“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya syurga,”
maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”
[HR Muslim]
"Macam mana kalau saya ambil anak patung awak? Saya peluk erat! Tak mahu lepas! Biarpun itu awak yang punya!"
Atau
"Saya ambil kek dalam pinggan awak. Kek yang paling sedap! Tiada dua! Itulah yang paling awak mahukan! Sedap! Saya pun mahu! Saya tak peduli walaupun itu awak yang punya! Tekak saya lebih penting daripada tekak awak."
Rasa macam saya ni jahat kan? Tak berhati perut, mungkin.
Itu pada anggapan orang lain. Bagaimana pula kalau anda dalam situasi itu? Situasi 'mengambil' sesuatu kepunyaan orang lain. Bagaimana kalau kita TERjatuh cinta dengan pasangan orang lain? Huh! Parah! Kasihan teman orang itu, kan? Ada tiga hati (atau mungkin lebih) yang biasanya akan terlibat dalam cinta sebegini, iaitu orang yang 'mengambil', orang yang 'diambil' atau berpaling dan orang yang kehilangan.
Orang yang mengambil/perampas
"Awak, kenapa ambil kepunyaan orang? Sanggup awak membenih bahagia atas derita orang lain?"
Baiklah,dari persepsi 'orang yang mengambil' atau sering dilabel 'perampas'. Kita semua tahu, cinta itu tak boleh dipaksa-paksa. Cinta hadir sendiri. Melainkan jika anda memaksa hati untuk mencintai seseorang kerana sebab-sebab tertentu, misalnya memenuhi kehendak keluarga, mencemburukan bekas kekasih, bosan hidup tak berteman, dll.
Mungkin anda tidak sengaja. Meletak cinta pada seseorang yang sudah berpunya. Ya! Benar. Cinta boleh hadir sekelip mata, dan benar juga, cinta boleh pergi bila-bila sahaja. Terpulang pada kita mengemudinya bagaimana.
Tapi, itu bukan alasan untuk kita merampas sesuatu yang bukan milik kita. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang kehilangan itu. Sakit, bukan? Bayangkan pula andai satu hari nanti perkara yang sama terjadi pada anda? Anda mahu salahkan siapa? Pasangan anda, perampas atau diri anda sendiri?
Sayang-sayang sekalian, kehilangan cinta sangat menyakitkan!
Orang yang berpaling
"Awak! Kenapa sanggup membuang cinta lama dan membina bahagia atas derita orang yang pernah awak sayangi dulu? Kasihan cinta lama awak. Awak pastikah dengan melepaskan dia, awak akan bahagia dengan cinta baru awak?"
Hurmm, mengapa kita sanggup berpaling dari kekasih hati yang pernah kita sayang dan pernah bersama melakar sebahagian sejarah hidup kita? Kenapa? Sekali lagi...cinta tidak boleh dipaksa. Hadir tanpa diduga. Kan? Itu alasan yang selalu diberi.
Orang yang kehilangan/ditinggalkan
"Kasihan, awak! Ya, pasti seluruh dunia akan mengasihani awak yang telah kehilangan cinta kerana si dia sudah berpaling kepada yang lain."
Dari persepsi orang yang kehilangan ini, adakah kita mahu terus bersedih, menangis kerana cinta yang kecundang itu? Fikir semula, mungkin itu berpunca dari salah kita juga. Mungkin kita tidak tahu menjaga hati pasangan. Mungkin kita selalu mengabaikan pasangan kita.. Atau mungkin cinta yang disangkakan cinta itu adalah milik orang lain..
Siapapun yang bersalah, kita tetap perlu akur pada Qada' dan Qadar. Sejauh mana pun kita saling menyalahkan, membenci dan bercakaran atau menuding jari pada sesiapa, tapi kita jangan sesekali lupa, setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya.
Walaupun tidak ketemu jawapan; kenapa dia pergi, kenapa dia curang, kenapa dia merampas, tetapi yang pasti, janganlah ditanam rasa benci, percayalah bahagia menanti buat kita semua. Bezanya cuma siapa dan bila si dia yang tepat (yang sememangnya tertulis sebagai jodoh kita) akan hadir!
Wallahualam.. Ape yang pernah berlaku dalam kehidupan kami sekalipun masih terpalit rasa bara nya ku tetap redha dan Alhamdulillah berkat doa, sabar dan tawakal
"CINTA SUCI YANG DIPELIHARA SEJAK DI ZAMAN PERSEKOLAHAN DAN BERTAHUN LAMANYA ITU MILIK KAMI.. "
(kemain gatai lagi kecik2 da dok bercintun2.. ngehngehngeh..)
Subhanallah.. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan