1) RM 100 + Saguhati
(Nak yang ini!! Uwaaa.. Nak jugak! Hehehe..)
2) RM 70+ Saguhati
(Yang ini pon nak jugak! Tak kira.. Tak kira.. Hihihi)
3) RM 50 + Saguhati
(Ni pon same.. Nak pakai bayar bil tepon.. Hihihi..)
Kesimpulannya.. Penulis blog ini sungguh degil dan noty.. Sume dia nak! Hehehe.. Tak leh jadi ni.. Uwaaa.. Nak sume adiah tuhhhh... ;)
OBJEKTIF CONTEST
(penting ni before join memane contest.. ;) )
1) Memberi peluang kepada anda mengimbau kembali saat bersejarah
2) Memupuk semula kasih sayang antara pasangan
3) Menambahkan kenalan seterusnya menambahkan silaturrahim di alam maya.
2) Membuat satu entry gambar perkahwinan anda dan pertandingan
- Sebenarnye..
Ni bukan gambar sebagai pertaruhan tau..
Tapi inilah bukti penantian cinta kami selama 10 tahun lebih, sehinggalah Allah mengabulkan doa kami untuk bersatu melayari alam rumahtangga.. Selama tempoh itu, kami melalui macam2 ranjau onak dan duri demi mempertahankan cinta masing-masing.. Dengan mutiara kata yang sering kami pegang di dalam hati sekalipun bertahun-tahun yang lalu berpisah tanpa bersua..
"Seandainya ada pertemuan, biarlah ia sepanjang usia perpisahan,
Jika ada segugus kerinduan biarlah ia seindah percintaan"
Cewah2.. Jiwa2 pulak ea.. Tula, nak uat cam ne kan.. Dari azali da jiwa2 macam tuh.. Hihihi..
- Okay2, back to the pic ye!
Nilah pic yang rs mcm ala2 sentimental gitu.. wawawa..
Rasa berdebar2 sangat.. Sentuhan lelaki bergelar suami sangat2 istimewa.. Itulah kuasa Allah nameny.. Penuh dengan kasih sayang yang benar2 tulus.. Terharu pon ada bile tengok gambar ni.. Sesudah bertungkus lumus sedaya upaya mengumpul wang untuk merasai nikmat berpakaian dan fotografi yang cantik.. Alhamdulillah.. Allah kabulkan doa kami walaupon banyak ranjau dan duri kami perlu tempuhi untuk merasai keindahan perkahwinan kami yang sebegitu.. Suka dan duka, pahit dan manis yang kami lalui untuk menikmati serta merasai perasaan yang sama seperti pasangan suami isteri lain.. Halal disentuh dan indah direnung mata.. Selepas sesi bergambar ni kami berdua saling berpandangan sehinggakan menitiskan air mata tanda syukur dan terharu atas ape yang telah terlaksana antara kami dengan keizinanNya setelah 10 tahun usia percintaan kami..
Ni la posing yang akan ku semat dalam kenangan pakaian JAWA..
3) Letakkan Banner ini semasa pertandingan dilangsungkan
Tak lain dan xbukan
Teng..Teng.. Teng..
Tu dia.. Banner contest.. Bling2 gitu..
4) Jika anda belum berkahwin, boleh menggunakan gambar perkahwinan ahli keluarga atau kawan-kawan DENGAN SYARAT meminta izin dan kebenaran dari PIHAK mereka.
- Hikhikhik.. Yang ni gambar original punyooo.. Sendiri punyo kawen haaa.. Keizinan pon da dapat dari Hubby! Tq my laling.. Yeaaay!!
5) Gambar hendaklah jelas dan terang. Hanya SATU keping gambar sahaja..
- E'eh! Hurrrmmm.. Terang2.. Lighting pon ok tuh..
Urrmmm Jerawat pon terang.. Hikhikhik.. Memang betul tu sekeping jer.. Pengantin pompuan pon da kelihatan mcm sekeping jer.. Upss... Da lumrah.. Nak uat cam ne kan..
6) Pemenang dikira berdasarkan teknik solekan, teknik fotografi dan nilai sentimental yang ada pada gambar.
- Teknik solekan? Hurrmmm.. We like it very2 much magic touch by andam Serie Ahmad from Muar! Love it!..
- Teknik fotografi?? Wow! We like it so much! From Aliceshah.. Sukeeeeeee tapi xtau la juri suke ke tak.. Hihihi.. ;)
DAN sertakan sekali DEFINISI PERKAHWINAN anda..( tidak lebih 30 pp)
- Definisi PERKAHWINAN? Banyak ni.. Definisi berdasarkan pemahaman di Skolah Menengah, Skola Agama Darjah Khas, Kursus Kawen, Paham2 sendiri pon ada.. Hihihi.. Tak pelah u.. I bagi yang I paham2 sendiri ea.. Jangan kira 30pp dulu tau ni.. Saja je ni I bebel2 dulu.. Sebab I ni memang kuat celoteh.. Ok2 after i letak tajuk n garisan baru u kira 30pp k.. Hukhukhuk..
PERKAHWINAN
(mengikut pemahaman dan huraian hatiku)
Sunnah serta amanah yang menyingkap tabir rahsia antara dua nakhoda (suami dan isteri) dalam melayari bahtera menyusuri laluan kehidupan disebalik limpahan nikmat suka-duka dan susah-senang sehinggalah dianugerahi *qurratu a’yun.
(*maksudnye: anak2 yang menyejukkan pandangan mata)
7) Keputusan adalah MUKTAMAD
- Yela2.. Kalau I kalah pon I redha jer.. Dun't worry.. Hihihi.. I x makan juri punya kalau I kalah. Kwink.. Kwink.. Kwink..
8) Peraduan akan tamat pada 27 FEBRUARI 2011
- Uwaaaaaaaa.. Sib bek I sempat meronda2 blog masa nih.. Dapat gak jumpa contest ni..Apa lagi seseempat kan diri gak la taip2 kat opis.. Ehem2.. Mengular ka???? Tak la.. Ni uat masa lunch time ni.. Pas tu save as draf.. Betullll.. xtipu ni.. Hehehe..
Xpela..Janji sempat entry blog b4 the Date!