Inikah yang diperlukan oleh kaum muslimin??? Penyokong kuat?? MasyaAllah.. Fikirlah kaum muslimin sekalian..
Wahai sahabat sekalian.. lihatla dengan mata kasarmu ttg kedaifan dan segala kekurangan di negara luar yang hidup penuh persengketaan dan ketegangan.. Syukurila kehidupan dan keamanan yg telah Allah kurniakan.. Lihat dari mata hati yang bersih bukan kata hati yang ego.. Moga kurniaan Allah kpd keamanan tanah air malaysia ini dimanfaati bersama bukan dikotori dgn dunia politik yg dihasuti oleh kaum kafirun.. Renunglah.. Lihat sendiri negara islam lain.. Saya telah melaluinya sendiri di negara luar.. Allah memberi peluang saya menginsafi diri dan merenung kelebihan dan keamanan di negara saya sendiri.. Sehinggakan saya sendiri menitiskan air mata xhenti2.. Alhamdulillah, Ya Allah.. Aku dilahirkan di bumi ini Islam dan di Malaysia yang penuh dengan segala kemudahan, aman makmur.. Kamu akan rasa sangat2 bersyukur dan lebih menginsafkan bile kamu saksikan ekonomi negara2 islam yang dicemari dgn sifat angkuh manusia menegakkan dunia politik masing2 sehinggakan rakyat meminta2 utk sesuap nasi.. Memimpin ank2 kecil utk menadah tgn demi mencari rezeki.. Mengetuk2 pintu setiap kenderaan dengan mengendong anak2 yg xtau ape erti kesusahan... Duduk dan tinggal di kawasan2 perkhemahan berpindah randah.. Hidup dalam ketakutan, kemiskinan dan serba kekurangan.. Sedangkan kita di Malaysia membasahkan diri dengan air di pancuran bilik air dengan rasa nikmatnya air melalui tubuhku.. Tapi, mereka.. Subhanallah.. Persengketaan usah la dipanjang2kan sehingga boleh menjadikan Malaysia yang aman menjadi porak peranda.. MasyaAllah.. Maafkan saya para sahabat saya yang non-muslim sekiranya kalian terbaca tentang catatan ini.. Semoga kehidupan kita di negara ini sama2 kecapi nikmat keamanan dan saling menghormati agama lain.. Mungkin bukan begini caranya tuntutan dari pihak yang tidak bertanggungjawab..
Tapi inilah kenyataannya ape yang dituntut..
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.Tapi inilah kenyataannya ape yang dituntut..
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di dalam Negara kita hari ini.
azeana..mintak share ye..
BalasPadamxda masalah.. Sharing adalah jalan terbaik untuk menyampaikan ilmu.. :)
BalasPadam