Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat di kalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah. Saya menulis bukan atas dasar menegakkan apa2 ideologi.. Tetapi saya menulis untuk kita menjadikan kehidupan nyata kita sebagai satu nikmat untuk disyukuri.. Saya pencinta keamanan dan kedamaian sebab itu saya berkata2 di maya ini meluahkan kesedihan hati saya tentang kehidupan kita umat Rasulullah S.A.W yang mula hidup berpecah belah.. Kehidupan kini tanpa Rasulullah S.A.W sangat menyedihkan.. Tiada yang sempurna.. Saya akui tetapi tidak salah kalau kita menjalani kehidupan kita untuk memperbaiki diri ke arah kesempurnaan.. Sekalipun sempurna itu Hanya Milik Allah.. Inilah tangisan saya di negara luar yang lalu menjadi kenyataan di negara saya sendiri.. Saya tak pernah menyangka tangisan itu adalah tangisan yang akan menyamai tangisan apabila saya pulang ke negara saya.. Inilah tulisan alam maya saya.. Saya tidak berpihak kepada sesiapa dan ini adalah coretan peribadi apa yang saya rasakan tentang dunia ini sekarang.. Bumi semakin penat menggendong segala macam sifat manusia.. Ape yang penting adalah rasa nikmat itu disyukuri oleh kalian.. Itu saja..
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat 3 perkara yang Allah S.W.T menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama : Allah S.W.T memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.
Satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W, pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah S.A.W. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"
Kedua : Allah S.W.T melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah S.W.T yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "
Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit .

Sebuah hadis yang bermaksud : "Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam"
Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah S.W.T melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti di zaman jahiliah.
Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : "Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya,seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ".
Firman Allah lagi yang bermaksud : "Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah"
Allah S.W.T melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud

Al-Quran disurah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong di kalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahanam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
Same2 la kita berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara.

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini."

FirmanNya :
Maksudnya : "Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"
Maksudnya : "Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"
"Seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tentunya memiliki keyakinan bahawa setiap letupan hati, ucapan lisan dan perbuatannya pasti akan ditanya oleh Allah S.W.T di Yaumil Hisab (hari pembalasan) nanti. Oleh itu, mereka akan melakukan setiap perbuatannya sesuai dengan hukum syara’, termasuk dalam aktiviti menyampaikan dakwah.
Yang Baik Dari Allah dan sebaliknya adalah dari kekurangan diri saya sendiri.. Wallahualam.. Berubah ke arah kesempurnaan.. Bacaan ini adalah untuk semua umat manusia untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita seharian.. Jika kita mencermati dan memahami apa yang ada dalam Konsep Islam InsyaAllah segala tindakan dan keputusan akan dikendali lebih bijak sebagaimana cara Rasulullah berdakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan