Belum terlambat untuk saya dan hubby mengucapkan tahniah kepada Jimmy Shanley kerana sudah bergelar ayah. (Ceeeewaaaahh, macam rakan artis pulak yer.. Huhuhu)
Alhamdulillah, isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani sudah selamat melahirkan anak perempuannya pada 24 Jun 2011 (Jumaat) lalu di Putra Medical Center, Sungai Buloh.
Tapi semasa kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, dia tidak berada di sisi isterinya. Mungkin waktu tu Jimmy sibuk dengan jadual kerja yang padat...
Kami mendoakan semoga kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, hubungannya dengan isteri akan kembali pulih. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Oh ya, nama yang diberi kepada anak pertama Jimmy Shanley tu ialah Zahrah Shanley
Inilah wajah anak pertama Jimmy Shanley, Zahrah Shanley yang selamat dilahirkan pada hari Jumaat lalu (24 Jun 2011). She's so beautiful.. Subhanallah..
Menurut Jimmy Shanley yang dipetik dari mStar Online:-
Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Seperti yang saya pernah bercerita kisah Jimmy pada Luahan Jimmy beliau ingin menjadi seorang bapa yang baik dan semoga dengan kelahiran Zahrah Shanley ini, hubungan Jimmy dengan isteri akan kembali pulih. Juga semoga kedua2 pasangan ini dianugerahi sifat sabar, tabah, saling menghormati antara pasangan dan jujur dalam membina Mahligai Kebahagiaan bersama baby comel tu.. InsyaAllah.. Moga dipermudahkan semuanya..
comel nyeeee..
BalasPadammemang comei kan kina.. :) nanti kina nye baby pon mesti comei macam kina.. ;)
BalasPadam