Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 5 Ogos 2009

Lawak King Kong..

CITA-CITA MENCARI CINTA
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.
“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.
Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.


DI SEBALIK WAJAH MAYAT
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”
Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”
Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”
Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”


SAMAN TETAP SAMAN
Al kisah satu peristiwa yang hingga kini menghantui diri Husin (bukan nama sebenar). Kisahnya bermula sewaktu dia sering berulang alik dari kerja ke rumahnya di Kampung Tak Bernama (tiada dalam peta malaysia). Hampir dikatakan shif kerjanya (kerja kilang) adalah waktu malam dan sepanjang perjalanannya akan menyusuri hutan.
Nak dijadikan cerita sedang si Husin ni syok menunggang tetiba dia ditahanla dengan pihak polis... Yang peliknya bawak xlaju pon, helmet dia pakai, baju pon warna terang, lesen ada, road tax pon belum mati.. Polis tu mintak dia parking tepi sebab melakukan kesalahan yang boleh membahayakan nyawa. Semakin bingung Husin dibuatnya.. Polis tuh siap dah kua buku saman dah nih.. Husin semakin panik sebab dia percaya dia xda salah pon..
Husin : Encik Polis, nape nak tahan2 nak saman saya ni encik???
Polis : Awak dah lakukan satu kesalahan yang boleh membahayakan nyawa.
Husin : Kenapa pulak?? Cuma Encik Polis tengok diri saya, motor saya, lesen, road tax sume orait jerk..
Polis : Apepon awak kena setel saman ni..
(Polis tuh pon menyerah saman kepada Husin)
Polis : Masalahnya kesalahan ni daripada penumpang belakang awak nih yang xpakai topi keledar....
Husin : Penumpang??? Mane saya bawak penumpang..
Polis : Abes nih sape??
Sekilas saja Husin menoleh ke belakang nyer mengilailah si pontianak
"Hhhhhhheeeeeeeeeeeeee.. heeeeeeeee.....heeeeeeeeeee....."
dan terus terbang menghilang ....
Husin : Pergh!! Bengang nye aku! Kalau yer pon nak tumpang pakailah helmet!

BAD CHICKEN! BAD CHICKEN!
Somewhere 30k feets above the ground on the Gulf Air punya flight.
makan time..
crew: chicken or beef?

passenger: chicken.crew: here u go.. enjoy!
2mins later..
passenger: wut a bad chicken u gave to me!?!!

crew: bad chicken?
passenger: yes! have a look. how can i eat this thing!?!!
crew: oh. 1sec, sir.
crew ambil ayam dari kaserol, dia angkat tinggi2, sambil tampar2 macam kita tampar orang.. sambil berkata,
crew: bad chicken! bad chicken! bad chicken! dan meletakkan elok2 kembali dalam kaserol.

crew: well, i guess ur chicken’s behaved now.. (sambil berlalu)

BERTERIAK SERENTAK!
Dua orang kanak-kanak jatuh ke sungai dan mereka tidak pandai berenang. Salah seorang dari kanak-kanak itu berteriak, “Tolong, Tolong”.
Rakannya yang lain berkata, “Mungkin lebih baik kalau kita berteriak serentak.”
“Idea yang bagus,” jawab rakannya dan dia mulai berteriak,
“Serentak!!, serentak!!.”


ILYAS DAN BERUS GIGI
Anak buah saya si Ilyas menjerit dari dalam bilik air dan kemudiannya datang kepada saya lalu memberitahu, ” Pakcik, berus gigi saya terjatuh ke dalam mangkuk tandas“.
Saya kemudian menggunakan penyepit dan mengambil berus giginya keluar dari mangkuk tandas tersebut lalu mencampakkan kedua dua berus gigi dan penyepit tadi ke dalam tong sampah.
Ilyas berdiri disamping saya buat seketika dan kelihatan seperti sedang berfikir. Tidak lama kemudian dia mengambil berus gigi saya dan makcik Palina lalu berkata, “Kalau begitu, Pakcik patut buang kedua dua berus gigi ni jugak sebab minggu lepas berus gigi ni pun jatuh dalam mangkuk tandas!“.


Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com