Assalamualaikum kalian..
Entry yang lepas ada 12 pesanan ilmu untuk para suami dan bakal.. Kali ni kite hayati pula 13 pesanan untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar isteri termasukla empunye blog ni ;) Kata-kata nasihat ini dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun
oleh Ustaz Abdul Raof Dalip.
Perkahwinan adalah perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai, maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang diharapkan.
Pesanan Untuk Isteri:
- Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan untuk menjadi pemimpin bagi isteri. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
- Hendaklah berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu demi suami dan bersikap Manja di hadapannya. Ingat! perhiasan kamu bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk suamimu..
- Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami setiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan sebarang kebencian ditinggalkan.
- Jangan banyakkan permintaan atau membebani suami dalam perkara yang tidak dapat siempurnakan oleh suami apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian akan merunsingkan suami.
- Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
- Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan memperkemas diri.
- Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
- Jangan suka menceritakan kecantikan perempuan lain atau memuji-muji anak dan isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
- Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
- Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
- Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
- Hendaklah menyediakan makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
- Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya melakukan senaman dan jaga permakanan dan minuman, kebersihan dan pelihara perasaan yang tenteram.
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan