Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 25 Mei 2011

Fadilat Amalan Ayat Kursi

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang fadilat pembacaan Ayat Al-Kursi.. Banyak hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang menerangkan fadilat-fadilat Ayat Kursi.. Ini hasil daripada pembacaan saya dan ilmu yang saya perolehi semasa di Tanah Suci Kota Mekkah.. Moga kita dapat memanfaatkan ilmu ini dalam kehidupan.. InsyaAllah..

Fadilat Amalan Ayat Kursi adalah:

1) Sesiapa yang senantiasa membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
2) Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah S.W.T mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3) Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.

4) Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki,bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali, InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.

5) Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.

6) Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, InsyaAllah, akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya, Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com