Play With Kiko Boy!
Lady Bug Space..
Rabu, 5 Ogos 2009
Ayam Masak Lemak Cili Api
Hari ni aku masih puasa di bulan Syaaban. Alhamdulillah.. Aku dah mula hari Isnin terus menerus hingga hari ni.. Insaf jugak aku nih. ;P Sekurang2nya dah mula lah sikit berlatih untuk Ramadhan. Maklumlah dah lama tinggal takut terkejut pulak perut nanti.. Hihihi..
Hurm.. Jauh lagi perjalanan nih. Aku dah terfikir nak berbuka puasa masak perlah hari nih. Kelmarin masak asam pedas ikan sembilang. Kalau dilihat pada bahan memang mencukupi untuk masak lemak cili padi ayam nih.. Orait la tuh! Kompem!
Mudah2an aku dapat bertahan hingga ke waktu berbuka puasa nanti.. Bagus2 aku sudah menjadi bertambah baik.. Ceeewaaahh.. Alhamdulillah..
LEMAK CILIAPI AYAM
Bahan 1/2 ekor ayam [buang kulit & potong sesedap rupa]
3 biji kentang [belah 4] 1 helai daun kunyit [koyakkan]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] garam
Bahan
Mesin Halus 20 tangkai ciliapi
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
2 tangkai serai
1 cawan air
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan ayam juga kentang lembut.
2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendideh semula.
3. Rasakan garam dan tutup api.
4. Hidangkan dengan nasi putih panas2. (PERG.. PERG.. PERGH!!!)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Remember Me Always..
The Chapter Of My Life |
Provided by MasterGreetings.com |
perghh kecur air liur..great! teruskan usaha anda...bagus bulan baik ni truskan!..chaiyok!! chaiyok! ehehe blog ni akan bertukar menjadi resepi...
BalasPadamhahahaha.. Dalam bulan ni berkemungkinan blog ini akan membuat dirimu meleleh2 air liur.. Jadi Chef x Bertauliah dalam seminggu dua nih.. Hahaha..
BalasPadamhahaks..amboih!..pastu masukkan skali resepi utk wat biskut raye skali kay..ehehehe baik gak da kegunaan nih..lebih2 lagi utk bakal pengantin dan ibu..ehehehe
BalasPadam