Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Selasa, 22 Mac 2011

Talam tu ada muka lebih daripada Dua Muka

Hari ni aku nak cite skit mendalah yang macam tak berapa digemari oleh semua orang.. I'm sure babeh!Kebetulan terbaca status bff kat FB dia.. Bagus jugak tuh.. Dapat gak penuhkan masa lapang waktu lunch ni.. Tq my friend sebab idea u telah diolah menjadi cerpen merepek olehku.. Hihihi.. Tu yang datang idea nak sembang pasal si talam ni.. Sebab aku da merasainye sangat2.. Contohnye 'X' ckp kat kite yang 'Y' macam tu, macam ni.. Pas tu leh pulak menjaja roti berkulat kat 'Y' yang kite macam tu macam nih.. Ceh! Dunia kan kecik.. Pusing2 mesti jumpa balik. Cam tu jugaklah cerita busuk lagi berkulat tuh bile dijaja2 pada kawan sendiri.. Pasti pemilik akan ketahui juga.. Xke kesian si talam tu nanti terkulat2 ingatkan 'Y' dan kite xtahu cerita yang da di pot pet pot pet kan.. Maklumlah kan.. Da namenye kawan baik mestilah tetap in sharing story mode.. Kasihan manusia seperti talam ini. Adakah disebabkan dia xda kawan or xramai kawan di sekeliling menyebabkan dia beperangai xsenonoh itu? Aduuuuhhh.. So Pity..
Don't do that sis!

Sometimes, 'talam' can make people pain! It's painful! I felt it! Sebut pasal talam ni, lh gak la samakan dengan 'Musuh Dalam Selimut', 'Gunting Dalam Lipatan', 'Duri dalam Daging', 'Katak Dua Alam' dll lagi istilah yang xmolek.. Talam yang aku nak dok sembang ni bukan Talam Holdings yang tak gheti buat rumah tu tau. Bukan nama dia talam binti si polan. Kalau tanya sama itu Samy Vellu pun, dia pon xkenal kot sape. Tapi kalau tanye Karam Singh rasa2 macam dia tahu...  Talam ni sesuatu yang sangat2 bahaya dan durjana wooOOOOo.
Dalam dunia sekarang ini macam-macam ragam manusia kite leh nampak. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk (da tentulah.. hihihi). Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu-ribu lemon. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali
(kadang yang tak pernah dikenali pon lebih baik dari dia.)

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk yang mungkin. Di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Jenis yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah u all menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari?????
Maafkan saya ye kekawan sekiranya kalian pernah bersalah anggapan tentang saya..


Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menepati janji. Yang ini aku da rasa.. Memang kalau dulu orang ni kira dekat jugak la.. Rapat jugakla.. Tapi... Satu ketika dulu jer.. Skang ni da macam xda pape da.. Kiranye kalau terjumpa je buat macam kawan2 biasa jela. Dalam hati tersangatlah kecewa.. Lucu pon ada tengok riaksi dan gayanye seperti gadis yang berangan nak jadi pelakon.. Hihihi.. Mesti dia ingat kite xtahu ape yang telah dicanangnye, difitnahnye dan macam2 lagi.. Tapi aku da pon memaafkannya atas ape yang dibusuk2kan tuh.. Memaafkan kan lebih baik.. Cume untuk menerima tu agak memakan masa.. Mula lebih berhati2 bile nak bercerita atau berkata2.. 

Talam dua muka juga amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya atau bff atau yang terdekat dengan orang yang dipuji... Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang tuh supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!!!!!!! It's painful..
 
Apepon.. Insafi diri kita sekarang.. Aku pulak sekarang dah kurang bersosial dengan kawan2.. Mulai serik.. Memilih kawan... Lebih banyak mengiakan, senyum, ketawa dan berdiam... Maklumklah kite xtahu di sekeliling kita beberapa paparazi dan mamarazi sedang merekod dan membuat editing kate2 kite.. Ada jugak yang da mula merancang kepada sape yang akan dicanangkan kisah kisih mangsa.. Dan setelah abes keaiban dan keburukan kite dicanang2 kan seperi roti canai berkulat begembiralah dia kerana dia mempunyai kawan baru yang boleh disembang-sembongkan cerita, ada kawan untuk dia bile dia kesorangan.. Fuuuhhh.. Dasat sebenarnya penangan si Talam Dua Muka rupanye.. Biarlah kite bijak memilih cara hidup kita..
 
Alhamdulillah aku telah menemui diriku yang baru sedikit bile amalan2 dibawah diamalkan.. Memang susah untuk berubah menjadi lebih baik.. Tapi secara berdikit2 InsyaAllah bole.. Berkat sokongan dari suami dan kekuatan diri aku dapat mengurangkan beberapa tabiat yang boleh merosakkan diri sendiri..
Antaranya :
 
1) Mula kurang bersosial di luar supaya kurang bercakap yang sekaligus tanpa sengaja or x leh tercanang hal keaiban dan keburukan orang lain.
 
2) Mula kurang bercakap supaya akan semakin kurangla orang yang akan tersinggung maupon teguris dengan perkataan dan perlakuan kite..
 
3) Mula kurang melepak di bilik2 opis orang lain supaya tidak menimbulkan fitnah dikalangan pegawai di opis dan melindungi diri dari persepsi negatif orang lain..
 
4) Mula kerap istighfar apabila terasa diri mula hendak mengata dan memperkatakan tentang orang lain.. Insafi dan nilai kelemahan diri sendiri supaya timbul rasa segan dan malu untuk memulakan.. 
 
5) Akan dikemaskini dari semasa ke semasa...
 
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..
Like Entry

2 ulasan:

  1. woww..tak sangka laks u buat ni jadi nice topic!. :).. agaknya sbb tu Allah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi..renung-renungkanlah dan selamat beramal :)

    BalasPadam
  2. hahaha.. sebab i da lalui sendiri.. jadi i nak perbaiki diri kelemahan i supaya i xjdi salah seorang seperti itu.. Mudah2an

    BalasPadam

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com