Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Khamis, 31 Mac 2011

Dengarlah kalian, wasiat Rasulullah kepada umatnya..

Ari ni macam biasa balik umah waktu lunch duduk rehat sambil mengadap Rancangan Oasis.. Suke sangat bile dapat pelajaran ni.. Khutbah Terakhir Rasulullah ni disampaikan pada 

9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
  
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu (isteri)  dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak wujud agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
 Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

MOGA KITA BERSAMA JADIKAN AMANAT RASULULLAH INI SEBAGAI PELAJARAN YANG TERBAIK UNTUK KITA LAKUKAN YANG TERBAIK..

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..

Like Entry

Jum berkongsi rahsia wanita solehah!

1. Bulu kening
- Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening 
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
 - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.......jadi hantu loceng..........
- Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

3. Wangian
- Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
- Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka 
 Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
- Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah 
 Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
- Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
- Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
 - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya 
 Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
- Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya 
 Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
- Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
 Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi 
Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
- Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti 
 Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL
Like Entry

Selasa, 22 Mac 2011

Talam tu ada muka lebih daripada Dua Muka

Hari ni aku nak cite skit mendalah yang macam tak berapa digemari oleh semua orang.. I'm sure babeh!Kebetulan terbaca status bff kat FB dia.. Bagus jugak tuh.. Dapat gak penuhkan masa lapang waktu lunch ni.. Tq my friend sebab idea u telah diolah menjadi cerpen merepek olehku.. Hihihi.. Tu yang datang idea nak sembang pasal si talam ni.. Sebab aku da merasainye sangat2.. Contohnye 'X' ckp kat kite yang 'Y' macam tu, macam ni.. Pas tu leh pulak menjaja roti berkulat kat 'Y' yang kite macam tu macam nih.. Ceh! Dunia kan kecik.. Pusing2 mesti jumpa balik. Cam tu jugaklah cerita busuk lagi berkulat tuh bile dijaja2 pada kawan sendiri.. Pasti pemilik akan ketahui juga.. Xke kesian si talam tu nanti terkulat2 ingatkan 'Y' dan kite xtahu cerita yang da di pot pet pot pet kan.. Maklumlah kan.. Da namenye kawan baik mestilah tetap in sharing story mode.. Kasihan manusia seperti talam ini. Adakah disebabkan dia xda kawan or xramai kawan di sekeliling menyebabkan dia beperangai xsenonoh itu? Aduuuuhhh.. So Pity..
Don't do that sis!

Sometimes, 'talam' can make people pain! It's painful! I felt it! Sebut pasal talam ni, lh gak la samakan dengan 'Musuh Dalam Selimut', 'Gunting Dalam Lipatan', 'Duri dalam Daging', 'Katak Dua Alam' dll lagi istilah yang xmolek.. Talam yang aku nak dok sembang ni bukan Talam Holdings yang tak gheti buat rumah tu tau. Bukan nama dia talam binti si polan. Kalau tanya sama itu Samy Vellu pun, dia pon xkenal kot sape. Tapi kalau tanye Karam Singh rasa2 macam dia tahu...  Talam ni sesuatu yang sangat2 bahaya dan durjana wooOOOOo.
Dalam dunia sekarang ini macam-macam ragam manusia kite leh nampak. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk (da tentulah.. hihihi). Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu-ribu lemon. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali
(kadang yang tak pernah dikenali pon lebih baik dari dia.)

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk yang mungkin. Di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Jenis yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah u all menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari?????
Maafkan saya ye kekawan sekiranya kalian pernah bersalah anggapan tentang saya..


Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menepati janji. Yang ini aku da rasa.. Memang kalau dulu orang ni kira dekat jugak la.. Rapat jugakla.. Tapi... Satu ketika dulu jer.. Skang ni da macam xda pape da.. Kiranye kalau terjumpa je buat macam kawan2 biasa jela. Dalam hati tersangatlah kecewa.. Lucu pon ada tengok riaksi dan gayanye seperti gadis yang berangan nak jadi pelakon.. Hihihi.. Mesti dia ingat kite xtahu ape yang telah dicanangnye, difitnahnye dan macam2 lagi.. Tapi aku da pon memaafkannya atas ape yang dibusuk2kan tuh.. Memaafkan kan lebih baik.. Cume untuk menerima tu agak memakan masa.. Mula lebih berhati2 bile nak bercerita atau berkata2.. 

Talam dua muka juga amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya atau bff atau yang terdekat dengan orang yang dipuji... Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang tuh supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!!!!!!! It's painful..
 
Apepon.. Insafi diri kita sekarang.. Aku pulak sekarang dah kurang bersosial dengan kawan2.. Mulai serik.. Memilih kawan... Lebih banyak mengiakan, senyum, ketawa dan berdiam... Maklumklah kite xtahu di sekeliling kita beberapa paparazi dan mamarazi sedang merekod dan membuat editing kate2 kite.. Ada jugak yang da mula merancang kepada sape yang akan dicanangkan kisah kisih mangsa.. Dan setelah abes keaiban dan keburukan kite dicanang2 kan seperi roti canai berkulat begembiralah dia kerana dia mempunyai kawan baru yang boleh disembang-sembongkan cerita, ada kawan untuk dia bile dia kesorangan.. Fuuuhhh.. Dasat sebenarnya penangan si Talam Dua Muka rupanye.. Biarlah kite bijak memilih cara hidup kita..
 
Alhamdulillah aku telah menemui diriku yang baru sedikit bile amalan2 dibawah diamalkan.. Memang susah untuk berubah menjadi lebih baik.. Tapi secara berdikit2 InsyaAllah bole.. Berkat sokongan dari suami dan kekuatan diri aku dapat mengurangkan beberapa tabiat yang boleh merosakkan diri sendiri..
Antaranya :
 
1) Mula kurang bersosial di luar supaya kurang bercakap yang sekaligus tanpa sengaja or x leh tercanang hal keaiban dan keburukan orang lain.
 
2) Mula kurang bercakap supaya akan semakin kurangla orang yang akan tersinggung maupon teguris dengan perkataan dan perlakuan kite..
 
3) Mula kurang melepak di bilik2 opis orang lain supaya tidak menimbulkan fitnah dikalangan pegawai di opis dan melindungi diri dari persepsi negatif orang lain..
 
4) Mula kerap istighfar apabila terasa diri mula hendak mengata dan memperkatakan tentang orang lain.. Insafi dan nilai kelemahan diri sendiri supaya timbul rasa segan dan malu untuk memulakan.. 
 
5) Akan dikemaskini dari semasa ke semasa...
 
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..
Like Entry

Khamis, 17 Mac 2011

8 Perkara Lelaki Boleh Nangis.. Betul ke?


Menginsafi Diri

Lelaki boleh menangis bila dia dalam kekusyukan menginsafi dirinya.. Lebih2 lagi bila dia merasai kesunyian, kekosongan dan kesukaran dalam hidup.. Bagi yang muslim pasti apa yang kan difikirkan dalam hati adalah Allah.. Bagi yang benar2 memahami dan mendalami Islam pasti Yakin Kebenaran akan kewujudan Allah itu.. Kekusyukan sujud dan berdoa kepada Allah S.W.T boleh menyebabkan lelaki menangis sambil menginsafi dirinya.. Apatah lagi bila menghadap Kaabah atau berada di Tanah Suci sana.. 

 Perkara melibatkan Ibu Bapa

Lelaki yang menyayangi ibu bapanye pasti akan mudah menangis apabila ada perkara yang diperkatakan tentang ibu bapanya lebih2 lagi perkara yang -ve.. Mereka akan menangis lebih2 lagi jika kedua2 insan atau salah sorang daripada ibu bapanye yang tersayang pergi untuk selama-lamanya..  

Putus hubungan dengan kekasih

Hasil dari kajian mendapati lelaki yg terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti akan menangis bila hubungan mereka terpisah. Biasanya lelaki tidak bole menerima hakikat hubungan cinta mereka berakhir diengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. mereka akan menangis dibelakang, gara2 malu…


Bila jatuh sakit

ade sstengah lelaki yg akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tangungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suamiakibat penyakit yg dihadapi.


Kehilangan pasangan

Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak bole terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia. Bagi lelaki yg tidak dapat menerima hakikat, dukanya amat lama untuk disembuhi. Apatah lagi jika melihat isteri tercinta terlantar sakit yang hanya menunggu masa.. Getar air mata pasti bertakung tunggu masa..


Tertekan

Tak kira bebanan kerja, masalah peribadi dan sebagainya.. Akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ini bukan jalan penyelesaian yg terbaik!!!!


Bertengkar dengan pasangan

Even quantity nye sikit tapi ade jugak lelaki yg x sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga. Lebih memburukkn keadaan apabila si isteri yang meminta cerai atas perbalahan yg berlaku. Tambahan pula anak sudah ada disisi.. Da tentula akan ada perebutan penjagaan anak.. Sedih2..


Melihat anak-anak sakit

Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak2 sakit kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi…

JIKA ANDA INGIN SHARE LEH LA TAMBAH2 G PE2 YANG ANDA RASA LOGIK OK..
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Like Entry

Paderi Buka Rahsia Syurga

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja selesai kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan senyap, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.




Sumber gambar : Disedut dari Mr google


 Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
"Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. 
Sumber gambar : Disedut dari Mr google


Hingga akhirnya paderi itu berkata, 
"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."

Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,
"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab,
"Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata,
"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
 Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,

1.  Sebutkan satu yang tiada duanya,
2.  Dua yang tiada tiganya,
3. Tiga yang tiada empatnya,
4.  Empat yang tiada limanya,
5.  Lima yang tiada enamnya,
6.  Enam yang tiada tujuhnya,
7.  Tujuh yang tiada delapannya,
8. Lapan yang tiada sembilannya,
9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya,
10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. Sebelas yang tiada dua belasnya,
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya,
13.Tiga belas yang tiada empat belasnya.

14.  Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15.  Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16.  Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19.  Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20.  Siapakah yang tercipta dari batu, siapa yang diazab dengan batu dan siapa yang terpelihara dari batu?
21.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah S.W.T dan dianggap besar!
22.  Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,
1.  Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

2.  Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Surah Al-Isra': 12).

3.  Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4.  Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.

5.  Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6.  Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

7.  Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Surah Al-Mulk: 3).

8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Surah Al-Haqah: 17).

9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: Taurat, Tongkat, Tangan , Taufan, Musim Kemarau, Katak, Darah, Kutu dan Belalang.*

10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Surah Al-An'am: 160).

11.  Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12.  Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Surah Al-Baqarah:60).

13.  Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14.  Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing."
 (Surah At-Takwir :1 )

15.  Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16.  Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
"Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala."
Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,
"Tak ada cercaan terhadap kamu semua."
Dan ayah mereka Ya'qub berkata,
 "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbiku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf:9)

17.  Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Surah Luqman: 19).

18.  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19.  Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman,
"Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Surah Al-Anbiya':69).

20.  Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21.  Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."

22.  Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


*****************************************************************************



Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini dipersetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,



"Apakah kunci syurga itu?"


Sumber gambar: Disedut dari Mr Google (Kunci yang dimaksudkan bukan berbentuk seperti di atas)


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata,
"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata,
"Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."


Mereka menjawab,
"Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah:"



Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.
Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Like Entry

Amboi.. Edited Photo gitu..

Assalamualaikum dan camat sejahtera untuk readers.. Ehem2... Ari ni mood aku mcm baik skit.. Dapat pulak tetibe suntikan untuk upload gambar after editing.. 1st of all tq so much pada my kameraman sudi beri yang terbaik untuk koleksi kenangan kami... Hihihi.. Memandangkan sat g nak g training netball aku upload mane yang aku rajin la yer.. ;) Inila kenangan terindah dalam idup kami.. Seronok upenye kawin ni ye.. Ada yang jaga kite waktu sakit.. paham kite waktu runsing.. tenangkan kite waktu kecewa dengan ragam kehidupan dan kebusukkan dunia.. pujuk kite waktu sedih dan rajuk.. sayang kite waktu2 hehehe.. tiap waktuuuuu.. Ape pon diala suami yang terbaekkkkk dalam hidupku... 

Layannnzzz... 






  
Sekian saja yer.. Nak g kua kan tenaga sat.. Ber Netball.. Sape berminat nak join aku nanti untuk Hari Belia akan datang, sila angkat tangan! Hihihi..

Untuk gambar2 lain g nmpaknye kena la aku lambat2kan lagi.. Huhuhu.. Malas rasanye nak upload rushing.. Hihihi.. Juz wait ya.. ; )

Like Entry

Isnin, 14 Mac 2011

Berangan Jadi Model Jap!


Hehehe.. Payah beno nak dapatkan semula mood nak upload wedding photo nih.. Skang ni baru dapat.. So memandangkan sekarang ni memang tengah rajin aku nak upload skit la gambar during studio photoshoot... Ni ari ke2 after majlis.. Seronok sangat.. Begini rupenye jadi model.. Tapi senyum terkaku pon xperasan.. Memang aku bukan biasa sangat senyum nampak gigi nih.. Abeh photographer kate dia suke kalau aku senyum nampak gigi.. Dia kate ni senyum D namenye.. Hikhikhik.. Aku test gak la.. Start masa sanding lagi photographer test senyum aku.. Dia amik 4 kali jenis senyum aku masa nikah.. Masa tu hubby lom sampai g.. Then dia tunjuk gambar tu sume kat aku dan kate dia nak yang ke4 nih.. Dia akan control memek muke aku melalui senyuman aku.. Bile dia kate 4 je aku kena senyum macam tuh.. Huuuuuu.. Naik kejung pipi dan sejuk gigi aku.. hahhaha.. Apepon meh layan... Tak banyak yang leh aku upload.. Selebihnye hanye kenangan kami berdua untuk koleksi dalam album.. Hihihi..

Memang payah sebenarnye nak dapat rasa photoshoot macam ni.. Dugaan punyela besar.. Dok kat Putrajaya dan nak deal ngan di Johor.. Ulang-alik berkali2 sampaila capai kate semangat dan setuju kedua2 pihak
(Aku dan Hubby)

Macam2 tau saat2 mendebarkan.. Marah.. Suke.. Geram... Sedih.. Ketawa... Merajuk.. Apepon best sume tuh.. U all akan jadi lebih tabah dan sabar!

Pergghhhhh! Sume ada.. Klu sume tu dimasak sure sedap enak lazat punyo.. Pape pon Alhamdulillah selamat sume.. Yehaaaaa!!

Jawe punyo.. Masa ni punyela sungguh2 aku gtau andam aku nak gak pakai tudung.. Aku xnak pakai scarf.. Andam pon garu kepala jugak la.. Mesti dia penin kan cam ne la nak digayakan ngan tudung.. Perghhh!! Kebetulan hubby ada bawak tudungku ala2 syria warna itam.. Aku lak ngah pakai syria warna hijau lumut... So aku gtau andam aku cume ada dua helai tudung.. Satu ijau ni dan satu itam.. Then dia kate leh pakai itam la.. Phewwww... Seronok! Sebab bile gambar da jadi.. Ehem2.. Not bad! Perfect! ;) Perasan kan..


 Yang ni sian hubby.. Puas dia nak senyum.. Memangla payah no nak atur senyum kite bile ada yang control.. Tips nye u all kena la ingat menda2 menarik dalam fikiran u all.. Sekali sekala u all sembang skit ngan hubby u all menda2 yang memang Raja Lawak.. Tapi jangan lebih2 tau.. Sebab nanti akan jadi macam kami nih.. Wawawa.. Sebab masa ni aku merajuk sebab hubby xsenyum betul2.. Pas tu aku cakap patotlaaaa.. kat gigi ada cili kering yang makan tengahari tadiii.. Hihihi.. So it's cheer up us!



Gambar ni pon susah gak nak senyum.. Maklumla pertama kali jadi ala2 model.. Hahaha.. Lenguh da pipi tahan senyum.. Akhirnye ehem2.. Macam berkesan jerk.. Seperti biasa photographer soh senyum nampak gigi.. Hihihi.. Kekadang jadi kekadang idak.. Hurmmm.. B2B nanti akan rasa jugak klu amik studio n outdoor nanti.. ;P

Memandangkan my fav color ni warna kuning gak.. Tak nak terlepas peluang gak la nak pakai songket.. Kuning lak tuh.. Cam ala2 zaman hang2 dulu la.. Hang Tuah.. Hihihi.. Suke sangat dapat pakai songket! Rasa macam ala2 gadis melayu gitu.. Maklumlah sape lagi yang nak ulungkan tradisi Melayu kan.. Dapat gak la melaram ngan songket raja ni.. Hihihi..


Untuk koleksi gambar semasa Majlis nak kena tunggu dapat mood balik da.. Untuk Majlis bertandang pon kena la carik mood jugak.. Adehhh.. Sik lari2 je mood ni.. Owhhhh... Lum Break1st upenye.. Hihihi.. 
Untuk koleksi after editing and tempering xleh la nak tunjuk sume k..
Banyak no da.. I xlarat U..
Like Entry

For the Rest of My Life I'll Always be With You My Dear..

Teristimewa meminati dan nak tuju lagu ni untuk hubby tercinta..




Moga cinta kita lebih kukuh dari cinta mereka..  

Buat yang teristimewa suamiku.. Kita jadikan jalan cerita tu lebih menarik untuk kita sama2 nikmati kebahagiaan, kesabaran, kecekalan, ketabahan dengan rasa kasih sayang kita berdua.. 



Like Entry

Ahad, 13 Mac 2011

Tembok Besar China Ditumbangkan Tsunami Malaysia!


Waduh!!! Terasa macam panas je gaknye sape yang baca nih.. Hihihi.. Saja je nak bagi topik ni hangat2 sebab masih sehangat tahi tuttttt lagi nih.. xsampai sehari lagi isu ni.. Huhuhu..

Malam tadi bergelumang dengan selimut menonton hebat persembahan ALL ENGLAND (LIVE) kat astro arena antara Lee Chong Wei Vs Lin Dan.. Inilah kemenangan yang memang best giler la aku tengok.. Menonton lak ngan hubby tercinta.. Perghhh!! Memang xngantok abes.. Habis umah tunggang langgang ngan bantal dok dipenyek2 kan masa aksi perlawanan berlangsung... Cume yang jadi masalah bertambah2 lucu penyampai nye tu la.. Sebutan s pon xbetul.. Dua2 da jadi macam sheila majid.. Sebutla 's' tu bebetull syok skit nak dgr n tengok.. ni 's' pon saja dibunyikan jadi 'eshh'.. Adehhh.. Wuahahaha.. Apepon memang dasat penangan dua pasangan nih.. Sib bek xda kat sana.. Kalau tak silap ada lak yang berjoget2 rota kat gelanggang di Birmingham tu.. Tup2 kua TV mak abah ngan mak ayah dok pening tengok aduyaiii anak sapo lak ni.. Heeeeeee...


1st game CW bedal LD 21-17 dan 2nd game tersangat2 bertambah sengit lagi mendebarkan kami berdua yang dah mempenyekkan dan menumbuk2 bantal.. (Aedh2.. sakit aku kate bantal) Untuk 2nd game dengan mata 21-17 jugak! Wahhhh...


U look Gud Bro!

Tapi disebabkan lewat tido pasai game ni punye pasai aku nak bangun pagi pon macam malas.. Hihihi.. Tapi menggagahkan diri jugakla sebab nak kena solat suboh.. Abang.... Sila bangun juga ye menunaikan jemaah solat suboh.. Jangan beri alasan berjumpa Chong Wei pulak.. ;P
Dari 1st game kami tengok perggghhh!! Sengit dan best sangat2.. Rasanye memang xrugi sape masuk menyaksikan game tuh.. Kami yang nonton dari umah pon terasa da macam kat sana da.. Hahahah.. Syoknyeee kalau dapat jadi seperti mereka hebat bermain badminton.. Memang xdisangkal la kali ni Chong Wei tunjuk taring.. Sememangnye mereka berdua tu saingan yang secocok la! Suke!!! Punye lame bermain bole lagi bertahan sebelum tuju mata.. Memang kagum!!! Apepon Lin Dan tetap masih juara memandangkan dia da pegang 4 piala ALL ENGLAND berbanding Chong Wei yang masih 2... Hope n.coming game ALL ENGLAND Chong Wei dapat runtuhkan tembok china lagi dengan ribut pulak.. Hihihi...



Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com