Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label Info Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Cinta. Papar semua catatan

Ahad, 8 Januari 2012

Antara Cinta dan Perkahwinan..


Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…

Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:

“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itupun berkata:

“Itulah cinta”


Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan

Guru pun menjawab:

”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang guru berkata:

“Itulah makna perkahwinan.”

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita. 

Like Entry

Isnin, 10 Oktober 2011

Memilih Calon Isteri!


Institusi kekeluargaan penting di dalam Islam. Oleh sebab itulah Allah mengharamkan zina dan menyuruh umatnya berkahwin kerana dengan berkahwin seseorang itu terikat dan bertanggungjawab untuk menjaga keluarga mereka. Jika runtuh institusi kekeluargaan, maka runtuhlah juga tempat untuk anak-anak bergantung. Mereka hilang pembimbing dan akhirnya terjerumus dalam lubang kejahilan. Masalah ini akhirnya akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lebih buruk. Oleh itu berkahwinlah. Kerana ia dituntut oleh agama.

Jika anda masih belum berkahwin terdapat beberapa panduan yang digariskan dalam Islam yang seharusnya anda jadikan panduan dalam memilih isteri. Panduan asas yang dituntut dalam Islam tentulah untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Berikut merupakan beberapa cara memilih isteri yang boleh anda jadikan panduan:

1.Pilihlah isteri yang beragama

Pada kebiasaannya kebanyakkan masa suami digunakan mencari nafkah untuk keluarga. Oleh itu kebanyakkan masa anak-anak akan dihabiskan dengan ibu mereka. Ibulah yang banyak mencorak anaknya, mengajarkan perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Disinilah nampaknya kepentingan seorang isteri yang mempunyai agama. Seorang isteri yang beragama juga tahu apakah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam. Mereka tahu had-had pergaulan bagi mengelakkan fitnah dan kemarahan suaminya. Alangkah indahnya mempunyai isteri yang beragama.

2. Pilihlah isteri dari keluarga yang baik

Manusia yang berada didalam persekitaran yang baik selalunya akan menjadi baik. Mereka akan sedikit sebanyak mengikut personaliti individu terdekat dengan mereka iaitu keluarga. Jadi memilih isteri dari kalangan keluarga yang baik adalah penting dalam Islam. Ini kerana anak-anak mereka akan mengikut personaliti ibu dan bapa mereka. Dengan memilih seorang isteri dari keluarga yang baik seorang suami sebenarnya telah melakukan ikhtiar agar kebaikan keluarga mereka terus-menerus terpelihara sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.

3.Pilihlah isteri kerana rupa paras

Perlu diingat disini bahawa rupa paras adalah subjektif. Ia bergantung pada individu itu sendiri. Oleh sebab itulah Allah menciptakan manusia dalam rupa paras dan warna kulit yang berbeza. Bagi si A mungkin wanita yang bertubuh kurus dianggap cantik manakala si B beranggap wanita yang bertubuh gempal lebih memikat hati mereka. Ini termasuklah bentuk muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai definisi kecantikan mereka sendiri. Rupa paras isteri anda tidak seharusnya cantik pada pandangan orang lain, tetapi kecantikannya haruslah sesuatu yang menyejukkan mata anda. Bak kata orang, yang sedap mata memandang.

4.Pilihlah isteri yang pandai menjaga kehormatan

“Malu itu perisai orang beriman” mungkin anda pernah mendengar lirik dari lagu terkenal itu. Tetapi persoalannya, berapa ramaikah wanita yang benar-benar mempunyai rasa malu dalam diri mereka???? Kini semakin ramai wanita yang semakin nipis malunya. Mereka menjerit-jerit terpekik terlolong apabila marah mahupun semasa mengherdik sesama muslim, mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun tak kena tempat tanpa rasa segan silu, berpakaian tidak senonoh terdedah sana-sini semata2 untuk menarik perhatian lelaki, dan bergaul bebas seperti manusia tidak beragama serta hilang batas2 antara lelaki dan perempuan sehinggakan mudah disentuh oleh mana2 lelaki. Kerana inilah Islam mengajar kita memilih seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan diri mereka dengan menjaga maruah dan tidak berkelakuan 'tidak senonoh'. Seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan akan menyenangkan dan membahagiakan hati suami.

5.Pilih dari keturunan yang subur

Tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri melainkan kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Kehadiran cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menjadikan ikatan mereka lebih bermakna. Oleh itu Islam juga mengajar kita supaya memilih isteri dari keluarga yang subur agar boleh memberikan zuriat yang banyak kepada kita kelak. Pilihlah isteri yang boleh melahirkan zuriat yang menjadi penyambung keturunan kita.

Itulah beberapa kaedah memilih isteri yang boleh anda gunakan sebagai panduan. Yang terpenting dalam 5 panduan ini tentulah yang pertama iaitu memilih isteri yang beragama. Kerana dengan memilih isteri yang beragama anda sebenarnya telah melengkapkan yang selainnya. Isteri yang beragama akan membuatkan dirimu tenang dan damai.

Like Entry

Isnin, 8 Ogos 2011

Pengisian Jiwa

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit disebabkan bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula dan akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi..


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa yang Allah telah amanahkan kepada kamu. 

Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... 


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan dan berkhasiat, mengapa kamu berlengah untuk cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh langsung memakannya. Kelak, kamu akan menyesal. 

 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.

Like Entry

Rabu, 20 Julai 2011

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Alhamdulillah untuk hari ini Allah S.W.T masih kurniakan akal untuk saya terus menulis.. Jika penulisan ini memberi manfaat kepada kalian hayatila ia sebelum terlambat.. InsyaAllah moga Allah memelihara kita ke arah keredhaanNya.. Memandangkan hari ini hari Khamis saya merasakan sangat2 tenang dan gembira dengan kehidupan saya kala ini.. Syukur, Alhamdulillah.. Saya tersentuh hati bila terbaca ruangan komen dari seseorang yang pernah mengatakan "hidup saya tidak bahagia.." Itu adalah sesalan manusia yang tidak tahu erti syukur pada Allah bahawa kehidupannya yang cukup sempurna, tidak cacat dan tidak miskin.. Sedangkan insan yang mengalami sakit dan kecacatan kekal pun tahu erti syukur dan tidak pernah mengeluh tentang perasaan dirinya yang tidak pernah bahagia.. MasyaAllah.. Alhamdulillah komen itu adalah komen yang pertama dalam seumur hidup saya pernah saya baca dan dengar.. Semoga hamba Allah ini berfikir sebelum lantang bersuara tentang bahagia, derita, sengsara orang lain.. Itulah insan yang egois.. Saya pernah masukkan entry tentang egois di link ini.. Berharap Pada Cinta


Hasil pembacaan dan rumusan daripada pengalaman. Apa yang saya perolehi terdapat beberapa sebab mengapa hati kita tidak bahagia dan tenang. Hanya kalian yang mengenal diri kalian sendiri dan kemahuan kalian dalam menjalani kehidupan.. Walaupun manusia tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang dimiliki tapi kalian perlu akui bahawa disitulah terletaknya keadilan dari Allah Azza Wajalla... Ada yang dapat dan ada yang xdapat. Antara sifat2 yang membutakan hati menerima kebahagiaan ialah :

1 Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Sifat suka melenting boleh juga dikaitkan dengan sifat tidak sabar ni. 

7- Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9- Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Nak yang berhartalah, hensemla.. Nak tu tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta dan rupa kerana bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah. Cinta dunia yang menjadi kegilaan seseorang insan merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Sebab tu la kadang2 boleh terjadi cinta yang dirampas dan merampas.. Sebab cinta sesama manusia itu hanyalah nikmat Allah bukan untuk disanjung2 tinggi lagi diagung2kan sehingga boleh timbul dendam kesumat. Apabila cinta dunia diletak 100% kepada manusia boleh jadi seseorang itu bersifat psycho.. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan anda sebenarnya bukanlah secara keseluruhannya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin dia tidak akan dapat kecapi bahagia. Bertaubatla segera.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. InsyaAllah moga dibukakan pintu hati kita seandainya ada walaupun sekelumit sifat mazmummah itu dalam jiwa untuk beristighfar sentiasa kepada Allah.. Disamping dapat memelihara diri daripada kesyirikan.. AllahuRabbi..
Like Entry

Selasa, 19 Julai 2011

Fitnah Dan Kemurkaan Allah S.W.T

Setelah melalui hari-hari yang lepas, tercetus pulak ilham untuk saya menulis tentang perkara ini. Mungkinkah ia memberi kebaikan kepada kalian? Diharap ilmu ini menjadi pengajaran dan pedoman dalam pelayaran kehidupan kita sebagai hamba Allah yang mulia disisinya di saat para jin, syaitan dan iblis berlumba2 merebut manusia itu untuk dijadikan sahabat baiknya.. Nauzubillah.. 



Memandangkan mood saya hari ni agak sayup-sayup jadi entry pun rasa macam nak sayup2 jugak la yer.. Heee... Sepoi2 gitu.. 

Antara yang sering berlaku dan akan sentiasa berlaku kepada kita umat manusia ialah Ujian yg akan senantiasa ditujukan untuk kita. Sama ada kita menadahkan tangan atau tidak, ujian akan tetap menimpa. Antara kita dengan individu lain, ada ujian yg datang hampir sama, sama atau berbeza. Tapi, jelasnya yang membezakan kita dengan orang lain ialah bagaimana kita menangani ujian itu sendiri. Sungguhpun begitu apabila kita dengan penuh yakin meredhai setiap ujian itu adalah tarbiyyah dari Allah S.W.T maka InsyaAllah berkat kesabaran dan pertolongan dari Allah ia akan menguatkan diri dan keimanan kita. Wallahualam..

Bercakap pasal ujian, kali ni saya nak ceritakan tentang “Fitnah” yang menjadi ujian dalam kehidupan duniawi.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 yang bermaksud:
"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

Sayidatina Aisyah R.A, isteri Rasulullah S.A.W tabah dalam menghadapi fitnah terhadap dirinya oleh kaum munafik sehinggalah Allah S.W.T menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah R.A di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya dalam 
Surah Al-Nuur ayat 19, yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".



Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor,lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.Rasulullah S.A.W menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Fitnah kerana Cinta
Kisah Nabi Yussuf A.S yang sangat tampan dan Siti Zulaikha ,ibu angkatnya yang amat mencintainya adalah kisah cinta versi Islam yang sangat terkenal. Siti Zulaikha sanggup menabur fitnah kerana cintanya di tolak oleh Nabi Yusof A.S.Sesudah Nabi Yusuf semakin dewasa, maka ketampanan wajahnya terserlah. Makin hari, hati Siti Zulaikha semakin tidak tenang. Dirinya sentiasa terfikirkan wajah tampan anak angkatnya itu. Akhirnya kerinduan pada cinta itu membuatkan Siti Zulaikha merencanakan suatu akal. Dia mula memakai pakaian yang mengoda bersama wangian yang semerbak harumnya melangkah ke kamar Nabi Yusuf A.S. dan menodai Nabi Alllah,Yusuf. 

Kisah Zulaikha ini dapat di baca dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 21-53. 

Bacalah dan hayatilah surah ini. Saya mengalirkan air mata membaca kesudahan kisah ini dari tafsiran Al-Quran dan sangat2 menyentuh perasaan lagi menginsafkan. Inilah ketabahan Nabi Yusuf A.S terhadap fitnah sehingga baginda dipenjarakan sedangkan kebenaran itu Allah Mengetahuinya. Moga kita dipelihara Allah dari menjadi manusia yang suka menabur fitnah kerana ingin memiliki cinta atau apa sahaja untuk kepuasan dan kepentingan diri sendiri.. Nauzubillah.. 


Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka bertaubatlah sesiapa yang pernah membuat kerosakan di muka bumi ini termasuklah menganiaya dengan fitnah-fitnahmu.. MasyaAllah..
 
Buat Tatapan Pendamba Cinta yang pernah menabur fitnah; 
"Bariskan harapan pada istikharah sepenuh hati ikhlas.. Relakan Allah pilihkan untukmu.
Pilihan Allah tak selalu seindah sebagaimana keinginanmu, tapi itu pilihan-Nya.Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.Mungkin kebaikan itu bukan pada orang yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih.Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Allah S.W.T, Kekasih Tertinggi.. Kekasih tempat orang-orang beriman memberi semua cinta dan menerima cinta.”

Wallahualam..
Like Entry

Rabu, 13 Julai 2011

Berharap pada CINTA


Hari ini saya terdetik hati untuk bercerita tentang cinta dan mengharap pada cinta.. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan. Tapi kamu mesti ingat bahawa jika kamu mencintai seseorang jangan pernah berharap orang itu akan mencintai kamu sama macam kamu menyintainya.. 
(Cuma kadang2 sebagai insan biasa ada juga antara kita yang xsengaja rasa macam 'perasan' atau 'syok sendiri' bila tanpa sengaja bersuka ria dengan respon yang diterima.. Berhati2.. Fahamilah maksud sebenar CINTA itu.. Mungkin juga itu hanya sebagai gurauan sesama pasukan atau usikan untuk melihat dan menguji reaksi kamu atau sekadar gurauan sesama teman.. ataupun reaksi yang kebetulan.. Wallahualam.. 

Apa yang pasti kita perlu bijak menggunakan akal dan psikologi thinking yang semulajadinya telah Allah kurniakan pada semua hamba2Nya. Senang kata ehem2 jual mahal sikit.. 
(Teringat pulak zaman skolah dulu punyela jual mahal ngan incik hubby.. Tapi xsangka pulak gigih sungguh dia cube sedaya upaya menambat cintanya di hati saya.. Kalau kat skolah tu kalau boleh saya xnak pon lalu depan kelasnya apatah lagi lalu di hadapannya.. Sampaikan nak keluar rehat pon jadi malas.. Memerap je dalam kelas sebab xnak dia nampak saya di Kantin.. Hahaha.. Cian dia.. Sebabnya saya xsuke dipermainkan sebab itulah saya jual mahal. Saya membiarkan saja cinta itu berlalu dan bila dia jauh barulah saya merasakan rindu.. Tapi saya tidak peduli dan tidak mengikut perasaan dan saya masih membiarkan lagi cinta itu berlalu.. Ia datang kembali.. Bila saya sepenuhnya membebaskan hati saya dan cinta itu rupanya ia hinggap semula.. SubhanAllah indahnya dan saya kagum dengan nikmat dari Allah Yang Esa dan insan itu telah menjadi suami saya yang saya hormati dan kasihi.. InsyaAllah)


Tapi berlainan pulak dengan reaksi2 di bawah.. Jum layan sekejap kot2 la ada reaksi di bawah ni pernah wujud dalam hati kite.. Tak sama pon xpe tapi mungkin yang seakan2 la ;P...


"Yeayyyy!!! Ko nak tahu tak? Dia da bagi respon tau!"
atau
"Ishhh.. Tak sangka la si hensem ni suka jugak kat aku"
atau
"Wah.. Bestnyeee aku da jatuh cinta ngan mamat ni.. Da la hensem.. Syioookkk"
atau
"Bestnye.. Dia tunjuk reaksi macam suka kat aku jeee.."
atau
"Ehem.. Nape dia pandang kat aku senyum2.. Jgn2 dia suke kat aku tak.. Yehuuuu"
atau
"Eh, dia balas mesej aku la.. Kompem ni aku ada harapan ni"
atau
"Mamat ni salu tengok pandang2 kat aku la.. Hehe.. Aku da dilamun cinta nih.."


Hurrrmm.. Berhati2la bila perasaan kamu mula bergetar2 macam tuh. Takut2 nanti terperasan sendiri pula.. Bahaya2.. Kadang2 si dia cume sebut nama kamu je kamu nak melonjak macam baru dapat duit raya yang banyak. Ataupon mungkin si dia hanya menjawab salam kamu. [menjawab salam tu wajib ;)] 


Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis jauh lebih pedih kerana saat itu kamu akan menyedari bahawa kamu tidak pernah dicintai..


Jika kamu mula menyintai jangan kamu mengharap ape pun.. 
Jika bertemu si dia dan:
  • Bila tapak tangan kamu akan berpeluh, hati akan dug dag dug dag dan suara bagai tersangkut di kerongkong, itu bukan cinta tetapi itu SUKA.. 
  • Bila tangan xdapat berhenti memegang dan menyentuhnya, itu bukan cinta tapi NAFSU.. 
  • Bila kamu menginginkannya kerana tahu dia akan selalu berada disampingmu, itu juga bukan cinta tapi KESEPIAN..
  • Bila kamu menerima pernyataan cintanya kerana kamu tak mahu menyakiti hatinya, itu bukan cinta tapi KASIHAN..
  • Bila kamu bersedia memberikan semua yang kamu sukai demi dia, itu bukan cinta tapi KEMURAHAN HATI..
  • Bila kamu rasa bangga dan selalu ingin mempamerkannya kepada semua orang, itu bukan cinta tapi KEBETULAN..
  • Bila kamu  menyatakan padanya bahawa dia adalah satu-satunya orang yang selalu ada dalam fikiran kamu, itu bukan cinta tapi RAYUAN
TETAPI
  • Bila kamu menangis untuk kepedihan, kesusahan, dan kepayahan yang dialaminya biarpun dia cukup tabah menghadapinya dan ketika kamu tertarik pada orang lain tetapi hati kamu masih setia bersamanya begitu juga dengan dia. ITU MUNGKIN ERTI SEBUAH CINTA.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Bukankah jika seseorang terlalu mengharapkan cinta dan perhatian orang lain maka hal itu juga akan membuatnya menjadi seorang yang EGOIS??


APA PULA PENDAPAT TENTANG EGOIS?

EGOIS itu tidak sama dengan MENCINTAI DIRI.
EGOIS itu sama dengan mementingkan diri sendiri.
EGOIS itu mengambil sesuatu yang sepatutnya diberikan untuk orang lain dan mengambil untuk dirinya sendiri.

EGOIS selalu dimulai dari kegagalan seseorang mencintai diri.
Egois adalah ekspresi ketidakmampuan seseorang untuk mencintai dan menerima dirinya sendiri.

Orang yang tidak mencintai dirinya sendiri akan kecewa berat ketika menemukan kenyataan bahawa hanya sedikit orang yang mengasihinya ataupun merasa di dunia ini tidak ada yang mengasihinya.
Kerana si Egois kekurangan kasih untuk dirinya sendiri, maka ia berusaha untuk merebut perhatian dan kasih yang berlebihan dari orang lain.

Hanya orang yang dapat menerima dan mengasihi dirinya yang dapat mengasihi orang lain. Kerana bagaimana kita mengasihi orang lain menunjukkan bagaimana kita mengasihi dan menerima diri kita sendiri.
Mencintai diri sendiri ertinya kita merasa cukup dengan apa yang ada pada diri kita, bersyukur dengan apa yang kita miliki, dan terus berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik lagi.
Bagi orang yang biasa melakukannya, mengutamakan orang lain bukanlah hal yang terlalu sulit.

Jadilah orang yang mengasihi sesama insan kerana anda sudah berdamai dengan diri anda sendiri dan masa lalu. Kalau kita memaksa mengasihi sesama tanpa mengasihi diri sendiri, itu sebenarnya kita sedang berusaha mengambil sesuatu untuk diri kita sendiri.

“If you aren’t good in loving yourself, you will have a difficult time loving anyone, since you’ll resent the time and energy you give another person that you aren’t even giving to yourself.”

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan–angan  ini tenggelam perlahan – lahan. Sungguhpun, semua itu menghadirkan kekecewaan yang begitu bergelora dalam jiwa tapi sebenarnya masih ada kekuatan untuk kita melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Jangan ditangisi apa yang bukan milik kita.. Wallahualam..

Like Entry

Ahad, 3 Julai 2011

Allah Mengetahui Siapa Punye Cinta..

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya syurga,” 
maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” 
Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”
[HR Muslim]

"Macam mana kalau saya ambil anak patung awak? Saya peluk erat! Tak mahu lepas! Biarpun itu awak yang punya!"

Atau

"Saya ambil kek dalam pinggan awak. Kek yang paling sedap! Tiada dua! Itulah yang paling awak mahukan! Sedap! Saya pun mahu! Saya tak peduli walaupun itu awak yang punya! Tekak saya lebih penting daripada tekak awak."

Rasa macam saya ni jahat kan? Tak berhati perut, mungkin.

Itu pada anggapan orang lain. Bagaimana pula kalau anda dalam situasi itu? Situasi 'mengambil' sesuatu kepunyaan orang lain. Bagaimana kalau kita TERjatuh cinta dengan pasangan orang lain? Huh! Parah! Kasihan teman orang itu, kan? Ada tiga hati (atau mungkin lebih) yang biasanya akan terlibat dalam cinta sebegini, iaitu orang yang 'mengambil', orang yang 'diambil' atau berpaling dan orang yang kehilangan.

Orang yang mengambil/perampas

"Awak, kenapa ambil kepunyaan orang? Sanggup awak membenih bahagia atas derita orang lain?"

Baiklah,dari persepsi 'orang yang mengambil' atau sering dilabel 'perampas'. Kita semua tahu, cinta itu tak boleh dipaksa-paksa. Cinta hadir sendiri. Melainkan jika anda memaksa hati untuk mencintai seseorang kerana sebab-sebab tertentu, misalnya memenuhi kehendak keluarga, mencemburukan bekas kekasih, bosan hidup tak berteman, dll.

Mungkin anda tidak sengaja. Meletak cinta pada seseorang yang sudah berpunya. Ya! Benar. Cinta boleh hadir sekelip mata, dan benar juga, cinta boleh pergi bila-bila sahaja. Terpulang pada kita mengemudinya bagaimana.

Tapi, itu bukan alasan untuk kita merampas sesuatu yang bukan milik kita. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang kehilangan itu. Sakit, bukan? Bayangkan pula andai satu hari nanti perkara yang sama terjadi pada anda? Anda mahu salahkan siapa? Pasangan anda, perampas atau diri anda sendiri?

Sayang-sayang sekalian, kehilangan cinta sangat menyakitkan!

Orang yang berpaling

"Awak! Kenapa sanggup membuang cinta lama dan membina bahagia atas derita orang yang pernah awak sayangi dulu? Kasihan cinta lama awak. Awak pastikah dengan melepaskan dia, awak akan bahagia dengan cinta baru awak?"

Hurmm, mengapa kita sanggup berpaling dari kekasih hati yang pernah kita sayang dan pernah bersama melakar sebahagian sejarah hidup kita? Kenapa? Sekali lagi...cinta tidak boleh dipaksa. Hadir tanpa diduga. Kan? Itu alasan yang selalu diberi.

Orang yang kehilangan/ditinggalkan

"Kasihan, awak! Ya, pasti seluruh dunia akan mengasihani awak yang telah kehilangan cinta kerana si dia sudah berpaling kepada yang lain."

Dari persepsi orang yang kehilangan ini, adakah kita mahu terus bersedih, menangis kerana cinta yang kecundang itu? Fikir semula, mungkin itu berpunca dari salah kita juga. Mungkin kita tidak tahu menjaga hati pasangan. Mungkin kita selalu mengabaikan pasangan kita.. Atau mungkin cinta yang disangkakan cinta itu adalah milik orang lain..


Siapapun yang bersalah, kita tetap perlu akur pada Qada' dan Qadar. Sejauh mana pun kita saling menyalahkan, membenci dan bercakaran atau menuding jari pada sesiapa, tapi kita jangan sesekali lupa, setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya. 
Walaupun tidak ketemu jawapan; kenapa dia pergi, kenapa dia curang, kenapa dia merampas, tetapi yang pasti, janganlah ditanam rasa benci, percayalah bahagia menanti buat kita semua. Bezanya cuma siapa dan bila si dia yang tepat (yang sememangnya tertulis sebagai jodoh kita) akan hadir!

Wallahualam.. Ape yang pernah berlaku dalam kehidupan kami sekalipun masih terpalit rasa bara nya ku tetap redha dan Alhamdulillah berkat doa, sabar dan tawakal 

"CINTA SUCI YANG DIPELIHARA SEJAK DI ZAMAN PERSEKOLAHAN DAN BERTAHUN LAMANYA ITU MILIK KAMI.. "
(kemain gatai lagi kecik2 da dok bercintun2.. ngehngehngeh..)



Subhanallah.. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui..

Like Entry

Isnin, 27 Jun 2011

Antara Cinta dan Airmata hanya Allah S.W.T yang sentiasa mengetahuiNya..

I had a reason , for what i do ..


If you love somebody, set them free. If they return, they were always yours. 
If they don’t, they never were.


..Alhamdulillah..
As what we have done, at the end we have been together.. 
..Subhanallah..

Jatuh cinta pada seseorang kadang kala buat kita rasa macam ada satu semangat yang kuat dalam diri.. Jatuh cinta ni boleh beri kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah untuk kita menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta ni ambil masa yang sekejap je.. Kadang2 sekelip mata je, kita sedari kita dah jatuh cinta.. Tapi kita sendiri masih x tahu adakah cinta yang hadir tu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan kita.

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang2 x perlu sebab yang logik.. Sebab rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kekacakan atau kecantikan wajahnya..Tu yang tidor pon x lena2.. Mandi jangan cakap la.. :P Merimaskan diri pulak merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan pulak bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang2 hanya kita je yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..

Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir bukan sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Tapi amatlah pedih dan perit, terasa ngilunya hati bila sesama ada perasaan cinta.. Cume cinta itu terhalang atau pulak diganggu pihak ketiga atau mungkin kerana pelbagai halangan.

Hati kadang2 terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta berbalas? Siapalah juga kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya bila jodoh itu bukan milik kita?

Janganlah ditangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah S.W.T kita dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kita dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?
'Orang berjiwa besar punya dua hati;satu hati yang menangis dan satu lagi hati yang bersabar.'

Penutup: Gunakan Akal Sebaik-Baiknya

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Bagaimanapun, soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Allah S.W.T yang menentukan jodoh kita. 

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Seperti kata pepatah, cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. 

Dari perspektif lain, ada seseorang yang amat menyayangi kita. 
Ungkapan cinta berbunyi 
"Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain."

Dari perspektif apa pun, apabila membicarakan soal cinta, kita sendiri boleh membuat keputusan. Mungkin kita sudah tahu tindakan apa yang patut diambil. Cuma kita amat sukar untuk melupakan dia. Saya akui, untuk melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. 

Jika tiada jodoh dengan dia, belajarlah perlahan-lahan untuk melupakannya. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita benar-benar mencintai seseorang dan ditakdirkan tiada jodoh dengannya, biarkan dia pergi. Ini kerana cinta sejati kita terhadap seseorang ialah kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Benarlah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Wallahualam..
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com