Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Isnin, 30 Mei 2011

Pelihara Dari Membicarakan Aib Orang.. InsyaAllah..


بسم الله الرحمن الرحيم

“Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari)

Tidak ada manusia yang sempurna dalam segala hal. Selalu saja ada kekurangan. Boleh jadi ada yang indah dalam rupa, tapi ada kekurangan dalam gaya bicara. Bagus dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi dan mudah tersingung, kuat di satu sisi, tapi lemah di sudut yang lain.

Dari situlah kita harus cermat mengukur timbangan penilaian terhadap seseorang. Apa kekurangan dan kesalahannya. Kenapa boleh begitu, dan seterusnya. Seperti apa pun orang yang sedang kita nilai, keadilan tidak boleh dilupakan. Walaupun terhadap orang yang tidak disukai, yakinlah kalau di balik keburukan sifat seorang mukmin, pasti ada kebaikan di sisi yang lain.

Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang beriman agar senantiasa bersikap adil. Perhatikan firman-Nya ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Maidah 5 : 8)
Dengan timbangan yang adil, maka penilaian kita boleh jadi  profesional, tidak serta-merta menilai bahawa orang itu pasti salah. Mungkin ada sebab yang membuat ia lalai, lengah, dan kebuntuan mengendalikan sesuatu. Bahkan mungkin jika kita berada di posisi dan situasi yang sama, kita pun tidak lebih bagus dari orang yang kita nilai.  Kerana itu, lihatlah terlebih dahulu kekurangan dalam diri kita sebelum kita menilai kekurangan orang lain.

Ego manusia cenderung mengatakan, "Sayalah yang lebih baik dari yang lain". Ego seperti inilah yang kerap membuat timbangan penilaian jadi tidak adil. Kesalahan dan kekurangan orang lain begitu jelas, tapi kekurangan diri sendiri tidak pernah terlihat. Padahal, kalau saja bukan kerana anugerah Allah SWT yang berupa tertutupnya aib diri, tentu orang lain pun akan secara jelas menemukan aib kita.

Sebahagian dari kita, ada yang boleh menahan diri untuk tidak membuka dan membicarakan aib orang lain, tapi ada juga sebahagian dari kita yang sulit menahan diri untuk tidak menggambarkan keburukan seseorang kepada orang lain. Bagi sebahagian orang, hal ini terasa sulit, kerana lidah kerap kali jadi nakal. Selalu saja terjentik untuk menyampaikan isu-isu baru yang menarik. Walau sebenarnya dia mengetahui, bahawa sesuatu yang menarik buat orang lain kadang buruk buat bahan yang dibicarakan. Di situlah ujian seorang mukmin untuk mampu memilih dan menilai, mana yang perlu dikhabarkan dan mana yang tidak. Perhatikan sabda Rasulullah SAW sebagai berikut, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mendengar berita rahsia orang lain." (Al-Bukhari).

Sebaiknya, sebelum kita memberi reaksi terhadap aib orang lain, lihatlah dengan jujur seperti apa diri kita lebih baik atau lebih buruk?  Apabila ternyata kita lebih baik, maka bersyukurlah, namun jika ternyata kita lebih buruk, maka segera bertaubatlah. 
Inilah yang dimaksud dengan, 
"bahawa seorang mukmin, adalah cermin bagi mukmin lainnya. Dan bila kita menemukan bahawa diri kita masih lebih baik dari saudara semukmin kita, jangan menjadikan kita sombong dan jangan menyebarkan aib orang lain."

Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bersaudara. Perhatikan firman Alllah SWT berikut ini, 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (QS. Al Hujuraat 49 : 10)
Ketahuilah, orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari, ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli, iaitu, tidak boleh memegang rahsia, lemah kesetiakawanannya, penggosip, penyebar berita bohong (kerana belum tentu yang diceritakannya benar). Ketahuilah, semakin banyak aib yang ia bicarakan dan disebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar.

Lihatlah pula firman Allah SWT berikut ini,

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat … (QS. An-Nur 24 : 19).
Dan perhatikan juga firman-Nya dalam ayat yang lain,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ 
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurat 49 :12).
Perhatikan hadith berikut ini: "Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya sesama muslim, maka Allah SWT akan membelanya dari neraka kelak di hari Kiamat." (HR. Tirmidzi 1932, Ahmad 6/450)

Perhatikan juga sabda Rasulullah s.a.w. berikut ini: "Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab para sahabat : Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka kata Nabi s.a.w.: Engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya. Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi s.a.w.: Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah-nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya." (HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)

Jadi bila masih ada dari kita yang kadang masih suka membicarakan dan atau mengungkapkan aib orang lain (sekalipun aib itu benar) maka sedarlah segera, kerana ghibah merupakan dosa besar yang hanya akan diampuni, setelah orang yang kita ghibah memaafkan kita. Dan biasanya, kebanyakan dari kita, sangat malu untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan kita, pada orang yang telah kita bicarakan aibnya.

Sekian, moga dapat kita fikirkan bersama.
Yang Baik Datangnya Dari Allah dan Sebaliknya Dari Diri Saya Sendiri.. Wallahualam..


Manusia yang paling baik untuk dirinya sendiri adalah yang paling bijak mengendalikan lidahnya..
~Sayyidina Dzun Nun Al-Mishri~

Like Entry

Jumaat, 27 Mei 2011

7 sunnah untuk diamalkan setiap hari

Hendaklah kita sentiasa menjaga antara tujuh sunnah2 Nabi S.A.W setiap hari. Moga sunnah ini menjadi amalan harian yang memimpin kita menuju kehidupan yang lebih baik dan kesempurnaan.. InsyaAllah.. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:


1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Wallahualam..

Like Entry

Khamis, 26 Mei 2011

Fadilat Amalan Selawat

Hari ini saya nak berkongsi pulak tentang fadilat dan faedah mengamalkan membaca Selawat ke atas Nabi S.A.W menurut beberapa hadis. Melalui pembacaan saya tertarik dengan fadilat2nya dan keistimewaan selawat.. Moga fadilat ini menjadi jambatan untuk kalian memanfaatkan masa kalian dengan Zikrullah dan Selawat. Antara fadilat istimewa Selawat adalah:
  1. Para Malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca Selawat itu dan Allah S.W.T akan menurunkan rahmatNya.InsyaAllah..
  2. Allah S.W.T akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Mereka yang berselawat 500x sehari InsyaAllah akan memperolehi kemenangan dan keselamatan selama-lamanya.
  3. Mereka yang banyak berselawat akan terhapus sifat marah dari dirinyadan terhindar dari bala bencana.
  4. Mereka yang banyak berselawat adalah menjadi kekasih kepada kekasih Allah.
  5. Mereka yang mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati temanilah kehidupan kalian dengan selalu berselawat,InsyaAllah akan mudah memperolehinya.
  6. Mereka yang mengamalkan banyak membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. InsyaAllah mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.
  7. Mendapat Syafaat (Pertolongan Istimewa) di dunia dan di akhirat.
Semoga ilmu ni bermanfaat untuk kalian memperbaiki kehidupan dunia. InsyaAllah.. Wallahualam. 

Like Entry

Rabu, 25 Mei 2011

Fadilat Amalan Ayat Kursi

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang fadilat pembacaan Ayat Al-Kursi.. Banyak hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang menerangkan fadilat-fadilat Ayat Kursi.. Ini hasil daripada pembacaan saya dan ilmu yang saya perolehi semasa di Tanah Suci Kota Mekkah.. Moga kita dapat memanfaatkan ilmu ini dalam kehidupan.. InsyaAllah..

Fadilat Amalan Ayat Kursi adalah:

1) Sesiapa yang senantiasa membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
2) Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah S.W.T mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3) Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.

4) Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki,bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali, InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.

5) Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.

6) Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, InsyaAllah, akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya, Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
Like Entry

Selasa, 24 Mei 2011

Kecantikan Lelaki dan Wanita Islam

Assalamualaikum..

Hari ni saya ada terbaca satu entry dalam FB.. Rasa macam tertarik hati nak post kat blog ni buat tatapan muslimin dan muslimat.. Alhamdulillah, syukur saya baru balik mengerjakan umrah bersama hubby, mak dan abah.. Seronok sangat berada disana.. Terasa nak terus berada disana saja... Kaabah tuh tersangat2 cantik... Xda bangunan lain yang lebih cantik dari Kaabah.. Bile tatap Kaabah je depan2 mengalir deras air mata xhenti2.. Tak pernah menyangka akan datang ke situ lagi.. Kali ni datang bersama suami.. Alhamdulillah termakbul doa di sana satu ketika dulu.. SubhanaAllah Maha Suci Allah.. Entry untuk kisah2 dan koleksi kenangan disana akan upload kemudian k.. Nak carik masa lapang baru syok typing.. Apepon mari kite berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat ni.. Wallahualam..


Sumber : Diambil sesudah usai solat subuh dan solat2 sunat lain di perkarangan Masjid Nabawi. 
Untuk pengetahuan pembaca, di Masjid Nabawi Madinah, kaum adam dan hawa tidak boleh masuk ke Masjid Nabawi bersama kerana telah disediakan tempat solat wanita dan lelaki berasingan dan pintu masuk masjid juga telah dikhaskan berbeza dengan di Makkah. 



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

* Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidatina Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Wallahualam..
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com