Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 21 April 2010

Ngantuk! Mari hilangkan mengantuk..


Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.

Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

# Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar.

Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil
Anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

# Lebihkan pengambilan sumber serat


Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

# Minum banyak air.


Perlukah sampai begini??Hehehe..


Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

# Jangan kerap ambil Kafein.

Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

# Segarkan semangat anda.

Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

# Terapi air


Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

# Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati.


Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.

# Jangan pandang rendah pada diri sendiri.


Tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

# Amalkan teknik pernafasan betul.

Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

# Senyum dan lakukan perkara baik.

Hai.. Kucing pon pandai senyum.. Cuteeeee nyeeeerrr..

Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

# Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam.


Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.

# Belajar menangani tekanan.


Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

# Dapat rehat secukupnya.


Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

# Bersenam.

Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

Oleh Dr Ismail Thamby
Like Entry

Isnin, 19 April 2010

Aku Bengang!

Aku bengang sangat masa nak g keje tadi.. Sangat2 Bengang... Sampai2 je ke keta aku nak bukak pintu aku ternampak pintu ketaku terluka. Bagi aku teruk la! Bagi orang len aku xtau la kalau sanggup tgk keta kesayangan terluka.. Tapi aku tau sape punyer keje! Hurrmmmm.. Ari tuh masa aku dah duduk dalam keta ngah panaskan enjin ada sorang mamat ni ngan bini dia la.. Park la kat sebelah keta aku.. Upenyer jiran selevel dengan aku.. Ingat nak senyum la kat diorang tapi muka macam sombong hampeh jer.. Tak pelah kan mungkin tengah datang bulan dua2 tuh.. hahaha.. Yang aku bengang tuh bile dia bukak pintu keta SATRIA NEO dia tuh seluas2 b*nt*t gajah... Kalau dia nak bukak luas tuh pon aku bukan kesah.. Masalahnyer seluas2 pintu yang dibukak tuh telah menghentam pintu ketaku.. Aku pon pandanglah menyinga.. Ingat mamat tuh nak la say sorry kan.. Bini dia tengok je hujung pintu keta dia yang menghentam pintu belakang keta aku. Pon punyer la aku ingat nak angkat tgn say sorry.. Tapi dua2 mamat n minah tuh memang bersikap cam t*n*k.. Sampai opis aku check kot2 bercalar.. Rupenyer memang terkopek sikit.. Sabar memang leh sabar... 

Semalam before aku tinggalkan keta kat park rumah aku ada terpandang tahi burung kat pintu keta aku.. So aku ingat sok aku nak cuci sikit before g keje.. Tup2 pagi tadi kat pintu keta tempat driver (yang ada tahi burung tuh) terkopek sampai nampak kesan dalam. Aku gosok, memang baru lagi nih.. Lain tak bukan si mamat b*ng*ng lah nih.. Aku dah xleh sabar.. Memang BPH pulak dah tetapkan tempat parking. So j*nt*n tak guna tuh memang nak kena.. Tunggguuuuu... Hidup ini macam karma yer.. Juz wait & see! TAHAP KEMARAHANKU MEMUNCAK! 
Like Entry

Rabu, 14 April 2010

Are You Ready Dear???

Aku sekarang ni memang tengah dup dap dup dap.. Entahlah.. Sekejap saja masa berlalu. Baru last week ambil tempahan fragrance di Metrojaya.. Baik sangat kak yati (sales gurl) tuh... Siap bagi lebih lagi dalam gift set for men and women.. Dan disebabkan kami dah deal dia terus simpan gift (towel & bag) tak bagi client lain terpikat.. Huhuhu.. Thank You So Much Kak Yati simpankan gift yang memang tinggal last tuh.. So skang kami baru nak planning what should we do before & after wedding day???? The best way senaraikan apa yang perlu b4 date of Our Big Day.. 

Huhuhu.. Ni aku sukati je letak.. Ape yang kami nak plan lar.. So harap we could overcome any constraint happened in preparing those below things.. Yappp...

 ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

JIKA DIA BENAR UNTUK KU DEKATKAN LAH HATINYA DENGAN HATI KU JIKA DIA BUKAN MILIK KU DAMAIKAN LAH HATI KU DENGAN KETENTUAN MU..

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

NIKAH
(1) Kursus Kahwin - Planning on Julai
(2) Surat pengesahan bujang
(3) HIV Test - (3 month before)
 (4) Borang Nikah (My Dear)- (3 month before)
(5) Borang Nikah (Me Myself))- (3 month before)(6) Booking Tok Kadi)- (3 month before)(7) Lantik Saksi)- (3 month before)






MAJLIS
(1) Bincang Rewang dan Kanopi
(2) Banner dan Bunting - Nak mengecek ngan Abg
(3)Pelamin Sanding - Dah bincang (Serie Ahmad)
(4) Make Up @ Mak Andam - Dah bincang (Serie Ahmad)
(5) Baju Nikah - Dah bagi masa Majlis Pertunangan  tapi lum anta jahit
(6) Baju Sanding
(7) Alas Nikah - Tak decide lagi nak mintak tolong mak jahit or rent dengan pelamin
(8)Photographer - Dah booking & deposit
(9) Selendang/Veil
(10) Aksesori Pakaian Nikah
 (11) Pengapit - Setakat ni dah ada 3 calon pilihan... Yang lain2 ramai dah kahwin dan memboyot.. Huhuhu
HANTARAN FOR MY DEAR
(1) Al Quran
(2) Sejadah
(3) Gadget - Coming soon
(4) Set Penjagaan Wajah (Men)
(5) Fragrance 
(6) Jam Tangan
(7) Produk Kesihatan Dalaman (Men)
(8) Kasut + Stoking
(9) Kemeja/T + Seluar
(10) Wallet +Belt
(11) Kek
(12) Ring
(13) Buah-buahan - Beli last2 nanti xfresh
(14) Chocolate Biscuits- Dah survey t tinggal grab jer
(15) Bunga Telur - da servey ganti ngan telur dalam sarang
(16) Sireh Junjung
(17) Any Extra Items - Kot2lah ada sedara mara nak beri sumbangan.. huhuhu

NESESSARY
(1) Kad Kahwin
(2) Senarai nama jemputan (Sedang listing)
(3) Kek - Ada orang nak sponsor.. Thank You So Much my Bro!
(4) Door Gift - in process
(5) VVIP gift - in process
(6) Bunga Pahar - Carik kat Ayer Hitam jer nanti, da dekat..
(7) Henna - tak suka corak2. Ikut adat bangsa lain sangat. Nak di jari jerkk.. huhuhu
(8) Photographer
(9) Pre-Wedding photoshoot - Based on budget, ada lebih InsyaAllah 
(10) Goodies Bag
(11) TQ Tag - Buat sendiri je kot. Tak nak membazir sebab nantipun ada yang buang
(12) Gift for future family-in-law - Ape ye nak bagi..
(13) Bunga Manggar
(14) Penunjuk Arah - Alar,Print Out aja dan liminate kat kampung nanti
(15)
TO BE CONSIDERED
(1) DJ / PA System
(2)
(3)
(4)
DEKO BILIK
(1) Langsir - Jangan2 mak ready nak jahitkan. huhuu.. cian mak
(2) Cadar - Carik kat Nilai nanti
(3) Fresh Flowers
(4) Wangian
(5) Cat - Bincang dulu ngan abah
DEKO HANTARAN
(1) Bunga
(2) Dulang
(3) Alas Dulang
(4) Lace/ Satin
DEKO MAJLIS
(1) Langsir
(2) Karpet/Tikar
(3) Bunga
(4) Pewangi
FAMILY
(1) Baju Abah
(2) Baju Mak
(3) Baju Along
(4) Baju Abang
(5) Baju Emi
(6) Baju Nayang
(7) Baju Manja
VERSI GEDIK SANTAI
(1) Spa/Mandi Susu+Massage dll
(2) Manicure
(3) Pedicure
(4) Facial and Rebonding
Note : Striketrough
NIKAH - (1) Kursus Kahwin (2) Surat Pengesahan Bujang (7) Alas Nikah
HANTARAN - (1) Al Quran (2) Sejadah (3) Gadget (9) KemejaT+Seluar

Like Entry

Khamis, 8 April 2010

Menanti Big Day 01

Tik Tok Tik Tok...
Uwaaaaa....
Takut nyer.. Bila baca blog orang pasal wedding macam2 perasaan ada.. Wisau ada.. Tak reti sumenyer.. Hahahah... Tapi gatai nak kawin.. Gondol sungguh.. Macam2 dah dream.. Hurrmmmm... Jeng3x.. Hahaha...
Tak sangka walaupun lagi 9 bulan tapi panic nyer macam tenuk.. Huahuahua.. Ape nak buat erk? Barang2 dalam proses carik sikit demi sikit.. Kalau aku nak attach kat this entry aku rasa too early.. So tunggulah agak2 lagi 3 bulan aku masuk dalam next entry.. Huhuhu.. Tapi last week (Sunday) kami survey barang giler2 punyer.. Round KL sebab nak checked price punye pasal.. Al bin Maklumlah budget kena sekat gak.. (Bukan orang kaya pown) Hehehe.. Ukur baju di badan sendiri la katakan.. Cheeewaaaaahhhh.... Aku ada gak dok bincang ngan Rina, my best fren pe nak uat, pe nak beli, gift, barang hantaran etc.. Perghhh.. Memang aku kaget .. Hahaha.. Rasa macam nak dekat pulak.. (Amboiiiii.. semakin gatai nampak)
This week ada Megasale Metrojaya di Bukit Jalil.. 80% off.. So aku juz nak survey price dan kalau cun harga aku angkat.. hahahah.. maklumlah barang dan kualiti sama jer.. beza nye before less ngan after less... Baik aku ambil masa sale.. Leh cut budget g tempat len.. Waaaaa... kedekut nampak.. (Bukan kedekut, tapi tahi idung masin.. Hahaha..) So this weekend nak ajak "si dia" g Lot 10, KL amik fragrance dah janji ngan kak yati tuh.. Dia siap nak bagi gift special.. (Yo'OO.. Dapat ker.. Ntah2 lambat sgt da abes dibagi kat org len.. Uwaaaaaaaa) Pas tu nak g IOI Mall survey/ angkat watches.. 20% off... Perhaps ada yang berkenan.. Hahaha.. Lain2 tak leh selongkar dulu... Juz wait yer.. TUNGGGGUUUUU...
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com