Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Khamis, 30 Jun 2011

KEHEBATAN ISTERI DI SUDUT MATA SUAMI..

Hari ni saya ada terbaca note dari FB.. Suke sangat sebab saya dapat pengajaran dan pelajaran daripada sini.. Moga sama2 kita dapat berkongsi ilmu dan menjadikan diri kita (isteri) sebagai pelengkap suami.. Dapat pelihara diri daripada berperasaan kepada orang lain (suami yang telah beristeri atau lelaki bujang apatah lagi duda).. Menjaga tatasusila perbualan dengan bukan mahram demi memelihara perasaan dan maruah suami/diri.. Memelihara maruah diri, maruah suami, anak2, harta benda dan keperluan suami.. Moga Allah S.W.T membantu saya dalam memperbaiki diri menjadi isteri yang solehah.. InsyaAllah.. 
Dream of it!


“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah S.W.T dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai. Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud…

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.” Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung… 

“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya… 

Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW…

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”
Like Entry

Menghitung Hari Tiap Kali Pergi Kerja..



Hari ni tetiba rasa macam merindu.. Malam semalam saya bermimpi 3x mimpi yang seakan2 sama jer.. Sume tentang hubby... Sejak balik dari Umrah inilah pertama kali saya bermimpi.. Sik terjaga jer.. Sume mimpi2 mengarut.. Huhuhu.. Wisau pon ada.. Hati sering kerisauan.. Bila berjauhan (Pegi keje je sebenarnya.. Ngehngehngeh) rasa macam jauh sangat dan akan lama xberjumpa nanti.. Walhal sat g kol 6 da leh jumpa da kat umah.. Sejak akhir2 ni rasa macam lain sangat.. Hahaha Tetiba hati teringat. Oh no man!  Perhaps this momment feelling will remain till the end.. Insyallah..

Buatmu My ehem2 ku..
Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali
 
Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga
 
~~~With Love~~~
Ur Wife
Like Entry

Selasa, 28 Jun 2011

Rahsia Solat disebalik Peristiwa Isra' Mikraj

Ini lah antara ayat Allah S.W.T yang membuktikan berlakunya peristiwa yang terjadi kepada Nabi Muhammad, iaitu Israk & Mikraj. 
Israk bermaksud perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis (Palestin). Manakala, definisi bagi Mikraj ialah perjalanan naik dari Masjidil Aqsa naik ke langit ke-7 hingga sampai di Sidratul Muntaha dan terus naik menerima jemputan Allah s.w.t kepada kekasih-Nya untuk menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Sumber : Mr Google (Masjid Al Aqsar)*Perkongsian Ilmu: Difahamkan Maksud masjidil aqsa adalah seluruh kawasan-kawasan yang meliputinya...termasuk binaan, hatta kawasan lapang, di bawah pokok dan sebagainya di kira sbagai masjid al-aqsa. jika bersolat di mana2 ruang tersebut mendapat pahala berlipat 500 kali ganda. Jika ingin kesahihan sewajarnya dirujuk kepada ulama dan imam yang berkenaan. Wallahualam..

Peristiwa seperti ini bukanlah atas sebab saja2 Allah s.w.t mengangkat Nabi Muhammad ke langit, tetapi rakan sekalian, ia disebabkan, antaranya : 

(1) Tahun itu merupakan Tahun Dukacita Bagi Nabi Muhammad SAW, dimana isteri dan bapa saudaranya meninggal dunia.

Secara ringkasnya, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu Muhammad SAW dari bumi hingga ke langit. Tetapi peristiwa dibelah memang antara yang unik. Setelah dibelah, diambil hatinya lalu dibasuh dengan air zam-zam. Hatinya kemudian dimasukkan/disemai dengan Iman, Islam, Hikmah, Ilmu, Berani dan Sabar. Bayangkanlah rakan sekalian, Nabi SAW yang hendak bertemu dan berdepan dengan Allah S.W.T, perlu mempunyai hati sedemikian tadi itu. Tapi kita, orang2 biasa, nak jumpa Tuhan melalui solat pun, entah tentu entahkan tidak. Soal ikhlas perlu dijawab dahulu. Hanya Allah S.W.T saja yang tahu dan boleh menilai keikhlasan solat hamba2nya.. Baiklah sahabat sekalian, nak baca lagi tak... Jum teruskan..

Perjalanan Nabi Muhammad ketika diisrak mikrajkan, kita pun sudah sedia maklum bahawa ia terjadi pada satu malam dan dikatakan hanya berlaku dalam tempoh 4 jam sahaja. Tentu sahaja perjalanan itu memerlukan sebuah kenderaan yg canggih dan berteknologi tinggi, Namun, ini lah antara kekuasaan yang hendak ditunjukkan Allah swt. Menggunakan sejenis makluk yg bernama `Buraq' di sepanjang perjalanan nabi. Buraq ini wahai rakan sekalian, adalah binatang unik dari Syurga. Kelajuannya dikatakan sejauh mata memandang. Dan ketika Nabi Muhammad saw hendak naik ke langit, tiba2 baginda ternampak ada bebola api sedang menuju ke arah mereka. 
Lantas baginda bertanya kepada Jibril,
"Wahai Jibril, apa benda yg berapi2 itu ? "
Bayangkan lah kawan2, contohnya kita tengah jalan kaki pegi kedai waktu mlm. Tiba2, toleh belakang je, ada bola api meluru kpd kita! Tak tahu lah nk buat apa, tapi majoritinya mesti bertindak balas yg sama, iaitu lari.. Tapi sebenarnya xmustahil jugak ada yang pikir 'Oh My God! Sape yang anta sihir kat aku ni???' hehehe..

Back to the topik haa..
Jibril pun menjawab, 
"Itulah dia Jin Ifrit yg membawa obor api utk menghalang perjalanan kita." Akhirnya, Jin Ifrit yg ingin menghalang itu, terbakar terkena obor api yg dibawa sendiri itu.
Hehe.. boleh jugak la kalau nak kata orang yang mengata dan memburuk2kan perbuatan orang lain tapi rupanye dia jugak berbuat perkara yang sama.. Allah S.W.T tu kan Maha Adil.. Adehhh.. Lari topik lagi..


Dipendekkan ceritanya, baginda pun melalui 7 lapisan langit yg menemukan baginda dgn 8 roh nabi yg tertentu. Dan akhir sekali, baginda tiba di Sidratul Muntaha yg merupakan destinasi terakhir yg turut menemukan Nabi Muhammad SAW dan Allah S.W.T. Disini pun kita sedia maklum, Allah S.W.T telah pun memerintahkan Nabi dgn solat 50 waktu. Sewaku baginda ingin turun ke lagit ke-6, baginda ditegur oleh Nabi Musa AS, agar meminta kpd Allah S.W.T semula, mengurangkan waktu solat. Setelah lama berulang-alik, akhirnya termaktublah, bahawa Umat Nabi Muhammad SAW diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam. 

Sebenarnya, peristiwa sebegini bukanlah hanya sekadar utk kita perdengarinya sahaja. Tetapi, ia sudah tentu sebagai peringatan, renungan dan juga ujian utk kita sebagai muslim sejati. Peristiwa2 yg dihadapi Baginda Rasulullah SAW, tidak lain tidak bukan disertai dgn iktibar dan pengajaran. Antaranya : Nabi SAW terlihat orang yg tidak mampu memikul kayu, tetapi kayu yg dipikulnya terus ditambah. Inilah sahabat2 sekalian, balasan bagi mereka yg tidak amanah dn tamak kuasa. Nabi SAW melihat manusia terus-menerus memecah kepalanya dgn batu. Apa sebabnya?! Inilah balasan bagi mereka yg malas untuk solat. Dan Nabi SAW juga melihat manusia menggunting lidah menggunakan gunting api neraka dn bercantum semula. Inilah akibatnya, utk mereka yg berdusta, ckp besar, keji lagi kasar!

Namun begitu wahai sahabat2ku sekalian, 
Perkara yg hendak ditekankan disini ialah tentang SOLAT. Solatlah perkara yg mula2 sekali akan ditanya di akhirat. Dan kerana itu, Rasulullah SAW sendiri bertemu dan berdepan dengan Allah S.W.T, menandakan betapa besarnya kelebihan, kemuliaan dan tanggungjawab supaya kita menjaganya, sebagai muslim sejati! 


Wallahualam.. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sebaliknya adalah dari hamba itu sendiri.. Subhanallah Maha Suci Allah S.W.T yang menciptakan langit, bumi dan seluruh alam semesta..

Like Entry

Isnin, 27 Jun 2011

Antara Cinta dan Airmata hanya Allah S.W.T yang sentiasa mengetahuiNya..

I had a reason , for what i do ..


If you love somebody, set them free. If they return, they were always yours. 
If they don’t, they never were.


..Alhamdulillah..
As what we have done, at the end we have been together.. 
..Subhanallah..

Jatuh cinta pada seseorang kadang kala buat kita rasa macam ada satu semangat yang kuat dalam diri.. Jatuh cinta ni boleh beri kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah untuk kita menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta ni ambil masa yang sekejap je.. Kadang2 sekelip mata je, kita sedari kita dah jatuh cinta.. Tapi kita sendiri masih x tahu adakah cinta yang hadir tu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan kita.

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang2 x perlu sebab yang logik.. Sebab rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kekacakan atau kecantikan wajahnya..Tu yang tidor pon x lena2.. Mandi jangan cakap la.. :P Merimaskan diri pulak merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan pulak bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang2 hanya kita je yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..

Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir bukan sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Tapi amatlah pedih dan perit, terasa ngilunya hati bila sesama ada perasaan cinta.. Cume cinta itu terhalang atau pulak diganggu pihak ketiga atau mungkin kerana pelbagai halangan.

Hati kadang2 terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta berbalas? Siapalah juga kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya bila jodoh itu bukan milik kita?

Janganlah ditangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah S.W.T kita dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kita dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?
'Orang berjiwa besar punya dua hati;satu hati yang menangis dan satu lagi hati yang bersabar.'

Penutup: Gunakan Akal Sebaik-Baiknya

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Bagaimanapun, soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Allah S.W.T yang menentukan jodoh kita. 

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Seperti kata pepatah, cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta

Dari perspektif lain, ada seseorang yang amat menyayangi kita. 
Ungkapan cinta berbunyi 
"Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain."

Dari perspektif apa pun, apabila membicarakan soal cinta, kita sendiri boleh membuat keputusan. Mungkin kita sudah tahu tindakan apa yang patut diambil. Cuma kita amat sukar untuk melupakan dia. Saya akui, untuk melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. 

Jika tiada jodoh dengan dia, belajarlah perlahan-lahan untuk melupakannya. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita benar-benar mencintai seseorang dan ditakdirkan tiada jodoh dengannya, biarkan dia pergi. Ini kerana cinta sejati kita terhadap seseorang ialah kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Benarlah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Wallahualam..
Like Entry

Ahad, 26 Jun 2011

Ape cerita sebalik lahirnya Zahrah Shanley



Belum terlambat untuk saya dan hubby mengucapkan tahniah kepada Jimmy Shanley kerana sudah bergelar ayah. (Ceeeewaaaahh, macam rakan artis pulak yer.. Huhuhu) 
Alhamdulillah, isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani sudah selamat melahirkan anak perempuannya pada 24 Jun 2011 (Jumaat) lalu di Putra Medical Center, Sungai Buloh.

Tapi semasa kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, dia tidak berada di sisi isterinya. Mungkin waktu tu Jimmy sibuk dengan jadual kerja yang padat... 

Kami mendoakan semoga kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, hubungannya dengan isteri akan kembali pulih. Buang yang keruh, ambil yang jernih. 
Oh ya, nama yang diberi kepada anak pertama Jimmy Shanley tu ialah Zahrah Shanley


Inilah wajah anak pertama Jimmy Shanley, Zahrah Shanley yang selamat dilahirkan pada hari Jumaat lalu (24 Jun 2011). She's so beautiful.. Subhanallah..

Menurut Jimmy Shanley yang dipetik dari mStar Online:-
Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Seperti yang saya pernah bercerita kisah Jimmy pada Luahan Jimmy beliau ingin menjadi seorang bapa yang baik dan semoga dengan kelahiran Zahrah Shanley ini, hubungan Jimmy dengan isteri akan kembali pulih. Juga semoga kedua2 pasangan ini dianugerahi sifat sabar, tabah, saling menghormati antara pasangan dan jujur dalam membina Mahligai Kebahagiaan bersama baby comel tu.. InsyaAllah.. Moga dipermudahkan semuanya..
Like Entry

Jumaat, 24 Jun 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga..

Lelaki dan Wanita ada keistimewaan yang hebat....

SUBHANALLAH.. Hari ni saya nak berkongsi tentang beberapa faedah yang akan  kita dapat kalau kita buat ape yang di suruhNYA dan meninggalkan ape yang dilarangNya.. InsyaAllah.. Yang sukar menjadi mudah.. Wallahualam..




INILAH DIA LELAKI 


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. MasyaAllah.. Subhanallah.. Wallahualam.. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui segalanya..

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Keistimewaannya sangat2 hebat..


INI PULAK WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinyasendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Like Entry

Rabu, 22 Jun 2011

Mengapa Hawa Diciptakan Saat Adam Sedang Tidur.. Wallahualam

Sama2 kita berkongsi ke arah kebaikan dan panduan dalam memperbaiki kehidupan ini.. Moga kita dapat memberikan yang terbaik kepada suami atau isteri membina Mahligai Kebahagiaan.. InsyaAllah..    

     Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

 Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.
Mari renung2kan.. Wallahualam..

Like Entry

Bayangan menjadi realiti.. Kematian Zami Ismail..

Bayangan menjadi realiti.. Wallahualam. Inilah permulaan cerita yang saya nak kongsikan.. Kematian Zami Ismail..

Sejak balik dari umrah, hubby xpernah lagi cerita tentang mimpi.. Sampaila satu ketika hampir 2 minggu pulang ke tanah air, barulah hubby bukak cerita masa kami mengadap televisyen menonton iklan drama "Tanah Kubur" Astro Oasis, terpandang arwah dipakaikan kain kapan.. Hubby tak semena2 terperanjat dan beristighfar.. Saya pon pelik..
Hubby cakap " Sayang, abang baru je mimpi Zami Ismail meninggal dunia masa mimpi kat mekah.. Sama macam dalam cerita ni wajah dia dalam kain kafan" 
Then saya cakap " Ala, mimpi mainan tidur.. Tak ada apela.." Wajah hubby terus berubah sambil terus beristighfar banyak2... 

Kemudian baru2 ni hubby menjerit panggil saya di dapur.. Masa tu hubby ngah dengar berita, saya lak ngah masak.. 
Then hubby jerit "Sayang! Betul tak ape yang abang cakap? Ya, Allah.. Innalillahi Wa Innailaihi Rajiun.. Zami Ismail da meninggal sayang!"... Saya yang ngah masak tersentak sangat2! MasyaAllah, SubhanaAllah.. Selama yang hubby cakap dia bermimpi jadi pula kenyataannya.. Maha Suci Allah yang memberi segala petunjuk.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala2nya.. Wallahualam..

Hari ni saya tergerak hati untuk menulis tentang perkara ini.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di golongan orang2 yang terdahulu beriman dan beramal soleh padaNya.. Amin..


Inilah pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi, 19 Jun 2011 baru2 ini . Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, akibat jangkitan paru-paru. Al-fatihah buat arwah. 
Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat. 


 Sumber : Mr. Google - Arwah Zami Ismail aka Pak Uda ketika terlantar sakit di hospital

 Sumber: Mr. Google - Anakandanya Opie Zami di IJN

Team Pi Mai Pi Mai Tang Tu.. Dalam kenangan
Like Entry

Alhamdulillah.. Moga Nur Hadir..


Cantik sangat bila tengok Kak Erra Fazira bertudung.. Untuk pengetahuan, gambar ini diambil dari blog beautiful nara dan snapped masa Erra Fazira dilantik menjadi duta untuk sebuah syarikat tudung. Ini antara kate2 Erra Fazira bila ditanya sama ada dia menerima tawaran menjadi duta tudung ini kerana ingin menaikkan balik popularitinya:-

Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta. Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga

Same2la kite berdoa agar kak Erra akan terbuka pintu hati untuk terus mengenakan tudung.. Nampak sopan dan manis saja.. Mudah2an kak Erra akan memakainya penuh keikhlasan satu hari nanti dan bukan kerana sekadar fesyen.. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sebaliknya dari kelemahan manusia itu sendiri.. Wallahualam.. 
InsyaAllah..
Like Entry

Cara Rasulullah Melayani Isteri Baginda

Kisah Rasulullah SAW sebagai panduan dan teladan untuk kaum adam dalam memimpin sebuah keluarga yang harmoni.. InsyaAllah..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH S.W.T langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW. Wallahualam.. Moga menjadi pesanan terbaik untuk para suami dan isteri.. InsyaAllah..
Like Entry

Isnin, 20 Jun 2011

Memori Terindah Terpahat di Maya..

Usai sesi bergambar bersama keluarga, kami berdua masih xboleh mam dulu.. huhuhu.. Perut betul2 da masuk angin.. Mane taknye da dekat kol 11 malam da.. Adehhh.. So inilah hasil2nya.. Kredit to Aliceshah! Limited show.. Nak tengok lagi dan lagi mai le ke rumah ye..
























Macam jalan cerita pulak ea.. Hihihi..











Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com