atau dalam bahasa melayu kecelaruan jantina. Berbalik pada kisah seorang hamba Allah ini saya terpanggil untuk mengumpul beberapa fakta dan informasi untuk tujuan kita sama-sama dapat membantu hamba Allah ini mendapatkan penyelesaian terbaik untuk dia menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa cacian manusia. Kita sebagai manusia juga tidak akan lari dari ujian Allah yang mungkin menyerupai ujian beliau. Justeru saya mengharapkan kalian memahami dan menerima insan seperti ini dengan seadanya dan menghormati perasaannya dengan tidak menemplak mahupun menyembur dengan kata-kata berupa sindiran atau cemuhan... Sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap hamba2nya.. Gambar merujuk kepada kes tidak dimasukkan kerana dikhuatiri mengaibkan hamba Allah.. Wallahualam.. 

  
Kita serba akui bahawa setiap suami isteri mengimpikan zuriat yang lahir adalah seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya.. 

Allah sentiasa akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka. Salah satu daripadanya adalah Allah S.W.T menciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa. Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan.

Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya. Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka isu khunsa kerana ia membabitkan maruah, aib dan tabu apatah lagi jika ibu bapa memiliki anak sedemikian. Namun, insan yang dilahirkan sebagai khunsa juga makhluk Allah dan mereka berhak untuk menikmati nikmat serta rezeki Yang Maha Esa.
Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut. Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan. 

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Kisah tentang khunsa ini telah berlaku sejak di zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali. Yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin. Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu). Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat. Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu. Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi. Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya. ni bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam. Lalu, baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam. Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah. Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu. Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita.

Khunsa ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.  Khunsa musykil (khunsa yang diragui)
     - Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada 
     sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

2.  Khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui)
     - Khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda 
       seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar. Bagi khunsa yang datang 
       haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia 
       lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita.

Berdasarkan rujukan dan bacaan mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin. Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki. Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita. Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil.


Sebenarnya saya berminat untuk mengulas lanjut tentang pendapat saya tapi InsyaAllah bila ada kesempatan saya akan rujuk bahan dan sumber yang lebih banyak untuk sama-sama kita bincangkan dan fikirkan tentang isu kecelaruan jantina ini.. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sebaliknya adalah kekurangan diri saya sendiri.. Wallahualam..
Like Entry

1 ulasan:

  1. slm.. :) camne ye cara nak kira tulang rusuk?... lbh2 lg zaman dolu2 tu... hemm...

    BalasPadam

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com