Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label Do You Know?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Do You Know?. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2011

10 KELEBIHAN COCA COLA????

Assalamualaikum..

Hari ini saya terbaca ruangan di FB seorang sahabat.. Saya agak tertarik dengan kelebihan2 coke dalam kegunaan harian.. Jum kite baca artikel ni untuk memastikan kita tidak terjerumus dalam agenda mereka..

"Setiap hari after training netball mesti saya tak pernah lupa untuk minum air ni. Memang sedap air nie. Sedap sangat! U all pun mesti ade yang suke air nie. Sama ada  u all tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yang tak disangka-sangka." 

"Dulu zaman sekolah dulu ni la air fav saya.. Even setiap kali abes training pon jurulatih da tau da my fav drink mesti masuk dalam mulut.. Ntah tak tau nape mesti sehari kalau tak kena Coke rasa macam ada je kekurangan nye.. My hubby (dulu ehem2 sekarang da jadi hubby) pon sampai da tahu benar my fav drink air Coke.. Pernah sekali dua keluar pon order mesti air Coke.. Hihihi.. Tapi bila dah abes sekolah sambung ke IPTA hingga peringkat tinggi barula sedar betapa HAMPEH nye air ini pada kesihatan saya.. Mujur segera BERUBAH INSAF dan cuba hilangkan gian air ini.."

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? 

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper keretajenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dantulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki (bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikanoleh seorang sahabat.....

"Assalamualaikum kengkawan... Last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... Masa dia belajar kat Mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... Dulu ada sorang mamat yahudi ni datang Egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Mereka sedang mencari jalan untuk serang cara lain. Tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study tentang umat Islam kat Mesir tu. Dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. Menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sebab mereka tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, mereka tak nak le mandul! Kalau korang pernah terima forwarded email pasal betapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) dan boleh buat cuci toilet! While for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. So kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, berhati-hatilah sebelum semuanya terlambat.."

Walaupun artikel ini masih tidak ada kesahihan, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk ke dalam perut kita, bertambah sihatkah kita??  Jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita.. 

PREVENTION IS BETTER THAN CURE!

Like Entry

Rabu, 27 Julai 2011

Durian Oh Durian..

Alhamdulillah.. Berkat zikrullah sepanjang hari segala perbuatan dan amalan pada hari ini berjalan lancar dan semuanya seperti diatur dengan baik oleh Allah.. Kasih sayang yang teristimewa diberi oleh hubby setiap hari b4 masing2 pergi kerja amatla terpahat dalam hati dan sanubari.. Syukur Ya Allah.. Betapa indahnya cinta yang halal darimu Ya Allah.. :)

Hari ini saya semakin happy.. Setiap perjalanan kehidupan kami semakin dipermudahkan.. Alhamdulillah, hanya pada Allah yang saya serahkan segalanya dan apa yang Allah beri saya sangat bersyukur.. =) dan apa yang Allah tak beri saya redha dengan syukur.. =)

Semalam hubby betol2 memberi semangat padu untuk saya cuba buat pulut dan serawa.. Hahaha.. Da lama tak buat jadi agak2 terlupa pulak.. Maklumla setahun sekali je sebenarnyeeee.. Memandangkan mak mertua dan mak usu bagi berbakul2 buah durian jadi saya amik la inisiatif buat kuah serawa dimakan ngan roti dan pulut.. Enak2.. Percubaan yang da berkurun2 lamanya menjadi bila hubby habiskan sumenye.. Tinggalkan sedikit je untuk sarapan.. =) Ni yang jadi semakin bersemangat.. Mana x nye.. Orang lain dok makan durian meriah aroma satu rumah.. Jelessss tauuuuu.. Sebab saya xmakan durian.. Sib bek la boleh bau yang sikit2 tuh.. Agak2 da xtahan kena la tahan nafas.. Hahahaha.. Tu small matter je.. Leh handle lagi.. Da kawin ngan suami yang menjadi Raja Durian jadi kenala berangan jadi Permaisuri Durian..  :P

Apepon nak ucap bebanyak terima kasih pada mak ngan ayah mentua yang sanggup bungkuskan durian dan bacang yang banyak tuh.. Pada mak usu dan pak usu jugak time kasih sudi bawak jugak raja buah tu dan rambutan..Kami sukeeeee sangat.. Maklumlah, da musim macam tu kat Johor lum ada kesempatan pulak nak balik Lok Heng dan Batu Pahat.. InsyaAllah jika diberi rezeki lebih dan kesempatan dari Allah kami memang akan pulang bulan puasa nanti.. Ermmmm.. Tak sabar nak balik jumpa semuanya.. Kalau balik mesti singgah dua2 tempat.. Syukurla dapat pasangan 1 negeri.. ;) Alhamdulillah..

Semalam mak mentua gtau dia pernah makan buah bacang+santan gula merah+ais.. Hermmmm.. Dia suruh cuba.. Rasa semangat pulak nak mencuba balik kerja nanti.. Memang nak buat special untuk hubby.. Sebab semalam bila mak cakap macam tu je kami da berpandangan! Mana taknya orang di kampung pon da makan ala2 "Johny's"... Our fav location tu!!! Suke sangat makan kat situ.. Banyak tempat "Johny's" da jelajah.. Alhamdulillah.. Dan da tau da mana tempat yang mantop presentation nya.. Sebab kat situ ada pencuci mulut yang lebih kurang la macam yang mak cakap tuh.. Tapi "Mix Fruit" dan antara buah2an yang ada dalam tu nangka.. Saya suke nangka! :)

Durian kat rumah tu banyak lagi sampai saya xtau dah nak masak ape lagi.. Tempoyak da saya ready kan semalam.. Hubby gemar beno ngan tempoyak.. Tempoyak yang mak bekalkan bulan lepas pon da abes dikerjakan.. Pas ni macam nak buat durian goreng pulak! Pernah dengar x? Hihihi.. Ini percubaan pertama saya! Jangan ingat pisang je ada pisang goreng, durian pon ada.. Hahahah..

Kelmarin sepupu lepak kat rumah dan puas da durian dikopeknye dan masuk dalam freezer.. Dan masa saya mencarik2 kat mana la disimpannye durian tuh.. Sya ingat dia belum bukak lagi durian2 tuh.. Sekali tengok mak aiii.. Rupe2nye kat tempat pembeku.. Adehhh.. Pelik gak ape tak keras ke durian2 tu nanti??? Rupa2nya mak usu yang ajar memang letak atas tu kalau nak tahan lama.. Setahun pon boleh! Katanye lar.. Cuba la! Rasanya memang tetap same sesedap masa durian tu dibukak! Katanye jugak la.. Hihihi.. Petua ni boleh dimanfaatkan kepada sesapa yang nak bawak durian kalau berjalan jauh.. Sebab durian tu akan keras ala2 aiskrim gitu.. So kalau jalan jauh pon tempoh durian tu melembut sempat gaknye sampai ke destinasi kamu.. ;) 
Dannnnn.. Saya jugak boleh manfaatkan baki durian2 tu untuk buat aiskrim durian! 
Selamat Mencuba!

Like Entry

Khamis, 14 April 2011

Ibu.. Ayah.. Siapa penderma cuping tuh?

Puas aku cube ingat balik sumber kisah ini dari blog yang mane.. Kisah ni kisah yang bertahun2 dulu aku suke.. Masa tu zaman aku diploma di UiTM lagi.. Kat level Blok Camelia tu kan ada papan tanda untuk tampal segala bagai yang kamu nak tampal.. So aku suke la tampal cite2 tauladan macam ni.. Ntah nape berminat no & suke sangat2 sharing.. So every weel mesti ada je menda yang aku nak nepek kat papan tu.. Walaupon nak print kat library tu pon nak kena bayar, bayar jela.. Yang penting aku suke citenye.. :) Kisah ini aku pernah cite kat hubby, dan seronok sangat bile dia senyum dan mintak lagi soh cite kisah2 macam tuh.. Alhamdulillah.. Daripada aku dok mengomel je kat Hubby bek aku cecite2 skit kisah2 tauladan yang banyak perbaiki kehidupan kami.. Syukur.. Kisah ni la yang membuka mata kita tentang pengorbanan ibu pada anaknya sehingga ke hujung nyawanya.. Alhamdulillah.. Aku kenala perbanyakkan membaca ilmu2 keibuan setelah berumahtangga.. Moga pelajaran seperti ni dapat memupuk sifat2 keibuan dalam diri. InsyaAllah dengan izin Allah.. 
Tersebut la Al-Kisah
“Nurse,boleh saya tengok bayi saya?”
Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah.
“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.
“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya…tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Moral : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. 

Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘I LOVE U MOM’.


Janganla sombong dengan ibu sekalipun telah ditaburi dengan harta kekayaan dan dikurniai anak-anak yang ramai..
Like Entry

Ahad, 10 April 2011

FAKTA TENTANG COKLAT

Memandangkan aku ni pembuat homemade cekelat, so ada la menda2 skit based on fact yang nak dikongsikan ngan pembaca/bloggers.. Jum layan sat!
Sape kate ea cekelat ni leh gumuk2????? Huiiiikkkkk.. Ni mesti buta fakta nih.. Kahkahkah.. ;P Jangan mare2 yer.. 
Orait, sekarang ni jum kite sesama tambah ilmu untuk kite kongsi maklumat2 pasai cekelat.. Pas ni leh la terus order cekelat yer.. Xpon kat kedai banyak cume kena pilih yang betul2 halal (muslim) okai.. 
COKLATTTTTTT :
1) Tidak menyebabkan JERAWAT
Coklat tidak mnyebabkan jerawat. Hakikatnya punca utamajerawat adalah disebabkan oleh perubahan hormon ketika baligh, pengambilan makanan yg tak teratur dan kurang zat zink.  So, terbukti coklat tak menyebabkan jerawat k !!
2) Tidak MENGGEMUKKAN
Sape ckp mkn coklat bleh gemuk?? Opssss.. Salah 2, salah… Menurut kajian yg dijalankan diseluruh dunia membuktikan tiada makanan tertentu yg boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan..
3) Penghidap DIABETES boleh makan COKLAT
Kajian yg dijalankan oleh Persatuan Diabetes Britain, Amerika & Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan makanan bergula dalam jumlah terhad boleh diambil sebagai diet tinggi serat dan rendah lemak.
4 )Memberi KETENANGAN
Haa, ni salah satu fakta yg menarik tentang coklat. Kenikmatan aroma, rasa dan kelazatan coklat adalah disebabkan oleh pengeluaran pelali semulajadi yg mampu meningkatkan  mood dan memberi rasa tenang serta bahagia... 

KEBAIKAN COKLAT PADA TUBUH BADAN KITA OK
*       Sekeping coklat memenuhi 15 peratus kalsium & magnesium yg diperlukan oleh tubuh.
*       Coklat mengandungi theobromine & kafein yg memberikan tenaga pd tubuh. (15 gram coklat bleh simpan tenaga brsamaan dengan berjalan kaki sejauh 3 km…Woooo.. Dasat gak nih!)
*       Coklat dapat mengubati batuk. (so kalau batuk 2 cecube makan coklat ea)
*       Coklat tinggi antioksi iaitu melebihi 3 kali ganda dari the hijau
Bagi sesape yang nak berdiet, coklat juga adalah pilihan yang TEPAT!
Ni aku nak share  untuk sesape je yg suke mkn coklat tp tgh on diet.. huhu.. xpe2,, harap2 ni akan dpt bantu korang ekk… =)
Coklat sebenarnya sesuai untuk kamu yg sedang berdiet kerana sbnrnya coklat tidak mengandungi lemak tepu (LDL). Kandungan lemak pd coklat sbnrnya sangat rendah sehingga tidak memberi kesan kpd kegemukan.
                Coklat juga setanding dgn khasiat the hijau/buah epal ketika berdiet. Kandungan coklat hitam yang lebih tinggi setara dengan empat cawan teh / enam biji buah epal bagi setiap keping coklat hitam (Dark Chocolate).
       Coklat yang jenis boleh dimakan terus biasanya kandungannya telah ditambah dgn minyak koko. Terdapat 3 jns coklat yang sesuai untuk sesape yang tengah berdiet iaitu coklat hitam (Dark Chocolate), coklat putih (White Chocolate), & coklat susu (Milk Chocolate). Setiap jenis coklat berbeza warna dan rasanya bergantung kepada kandungan koko padat di dalamnya.
Sesapa yang rase2 nak tempah cekelat untuk hadiah sempena ape je event jum singgah sini kalau2 leh membantu kamu.. 
Like Entry

Rabu, 6 April 2011

Jangan sampai terbeli telur ayam tiruan..



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


NONE

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


Berita dipetik daripada malaysiakini


Setelah puas berlayar di google jum kite tengok inilah rupe kejadahnya telur tiruan dihasilkan.. Aduhaaaiiii.. Hubby da la penggemar telur.. Bahaya la pulak telur ayam sekarang...



Langkah 1: 
Bahan-bahan mentah (ntah pape ntah)
 Telur tiruan dibuat dari calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan bahan kimia lain

Langkah 2:
Ni nak buat telur kuning.


Kalsium klorida dan  pewarna dimasukkan kedalam 2/3 bekas acuan berbentuk bulat, maka terbentuklah satu lapisan pada telur kuning tersebut. Pigmen kuning ditambah menjadikan ia telur kuning yang sempurna


Langkah 3 : 
Ni nak buat putih telur 
Sama seperti penghasilan telur kuning di atas, proses pembuatan telur putih ini menggunakan acuan yang lebih besar dan bujur (sebelah kiri). Hanya 1/3 sahaja telur putih yang dibentuk kerana telur kuning yang dihasilkan terlebih dahulu akan dimasukkan kedalam telur putih (1/3 + 1/2 = 1). Pembentukan telur akan terhasil selepas satu jam setelah dibasuh dengan air. Telur kini terbentuk dan bersedia menerima 'kulit telur'


Langkah 4: 
Ni nak buat kulit telur
Dengan menggunakan benang jahitan, garisan akan dibuat di permukaan telur putih yang telah dihasilkan tadi,  proses ini dilakukan di dalam campuran kalsium karbonat dan lilin parafin untuk membentuk lapisan nipis kulit telur. Garisan yang dibuat adalah bertujuan memastikan bahan kimia bereaksi dengan putih telur tersebut. Kemudiaanya ia akan dibiarkan kering seketika dgn dibasuh dengan air sejuk. Proses ini diulang beberapa kali untuk mendapatkan kulit telur pada ketebalan yang bersesuaian. 

Hopefully pas ni kena hati2 nak beli telur.. Xpon kalau 'tanduk da tumbuh atas kepala' try la pecahkan sebijik dua dan tengok dulu ada mate x telur tuh.. Kalau xda anda bertuah la leh p report.. Kalau xbertuah anda kenala korbankan ur money bayar balik.. Huhuhu.. 
Like Entry

Khamis, 17 Mac 2011

8 Perkara Lelaki Boleh Nangis.. Betul ke?


Menginsafi Diri

Lelaki boleh menangis bila dia dalam kekusyukan menginsafi dirinya.. Lebih2 lagi bila dia merasai kesunyian, kekosongan dan kesukaran dalam hidup.. Bagi yang muslim pasti apa yang kan difikirkan dalam hati adalah Allah.. Bagi yang benar2 memahami dan mendalami Islam pasti Yakin Kebenaran akan kewujudan Allah itu.. Kekusyukan sujud dan berdoa kepada Allah S.W.T boleh menyebabkan lelaki menangis sambil menginsafi dirinya.. Apatah lagi bila menghadap Kaabah atau berada di Tanah Suci sana.. 

 Perkara melibatkan Ibu Bapa

Lelaki yang menyayangi ibu bapanye pasti akan mudah menangis apabila ada perkara yang diperkatakan tentang ibu bapanya lebih2 lagi perkara yang -ve.. Mereka akan menangis lebih2 lagi jika kedua2 insan atau salah sorang daripada ibu bapanye yang tersayang pergi untuk selama-lamanya..  

Putus hubungan dengan kekasih

Hasil dari kajian mendapati lelaki yg terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti akan menangis bila hubungan mereka terpisah. Biasanya lelaki tidak bole menerima hakikat hubungan cinta mereka berakhir diengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. mereka akan menangis dibelakang, gara2 malu…


Bila jatuh sakit

ade sstengah lelaki yg akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tangungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suamiakibat penyakit yg dihadapi.


Kehilangan pasangan

Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak bole terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia. Bagi lelaki yg tidak dapat menerima hakikat, dukanya amat lama untuk disembuhi. Apatah lagi jika melihat isteri tercinta terlantar sakit yang hanya menunggu masa.. Getar air mata pasti bertakung tunggu masa..


Tertekan

Tak kira bebanan kerja, masalah peribadi dan sebagainya.. Akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ini bukan jalan penyelesaian yg terbaik!!!!


Bertengkar dengan pasangan

Even quantity nye sikit tapi ade jugak lelaki yg x sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga. Lebih memburukkn keadaan apabila si isteri yang meminta cerai atas perbalahan yg berlaku. Tambahan pula anak sudah ada disisi.. Da tentula akan ada perebutan penjagaan anak.. Sedih2..


Melihat anak-anak sakit

Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak2 sakit kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi…

JIKA ANDA INGIN SHARE LEH LA TAMBAH2 G PE2 YANG ANDA RASA LOGIK OK..
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Like Entry

Paderi Buka Rahsia Syurga

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja selesai kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan senyap, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.




Sumber gambar : Disedut dari Mr google


 Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
"Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. 
Sumber gambar : Disedut dari Mr google


Hingga akhirnya paderi itu berkata, 
"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."

Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,
"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab,
"Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata,
"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
 Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,

1.  Sebutkan satu yang tiada duanya,
2.  Dua yang tiada tiganya,
3. Tiga yang tiada empatnya,
4.  Empat yang tiada limanya,
5.  Lima yang tiada enamnya,
6.  Enam yang tiada tujuhnya,
7.  Tujuh yang tiada delapannya,
8. Lapan yang tiada sembilannya,
9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya,
10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. Sebelas yang tiada dua belasnya,
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya,
13.Tiga belas yang tiada empat belasnya.

14.  Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15.  Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16.  Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19.  Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20.  Siapakah yang tercipta dari batu, siapa yang diazab dengan batu dan siapa yang terpelihara dari batu?
21.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah S.W.T dan dianggap besar!
22.  Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,
1.  Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

2.  Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Surah Al-Isra': 12).

3.  Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4.  Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.

5.  Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6.  Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

7.  Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Surah Al-Mulk: 3).

8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Surah Al-Haqah: 17).

9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: Taurat, Tongkat, Tangan , Taufan, Musim Kemarau, Katak, Darah, Kutu dan Belalang.*

10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Surah Al-An'am: 160).

11.  Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12.  Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Surah Al-Baqarah:60).

13.  Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14.  Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing."
 (Surah At-Takwir :1 )

15.  Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16.  Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
"Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala."
Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,
"Tak ada cercaan terhadap kamu semua."
Dan ayah mereka Ya'qub berkata,
 "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbiku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf:9)

17.  Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Surah Luqman: 19).

18.  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19.  Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman,
"Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Surah Al-Anbiya':69).

20.  Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21.  Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."

22.  Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


*****************************************************************************



Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini dipersetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,



"Apakah kunci syurga itu?"


Sumber gambar: Disedut dari Mr Google (Kunci yang dimaksudkan bukan berbentuk seperti di atas)


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata,
"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata,
"Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."


Mereka menjawab,
"Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah:"



Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.
Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com