Assalamualaikum kalian..
Apa khabar iman kita hari ni? Ada yang meningkat setinggi 7 petala langit. Tidak kurang jua yang menurun imannya hingga ke 7 lapisan bumi. Yang penting, usah jemu bertaubat jika berbuat dosa. Bila melakukan dosa, iman akan berkurangan dan jiwa tidak akan tenteram. Tapi, percayalah. Dosa itu perlukan pengampunan dari Allah Maha Pengampun Dosa. Tidak yakinkah anda bahawa Allah akan mengampunkan dosa?
"Kau yang Maha Melihat, Kau yang Maha Melihat, Kau yang Maha Pemaaf, PadaMu hati bertaubat"
Same2la kita hayati kisah seorang pemuda yang telah membunuh 100 orang.
Dia ingin bertaubat dengan berhijrah ke perkampungan yang baik supaya dia terhindar daripada melakukan dosa lagi. Belum sempat sampai ke perkampungan baik tersebut, dia telah meninggal dunia. Namun, kerana ada niatnya untuk bertaubat dan berusaha ke arah itu, dia dimasukkan ke dalam syurga Allah. Belum lagi dia sempat bertaubat, dia baru berusaha ke arah itu, namun Allah ampunkan dia. Masya Allah. Allah memang Maha Pengampun.
Allah S.W.T mencintai orang-orang yang sering bertaubat
Benarlah kata-kata Allah S.W.T. Bahawa jika hamba-Nya datang dengan dosa sebanyak bumi ini, maka pengampunan Allah S.W.T jua sebanyak bumi ini. Ingat lagi firman Allah yang mengatakan Allah S.W.T suka orang-orang yang bertaubat. Dalam Al-Quran di sebut:
"InnAllahu yuhibbun tawwabin."
"InnAllahu yuhibbun tawwabin."
Kenapa Allah gunakan perkataan tawwab? dan bukan taaib?
Ini kerana tawwab bermaksud mengulang-ulang bertaubat dan taaib pula bermaksud bertaubat. Maknanya di sini, Allah S.W.T suka orang yang mengulang-ulang bertaubat. Hamba itu melakukan dosa, kemudian hamba itu bertaubat. Dia jatuh tersungkur melakukan dosa. Kemudian, dia bangun bertaubat. Dia jatuh, dan dia bangun.
Manusia ini bukanlah ma'sum. Kita tidak akan terlepas daripada dosa. Bertaubatlah dan mintalah ampun daripada Allah Azza Wajalla. Dia sahajalah yang Maha Pengampun. Sebusuk manapun kita dengan najis dosa, Allah akan bersihkan kita jika kita berusaha ke arah kebaikan.
Moga kita saling beringat dan pintu yang membawa ke arah kebaikan bermula dari pintu taubat.. Wallahualam.. InsyaAllah..
prnah gax dgr crita mcm ni tym skolah dlu.. dy msuk syurga sbb niat dy nk brtaubat tu.. ssungguhny Allah tu maha pengampun dan maha pnyayang :)
BalasPadamjemput singgah ANASAURUS :)
Betul tu.. Allah adalah Maha Segalanya.. Kita hambaNya sepatutnya bersyukur sangat2..
BalasPadam