Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 27 April 2011

Pesanan Ilmu untuk para isteri dan bakal isteri..

Assalamualaikum kalian..
Entry yang lepas ada 12 pesanan ilmu untuk para suami dan bakal.. Kali ni kite hayati pula 13 pesanan untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar isteri termasukla empunye blog ni ;) Kata-kata nasihat ini dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun 
oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. 
Perkahwinan adalah perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai, maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang diharapkan.


Pesanan Untuk Isteri:
  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan untuk menjadi pemimpin bagi isteri. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu demi suami dan bersikap Manja di hadapannya. Ingat! perhiasan kamu bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk suamimu..
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami setiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan sebarang kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau membebani suami dalam perkara yang tidak dapat siempurnakan oleh suami apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian akan merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan memperkemas diri.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau     menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikan perempuan lain atau memuji-muji anak dan isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah menyediakan makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya melakukan senaman dan jaga permakanan dan minuman, kebersihan dan pelihara perasaan yang tenteram.
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
Like Entry

Selasa, 26 April 2011

PadaMu hati ku bertaubat..

Assalamualaikum kalian.. 


Apa khabar iman kita hari ni? Ada yang meningkat setinggi 7 petala langit. Tidak kurang jua yang menurun imannya hingga ke 7 lapisan bumi. Yang penting, usah jemu bertaubat jika berbuat dosa. Bila melakukan dosa, iman akan berkurangan dan jiwa tidak akan tenteram. Tapi, percayalah. Dosa itu perlukan pengampunan dari Allah Maha Pengampun Dosa. Tidak yakinkah anda bahawa Allah akan mengampunkan dosa?

"Kau yang Maha Melihat, Kau yang Maha Melihat, Kau yang Maha Pemaaf, PadaMu hati bertaubat"



Same2la kita hayati kisah seorang pemuda yang telah membunuh 100 orang. 
Dia ingin bertaubat dengan berhijrah ke perkampungan yang baik supaya dia terhindar daripada melakukan dosa lagi. Belum sempat sampai ke perkampungan baik tersebut, dia telah meninggal dunia. Namun, kerana ada niatnya untuk bertaubat dan berusaha ke arah itu, dia dimasukkan ke dalam syurga Allah. Belum lagi dia sempat bertaubat, dia baru berusaha ke arah itu, namun Allah ampunkan dia. Masya Allah. Allah memang Maha Pengampun.



Allah S.W.T mencintai orang-orang yang sering bertaubat



Benarlah kata-kata Allah S.W.T. Bahawa jika hamba-Nya datang dengan dosa sebanyak bumi ini, maka pengampunan Allah S.W.T jua sebanyak bumi ini. Ingat lagi firman Allah yang mengatakan Allah S.W.T suka orang-orang yang bertaubat. Dalam Al-Quran di sebut: 
"InnAllahu yuhibbun tawwabin."



Kenapa Allah gunakan perkataan tawwab? dan bukan taaib? 


Ini kerana tawwab bermaksud mengulang-ulang bertaubat dan taaib pula bermaksud bertaubat. Maknanya di sini, Allah S.W.T suka orang yang mengulang-ulang bertaubat. Hamba itu melakukan dosa, kemudian hamba itu bertaubat. Dia jatuh tersungkur melakukan dosa. Kemudian, dia bangun bertaubat. Dia jatuh, dan dia bangun.



Manusia ini bukanlah ma'sum. Kita tidak akan terlepas daripada dosa. Bertaubatlah dan mintalah ampun daripada Allah Azza Wajalla. Dia sahajalah yang Maha Pengampun. Sebusuk manapun kita dengan najis dosa, Allah akan bersihkan kita jika kita berusaha ke arah kebaikan.

Moga kita saling beringat dan pintu yang membawa ke arah kebaikan bermula dari pintu taubat.. Wallahualam.. InsyaAllah..
Like Entry

Ahad, 24 April 2011

Tinta Air Mata



Tinta kerinduan yang amat kepadaMu, Ya Allah.. Kami bermohon padamu dari segala kesengsaraan dan bencana. Lindungi kami dan pimpini kami ke jalan yang Engkau Redhai.. Selamatkan perjalanan kehidupan kami dan peliharalah iman kami sehingga hari perhitungan. Lindungi harta benda kami dari dikhianati dan dicerobohi.. Seandainya ada takdir yang tersurat kami redha..


Ya Allah, moga cinta dan kasih kami abadi hingga ke Syurga.. Segala kepayahan, kesenangan, dekat, jauh, miskin, kaya kami tempuhi bersama.. Jadikan aku isteri dan wanita yang solehah disisi Mu.. dan jadikan suamiku jua lelaki yang soleh disisi Mu.. Tangisan air mata menjadi saksi janji ini.. Amin..
Like Entry

Jumaat, 22 April 2011

Pesanan Ilmu untuk para suami dan bakal suami..

Kepada kaum adam yang merasakan sudah sampai masanya untuk mereka mendirikan rumahtangga dan bersedia untuk melayari bahtera kehidpan bersama pasangan masing-masing disini dibekalkan sedikit pesanan dan nasihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun 
oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. 

Khususan Ila suamiku yang tercinta, marilah sama-sama kita memperbaiki diri demi rumahtangga kita yang aman bahagia dunia dan syurga.. InsyaAllah..

Pesanan Ilmu Untuk Suami:

  1. Suami itu raja bagi isi rumahnya dan isteri itu permaisuri dan segala yang ada di dalam rumah ialah tanggungannya dan rakyatnya. Oleh itu dialah yang menanggung segala hal rumahnya sama ada baik atau jahat di hadapan Allah kelak.
  2. Suami jangan menampakkan sifat terlalu cemburu kepada isteri atau kepada anak-anak kerana yang demikian itu boleh menerbitkan helah dan tipu daya yang sulit bagi memperdayakannya dan jangan pula cuai sehingga tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumahnya. Sebaik-baik peranan ialah bersikap sederhana.
  3. Tidak patut bagi suami menceritakan segala hal atau membuka rahsianya kepada isteri kerana semangat perempuan biasa lemah dan mudah terperanjat. Perkara-perkara dan hal-hal yang difikirkan itu dapat ditanggung atau disimpannya bersama.
  4. Suami itu penguasa dan pemimpin isteri. Oleh itu hendaklah is menjalankan kuasanya sebagai ketua dan pemimpin isi rumah dan janganlah isteri yang menjadi ketua dan berkuasa ke atas suami. Junjungan kita Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa umat dan kaum di bawah pimpinan perempuan tidak akan berjaya dan berbahagia.
  5. Suami hendaklah memelihara isteri dengan baik dan bijaksana, kerana perempuan ialah amanah Allah SWT kepada lelaki dan sebarang lelaki yang telah berkahwin tentulah telah mengaku sanggup memelihara isteri dengan seberapa sempurna. Janganlah biarkan isteri itu begitu sahaja atau dibawa ke tempat-tempat hiburan yang akan mencemarkan nama dan maruah dan merosakkan perangainya.
  6. Hendaklah suami sentiasa menggembirakan hati isteri dengan berbagaibagai cara dan gaya sama ada dari segi perkataan (budibahasa) dan mans muka serta selalu membawa buah tangan terutama semasa pulang daripada luar negara kerana semua hadiah-hadiah kepada anak isteri itu menambahkan kasih sayang. Bahkan mendapat pahala.
  7. Janganlah suami suka meninggalkan rumah hingga jauh malam atau suka mengajak sahabat-sahabat makan di kedai-kedai kerana yang demikian mengaibkan nama isteri dan membanyakkan belanja.
  8. Hendaklah suami menahan sabarjika kena leteran isteri kerana perempuan itu berat pekerjaannya iaitu menyelenggara rumahtangga, mencuci kain baju, menyediakan makan minum, mengandung dan bersalin, kemudian mengasuh anak-anak.
  9. Hendaklah suami kasih dan ikhlas kepada isteri bukan berkahwin kerana harta atau cantik semata-mata. Kerana jika tidak dapat wangnya atau apabila hilang kecantikkannya, tentu suami akan renggang daripada isteri dan hilang kebahagiaan bahkan boleh mengakibatkan perceraian.
  10. Jangan burukkan perangai isteri di hadapan orang lain. Perbuatan yang demikian menunjukkan kurang adab.
  11. Sekiranya suami mendengar aduan mengenai hal isterinya, hendaklah is bercermat serta jangan tergopoh gapah menyangka jahat terhadap isterinya. Hendaklah selidik dengan sehabis-habis cermat dan halus. Kemudian barulah membuat keputusan. Tetapi jangan pula dibiarkan begitu sahaja dengan tidak mengendahkan hal itu sama sekali supaya jangan termasuk ke dalam sifat dayus kerana orang yang bersifat dayus tidak masuk syurga.
  12. Jangan sekali-kali menampakkan sesuatu kejahatan (jika tercebur ke dalamnya) kepada isteri dan anak-anak kerana dikhuatiri kejahatan itu akan ditiru oleh mereka ataupun mereka akan memandang rendah kepadanya.
 Diharap bakal suami dan para suami dapat memahami pengertian ilmu ini, InsyaAllah rumah tangga akan bahagia, akan datang akan di kongsikan pulak pesanan buat bakal-bakal isteri dan para isteri
.
Like Entry

Khamis, 21 April 2011

Suami dan Isteri


 Tanggungjawab Suami
  1.  Menyediakan mahar untuk isteri.         
  2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
  3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
  4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
  5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
  6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal ibadat dalam fardu ain.
  7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.
 Tanggungjawab Isteri
  1.  Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
  2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
  3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.
  4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.
  5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
  6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.
  Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri
  1. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
  2. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.
  3. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
  4. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua­-dua      belah pihak.  
  5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.
  6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.


RENUNG-RENUNGKAN SAHABAT DAN SELAMAT BERAMAL..
Like Entry

Khamis, 14 April 2011

Ibu.. Ayah.. Siapa penderma cuping tuh?

Puas aku cube ingat balik sumber kisah ini dari blog yang mane.. Kisah ni kisah yang bertahun2 dulu aku suke.. Masa tu zaman aku diploma di UiTM lagi.. Kat level Blok Camelia tu kan ada papan tanda untuk tampal segala bagai yang kamu nak tampal.. So aku suke la tampal cite2 tauladan macam ni.. Ntah nape berminat no & suke sangat2 sharing.. So every weel mesti ada je menda yang aku nak nepek kat papan tu.. Walaupon nak print kat library tu pon nak kena bayar, bayar jela.. Yang penting aku suke citenye.. :) Kisah ini aku pernah cite kat hubby, dan seronok sangat bile dia senyum dan mintak lagi soh cite kisah2 macam tuh.. Alhamdulillah.. Daripada aku dok mengomel je kat Hubby bek aku cecite2 skit kisah2 tauladan yang banyak perbaiki kehidupan kami.. Syukur.. Kisah ni la yang membuka mata kita tentang pengorbanan ibu pada anaknya sehingga ke hujung nyawanya.. Alhamdulillah.. Aku kenala perbanyakkan membaca ilmu2 keibuan setelah berumahtangga.. Moga pelajaran seperti ni dapat memupuk sifat2 keibuan dalam diri. InsyaAllah dengan izin Allah.. 
Tersebut la Al-Kisah
“Nurse,boleh saya tengok bayi saya?”
Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah.
“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.
“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya…tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Moral : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. 

Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘I LOVE U MOM’.


Janganla sombong dengan ibu sekalipun telah ditaburi dengan harta kekayaan dan dikurniai anak-anak yang ramai..
Like Entry

Ahad, 10 April 2011

FAKTA TENTANG COKLAT

Memandangkan aku ni pembuat homemade cekelat, so ada la menda2 skit based on fact yang nak dikongsikan ngan pembaca/bloggers.. Jum layan sat!
Sape kate ea cekelat ni leh gumuk2????? Huiiiikkkkk.. Ni mesti buta fakta nih.. Kahkahkah.. ;P Jangan mare2 yer.. 
Orait, sekarang ni jum kite sesama tambah ilmu untuk kite kongsi maklumat2 pasai cekelat.. Pas ni leh la terus order cekelat yer.. Xpon kat kedai banyak cume kena pilih yang betul2 halal (muslim) okai.. 
COKLATTTTTTT :
1) Tidak menyebabkan JERAWAT
Coklat tidak mnyebabkan jerawat. Hakikatnya punca utamajerawat adalah disebabkan oleh perubahan hormon ketika baligh, pengambilan makanan yg tak teratur dan kurang zat zink.  So, terbukti coklat tak menyebabkan jerawat k !!
2) Tidak MENGGEMUKKAN
Sape ckp mkn coklat bleh gemuk?? Opssss.. Salah 2, salah… Menurut kajian yg dijalankan diseluruh dunia membuktikan tiada makanan tertentu yg boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan..
3) Penghidap DIABETES boleh makan COKLAT
Kajian yg dijalankan oleh Persatuan Diabetes Britain, Amerika & Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan makanan bergula dalam jumlah terhad boleh diambil sebagai diet tinggi serat dan rendah lemak.
4 )Memberi KETENANGAN
Haa, ni salah satu fakta yg menarik tentang coklat. Kenikmatan aroma, rasa dan kelazatan coklat adalah disebabkan oleh pengeluaran pelali semulajadi yg mampu meningkatkan  mood dan memberi rasa tenang serta bahagia... 

KEBAIKAN COKLAT PADA TUBUH BADAN KITA OK
*       Sekeping coklat memenuhi 15 peratus kalsium & magnesium yg diperlukan oleh tubuh.
*       Coklat mengandungi theobromine & kafein yg memberikan tenaga pd tubuh. (15 gram coklat bleh simpan tenaga brsamaan dengan berjalan kaki sejauh 3 km…Woooo.. Dasat gak nih!)
*       Coklat dapat mengubati batuk. (so kalau batuk 2 cecube makan coklat ea)
*       Coklat tinggi antioksi iaitu melebihi 3 kali ganda dari the hijau
Bagi sesape yang nak berdiet, coklat juga adalah pilihan yang TEPAT!
Ni aku nak share  untuk sesape je yg suke mkn coklat tp tgh on diet.. huhu.. xpe2,, harap2 ni akan dpt bantu korang ekk… =)
Coklat sebenarnya sesuai untuk kamu yg sedang berdiet kerana sbnrnya coklat tidak mengandungi lemak tepu (LDL). Kandungan lemak pd coklat sbnrnya sangat rendah sehingga tidak memberi kesan kpd kegemukan.
                Coklat juga setanding dgn khasiat the hijau/buah epal ketika berdiet. Kandungan coklat hitam yang lebih tinggi setara dengan empat cawan teh / enam biji buah epal bagi setiap keping coklat hitam (Dark Chocolate).
       Coklat yang jenis boleh dimakan terus biasanya kandungannya telah ditambah dgn minyak koko. Terdapat 3 jns coklat yang sesuai untuk sesape yang tengah berdiet iaitu coklat hitam (Dark Chocolate), coklat putih (White Chocolate), & coklat susu (Milk Chocolate). Setiap jenis coklat berbeza warna dan rasanya bergantung kepada kandungan koko padat di dalamnya.
Sesapa yang rase2 nak tempah cekelat untuk hadiah sempena ape je event jum singgah sini kalau2 leh membantu kamu.. 
Like Entry

Rabu, 6 April 2011

Jangan sampai terbeli telur ayam tiruan..



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


NONE

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


Berita dipetik daripada malaysiakini


Setelah puas berlayar di google jum kite tengok inilah rupe kejadahnya telur tiruan dihasilkan.. Aduhaaaiiii.. Hubby da la penggemar telur.. Bahaya la pulak telur ayam sekarang...



Langkah 1: 
Bahan-bahan mentah (ntah pape ntah)
 Telur tiruan dibuat dari calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan bahan kimia lain

Langkah 2:
Ni nak buat telur kuning.


Kalsium klorida dan  pewarna dimasukkan kedalam 2/3 bekas acuan berbentuk bulat, maka terbentuklah satu lapisan pada telur kuning tersebut. Pigmen kuning ditambah menjadikan ia telur kuning yang sempurna


Langkah 3 : 
Ni nak buat putih telur 
Sama seperti penghasilan telur kuning di atas, proses pembuatan telur putih ini menggunakan acuan yang lebih besar dan bujur (sebelah kiri). Hanya 1/3 sahaja telur putih yang dibentuk kerana telur kuning yang dihasilkan terlebih dahulu akan dimasukkan kedalam telur putih (1/3 + 1/2 = 1). Pembentukan telur akan terhasil selepas satu jam setelah dibasuh dengan air. Telur kini terbentuk dan bersedia menerima 'kulit telur'


Langkah 4: 
Ni nak buat kulit telur
Dengan menggunakan benang jahitan, garisan akan dibuat di permukaan telur putih yang telah dihasilkan tadi,  proses ini dilakukan di dalam campuran kalsium karbonat dan lilin parafin untuk membentuk lapisan nipis kulit telur. Garisan yang dibuat adalah bertujuan memastikan bahan kimia bereaksi dengan putih telur tersebut. Kemudiaanya ia akan dibiarkan kering seketika dgn dibasuh dengan air sejuk. Proses ini diulang beberapa kali untuk mendapatkan kulit telur pada ketebalan yang bersesuaian. 

Hopefully pas ni kena hati2 nak beli telur.. Xpon kalau 'tanduk da tumbuh atas kepala' try la pecahkan sebijik dua dan tengok dulu ada mate x telur tuh.. Kalau xda anda bertuah la leh p report.. Kalau xbertuah anda kenala korbankan ur money bayar balik.. Huhuhu.. 
Like Entry

Isnin, 4 April 2011

Contest gambar kawen yang anda paling suka!

Assalamualaikum.. 
Hye bloggers & readers!

Terasa tetibe nak join contest lagi lak! Contest ni aku dapat daripada empunye sendiri yang komen dalam my entry.. Time kasih azie (hehehe.. same nickname) Tapi nak join kena la tau Syarat-syaratnya :

1. Jadi follower pfscollection kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection
Done

2. Jadi follower azieaxie, nantikan hadiah misteri dari dia  (urmmm.. apekah misteri itu??)
Done

3. Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry & sidebar 


Done

4. Of coz untuk blogger yang sudah berkawen & letakkan pic kawen yang uols suka & nyatakan kenapa di dalam entry tersebut
Da kawen da.. Hikhikhik.. Gambar ni ada 3 yang di upload.. Hihihi.. Sangat terkejut bile hubby kiss.. 
Oh no man! Sib bek anak tekak xnampak.. Aiyooo.. Maluuuu.. Hasilnye pulak urmmmm Awesome! Hihihi (Perasan hangit je kan!)


Gambar ni gambar post yang paling2 happy sangat2.. Sebab sesi last studio.. Nak balik dah! Tapi memang rasa sonok sangat sampai sik gelak tunjuk gigi je.. 
(Adehh.. xcover langsung la pengantin ni kan -kate photographer agknye la.. Huhuhu!)



Aku suke sangat2 gambar ni sebab photographer pon suke.. (Agaknya la.. Hehehe.. Pasai gambar ni terpilih dan dipamerkan dalam Pameran Pengantin di Melaka Mall baru2 ni oleh team Aliceshah.. Jum layan jap gambar2 kami yang ada rezeki.. Hope azie xmarah kalau entry ni banyak gambar.. Tapi gambar yang uploaded untuk contest ni cume 3 yang kat atas je tau.. Gambar kat bawah ni cume as gambaran tentang kegembiraan kami bile tengok ada photo2 kami di Pameran.. Dan aku suke sangat gambar ni pasal ni la kali pertama aku pakai tudung merah mak ngah menyala.. B4 ni nak pakai takut terlalu obvious menyala.. Xsangka pulak rasa macam berkeyakinan tengok gambar ni.. Tambahan pulak sesi ni sesi yang terakhir studio! Tak sabar nak balik pasai da letih dan kebas senyummmmmm... Hihihi..
Ni la antara gambar yang dipapar di Pameran Aliceshah.. Tengok baju merah putih tu kan kami.. Hikhikhik.. Maluuuuu, tapi terharu...




5. Jangan lupa tinggalkan link contest di komen blog azie untuk senang dia nak terjah katenye..
Done

6. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih untuk menerima hadiah dari pfscollection & dari empunye contest..
Hopefully.. 

7. Last sekali, tag kawan-kawan uols 3 orang..
ii. Nooren
iii. Kak Sara

8. Tarikh tutup 24 April 2011
Sempat nampaknya..
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com