Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Jumaat, 22 April 2011

Pesanan Ilmu untuk para suami dan bakal suami..

Kepada kaum adam yang merasakan sudah sampai masanya untuk mereka mendirikan rumahtangga dan bersedia untuk melayari bahtera kehidpan bersama pasangan masing-masing disini dibekalkan sedikit pesanan dan nasihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun 
oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. 

Khususan Ila suamiku yang tercinta, marilah sama-sama kita memperbaiki diri demi rumahtangga kita yang aman bahagia dunia dan syurga.. InsyaAllah..

Pesanan Ilmu Untuk Suami:

  1. Suami itu raja bagi isi rumahnya dan isteri itu permaisuri dan segala yang ada di dalam rumah ialah tanggungannya dan rakyatnya. Oleh itu dialah yang menanggung segala hal rumahnya sama ada baik atau jahat di hadapan Allah kelak.
  2. Suami jangan menampakkan sifat terlalu cemburu kepada isteri atau kepada anak-anak kerana yang demikian itu boleh menerbitkan helah dan tipu daya yang sulit bagi memperdayakannya dan jangan pula cuai sehingga tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumahnya. Sebaik-baik peranan ialah bersikap sederhana.
  3. Tidak patut bagi suami menceritakan segala hal atau membuka rahsianya kepada isteri kerana semangat perempuan biasa lemah dan mudah terperanjat. Perkara-perkara dan hal-hal yang difikirkan itu dapat ditanggung atau disimpannya bersama.
  4. Suami itu penguasa dan pemimpin isteri. Oleh itu hendaklah is menjalankan kuasanya sebagai ketua dan pemimpin isi rumah dan janganlah isteri yang menjadi ketua dan berkuasa ke atas suami. Junjungan kita Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa umat dan kaum di bawah pimpinan perempuan tidak akan berjaya dan berbahagia.
  5. Suami hendaklah memelihara isteri dengan baik dan bijaksana, kerana perempuan ialah amanah Allah SWT kepada lelaki dan sebarang lelaki yang telah berkahwin tentulah telah mengaku sanggup memelihara isteri dengan seberapa sempurna. Janganlah biarkan isteri itu begitu sahaja atau dibawa ke tempat-tempat hiburan yang akan mencemarkan nama dan maruah dan merosakkan perangainya.
  6. Hendaklah suami sentiasa menggembirakan hati isteri dengan berbagaibagai cara dan gaya sama ada dari segi perkataan (budibahasa) dan mans muka serta selalu membawa buah tangan terutama semasa pulang daripada luar negara kerana semua hadiah-hadiah kepada anak isteri itu menambahkan kasih sayang. Bahkan mendapat pahala.
  7. Janganlah suami suka meninggalkan rumah hingga jauh malam atau suka mengajak sahabat-sahabat makan di kedai-kedai kerana yang demikian mengaibkan nama isteri dan membanyakkan belanja.
  8. Hendaklah suami menahan sabarjika kena leteran isteri kerana perempuan itu berat pekerjaannya iaitu menyelenggara rumahtangga, mencuci kain baju, menyediakan makan minum, mengandung dan bersalin, kemudian mengasuh anak-anak.
  9. Hendaklah suami kasih dan ikhlas kepada isteri bukan berkahwin kerana harta atau cantik semata-mata. Kerana jika tidak dapat wangnya atau apabila hilang kecantikkannya, tentu suami akan renggang daripada isteri dan hilang kebahagiaan bahkan boleh mengakibatkan perceraian.
  10. Jangan burukkan perangai isteri di hadapan orang lain. Perbuatan yang demikian menunjukkan kurang adab.
  11. Sekiranya suami mendengar aduan mengenai hal isterinya, hendaklah is bercermat serta jangan tergopoh gapah menyangka jahat terhadap isterinya. Hendaklah selidik dengan sehabis-habis cermat dan halus. Kemudian barulah membuat keputusan. Tetapi jangan pula dibiarkan begitu sahaja dengan tidak mengendahkan hal itu sama sekali supaya jangan termasuk ke dalam sifat dayus kerana orang yang bersifat dayus tidak masuk syurga.
  12. Jangan sekali-kali menampakkan sesuatu kejahatan (jika tercebur ke dalamnya) kepada isteri dan anak-anak kerana dikhuatiri kejahatan itu akan ditiru oleh mereka ataupun mereka akan memandang rendah kepadanya.
 Diharap bakal suami dan para suami dapat memahami pengertian ilmu ini, InsyaAllah rumah tangga akan bahagia, akan datang akan di kongsikan pulak pesanan buat bakal-bakal isteri dan para isteri
.
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com