Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Isnin, 5 Disember 2011

Bersama "Ombak Rindu"

Alhamdulillah setelah hampir beberapa minggu menantikan filem Onbak Rindu keluar akhirnya berkat kesabaran dapat juga menonton.. Gembira tol rasa hati ni.. 

Suami : "Sayang, tiket sume da abes.. penuh da.. yang tinggal seat asing2 jer"
Isteri : "Hurrmmm.. da penuh betul2 ka.. sedeyyyy.. xpela.. kite tengok sok pagi2 cam ne.. kena awal la"

Muka da sedey semacam sebab xdapat nak tengok masa 3hb malam tuh.. Sekali after asar hubby senyum2 tunjuk tiket.. Waaaaahhhh!! Hati sangat2 gumbira xterkata.. Tipu rupe2nye.. Apalagi melompat girang la kat hubby.. kahkahkah.. xkira da berat ke ringan ke.. sape suh tipooo..  

Syukur dapat jugak tgk selama ni tertunggu2.. kalau bunting dulu guna bunting 'Ombak Rindu' la sebagai contoh sampel.. Jum tengok jap iklan ni..





Sambung balik.. Selama ni saya baca novel 'Ombak Rindu' tak pernah jemu.. Pengorbanan Izzah dan ketabahan nye banyak mengajar saya dalam kehidupan rumahtangga.. Mulanya fikir masih ada lagi ke dalam dunia ni orang macam Mila (dlm novel).. Tapi bila saya melalui alam perkahwinan saya akui memang ada rupa2nya.. Cume selama ni kita tak pernah laluinya sebab tu rasa macam xmungkin ada perempuan yang macam itu.. 

Tekanan dan ujian dalam hidup Izzah memang hebat.. Walau apepon diperlakukan tetap sabar dan redha.. Yelah.. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.. Bila tengok cite ni 'live' rasa geram sangat ngan Mila tuh.. Da orang xsuke gatal pula dia menggedik nak kawin ngan Haris.. Cinta x bermakna memiliki.. Da orang xsuke kenapalah memaksa.. Macam timba pulak yang carik perigi.. Malu jer..

Watak Izzah dalam movie ni sangat berkesan.. Saya suke sangat.. Sesuai untuk ditonton oleh pasangan.. Seeloknya yang sudah berumahtangga.. Banyak pengajaran.. Menghargai erti cinta sebenar..

Dalam novel kisahnya lagi panjang.. Rasa macam berada dalam suasana tu je.. Penulis nye memang terbaik bagi saya.. Sebab berkali2 saya baca pon tetap mengalir je air sungai kat mata ni.. Kagum dengan ketabahan seorang isteri walaupun rumahtangganya di kocak oleh wanita yang berkepentingan.. Hanya ingin memuaskan cinta sendiri.. Bila xterpuas memberontak dengan egonya.. Dari sini kita boleh fikir2kan dan menilai dimanakah moral cerita ini.. Adakah kita dari golongan insan (Mila) ini atau setabah (Izzah).. Renung2kan..

Selepas 7 tahun yang lalu saya membaca novel 'Ombak Rindu' ada novel yang keluar sebagai sambungan novel ini.. Saya puas mencariknye.. Alhamdulillah.. Saya dapat jugak baca selepas 2 tahun menunggu sambungan novel 'Ombak Rindu'.. xsilap tajuknya 'Cinta tiada akhirnya'
Kalau dalam movie ni nampak macam Mila menyerah tapi sebenarnya orang macam Mila ni punyai agenda jahat.. Dia xakan lepaskan begitu sahaja orang yang dicintainya.. Nampak dari sini seperti dia melawan takdir Allah.. Kerana ego dan bisikan syaitan menguasai diri maka dia akan berbuat sesuatu untuk merampas Haris dari Izzah.. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya.. Cinta itu sememangnya milik mereka berdua.. Tapi itu sisipan dr kisah dalam novel sambungan 'Ombak Rindu' tuh.. Tak sabar pulak tunggu untuk sambungan.. Hope ada la.. Sebab masa kami ke Alamanda tiket Midnight pon penuh je kawasan park.. Rupe2nya bila abes je memang Alamanda buka dua dewan.. Ramai sangat macam ada konsert pulak.. Hihihi.. Dan kami sampai ke rumah dalam pukul 3 pagi.. Mujur soknya Ahad, cuti.. Leh la berehat2 setelah bekerja dan mengerjakan.. Maksudnya saya seorang pekerja kpd bos saya dan saya juga seorang timbalan bos kpd customer saya.. Penat dengan tugasan di opis dan penat juga di rumah menyiapkan tempahan2 yang semakin banyak atas izinNya maka hari minggu ni la masa berehat dan bersama hubby sepenuhnya..

Jangan xtonton Movie ni.. Bestttt sangattt2.. Kawan2 sume bawak tisu.. Saya tumpang jaket hubby.. Sebab hobi saya xsuke bawak tisu.. Hehehe.. Itulah masalahnyaa.. 
Photobucket
Like Entry

Selasa, 15 November 2011

Apa yang ada di sebalik alam perkahwinan..




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. (hmm... baru lah balance)..

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.Sentiasalah mendidik isteri dan menyayangi isteri dengan sepenuh hati dan mengimbangi keperluan antara pekerjaan dan rumahtangga.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.Setiasalah peka dan baik melayani suami agar sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Like Entry

Itulah Wanita..


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
Jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,

Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
Jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,

Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Like Entry

Khamis, 3 November 2011

Panduan Solat Istikharah


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
   

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. 
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
Photobucket

Like Entry

Rabu, 26 Oktober 2011

5 pesanan yang perlu diingati dalam menjalani kehidupan dunia..

Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kebetulan saya terbaca tentang artikel ini... Ia sangat berguna buat saya dan mungkin juga untuk kalian.. Kadang2 kita tidak perasan bahawa beberapa perkara dan perkataan kita lakukan boleh menyinggung perasaan orang lain.. Justeru cepat2 la kita memohon kemaafan sekiranya kita pernah berkata sesuatu yang tidak elok apatah lagi berburuk sangka kepada orang di sekeliling kita kerana Allah melaknati sifat manusia yang berburuk sangka kepada umatnya yang lain tanpa menyedari keburukan itu mungkin ada di selinap diri masing2.. Wallahualam.. Jum baca..




Umat Islam perlu sentiasa mengingati pesanan Nabi Muhammad s.a.w agar berwaspada dengan tipu daya nikmat dunia. Atas sebab itu, lima pesanan Rasulullah perlu diingati demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat agar tidak tergelincir daripada landasan Islam yang diredai Allah s.w.t.

Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya berhubung perkara berikut:

1. Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. 
Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah. 
Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.” 

2. Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 

Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat. 

Oleh itu, perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar nikmat akhirat. 

Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.” 

3. Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan. 
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat. 

Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa? 

4. Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga. 

Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. 

Kita terlupa dengan menyebut dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat, jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi). 

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan. 

Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.” 

Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang. 

5. Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain. 

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya. 

Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan. 

Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.” 

Demikianlah lima pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.

Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.

Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

Photobucket
Like Entry

Isnin, 24 Oktober 2011

Terima Kasih Hubby...

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kekuatan kudrat waktu2 dan saat2 begini Allah masih beri peluang untuk saya menyiapkan koleksi tempahan sempena Majlis Akikah Baby Ieman dan Zafri.. Syukur hubby banyak membantu.. Terima kasih juga pada adiknye Hazmaah dan sepupunya Mariati kerana sudi bantu wrapping coklat di saat2 akhir sebelum balik ke Lok Heng baru2 ini.. Jutaan terima kasih juga kepada Kak Ngah, Kak Yong (kakak ipar) yang turut menghiasi coklat lolli dengan kreativiti mereka.. Turut membantu Lisa (anak mak ucu) yang turut menyiapkan riben2 untuk dilekat pada coklat lolli.. Kepada semua yang membantu Alhamdulillah Majlis Akikah Baby Ieman dan Zafri dapat berjalan dengan lancar walaupun agak kelewatan dari jangkaan masa.. Syukur Alhamdulillah.. Mari layan koleksi di blog bisness kami.. Alhamdulillah rezeki Part Time (Side Income) kami pada bulan ini dan akan datang semakin bertambah.. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kami.. Mudah2an.. 
Jum layan....... Kalau nak tahu lanjut boleh layari sini ok
  












Photobucket
Like Entry

Rabu, 19 Oktober 2011

Konspirasi menggoyahkan pegangan Islam..


Inilah antara konspirasi yang sedang cuba menggoyahkan pegangan Islam.. Bagi kaum hawa.. Hayati dan renungkan sedalam-dalamnye betapa hebatnya kejadian adam dan hawa..

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Like Entry

Selasa, 18 Oktober 2011

Buah Kiwi Menyihatkan Anda & Kandungan



Salah satu perkara paling menyeronokkan ketika hamil ialah menikmati makanan lazat semahu-mahunya tanpa rasa bersalah dengan pertambahan kalori yang diambil.
Walau bagaimanapun, harus diingat! Nikmat daripada semua makanan tersebut harus disertai dengan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan.
Ketahuilah! 3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan oleh bayi.
Cara paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap bagi bakal ibu seperti anda.
Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

1. Kekalkan Sistem Imuniti

Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.
Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.
Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.
Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.
Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.

2. Tinggi asid folik

Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.
Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.
Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.
Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

3. Mengurangkan Sembelit

Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.
Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak

Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.
Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Photobucket
Like Entry

Ahad, 16 Oktober 2011

Warkah Buat Kawan Baik..

Pernahkah kalian punyai kawan baik? Zaman sekolah? Zaman Belaja? Zaman Kerjaya? 

Bukan mudah mencari kawan baik.. 

Pernahkah kalian terdengar kawan-kawan menceritakan perihal buruk tentang kawan baiknya? Bagaimana kalian menanganinya? Adakah kalian akan memberitahu kawan baik kalian tentang keburukan yang disampaikan? Caranya? Fikir2kan.. 

Sedih tak bila 'kawan baik kalian' tahu seseorang telah menyampaikan kekurangan dan keburukannya kepada kalian (kawan baiknya sendiri)?? 
Sedihhhh.. Sebab saya pernah melaluinye suatu masa dahulu..
 
Adakah kalian akan bertindak mempercayai segala keburukan yang disampaikan?
atau
Kalian berbincang dengan kawan baik kalian tentang perkara sebenar.. 

Adakah kalian pernah lalui semua ini?

Sedang syok membaca blog saya terbaca tentang warkah ini.. Best jugak.. Indah bahasanya dan sangat menyentuh hati sebab saya sendiri tidak tahu samaada saya boleh menjadi seorang 'kawan baik' mahupun tidak.. Semoga sama-sama kite menghayati apakah yang tersirat di sebalik 'kawan baik'..InsyaAllah.. 

Mari kita perbaiki diri kita kerana usah la kita fikir bahawa 'orang yang diperkata' tidak tahu apa yang kalian pernah katakan.. Mungkin dia tahu dan bersedih hati tetapi hanya disimpan dan disemat dalam kenangan.. Bagi sahabat2 saya sekiranya saya pernah menjadi 'kawan baik' kamu maafkan saya sekiranya saya pernah melakukan kesilapan sepanjang bersama kamu.. Sekiranya tiada saya sangat bersyukur dan berdoa untuk menjadi penghuni syurga bersama kalian.. InsyaAllah.. 

Warkah buat 'kawan baik'


Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di setiap doanya. Dan Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. akhir sekali, kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita
Like Entry

Selasa, 11 Oktober 2011

Ingatla.. Allah itu sentiasa bersama kita..

Kata-kata ini saya tujukan buat semua insan yang tergerak hatinya untuk melakukan kejahatan kepada muslim yang lain.. Semoga Allah menutupkan pintu hati kalian agar kembali ke jalanNya.. InsyaAllah.. Ingatlah, kembali kepada agamamu Islam agar kalian dipandu hingga menuju kehidupan yang bahagia dan tenang..

“Seorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram mencemar maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di hati. Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya." 
(HR Tarmizi)

Photobucket
Like Entry

Isnin, 10 Oktober 2011

Memilih Calon Isteri!


Institusi kekeluargaan penting di dalam Islam. Oleh sebab itulah Allah mengharamkan zina dan menyuruh umatnya berkahwin kerana dengan berkahwin seseorang itu terikat dan bertanggungjawab untuk menjaga keluarga mereka. Jika runtuh institusi kekeluargaan, maka runtuhlah juga tempat untuk anak-anak bergantung. Mereka hilang pembimbing dan akhirnya terjerumus dalam lubang kejahilan. Masalah ini akhirnya akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lebih buruk. Oleh itu berkahwinlah. Kerana ia dituntut oleh agama.

Jika anda masih belum berkahwin terdapat beberapa panduan yang digariskan dalam Islam yang seharusnya anda jadikan panduan dalam memilih isteri. Panduan asas yang dituntut dalam Islam tentulah untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Berikut merupakan beberapa cara memilih isteri yang boleh anda jadikan panduan:

1.Pilihlah isteri yang beragama

Pada kebiasaannya kebanyakkan masa suami digunakan mencari nafkah untuk keluarga. Oleh itu kebanyakkan masa anak-anak akan dihabiskan dengan ibu mereka. Ibulah yang banyak mencorak anaknya, mengajarkan perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Disinilah nampaknya kepentingan seorang isteri yang mempunyai agama. Seorang isteri yang beragama juga tahu apakah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam. Mereka tahu had-had pergaulan bagi mengelakkan fitnah dan kemarahan suaminya. Alangkah indahnya mempunyai isteri yang beragama.

2. Pilihlah isteri dari keluarga yang baik

Manusia yang berada didalam persekitaran yang baik selalunya akan menjadi baik. Mereka akan sedikit sebanyak mengikut personaliti individu terdekat dengan mereka iaitu keluarga. Jadi memilih isteri dari kalangan keluarga yang baik adalah penting dalam Islam. Ini kerana anak-anak mereka akan mengikut personaliti ibu dan bapa mereka. Dengan memilih seorang isteri dari keluarga yang baik seorang suami sebenarnya telah melakukan ikhtiar agar kebaikan keluarga mereka terus-menerus terpelihara sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.

3.Pilihlah isteri kerana rupa paras

Perlu diingat disini bahawa rupa paras adalah subjektif. Ia bergantung pada individu itu sendiri. Oleh sebab itulah Allah menciptakan manusia dalam rupa paras dan warna kulit yang berbeza. Bagi si A mungkin wanita yang bertubuh kurus dianggap cantik manakala si B beranggap wanita yang bertubuh gempal lebih memikat hati mereka. Ini termasuklah bentuk muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai definisi kecantikan mereka sendiri. Rupa paras isteri anda tidak seharusnya cantik pada pandangan orang lain, tetapi kecantikannya haruslah sesuatu yang menyejukkan mata anda. Bak kata orang, yang sedap mata memandang.

4.Pilihlah isteri yang pandai menjaga kehormatan

“Malu itu perisai orang beriman” mungkin anda pernah mendengar lirik dari lagu terkenal itu. Tetapi persoalannya, berapa ramaikah wanita yang benar-benar mempunyai rasa malu dalam diri mereka???? Kini semakin ramai wanita yang semakin nipis malunya. Mereka menjerit-jerit terpekik terlolong apabila marah mahupun semasa mengherdik sesama muslim, mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun tak kena tempat tanpa rasa segan silu, berpakaian tidak senonoh terdedah sana-sini semata2 untuk menarik perhatian lelaki, dan bergaul bebas seperti manusia tidak beragama serta hilang batas2 antara lelaki dan perempuan sehinggakan mudah disentuh oleh mana2 lelaki. Kerana inilah Islam mengajar kita memilih seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan diri mereka dengan menjaga maruah dan tidak berkelakuan 'tidak senonoh'. Seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan akan menyenangkan dan membahagiakan hati suami.

5.Pilih dari keturunan yang subur

Tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri melainkan kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Kehadiran cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menjadikan ikatan mereka lebih bermakna. Oleh itu Islam juga mengajar kita supaya memilih isteri dari keluarga yang subur agar boleh memberikan zuriat yang banyak kepada kita kelak. Pilihlah isteri yang boleh melahirkan zuriat yang menjadi penyambung keturunan kita.

Itulah beberapa kaedah memilih isteri yang boleh anda gunakan sebagai panduan. Yang terpenting dalam 5 panduan ini tentulah yang pertama iaitu memilih isteri yang beragama. Kerana dengan memilih isteri yang beragama anda sebenarnya telah melengkapkan yang selainnya. Isteri yang beragama akan membuatkan dirimu tenang dan damai.

Like Entry

10 KELEBIHAN COCA COLA????

Assalamualaikum..

Hari ini saya terbaca ruangan di FB seorang sahabat.. Saya agak tertarik dengan kelebihan2 coke dalam kegunaan harian.. Jum kite baca artikel ni untuk memastikan kita tidak terjerumus dalam agenda mereka..

"Setiap hari after training netball mesti saya tak pernah lupa untuk minum air ni. Memang sedap air nie. Sedap sangat! U all pun mesti ade yang suke air nie. Sama ada  u all tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yang tak disangka-sangka." 

"Dulu zaman sekolah dulu ni la air fav saya.. Even setiap kali abes training pon jurulatih da tau da my fav drink mesti masuk dalam mulut.. Ntah tak tau nape mesti sehari kalau tak kena Coke rasa macam ada je kekurangan nye.. My hubby (dulu ehem2 sekarang da jadi hubby) pon sampai da tahu benar my fav drink air Coke.. Pernah sekali dua keluar pon order mesti air Coke.. Hihihi.. Tapi bila dah abes sekolah sambung ke IPTA hingga peringkat tinggi barula sedar betapa HAMPEH nye air ini pada kesihatan saya.. Mujur segera BERUBAH INSAF dan cuba hilangkan gian air ini.."

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? 

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper keretajenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dantulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki (bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikanoleh seorang sahabat.....

"Assalamualaikum kengkawan... Last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... Masa dia belajar kat Mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... Dulu ada sorang mamat yahudi ni datang Egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Mereka sedang mencari jalan untuk serang cara lain. Tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study tentang umat Islam kat Mesir tu. Dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. Menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sebab mereka tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, mereka tak nak le mandul! Kalau korang pernah terima forwarded email pasal betapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) dan boleh buat cuci toilet! While for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. So kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, berhati-hatilah sebelum semuanya terlambat.."

Walaupun artikel ini masih tidak ada kesahihan, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk ke dalam perut kita, bertambah sihatkah kita??  Jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita.. 

PREVENTION IS BETTER THAN CURE!

Like Entry

Isnin, 3 Oktober 2011

Perjalanan yang panjang bersama kamu..

Waktu lunch tadi tetibe rasa nak melayar2 carik picture comei2.. Geram sangat tengok picture ni.. Tapi gambar ni bukan saya pon.. Saja tengok macam cute cartoon2 ni..

Tak kesah pon jantina.. Janji sihat walafiat sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah..


Nampaknya nak buat surprised jugak.. ;)


Yang ni memang kenyataan la.. Syukurla ada Mr. Mama.. Banyak berkorban.. Sungguh bertuah dapat hubby yang sangat memahami dan banyak berkorban masa dan tenaga jadi Mr. Mama saya.. Hihihi..



Photobucket
Like Entry

Rabu, 28 September 2011

Panduan Menunaikan Solat

Alhamdulillah.. Teringat pula saya semasa keadaannya di Mekah.. Berbagai2 mazhab kita dapat perhatikan dibawa oleh para jemaah semasa menunaikan solat.. Sebagaimana kami, kami masih mengikut mazhab Syafie.. Jadi mengambil wudhuk dan syarat batal wudhuk juga masih sama tidak berubah.. Hari ini saya terasa ingin berkongsi tentang cara menunaikan solat.. Mudah2an daripada gambaran ini kalian dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada dan dapat memperbaiki segala kekurangan yang tanpa sedar berlaku sewaktu menunaikan solat.. InsyaAllah.. Ilmu yang baik dapat dikongsi bersama untuk kebaikan umat Islam..

Kaifiat Solat : kaifiat solat atau cara melakukan solat boleh diperhatikan di dalam gambar di bawah.

           
Takbiratul ihram : Mengangkat kedua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke arah kiblat dan jari direnggangkan sedikit. Kedudukan ibu jari adalah bersetentangan dengan cuping telinga yang bawah. Bagi orang lelaki tangan direnggangkan keluar dimana ketiak hendaklah dibuka sedikit.

Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehingga paras dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.Doa Iftitah : Selepas takbir sunat membaca doa iftitah kemudian diikuti isti’azah sebelum membaca surah al-fatihah.




Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).

Sunat juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan ke sekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah, melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah'.

Membaca Al-Fatihah : Setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi minassyaitanirrajiim) kemudian baca Al-Fatihah. Al-Fatihah adalah rukun solat.

  

Rukuk: Setelah selesai  Al-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. 
Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan :سبحان ربي العظيم

Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan سبحان ربي العظيم وبحمده

Iktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subhanallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.

  
Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : سبحان ربي الأعلى .Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah وبحمده

  
Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :
رب إغفرلى وأرحمنى وأرزقنى وأججبرنى وأهدنى وعافنى وأعف عنى

Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.

Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ; bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan membaca Al-Fatihah dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca Al-Fatihah.


Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.

 

Duduk ‘tawarruk’ dalam tasyahhud akhir. Duduk tawarruk iaitu duduk di atas tulang punggung kirinya dan hujung kaki kiri dimasukkan di bawah betis kanannya. Kemudian hujung kaki kanannya dilunjurkan kebelakang dalam keadaan berlawanan dengan hujung kaki iftirash.

Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.

Boleh memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash. Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di bawah adalah cara duduk iftirash.

Kemudian membaca Tahiyyat atau Tasyahhud akhir.

 
Salam ke kanan. Ini merupakan rukun solat. Lafaz salam :

السلام عليكم ورحمة الله


Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.

Semoga ilmu ini berguna buat kalian.. :)

Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com