Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Isnin, 20 September 2010

Haiwan Teladan

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,

"Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."


Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,

"Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."


Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,

"Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama.

"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata

"Elehh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.


Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki  ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat kaki ayam untuk buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL:
SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.
Like Entry

Lagi Sebuah Kematian

Apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Kekejaman berlaku di serata dunia bukan sahaja kekejaman kepada orang lain tetapi juga pada diri sendiri. Selepas Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan dibunuh, dibakar dan abunya di buang ke sungai, rakan baiknya pula disyaki menggantungkan diri. Nauzubillah.....

Kediaman Datuk Sosilawati Lawiya


Pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar, 45 tahun dijumpai mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun di bilik tidurnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang jam 8.30 pagi semalam. Media melaporkan wanita itu ada memaklumkan kepada anggota keluarga tentang keinginannya menggantung diri.

-Bernama.

Walau bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan.

Surah An-Nisaa yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29)

Larangan terhadap bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya, "Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka.



Diriwayatkan dari Jundab bin Abdullah ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda,"Dari sebuah bangsa sebelum kalian ada seorang laki-laki yang terluka dan tidak sabar dengan luka (yang dideritanya), lalu ia mengambil sebilah pisau dan mengiris tangannya sendiri. Darah keluar tanpa henti dan ia pun mati.

Allah berfirman,'hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri, maka surga Kuharamkan baginya' ".

p/s: Peringatan untuk diri sendiri dan pembaca:

Wahai saudara seMuslim, ingatlah bahaya nyawa kita bukan di tangan kita sendiri. Jadi, hindarilah dari perbuatan terkutuk tersebut. Moga-moga kita sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dari Allah atas segala kesalahan yang kita lakukan, InsyaAllah, Amin...
Like Entry

Isnin, 13 September 2010

'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'

Nilah contest seterusnye yang aku join.. Wah2.. Bukan main lagi ko ni Azie.. Sume contest ko nak sebat.. Alar u.. Ni pon lum tentu I jadi winner.. At least dapat gak lah I bantu contester ni promote bidang dorang.. Bantu anak melayu kan.. Pe salahnye..

1. Berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak.
   
    Hehehe.. Dah kategori tua benor rasanye nih.. Nak cakap tak? Huhuhu.. Aluuuu nyerr.. ALar ape ada hal 
    dengan angka nih.. Umur I da 20/an.. Hehehe ;P

2. Mempunyai BLOG dan FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ /
    dan add Facebook Pameran Pengantin Malaysia.

    Selesai sudah.. menjadi "follower yang ala tomei2 ni"..Hehehe.. ;P

3. Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.
   
    Of course.. Tajuk kompomla yang nak menaja adiah cun tuh.. Hehehe.. Selesai sudah..

4. Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga
    dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.
   
    Ini memang menjadi kebiasaan contestant yang nak join contest nih.. Dun't worry ha.. I dah letak 
    sematkan dia di side bar I kemas2 n molek2 lagi u..
   
5. Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.

   Minat tol tang nih.. Maklumlah nak kate becok tak lar becok sangat.. Pasai ape tau dak??? Pasai
   kebecokan I sumer ni da transfer dalam bentuk penulisan.. Kuikuikui.. ;P
  
Dulu kami pernah bercadang nak ke Pameran Pengantin pada bulan Mac 2010. Tapi disebabkan masa terlalu padat kami masing2 kesedihan sebab terlepas peluang untuk mengikuti pameran tu.. Uwaaa.. Sediah sangat2.. Rasa macam hilang arah sekejap tak tahu bila dan dimana lagi ada pameran macam tuh.. Mungkin takdir Tuhan nak menemukan jodoh kami dengan Pameran Pengantin Malaysia pada kali ini. Seronok sangat-sangat. Rasa tak sabar nak pergi. Kami akan pergi membawa askar-askar dari kalangan kami nanti InsyaAllah. Dulu dah terlepas peluang, jadi berharap akan datang nanti kami seronok memilih pakaian pengantin yang dipamerkan. Silap hari bulan busana yang diperagakan tu pulak yang kami kejarkan. (Hehehe).


Aku tahu pasal Pameran Pengantin Malaysia ni pon melalui majalah Pengantin. Syukurlah Malaysia ada pameran khas buat bakal pengantin untuk cari idea-idea baru dalam peragaan busana pengantin terkini mahupun ternama. Strategi Pameran Pengantin Malaysia bermula pada dasarnya hanya di tapak pameran kecil-kecilan di seluruh Hypermarket seperti Tesco, Giant Kelana Jaya, Jaya Jusco Maluri. Namun begitu, berkat kesungguhan krew-krew Pameran Pengantin Malaysia, mereka mampu menjulang namanya hingga ke pameran di tempat-tempat berprestij. (Good servey and reading azie! Hehehe) Alar..Umpama bayi yang kecil mula belajar meniarap, merangkak sehinggalah mampu berjalan la kirenyer..

Pameran Pengantin Malaysia yang pertama dianjurkan oleh Urban Vibe berjaya diadakan adalah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada tahun 2007.  Manakala hasil daripada pengalaman yang ada Urban Vibe mampu mengadakan sekali lagi Pameran Pengantin Malaysia yang pertama terbesar di Mid Valley Exhibition Centre pada Julai 2008. Tahniah la! Sehingga kiniUrban Vibe Event masih teguh menganjurkan pameran pengantin dengan banyak perubahan yang hebat.

Ini baru nak start essei tau.. Tapi esei ni tak la formal benor.. Hehehe.. Banyak no celoteh azie ni..

Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.

Apa ye sebenarnya yang dicari-cari oleh bakal pengantin? Sudah tentulah busana, mak andam, aksesori nikah/sanding, photographer. Itu semua yang akan bermain-main di minda bakal raja sehari. Setiap saat sebelum perkahwinan berlangsung sudah pasti internet, majalah dan buku-buku Pengantin yang akan dihadap dan diselak. Begitu juga aku yang tidak jemu melayari internet menjelajah apa saja yang menarik perhatianku tentang "ISU dan PERSEDIAAN PERKAHWINAN". 


Bakal pengantin khususnya yang tinggal kat kampung mesti teringin sangat2 menikmati hari bahagia dengan busana yang unik bergaya gitu, set pelaminan yang indah lagi serba moden mahupun sentuhan dandanan serta solekan yang menarik. Namun begitu, butik pengantin  kat kampung yang terhad dan sederhana membuatkan kebanyakan golongan bakal pengantin nun di sana turut bersederhana. Tak pulak bakal pengantin kat bandar yang dah terang2 tak jadi masalah nak merasai keindahan hari bahagia mereka dengan pelbagai pilihan butik pengantin di kotaraya.

Tapi usah dukacita wahai bakal pengantin nun di pedalaman kampung. Pameran Pengantin Malaysia sebenarnya bagi peluang pada semua bakal raja sehari tidak kira usia, jarak penempatan mahupun darjat kemewahan dengan pertunjukan busana pengantinnya yang serba menawan, dandanan serta solekan pelbagai bentuk (Hehehe), jualan lelong busana dan banyak lagi. Bukan senang nak dapat nikmati peluang macam ni tau.

Kepada bakal pengantin tak kira di kampung mahupon kotaraya mari kite serbu Pameran Pengantin Malaysia Oktober ini. Kot2 la ada berkenan design baju pengantin yang ingin digayakan bolehlah hantar untuk tempahan macam tuh atau beli jerk kat Pameran tu nanti.. ;) Hehehe.. So, bakal raja sehari kalau u all duduk nun jauh di kampung meh la kite sama-sama ronda menjelajah pameran ni nanti sebab boleh cuci mata tau kalau ada yang berkenan untuk design majlis pengantin u all di sana. Leh la request pada mak andam di sana u all nak magic touch macam di Pameran Pengantin Malaysia.. Leh saksikan sekali koleksi gubahan hantaran tak kira la yang dah sedia ada atau hasil kreativiti peserta gubahan.. Wow! Memang berbaloi2 banyak idea boleh simpan dalam kepala untuk The Big Day nanti. 
Kredit to Pameran Pengantin Malaysia :)            

6. Penganjur, lokasi dan tarikh  Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.

  

    Pameran Pengantin Malaysia 2010 seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur exhibition Centre
    (KLCC)  dari 8 hingga 10 Oktober 2010. Macam-macam rupenye acara dan pertandingan yang akan diadakan nanti macam Pertandingan Andaman, Pertandingan Gubahan Bunga Tangan dan Pertandingan Gubahan Hantaran. Banyak gak hadiah menarik dan lumayan ditawarkan pada setiap pengunjung yang bertuah. Aktiviti Pertunjukan Fashion serta demo-demo make-up dan demo menggubah hantaran pon ada.
(Hehehe.. Nak ajak K.ngah lar mencube nasib.. Akan bincang ngan Mr Tunang)

    Acara yang di jangka akan mendapat sambutan ialah acara lelongan baju-baju dan kelengkapan pengantin. Wow!! Hebat2.. Best2..
    Cepat.. masukkan tarikh ini di dalam diari anda untuk mendapatkan promosi-promosi yang hangat.
    (Kompom dah masuk.. Nak perggiiiiiiiiii!!! Nanti nak shopping busana leh tak? Hehehe..)

   Penganjur lak :

URBAN VIBE EVENT
   
7. Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.



    Dah letak dah pon.. Kira memang dah penuh gak la logo2 di entry dan side bar sebelah blog I nih.. Hehehe.. Logo rasmi ni sebenarnye dah edited.. ;) Jangan marah yer.. I da edit xletak tahun.. So umum skit logo rasmi I.. hehehe

8. Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda dan pasangan anda.

    Gambar ni memang terbaekkkk punyoo dari ladang! ;P

    Alar tomei2 malu2 lak.. Gambar ni masa majlis kahwin abg Mr Tunang.. Kami berdua nak snap picture bersama Groom and Bride tetibe dgn gundah gulana dipaksa kami duduk amik berkat depa pulak..Adehhh... Tu yang malu tu senget benget macam alar2 pengantin majuk jer... ;P


9. Hadiah sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 -

      Yeeeeyyy! Masih dalam "edah" Pameran Pengantin Malaysia nihi.. Kalaulah.. (OPppsss Aziiiiieee.. 
      Berangan ko? Ini semua terpulang pada Pameran Pengantin Malaysia la azie.. (Tak abeh2 berangan)

10. TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA.
      Selesai sudah jugak.. Jemputlah singgah ke blog pink ku.. Hehehe.. Salam Selamat Datang pada Krew
      Pameran Pengantin Malaysia.. Malaysia Boleh! ;) 

Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.

- 12 tengah malam?? Ayoyo.. I da antar awal gak dah nih.. Hehehe..

Sape yang nak join meh kite ke nun disini..

http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/2010/08/urban-vibe-online-contest.html#
Like Entry

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini

 
 
Hangat betul kisah jutawan kosmetik hilang baru-baru ni. Kali ini ada berita yang mungkin boleh menjawab segala persoalan pasal Sosilawati yang hilang. Jom baca berita hangat pasal Sosilawati. Adakah kehilangan Sosilawati sudah mendapat penyelesaiannya?
 

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi sudah terjawab apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.
(Kredit to PDRM yang bertungkus lumus terlibat saja.. Yang lain tingkatkan usaha anda menyelesaikan kes2.. :) Pembakar semangat nih!)

Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak kelmarin dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar. Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
 
(Kredit To Them Kerana Bijak Membuat Keputusan Supaya Tidak Menjejaskan Hasil Siasatan dan Mengelakkan Kehilangan Bukti)

Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. - BERNAMA

Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan, Batu Pahat di sini.

Adik iparnya, Misjan Jamikan, 48, berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya. Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti semalam.

The Chapter Of My Life - Penjahat jangan dilepaskan. Malaysia ada Undang2.. Janganlah kamu mencipta undang2 kamu sendiri yang kelak akan mengakhiri usiamu nanti. Ingatlah orang2 sekeliling yang menyayangi kamu..
 
Like Entry

Sabtu, 4 September 2010

30 perkara wanita tak sempat beritahu lelaki..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!




28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com