Untuk para pengantin dan para suami, isteri.. Cam ne nak kekalkan sikap romantik supaya lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Harus sebenarnya sikap romantik dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan makin bertambah dan terus bertambah. Tak kira la walaupon dah beranak 1, 2, 3 atau seramai netball team.. Ada jugak pasangan yang jadikan gangguan anak-anak malah cucu-cucu sebagai alasan untuk x bersikap romantika ngan pasangan.. Alasannye maluuuuuuuuuuuuuu la anak2 or cucu2 nengok nanti.. Hihihi.. Sebenarnya bila anak2 tengok mak ayah dorang hepi together dengan bersifat romantika selalu antara masing2 hati anak2 da tentu berbunga2.. Silap2 haribulan jadi idola kepada mereka untuk selalu romantik sesama pasangan.. Tak ke bagus gitu.. Apepon romantik tuh bukanlah topik penting untuk pasangan yang dah berumahtangga.. Cuma tu satu kredit untuk mereka terus mengekalkan keseronokan dalam kehidupan rumahtangga.. Ada saja kejutan yang dibuat! Kalau anda pandai kejutan xsemestinya everyday (Koyak pulak poket).. Oh.... No, no, no xsemestinya kejutan tu nak kena pakai duit.. Macam2 kamu leh uat untuk kekal romantik bersama pasangan..
Contohnya!
(1) Lipstick di cermin (Tulisan I LOVE U!) di pagi hari b4 hubby masuk ke bilik air..
(2) Menyepah atas katil (Taburan bunga atas katil b4 hubby masuk titoooo)
(3) Hilang dalam umah (Main semunyik2 masa hubby balik dari keje..Kakakaka)
(4) Perut Muncit (Masakan best2 masa hari minggu)
(5) Gatai manja (Kissing hubby masa menonton TV or whatever)
(6) Dll.. Banyak lagi kamu leh pikir okey! Sila berfikir sendiri ye.. Ini contoh saja..
Jum baca skit tentang:
Petua mengekalkan sifat romantik
Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik
yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan. Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Jangan pulak biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas
di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.
Sikap romantik yang perlu dilahirkan
Ciuman mesra – Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri
mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah.
Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami
meneruskan kehidupan.
Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan
kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”,
“I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada
lama atau sekejap, jauh atau dekat.
Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang
disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang
amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.
Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.
Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal
perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan
bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin
bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan,
seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan
tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda
melindungi.
Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri –
Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya
sensitif.
InsyaAllah dengan berkat doa dan munajat kepada Allah sifat ini dapat dikekalkan dalam diri dan hidup hepi ending ever after.. Berdoa agar dijadikan Bidadara atau Bidadari yang akan menanti kalian di Syurga.. InsyaAllah, Wallahualam..
nice! hehe
BalasPadamtq K.I.N.A! hihihi..
BalasPadam