Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 6 April 2011

Jangan sampai terbeli telur ayam tiruan..



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


NONE

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


Berita dipetik daripada malaysiakini


Setelah puas berlayar di google jum kite tengok inilah rupe kejadahnya telur tiruan dihasilkan.. Aduhaaaiiii.. Hubby da la penggemar telur.. Bahaya la pulak telur ayam sekarang...



Langkah 1: 
Bahan-bahan mentah (ntah pape ntah)
 Telur tiruan dibuat dari calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan bahan kimia lain

Langkah 2:
Ni nak buat telur kuning.


Kalsium klorida dan  pewarna dimasukkan kedalam 2/3 bekas acuan berbentuk bulat, maka terbentuklah satu lapisan pada telur kuning tersebut. Pigmen kuning ditambah menjadikan ia telur kuning yang sempurna


Langkah 3 : 
Ni nak buat putih telur 
Sama seperti penghasilan telur kuning di atas, proses pembuatan telur putih ini menggunakan acuan yang lebih besar dan bujur (sebelah kiri). Hanya 1/3 sahaja telur putih yang dibentuk kerana telur kuning yang dihasilkan terlebih dahulu akan dimasukkan kedalam telur putih (1/3 + 1/2 = 1). Pembentukan telur akan terhasil selepas satu jam setelah dibasuh dengan air. Telur kini terbentuk dan bersedia menerima 'kulit telur'


Langkah 4: 
Ni nak buat kulit telur
Dengan menggunakan benang jahitan, garisan akan dibuat di permukaan telur putih yang telah dihasilkan tadi,  proses ini dilakukan di dalam campuran kalsium karbonat dan lilin parafin untuk membentuk lapisan nipis kulit telur. Garisan yang dibuat adalah bertujuan memastikan bahan kimia bereaksi dengan putih telur tersebut. Kemudiaanya ia akan dibiarkan kering seketika dgn dibasuh dengan air sejuk. Proses ini diulang beberapa kali untuk mendapatkan kulit telur pada ketebalan yang bersesuaian. 

Hopefully pas ni kena hati2 nak beli telur.. Xpon kalau 'tanduk da tumbuh atas kepala' try la pecahkan sebijik dua dan tengok dulu ada mate x telur tuh.. Kalau xda anda bertuah la leh p report.. Kalau xbertuah anda kenala korbankan ur money bayar balik.. Huhuhu.. 
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com