Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Sabtu, 11 Jun 2011

Our Journey KLIA-Karachi, Pakistan (UMRAH)

Dah Hampir 29 hari saya meninggalkan Tanah Suci Kota Mekah menunaikan Umrah bersama suami tercinta, mak dan abah tersayang.. Namun kerinduannya pada keindahan dan suasana di sana sering terbayang2 tiap kali masuk ke bilik solat di rumah.. Entah kenapa terasa macam saya sedang berhadapan dengan pintu Kaabah (Multazam) sedang bermohon doa.. Sayu hati bile pejam mata dan terbayang saat2 menadah tangan di Multazam meminta dan bermohon macam2 perkara kepada Allah S.W.T. Tiap kali usai solat dalam bilik solat di rumah, saye akan pejam mata dan terbayang pula seperti berada di hadapan Kaabah yang SubhanaAllah besarnya.. Jum baca kisah perjalanan dari 

Our Journey KLIA-KARACHI,PAKISTAN (UMRAH) -Part 1



Bila diberi izin nanti saya akan ceritakan pulak kisah dari:


Our Journey KARACHI - JEDDAH (UMRAH) - Part 2,
JEDDAH -MADINAH  - Part 3
BEST MOMMENT AT MADINAH - Part 4
MADINAH-MEKKAH - Part 5
dan
BEST MOMMENT AT MEKAH - Part 6
 MEKKAH-KARACHI (Transit A Day)- Part 7

OUR JOURNEY FROM KLIA TO KARACHI (Transit 2 Hours) - Part 1. 

Bergambar bersama keluarga yang turut hantar ke KLIA.. Terharu dan sangat berterima kasih..











Bermohon doa dipermudahkan segalanya dan diselamatkan perjalanan.. 



Menunggu untuk masuk ke PIA.. Tak sabar pulak rasanya semakin lama semakin rindu..





Sian abah mengantuk pagi2 da kena bersiap.. Hehehe..


Dalam train menuju ke International Departure KLIA




Dalam Pakistan International Airplane (PIA) Walaupon dapat tiket seat asing ngan Hubby, Alhamdulillah berkat runding cara dapat gak la duduk same ngan hubby.. 




Alhamdulillah.. Mak ngan abah pon dapat gak duduk together even seat berasingan.. Syukur..


Jum nikmati Nasi Arab! Ni la hidangan untuk lunch kami.. Rasanya memang SUPERB! Beras Mathi..





Minum petang pulak mam roti sandwich.. Sangat takjub dengan kekuasaan Allah terhadap graviti tekanan di atas dengan di bumi.. Wrapping sandwish pon bukan main macam belon gitu.. Subhanallah..








Sempat jugak nak snap picture Buku hadiah pemberian Kak Sabariah (Ex-Officemate) untuk bekalan kesana..





Perjalanan lebih kurang 5 jam ke Karachi, Pakistan untuk Transit 2 jam di sana sebelum meneruskan semula perjalanan ke Jeddah .. Sampai Karachi lebih kurang waktu asar.. 
Nota: Di Karachi kawalan sangat2 la ketat di Imigresen (Tempat pengimbas).. Tak pasal2 hubby dan kekawan barunya kena bukak tali pinggang, cincin, kasut, jam dan lain2 yang berkaitan ngan metal.. (Semua barang hantaran.. Huhuhu.. Mesti geram je dia kan sebab kami dok gelak. Da la keletihan pas tu kena pulak bukak sume2 tuh).. So untuk sesapa yang akan transit ke Karachi untuk menunaikan umrah kenala bukak siap2 perkakasan tu ok (untuk lelaki saja)..




After usai solat Asar kami transit duduk melangut sambil bersembang2 antara satu ngan lain.. Transit 2 jam je..





Alhamdulillah. Kami tiba ke Karachi dengan selamat.. Then after 2 hour transit we continue our journey to Jeddah. It takes 4 hours on air.. 


Teruskan bersama saya untuk ketahui kisah lanjut perjalanan kami seterusnya.. Mungkin banyak yang boleh dikongsi bersama sebagai gambaran dan persediaan kalian ke Tanah Suci.. InsyaAllah. Wallahualam..
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com