Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Ahad, 9 Ogos 2009

Besday Emi

Wahhh... Enjoy sakan.. Sambil2 aku celebrate besday emi sambil2 gak aku dapat tenangkan fikiran dari hiruk pikuk kota.. (xkota sangatlah) Huhuhu.. Pagi tuh (Ahad - 9/08/2009) aku x planning pon nak g anta dia balik Mantin. Maklumlah modal tengah sangkut.. Huhuhu.. Tapi jam 10.00 pagi dia merengek2 ajak aku g teman dia ke karaoke kononnyer dia nak belanja la kalau aku leh teman dia.. Wahh... bukan main lagi yerk!

Jam 11.00 pagi aku terpikir daripada g tempat karaoke yang kompem bising gamat tuh lebih baik aku ajak g air terjun.. Hurm.. tenang skit pale aku nih.. Then, aku kol my love.. Tanya dia free ke tak. Then, kami pon planning la dalam waktu kecederaan cam tuh untuk ke Sg. Gabai... Urm.. Adik aku kena carik partner la pulak sebab bf dia buzy.. Bincang punyer bincang dapatlah sowang kawan leh join.. Aku kelam kabutla kelentang kelentung kat dapur uat persiapan bekal.. Aku buatlah sandwich telur hancur+mayonis+tomato.. Itu jer yang mampu.. Tengok belek2 dalam frezer ada bahan mee goreng. Hurm.. Gorenglah jugak dalam masa betul2 kecederaan tuh (sebab dah nak tengahari t terlambat dah petang sangat)

Kol 3 baru gerak tu pon dah g amik kawan adik aku (Emi) kat Mantin.
Then kami memulakan operasi.. Dalam perjalanan memang jauh gilerrrrr ar... Kami tersesat terlajak sampai ke pergunungan menghampiri ke Klawang.. Banyak rumah orang asli jugak la..

Kagum2.. Sepanjang perjalanan selepas merentasi Sg. Tekala perghhh!! Nampak tasik/empangan yang dasatlah luasnyer teramat luas.... Ramai gak pemancing datang.. Aku tak sabar2 nak sampai ke Sg. Gabai sebab risau gak cuaca semakin xmengizinkan.. Dalam perjalanan melepasi Sg. Tekala hujan renyai2 dan terus lebat.. Aku mendongak ke langit dari dalam kereta dan aku nampak langit tetap cerah.. Hurm.. Tak lama gaknyer hujan nih. Getus hati aku.. Sembang punyer sembang kami xperasan dah terlajak.. Maklumlah xda signboard pon.. Terus kami dah berkilo2 meter terlajak, rasanya dekat 20km lebih la.. Patah balik carik jalan.. Bayangkanlah keadaan jalan yang sempit dan curam (bersimpang siur macam ular kena palu) kami terpaksa buat "U-Turn Maut".. Mujur ada si dia yang drive..
Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan ke sana kami tiba di gerbang Sg. Gabai.. Pheeewwww... Lego den.. Itupon sandwich dah tinggal separuh dalam bekas tupperware.. Huhuhu.. Lum sampai destinasi, aku, si dia, Emi dan Zarin dah bedal dalam keta.. Maklumlah tengah ujan perut pon lapar..
Tiba di sana pulak biasalah tiket satu kepala RM1. Orait lah tuh.. Kami mendaki tangga pulak dah.. Perghh!!! Dasat abeh ar naik hingga ke atas.. Tak larat weh.. Masing2 gagahkan diri gak sebab nak cari port best sebab tak nak mandi bekas2 orang.. Akhirnya jumpa dah tapak untuk letak barang2 dan merehatkan badan.. Hurm, letih2.. Selesai membersihkan kawasan kami menjamu selera.. Maklumlah tenaga dah abes buat panjat tangga tadi..

Dah penat mendaki tangga akhirnyer kami melalui jambatan kontot nih... Dah nak sampai lah kirenye port kami.. Hehehe


Pergh... Ramai gak orang. So kami panjat lagi sikit nak carik yang lebih tenteram..

Sampai je port, kami pon makan la mee goreng bekalan. Nyam2 sedap gak mee goreng yang aku buat! Ceewahhh!! Betul ar, memang sedap beb! Kene puji lagi! Hahahahah... Dah makan kami pon "berdebus" terjun dalam sungai.. Best2!!

Maklumlah kena hiburkan besday girl... Syok betul tengok Emi ngan Zarin main gelongsor2 kat batu sungai tuh.. Tapi cetekla.. Aku ngan si dia la.. Kitorang mandi kat atas kena jaga barang2 dorang.. Wahh... Sedap je "berdebus" kat bawah tinggal barang2.. Nasib le labu.. Huhuhu..

Dah letih mandi manda dorang naik nak makan lagi..

Kami sembang2 sambil gelak2 perhati lagak manusia.. Makan keropok udang dan popcorn yang si dia bawak dari rumahnyer.. Sedap tuh, manis rasanyer.. Hehehe.. Lepas tuh sambung g "berdebus" kat tempat aku ngan si dia mandi tadi.. Sekali berempat main gelongsor.. Tuh pon mula2 aku xnak.. Pergghhh!! Takut beb! X berani ar, takut terseliuh.. Then pujuk punyer pujuk akhirnyer aku teringin gak lah rasa.. Aku pon cuba ler.. Mula2 memang gayat sangat.. (walaupun xtinggi mana) Bila aku kena tolak dengan si dia aku pon tarik le bajunyer.. Perghh! Slow motion lah aku bergelongsor.. Huhuh.. Selamat tak laju, maklumlah ada tempat menahan. Huhuuhu.. Emi ngan Zarin marah tol kat aku sebab tahan2.. "Tak adventure lah uda!" Jerit dorang.. hahaha.. Memang enjoy lah.. Akhir sekali penutup kami terjun menggelongsor setiap orang. Memang Syok ar! Plan nak g lagi lah after raye!!..

Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com