Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan :)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Allah masih memberi kesempatan dan nyawa kepadaku dan suami untuk celik   menikamati 1 Ramadhan bersama sebagai suami isteri yang sah.. Syukur.. Inilah nikmat yang tidak terkata di sebalik ujian demi ujian yang dihadiahkan kepada kami.. Alhamdulillah.. Pada hari Jumaat lepas saya hadir ke ceramah tentang Bulan Ramadhan di Ibu Pejabat sempena PUSPANITA Jabatan. Dengan ilmu yang Ustazah sampaikan syukur Alhamdulillah sampai terus ke hati dan dapat juga dikongsi ilmu2 tu bersama hubby tercinta.. Sayu katanya bila mendengar tentang Istimewanya Ramadhan.. Mungkin cara penyampaian saya yang hampir bergenang air mata buatkan dia bertambah sayu dan genggaman erat tangan buat dia bertambah sebak.. Wallahualam.. Tapi itulah hakikat betapa hebatnya keistimewaan Ramadhan yang Allah sediakan kepada umat2Nya untuk menghargai setiap detik waktunya..

Hari ini sempena 1 Ramadhan 1432H saya dengan penuh keikhlasan di hati ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada sesi ceramah baru2 ini.. Semoga dengan ilmu2 ini kite dapat memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang sedia ada pada diri kita.. Semoga perintah Allah dalam mengurung Syaitan, Jin dan Iblis pada Bulan Suci (Ramadhan) ini dapat menguatkan lagi keazaman kita untuk bertaubat dan mempertingkatkan amalan2 terbaik sebagai umat Islam.. :) InsyaAllah.. 


Ada sedikit lagi ilmu yang ingin saya kongsikan dimana pada bulan Ramadhan inilah turunnya Al-Quran sebagaimana jelas di dalam Surah Al-Bagarah :185 yang bermaksud:


"Kamu diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Al-Quran itu menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Pintu Syurga Terbuka Luas 

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah. Malahan di bulan yang mulia ini jugalah Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hambaNYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." 
Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

2. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup."
Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

3. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Qadr: 1-5 yang bermaksud:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran Lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah S.W.T dan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." 

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan A segala dosanya. Subhanallah..

4. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar. 

Dan apabila hati kamu tergerak untuk melakukan kemungkaran dan perkara-perkara yang dilarang Allah maka itu adalah kesan daripada latihan syaitan dan iblis selama 11 bulan dan latihan itulah yang telah menyerap masuk ke dalam jiwa kamu.. Laknatla kamu jika kamu menjadi pelaku setia kepada segala perbuatan yang diajari dan dipimpini oleh syaitan.. MasyaAllah.. Bak kata Ustazah, dalam setahun ada 12 bulan, jadi Ramadhan hanyalah 1 bulan.. Justeru jika iman tidak kental dan kukuh maka setiap ilmu yang syaitan perturunkan selama 11 bulan akan tersemat dalam jiwa para insan yang lemah dan naif sekaligus menutup peluang untuk memanfaati 1 bulan itu.. Wallahualam..

5. Pahala diberi oleh Allah S.W.T kepada umat-umatNya yang berpuasa.


Allah SWT berfirman dalam hadis riwayat Bukhari: 

”Orang yang berpuasa meninggalkan makan dan minum untuk diri-Ku (Allah). Jadi puasa itu untuk diri-Ku dan Aku sendiri yang akan memberikan pahalanya. Kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya" 

6. Syurga Babul Rayyan akan terbuka dan sentiasa memanggil-manggil 

Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan akan memasuki syurga melalui sebuah pintu yang dinamakan Babul Rayyan. Pintu ini akan sentiasa memanggil-manggil mukminin dan mukminat yang berpuasa di bulan Ramadhan.. MasyaAllah.. Bayangkan la kalian pintu syurga yang memanggil kita.. Betapa indahnya nikmat dari Allah itu..

Doa untuk hari ini:

Dari Abu Hurairahradhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (shalat tarawih) karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
Ya Allah Ya Tuhanku, teguhkanlah jati diriku! Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas diriku! Bariskanlah aku sebaris dengan kekasih-Mu.
Photobucket
Like Entry

Sabtu, 30 Julai 2011

Pemergian Allayarham Mohd Ashraf Hafiz ke Rahmatullah..

Innalillahi Wa Innailaihi Rajiun.. Semoga Allah S.W.T menempatkan insan ini di golongan yang beriman. Dosa dan Pahala hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.. Sebagai hambaNya masing-masing tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan.. Usah kita menilai keaiban (keburukan)) seseorang itu kerana mungkin keburukan itu ada pada diri kita sendiri. Dan kesalahan (keburukan) kita itulah yang mungkin Allah S.W.T sembunyikan dari hamba2Nya yang lain.. Mungkinkah insan ini adalah perantara terhadap apa yang Allah S.W.T ingin sampaikan kepada semua umat Islam supaya sentiasa mendekatiNya dan bertaubat memperbaiki diri untuk mencari keredhaanNya.. Wallahualam..

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Photobucket
Like Entry

Rabu, 27 Julai 2011

Durian Oh Durian..

Alhamdulillah.. Berkat zikrullah sepanjang hari segala perbuatan dan amalan pada hari ini berjalan lancar dan semuanya seperti diatur dengan baik oleh Allah.. Kasih sayang yang teristimewa diberi oleh hubby setiap hari b4 masing2 pergi kerja amatla terpahat dalam hati dan sanubari.. Syukur Ya Allah.. Betapa indahnya cinta yang halal darimu Ya Allah.. :)

Hari ini saya semakin happy.. Setiap perjalanan kehidupan kami semakin dipermudahkan.. Alhamdulillah, hanya pada Allah yang saya serahkan segalanya dan apa yang Allah beri saya sangat bersyukur.. =) dan apa yang Allah tak beri saya redha dengan syukur.. =)

Semalam hubby betol2 memberi semangat padu untuk saya cuba buat pulut dan serawa.. Hahaha.. Da lama tak buat jadi agak2 terlupa pulak.. Maklumla setahun sekali je sebenarnyeeee.. Memandangkan mak mertua dan mak usu bagi berbakul2 buah durian jadi saya amik la inisiatif buat kuah serawa dimakan ngan roti dan pulut.. Enak2.. Percubaan yang da berkurun2 lamanya menjadi bila hubby habiskan sumenye.. Tinggalkan sedikit je untuk sarapan.. =) Ni yang jadi semakin bersemangat.. Mana x nye.. Orang lain dok makan durian meriah aroma satu rumah.. Jelessss tauuuuu.. Sebab saya xmakan durian.. Sib bek la boleh bau yang sikit2 tuh.. Agak2 da xtahan kena la tahan nafas.. Hahahaha.. Tu small matter je.. Leh handle lagi.. Da kawin ngan suami yang menjadi Raja Durian jadi kenala berangan jadi Permaisuri Durian..  :P

Apepon nak ucap bebanyak terima kasih pada mak ngan ayah mentua yang sanggup bungkuskan durian dan bacang yang banyak tuh.. Pada mak usu dan pak usu jugak time kasih sudi bawak jugak raja buah tu dan rambutan..Kami sukeeeee sangat.. Maklumlah, da musim macam tu kat Johor lum ada kesempatan pulak nak balik Lok Heng dan Batu Pahat.. InsyaAllah jika diberi rezeki lebih dan kesempatan dari Allah kami memang akan pulang bulan puasa nanti.. Ermmmm.. Tak sabar nak balik jumpa semuanya.. Kalau balik mesti singgah dua2 tempat.. Syukurla dapat pasangan 1 negeri.. ;) Alhamdulillah..

Semalam mak mentua gtau dia pernah makan buah bacang+santan gula merah+ais.. Hermmmm.. Dia suruh cuba.. Rasa semangat pulak nak mencuba balik kerja nanti.. Memang nak buat special untuk hubby.. Sebab semalam bila mak cakap macam tu je kami da berpandangan! Mana taknya orang di kampung pon da makan ala2 "Johny's"... Our fav location tu!!! Suke sangat makan kat situ.. Banyak tempat "Johny's" da jelajah.. Alhamdulillah.. Dan da tau da mana tempat yang mantop presentation nya.. Sebab kat situ ada pencuci mulut yang lebih kurang la macam yang mak cakap tuh.. Tapi "Mix Fruit" dan antara buah2an yang ada dalam tu nangka.. Saya suke nangka! :)

Durian kat rumah tu banyak lagi sampai saya xtau dah nak masak ape lagi.. Tempoyak da saya ready kan semalam.. Hubby gemar beno ngan tempoyak.. Tempoyak yang mak bekalkan bulan lepas pon da abes dikerjakan.. Pas ni macam nak buat durian goreng pulak! Pernah dengar x? Hihihi.. Ini percubaan pertama saya! Jangan ingat pisang je ada pisang goreng, durian pon ada.. Hahahah..

Kelmarin sepupu lepak kat rumah dan puas da durian dikopeknye dan masuk dalam freezer.. Dan masa saya mencarik2 kat mana la disimpannye durian tuh.. Sya ingat dia belum bukak lagi durian2 tuh.. Sekali tengok mak aiii.. Rupe2nye kat tempat pembeku.. Adehhh.. Pelik gak ape tak keras ke durian2 tu nanti??? Rupa2nya mak usu yang ajar memang letak atas tu kalau nak tahan lama.. Setahun pon boleh! Katanye lar.. Cuba la! Rasanya memang tetap same sesedap masa durian tu dibukak! Katanye jugak la.. Hihihi.. Petua ni boleh dimanfaatkan kepada sesapa yang nak bawak durian kalau berjalan jauh.. Sebab durian tu akan keras ala2 aiskrim gitu.. So kalau jalan jauh pon tempoh durian tu melembut sempat gaknye sampai ke destinasi kamu.. ;) 
Dannnnn.. Saya jugak boleh manfaatkan baki durian2 tu untuk buat aiskrim durian! 
Selamat Mencuba!

Like Entry

Isnin, 25 Julai 2011

Di Sebalik Persiapan Majlis Perkahwinan.. ;P

Pengalaman perkahwinan tersangatla mendebarkan.. Majlis sandingku bertemakan hijau pucuk pisang plus hijau creamy.. Saya suke warna tuh.. Nampak kontra.. Tambah pula bagi saya hijau tu sesedap mata memandang.. Seindah daun menghijau.. Cewaaahh.. Saya penah tanya kat mak andam untuk tempah warna tuh.. Tapi mak aiiii.. Regenye.. Uikkkk.. Nak terkeluar jugak bijik mata.. Maklumlah.. Time macam ni banyak nak guna modal nye.. Barang2 hantaran jer da berbelas2.. Jadi setelah puas kami berdua menghabiskan cuti je kejenya bile baik kampung akhirnya kami memutuskan beberapa perkara:
  • Tema Pihak Perempuan Hijau Pucuk Pisang + Creamy Soft Green
  • Tema Pihak Lelaki Biru Turqoise
  • Photographer Aliceshah Studio amik pakej yang paling terbaiiikkk.. ;)
  • Andaman Seri Ahmad Muar dengan magic touch!
  • Hantaran beli sedikit demi sedikit dan mesti beli sama2.. ;P (15 berbalas 13 dulang)
  • Inai nak yang biasa2 jer.. Tak suke conteng2 tangan.. ;P
  • Pelamin ermmmm (ni sungguh mencabar sikit sebab mak nak buat kat dalam rumah tapi abah nak buat kat luar rumah - garaj sebab garaj rumah ada dua dan luas..) Jadi atas keputusan bersama Pelamin di luar..
  • Baju Sanding kami beli sendiri.. Aksesori sume andam punye.. ;P
  • Jarak tempoh Majlis Bertandang adalah 2 minggu dari tarikh Majlis Sanding Perempuan.
  • Coklat doorgift saya buat sendiri untuk tetamu2 pihak lelaki dan kawan2.. Untuk kawan2 belah mak dan abah, Along sanggup buatkan..
  • Hantaran sume gubah sendiri (Emak, Saya dan Pengapit saya)
  • Pengapit saya mendebarkan bile last minit hampir kate xdapat jadi.. Tapi Alhamdulillah.. Banyak berkorban..
  • Sesi bergambar di rumah atau di Studio mestilah pakai tudung dan Photographer xboleh masuk selagi pengantin xsiap pakai tudung. ;)
  • Rumah penanggah untuk rombongan pihak lelaki ditaja oleh Cikgu Azhar (Warden Sekolah Menengah Teknik kami dulu.. Alhamdulillah)
  • Kek tingkat ditaja oleh Abang Bad my abang angkat dari sekolah form 1 dulu.. Alhamdulillah..
  • Bunting dan Banner abang ngah dan ipar yang belanja.. 
  • Baju nikah saya mesti hubby yang design kan..
Dan  jika ini jodoh kami dan selesai diijabkabulkan kami bernazar untuk menunaikan umrah.. Alhamdulillah Syukur kami dapat menunaikan nazar kami ke sana... 

Di Sebalik Tirai Majlis Perkahwinanku.. ;P

Di sebalik kisah persiapan Majlis ku ada kisah yang uittttttttttt.. Tak boleh ku lupekan.. Inilah kenangan pahit lagi manis.. Ngehngehngeh.. Tapi memang mujur ada pengapit yang sanggup berkorban ape je untuk selesaikan masalah saya.. Walaupon masih ada saki bakinye tapi masih kelihatan.. Dan saya menangissssssss masa tengok ape da jadi pada jariku????????? Oh no man!


Kisahnya bermula daripada pada siang hari tu pengapit Faha da tanye saya bile saya nak pakai inai.. Then saya cakap sekejap lagi la.. Petang kot.. Sebab nanti xda orang nak masukkan doorgift coklat ni sume dalam paperbag.. 
Tetiba pengapit macam tercengang memandang saya. 
Saya pon pelik gak.. "Awat nye".. 
Dia jawab "Akak.. Akak nak bernikah malam ni tau! Takkan akak nak berinai petang ni?? Kalau kite pakai sekarang petang ni kite boleh repair je.." 
??????????????? Oh!!!! Ya Allah!!!!! Saya terlupa yang saya akan bernikah malam tuh! Hahahaha.. MasyaAllah.. Adrenalin saya memuncak.. Hihihi.. Menggelabah abes.. Terus saya capai inai yang Along saya belikan.. Then saya terus mintak tolong Faha pakaikan.. Ntah kenapa kami kalut bebeno tau! Tak baca langsung inai tu inai ape.. Yang Along saya pulak pon sama xbace dan terus beli.. Kami sama2 salah.. ;)

Baru pakai 3 jari ujung Faha rasa xsedap ati.. Tambah pula jarinye terkena inai.. Then berlari dia membasuh.. Dari arah toilet Faha menjerit! "AKAKKKKKKKKKKKKK!! Basuh inai tu cepattttt!!.. Saya jadi bertambah bingung.. Sekali lagi adrenalin saya macam berlari 100 meter.. Ngehngehngeh.. Saya basuh je tangan mak aiiiiiiiiiiii!!! Oh no man!! Jariku... :( Hati mula sedih.. Faha cepat2 amik limau nipis dan sental jari2ku..


Alamak!! Tak hilang.. Disental lagi.. Aduhhh.. Cakit tau jari ni kena sental.. Da macam periuk nasik da nak nyental kerak nasik! Sabooo... ;) Masih tersenyum dan gelak2 lagi kat depan sinki dapur.. Makcik2 di dapur semuanye simpati dan menghulurkan bantuan.. Kagum2 dan sukee.. Ada sorang makcik tu bagi inai mekkah untuk ditindih dengan inai itam tuh.. Tak berkesan jugak.. Ustazah yang mengajar Khatam Al-Quran pulak bagi cadangan supaya saya pakai sarung tangan macam chinese wedding tuh.. Owhhhh.. Tak berjaya jugak sebab semua tengah sibuk sangat2.. Xda orang yang nak pegi belikan.. ;) Saboooo..

Then sental punye sental sampai fikiran jadi weng2.. Kami amik tinner belakang rumah.. Hahahah.. Abes ar jariku!! Cian dia.. Menggelabah abes da ni.. Gosok punye gosok di bilik pengantin sampai bau semerbak tinner.. Kahkahkah.. Cian daku.. ;)

Akhirnya saya redha.. Saya cakap ngan Faha.. Faha xsemua ape yang kite nak Allah beri.. Walaupon semua yang lain berjalan lancar.. Tapi ada juga yang kita inginkan Dia xkan penuhi.. ;) Saboooo lagi..
Duduk sambil menyambung menginai jari yang lain mak datang melihat anak gadisnye yang bakal dimilikki orang ni.. Mak belek jari dan mak kate "Takpela... Cantik jugak tuh.. Tak nampak sangat.."
Huhuhu.. Saya dengan rasa sebak di hati (masa tu je la) tetiba mengalir air mata.. Aduyaiiii.. Along jadi serba salah.. Sebab ter beli inai india warna hitam.. Adik Emi terus hubungi boypren nye soh beli inai lain "Suzanna".. Inai yang paling pekat.. ;) Thanks u all!! Dalam menangis tu saya kate dalam hati, xpela.. Lagipon semua ape yang saya nak Allah da beri dengan kadar yang sangat2 berpatutan dan bernilai.. Jadi kekurangan inilah yang saya perlu redhai... 

Akhirnya inai di jari siap sepenuhnya.. Dan ada celoreng2 warna hitam di 3 jari sebelah kiri.. 
Akhirnya saya buat keputusan kena la pandai2 menyorokkan jari bila waktu2 yang tertentu.. Then malam tu photographer sampai je saya terus gtau dia tentang kejadian.. Dia cakap "Aduhaiii.. Ciannyaaa.. Cam ne le leh jadi macam ni.. Xpe2 kak nanti saya cover kan ok!" Alhamdulillah.. Hihihi.. After Majlis Nikah selesai dengan satu kali lafaz saya malu2 tunjuk kat hubby.. Punye la hubby terperanjat! Saya senyum je dan kate nanti sampai masanye saya ceritakan.. Da sampai sekarang dia masih mengusik saya bile tengok jari kelingking saya sebab 3 bulan dari kejadian ruang kuku saya panjang sikit.. Hihihi.. Tu sume penangan tinner.. Tapi Alhamdulillah.. Sumenya da kembali pulih dan saya dapat semula jari saya yang normal.. Hihihi.. Dan Alhamdulillah juga tempoh 2 minggu jarak untuk bertandang ke Majlis Lelaki membolehkan kuku saya dan jarinye kembali merahhhhh.. ;P

Like Entry

Ahad, 24 Julai 2011

Ujian Mendatangkan Berkat..


Ada seorang hamba Allah terlihat akan kepompong seekor kupu-kupu.
Suatu hari ada lubang kecil muncul di sebalik kepompong itu..
Dia duduk dan mengamatinya untuk beberapa jam..
Kupu-kupu itu sedang berjuang dengan memaksa dirinya melepasi lubang kecil itu..
Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba dan berjuang..


Kelihatan dia telah berusaha semampunya dan dia tidak mampu meneruskan lagi percubaan itu..

Akhirnya hamba Allah tersebut membuat keputusan untuk membantunya..
Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa lubang dari kepompong itu..
Alhamdulillah.. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya..
Namun, kupu-kupu itu mempunyai tubuh gelembung-gelembung dan kecil, sayap-sayap mengecut..


Hamba Allah itu terus mengamatinya kerana dia berharap supaya pada suatu saat nanti, sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu mengampu tubuhnya yang mungkin akan berkembang mengikut waktu..
Semuanya tak pernah terjadi...
Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gelembung dan sayap-sayap mengecut...

Dia tidak pernah boleh terbang..

Dari segi perspektif penglihatan nilai, jelasla bahawa hamba Allah itu telah melakukan sesuatu perkara dari kebaikan.. Tetapi sayangnya dari perspektif penglihatan dalaman, kita dapat lihat bahawa timbul ketidak sabaran hamba Allah berkenaan yang menghalang kesempurnaan ciptaan si Kupu-Kupu tanpa memahami bahawa kejadian lubang kepompong yang sangat menguji dan perjuangan yang diperlukan oleh kupu-kupu itu untuk melepasi lubang kecil adalah jalan Allah untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu masuk ke dalam sayap-sayapnya dan sehingga dia akan boleh terbang dan memperoleh kebebasan dari ruang keluar kepompong tersebut.

RENUNGAN :
Kadang-kadang perjuangan adalah yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Allah S.W.T membiarkan kita hidup tanpa diuji, itu mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya kita mampu. Kita mungkin tidak pernah dapat terbang. 

OLEH ITU:

Saya memohon Kekuatan, dan Allah memberi saya Kesulitan-Kesulitan untuk membuatkan saya kuat.
Saya memohon Kebijaksanaan, dan Allah memberi saya Persoalan untuk diselesaikan.
Saya memohon Kemakmuran, dan Allah memberi saya Otak dan Tenaga untuk bekerja.
Saya memohon Keteguhan Hati, dan Allah memberi saya Bahaya untuk diatasi.
Saya memohon Cinta dan Allah  memberi saya Orang-Orang Bermasalah untuk ditolong.
Saya memohon Kemurahan /Kebaikan hati dan Allah memberi saya Kesempatan-KesempatanSaya Tidak Memperoleh Yang Saya Inginkan, 
tapi 
Alhamdulillah.. Saya Mendapat Segala Yang Saya Perlukan.

Syukur Alhamdulillah Allahu Ya Rabbi.. Setiap ujianMu adalah Tarbiyyah untuk ku percaya kepada hikmah-hikmahMu dan setiap perjalanan kehidupanKu adalah aturan milikMu.. Wallahualam..

Yang baik dibalas baik sebaliknya akan mendapat bahagian masing-masing.. MasyaAllah, Wallahualam..



Like Entry

Bersyukur Dengan Setiap KurniaanNya..


Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah S.W.T yang berikan. 
Tetapi 
Apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Jika kita tidak berani menerima segala ketentuan Allah S.W.T bermakna akal dan fikiran kita telah dipengaruhi oleh :


Nafsu Amarah



Bisikan Jin/ Iblis dan Syaitan Laknatullah..
Dendam..


Emosi


Sifat2 Mazmummah hanya boleh menghancurkan rasa bahagia seseorang insan seumur hidupnya.. Justeru itu, sebagai hambaNya perlulah kita mengawal diri dengan memanfaatkan kebijaksanaan akal dan ilmu yang Allah telah kurniakan.. Usah membiarkan emosi dan bisikan syaitan membinasakan kehidupan kita.. Wallahualam.. 

Like Entry

Sabtu, 23 Julai 2011

Pesta Floria Part II

Alhamdulillah.. Berkat keizinanNya saya dapat ke Pesta Floria 2011 Antarabangsa yang bertempat di Putrajaya lagi bersama hubby tercinta.. Syukur.. Terima Kasih Ya Allah.. Sebelum ni saya ada letak entry tentang Pesta Floria Part I kan? Tu perjalanan kegembiraan bersama kakak ipar dan Abang Ipar saya.. Enjoy sangat.. 

Kali ni post entry saya lebih pada gambar2 kami berdua sepanjang mencuci mata dengan keindahan bunga ciptaan Allah S.W.T.. Wahhh.. Subhanallah! Sangat cantik dan indah!

Kali ni Pesta Floria 2011 xsemenarik seperti tahun lepas punye! Hurmm.. Mungkin penganjur nak tunjukkan kelainan kot.. Cume yang best nye sebab ada pertunjukan kapal dari macam2 lokasi dan hotel.. Lampu begemerlapan di Tasik Putrajaya tu.. Bayangkan la bila da jadi sah sebagai suami isteri ni setiap perjalanan kite bersama suami indah saja..Alhamdulillah.. Itulah cinta hati saya! Syukur Ya Allah.. :) 

Kalau 2 tahun lepas entry saya di Pesta Floria 2009 saya suke sangat tengok koleksi2 ciptaan dari Majlis2.. Kali ni tak banyak yang menonjolkan kelainan pada konsep hiasan masing2.. Tapi pape pon congrats untuk sume yang telah bertungkus lumus dalam penyiapan hasil kreativiti masing2.. Maklumlah selama 3 minggu jugak da mereka berjuang untuk  prepare untuk adakan perhiasan2 tuh....

Papepon jum layannnnnn.. We love and like it!  







































































Masa untuk balik..




Sokla saya sembang sikit tentang koleksi gambar2 ni.. Lame beno da kat opis ni.. Sunyi pulak dok bilik ni xda bunyi2 orang.. Idea pon terputus..

Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com