Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Jumaat, 27 Mei 2011

7 sunnah untuk diamalkan setiap hari

Hendaklah kita sentiasa menjaga antara tujuh sunnah2 Nabi S.A.W setiap hari. Moga sunnah ini menjadi amalan harian yang memimpin kita menuju kehidupan yang lebih baik dan kesempurnaan.. InsyaAllah.. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:


1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Wallahualam..

Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com