Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 15 Jun 2011

Fenomena Gerhana Bulan (Jun 2011)

Alhamdulillah 16 Jun 2011 Allah S.W.T menggerakkan hati saya dan suami untuk bangkit dari lena yang panjang untuk menikmati keindahan fenomenaNya di alam semesta dan memanfaatkan saat itu dengan ibadah kepadaNya...Syukur dapat melihat kebesaran kuasaNya menjadikan Gerhana Bulan dan memanfaati saat itu.. Wallahualam. Tahun ini saya sangat2 bertuah dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana saya diberi peluang untuk melihatnya bersama Hubby walaupon cuma melalui internet (satelite)..




 
 
 Ini antara beberapa informasi yang saya perolehi tentang Kejadian Gerhana Bulan.

Seluruh  gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanyakerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana). 

 
Kejadian gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila seluruh  atau sebahagian Bulan   memasukki bayang Bumi. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas Bumi menyebabkan sebahagian Bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta  mengakibatkan bayang Bumi mengunjur ke angkasa.  

Terdapat dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar bayang. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra. Umbra lebih gelap dari penumbra.  Sekiranya ketika Bulan purnama, ia memasukki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh Bulan memasukki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Sekiranya hanya sebahagian Bulan  memasukki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika Bulan hanya memasukki penumbra sahaja, gerhana penumbra yang akan terjadi. 

Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.
Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 03:22. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03:22 dan di tengah-tengah fasa total pada jam 04:13. Tempoh Bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasukki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 05:02. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 dan kembali menjadi normal pada 07:02. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.


Di sini saya nak berkongsi ilmu yang mungkin bermanfaat kepada kalian.. Wallahualam..
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com