Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2011

Pemergian Allayarham Mohd Ashraf Hafiz ke Rahmatullah..

Innalillahi Wa Innailaihi Rajiun.. Semoga Allah S.W.T menempatkan insan ini di golongan yang beriman. Dosa dan Pahala hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.. Sebagai hambaNya masing-masing tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan.. Usah kita menilai keaiban (keburukan)) seseorang itu kerana mungkin keburukan itu ada pada diri kita sendiri. Dan kesalahan (keburukan) kita itulah yang mungkin Allah S.W.T sembunyikan dari hamba2Nya yang lain.. Mungkinkah insan ini adalah perantara terhadap apa yang Allah S.W.T ingin sampaikan kepada semua umat Islam supaya sentiasa mendekatiNya dan bertaubat memperbaiki diri untuk mencari keredhaanNya.. Wallahualam..

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Photobucket
Like Entry

Isnin, 18 Julai 2011

Mahkamah Tolak Murtad Ustazah Lulusan Al-Azhar.. MasyaAllah..

Hari ni saya ada terbaca tentang PERMOHONAN MURTAD seorang hamba Allah.. MasyaAllah.. Apa sudah jadi dengan dunia ini? Semakin ramai manusia yang bermacam2 ragam dan lagaknya.. Semakin hari hati semakin sayu.. Semakin hari hati semakin risau dengan ujian dunia.. Bahan ini saya perolehi dari Facebook seseorang dan sumbernye dari mynewshub.. Semoga ia dijadikan pengajaran kepada kita semua umat islam.. 

Maksud ayat Al-Quran Surah Al Baqarah :217
"Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)"
Apabila Murtadnya seorang hamba muslim ini yang akan terjadi... Wallahualam..
Orang murtad dikenakan ke atasnya beberapa hukum iaitu, 

pertama; disuruh bertaubat, 
kedua; dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, 
ketiga; dirampas hartanya (ditarik hak milik harta), 
keempat; terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak,
kelima; penyembelihannya tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. 


Untuk ketahui lanjut tentang perkara ini diharap kalian dapat merujuk kepada para Ahli Ulama', Imam atau guru2 agama.


Inilah kisah yang menyayat hati saya.. Sedih dan pilu.. Moga Allah menetapkan iman dan amal saya dan suami sekeluarga.. serta umat2 muslimin dan muslimat yang lain.. InsyaAllah.. Untuk makluman saya tidak meletakkan gambar wajah Ustazah ini kerana dikhuatiri akan mengaibkan diri dan keluarga hamba Allah ini.. Moga dibuka pintunya untuk kembali ke jalan Allah.. Amin..



PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin, untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menganut mana-mana agama.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma’ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.

Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa ekslusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.

Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Dis 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Azhar berkata oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil.

Kamariah, yang diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar diperintahkan membayar kos perundangan RM10,000 kepada responden iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu serta RM5,000 kepada Pejabat Peguam Negara, selaku pencelah.

Dalam permohonannya, Kamariah meminta Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada hak untuk menganut mana-mana agama seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan meliputi hak seseorang penganut Islam yang telah mencapai usia dewasa, untuk meninggalkan agama itu.

Dalam saman pemulanya, wanita itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa dia bebas memilih untuk menganut mana-mana agama dan tidak tertakluk kepada perisytiharan atau pengesahan pihak lain.

Kamariah juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan beragama seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan mengisytiharkan dirinya tidak lagi beragama Islam dan

sebarang undang-undang serta enakmen negeri, yang mempunyai kaitan dengan agama Islam, tidak terpakai bagi dirinya.

Pada 20 Julai 2005, para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, dengan bantuan polis, telah menyerbu Kampung Ayah Pin di Daerah Besut, Terengganu dan menahan beberapa pengikut Ayah Pin, termasuk Kamariah.

Pada 4 Ogos 2005, wanita itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas tuduhan melanggar undang-undang Islam mengikut Seksyen 10 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001.

– BERNAMA
Like Entry

Isnin, 11 Julai 2011

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

Inikah yang diperlukan oleh kaum muslimin??? Penyokong kuat?? MasyaAllah.. Fikirlah kaum muslimin sekalian.. 



Wahai sahabat sekalian.. lihatla dengan mata kasarmu ttg kedaifan dan segala kekurangan di negara luar yang hidup penuh persengketaan dan ketegangan.. Syukurila kehidupan dan keamanan yg telah Allah kurniakan.. Lihat dari mata hati yang bersih bukan kata hati yang ego.. Moga kurniaan Allah kpd keamanan tanah air malaysia ini dimanfaati bersama bukan dikotori dgn dunia politik yg dihasuti oleh kaum kafirun.. Renunglah.. Lihat sendiri negara islam lain.. Saya telah melaluinya sendiri di negara luar.. Allah memberi peluang saya menginsafi diri dan merenung kelebihan dan keamanan di negara saya sendiri.. Sehinggakan saya sendiri menitiskan air mata xhenti2.. Alhamdulillah, Ya Allah.. Aku dilahirkan di bumi ini Islam dan di Malaysia yang penuh dengan segala kemudahan, aman makmur.. Kamu akan rasa sangat2 bersyukur dan lebih menginsafkan bile kamu saksikan ekonomi negara2 islam yang dicemari dgn sifat angkuh manusia menegakkan dunia politik masing2 sehinggakan rakyat meminta2 utk sesuap nasi.. Memimpin ank2 kecil utk menadah tgn demi mencari rezeki.. Mengetuk2 pintu setiap kenderaan dengan mengendong anak2 yg xtau ape erti kesusahan... Duduk dan tinggal di kawasan2 perkhemahan berpindah randah.. Hidup dalam ketakutan, kemiskinan dan serba kekurangan.. Sedangkan kita di Malaysia membasahkan diri dengan air di pancuran bilik air dengan rasa nikmatnya air melalui tubuhku.. Tapi, mereka.. Subhanallah.. Persengketaan usah la dipanjang2kan sehingga boleh menjadikan Malaysia yang aman menjadi porak peranda.. MasyaAllah.. Maafkan saya para sahabat saya yang non-muslim sekiranya kalian terbaca tentang catatan ini..  Semoga kehidupan kita di negara ini sama2 kecapi nikmat keamanan dan saling menghormati agama lain.. Mungkin bukan begini caranya tuntutan dari pihak yang tidak bertanggungjawab..


Tapi inilah kenyataannya ape yang dituntut..

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di dalam Negara kita hari ini. 
Like Entry

Jumaat, 8 Julai 2011

Bila Hadiah Menjadi Rasuah..

Hari ni saya nak berkongsi sikit tentang Rasuah.. Dunia makin maju.. Teknologi makin canggih.. Orang pon makin bijak.. Duit makin penting.. Jadi renung2kan apabila mencari sesuap nasi untuk keluarga pastikan tidak ada unsur rasuah dalam rezeki yang diperolehi.. Macam mane gak nye kite nak tahu ada perkara2 yang boleh dikira sebagai rasuah.. Sesame la kite memperbanyakkan membaca tentang beberapa pengetahuan tentang BAHAYA NYA RASUAH.. Bukan saja hukuman, tapi maruah diri, keluarga dan masa depan sentiasa dalam kekalutan dan tidak tenang.. Semoga ilmu yang saya perolehi ini dapat kite jadikan panduan dalam penerimaan sebarang benda berbentuk hadiah.. Muhasabah diri untuk ke arah kesempurnaan dan kebahagiaan hidup.. 

“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya Tetapi jika (kuasa yang ada padanya) tidak upaya, hendaklah dia merubahnya dengan lidahnya. Jika tidak mampu juga, hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, 
dan itulah selemah-lemah iman” 
Hadith riwayat Muslim

HADIAH MENJADI RASUAH APABILA


~ Diterima atau diminta dengan niat rasuah
~Pemberi ada urusan dengan kerja rasmi penerima

JUMLAH MELEBIHI RM 500.00 
(ATAU)
MELEBIHI ¼ EMOLUMEN BULANAN
BOLEH DITERIMA SEMPENA

~ Dari suami, isteri, ibu bapa, mertua dan adik beradik
~ Persaraan, pertukaran dan perkahwinan
~ Hadiah dari saudara sempena hari jadi dan perkahwinan
~ Hadiah yang cepat rosak spt sayur, bunga dan kuih muih

JUMLAH KURANG RM 500.00 ATAU ¼ 
EMOLUMEN BULANAN BOLEH DITERIMA
SEMPENA

~ Simposium,kursus,seminar dll
~ Hasil kerja tangan, buah-buahan dan sayuran

Hadiah yang boleh diterima oleh Pegawai Kerajaan
~ Jika nilai hadiah yang diterima kurang ¼ emolumen atau RM 500.00 mana yang lebih rendah


Contoh :- 

Kerani bergaji RM1,200.00
Nilai hadiah boleh di terima RM 300.00

Pegawai bergaji RM4,000.00
Nilai hadiah boleh di terima RM 500.00

JUMLAH KURANG RM 100.00 
BOLEH DITERIMA

~ Lencana, pen, plaque, cenderamata
~ Barang-barang cepat rosak

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.
PERATURAN 8 (1)


HADIAH

“…. seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa hadiah……..”


PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.
PERATURAN 8 (4)

“ …. pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran dan anggaran nilai hadiah dan alam hal keadaan yang hadiah itu diterima.”
Like Entry

Khamis, 7 Julai 2011

Perintah Berkurung Ka? BERSIH nyeeeeeee..

Seperti yang semua orang tahu (Ehem2 tau ke x ea?), esok adalah hari perintah berkurung.. Aiseeyyy da macam cite zaman Bukit Kepong da.. So tok sah la ambik risiko nak masuk KL sebab beberapa laluan akan ditutup sepanjang hari. Bukan beberapa la… banyak jugak yang ditutup tu. Bandaraya Kuala Lumpur yang tak pernah lengang dek manusia2 dijangka sunyi sepi pada hari esok… Mungkin dapat kita dengar bunyi burung berkicauan hehe...  Kalau burung xkena berkurung jugak la.. Silap-silap bunyi kentut pun boleh dengar…;D Jadinya selamat bertugaslah ye kepada polis dan mane2 penguatkuasaan yang kena bertugas menyekat jalan esok… grrrrr tak pasal-pasal den kena duduk rumah je yo.


Senarai jalan yang akan ditutup pada hari esok adalah:
1)     Jalan Syed Putra
2)     Jalan Istana
3)     Jalan Bukit Petaling
4)     Jalan Bellamy
5)     Persekitaran Istana Negara
6)     Jalan Sultan Hishamuddin
7)     Jalan Lembah Perdana
8)     Jalan Chenderasari
9)     Masjid Negara
10)Dataran Merdeka
11) Pasar Seni
12) Masjid Jamek
13) Dataran DBKL
14) Perkarangan Sogo
15) Maju Junction
16) Masjid Kampung Baru
17) Jalan Kinabalu
18) Jalan Kuching
19) Jalan Sultan Ismail
20) Jalan Raja Laut
21) Jalan Sri Amar
22)Jalan Tuanku Abdul Rahman
23)Jalan Haji Taib
24)Jalan Raja Muda Musa
25)Jalan Raja Bot
26)Jalan Abdullah
27) Jalan Dang Wangi
28)Jalan Munshi Abdullah
29)Jalan Raja Chulan
30)Jalan Tun Perak
31) Jalan Tun Tan Cheng Loke
32)Jalan Sultan Mahmud
(sumber: Berita Harian)

So, bagi yang bercadang nak pergi shopping di Sogo mahupun Jalan TAR think twicely k termasukla saya dan hubby.. Uwaaa..Sedih tau.. Baju raye xcarik lagi nih! Sian kan kat peniaga-peniaga kat sana tu… Hurrmmmm.. Malaysia.. Malaysia.. 
Like Entry

Ahad, 26 Jun 2011

Ape cerita sebalik lahirnya Zahrah Shanley



Belum terlambat untuk saya dan hubby mengucapkan tahniah kepada Jimmy Shanley kerana sudah bergelar ayah. (Ceeeewaaaahh, macam rakan artis pulak yer.. Huhuhu) 
Alhamdulillah, isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani sudah selamat melahirkan anak perempuannya pada 24 Jun 2011 (Jumaat) lalu di Putra Medical Center, Sungai Buloh.

Tapi semasa kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, dia tidak berada di sisi isterinya. Mungkin waktu tu Jimmy sibuk dengan jadual kerja yang padat... 

Kami mendoakan semoga kelahiran anak pertama Jimmy Shanley ini, hubungannya dengan isteri akan kembali pulih. Buang yang keruh, ambil yang jernih. 
Oh ya, nama yang diberi kepada anak pertama Jimmy Shanley tu ialah Zahrah Shanley


Inilah wajah anak pertama Jimmy Shanley, Zahrah Shanley yang selamat dilahirkan pada hari Jumaat lalu (24 Jun 2011). She's so beautiful.. Subhanallah..

Menurut Jimmy Shanley yang dipetik dari mStar Online:-
Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Seperti yang saya pernah bercerita kisah Jimmy pada Luahan Jimmy beliau ingin menjadi seorang bapa yang baik dan semoga dengan kelahiran Zahrah Shanley ini, hubungan Jimmy dengan isteri akan kembali pulih. Juga semoga kedua2 pasangan ini dianugerahi sifat sabar, tabah, saling menghormati antara pasangan dan jujur dalam membina Mahligai Kebahagiaan bersama baby comel tu.. InsyaAllah.. Moga dipermudahkan semuanya..
Like Entry

Rabu, 22 Jun 2011

Bayangan menjadi realiti.. Kematian Zami Ismail..

Bayangan menjadi realiti.. Wallahualam. Inilah permulaan cerita yang saya nak kongsikan.. Kematian Zami Ismail..

Sejak balik dari umrah, hubby xpernah lagi cerita tentang mimpi.. Sampaila satu ketika hampir 2 minggu pulang ke tanah air, barulah hubby bukak cerita masa kami mengadap televisyen menonton iklan drama "Tanah Kubur" Astro Oasis, terpandang arwah dipakaikan kain kapan.. Hubby tak semena2 terperanjat dan beristighfar.. Saya pon pelik..
Hubby cakap " Sayang, abang baru je mimpi Zami Ismail meninggal dunia masa mimpi kat mekah.. Sama macam dalam cerita ni wajah dia dalam kain kafan" 
Then saya cakap " Ala, mimpi mainan tidur.. Tak ada apela.." Wajah hubby terus berubah sambil terus beristighfar banyak2... 

Kemudian baru2 ni hubby menjerit panggil saya di dapur.. Masa tu hubby ngah dengar berita, saya lak ngah masak.. 
Then hubby jerit "Sayang! Betul tak ape yang abang cakap? Ya, Allah.. Innalillahi Wa Innailaihi Rajiun.. Zami Ismail da meninggal sayang!"... Saya yang ngah masak tersentak sangat2! MasyaAllah, SubhanaAllah.. Selama yang hubby cakap dia bermimpi jadi pula kenyataannya.. Maha Suci Allah yang memberi segala petunjuk.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala2nya.. Wallahualam..

Hari ni saya tergerak hati untuk menulis tentang perkara ini.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di golongan orang2 yang terdahulu beriman dan beramal soleh padaNya.. Amin..


Inilah pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi, 19 Jun 2011 baru2 ini . Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, akibat jangkitan paru-paru. Al-fatihah buat arwah. 
Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat. 


 Sumber : Mr. Google - Arwah Zami Ismail aka Pak Uda ketika terlantar sakit di hospital

 Sumber: Mr. Google - Anakandanya Opie Zami di IJN

Team Pi Mai Pi Mai Tang Tu.. Dalam kenangan
Like Entry

Alhamdulillah.. Moga Nur Hadir..


Cantik sangat bila tengok Kak Erra Fazira bertudung.. Untuk pengetahuan, gambar ini diambil dari blog beautiful nara dan snapped masa Erra Fazira dilantik menjadi duta untuk sebuah syarikat tudung. Ini antara kate2 Erra Fazira bila ditanya sama ada dia menerima tawaran menjadi duta tudung ini kerana ingin menaikkan balik popularitinya:-

Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta. Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga

Same2la kite berdoa agar kak Erra akan terbuka pintu hati untuk terus mengenakan tudung.. Nampak sopan dan manis saja.. Mudah2an kak Erra akan memakainya penuh keikhlasan satu hari nanti dan bukan kerana sekadar fesyen.. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sebaliknya dari kelemahan manusia itu sendiri.. Wallahualam.. 
InsyaAllah..
Like Entry

Selasa, 14 Jun 2011

Luahan hati seorang suami Jimmy Shanley

Saya ada terbaca kisah luahan ini di blog beautifulnara.. Seandainya kisah yang berlaku pada Encik Jimmy ini adalah sebenarnya amat mengharukan.. Bagi pasangan yang baru berkahwin, telah lama berkahwin, dan akan berkahwin jadikanlah kisah ini sebagai satu iktibar untuk kita mencari keredhaan Allah S.W.T dalam membina Mahligai Kebahagiaan bersama.. InsyaAllah sama2 kita mendoakan pasangan ini mendapat sinar kebahagiaannya disebalik duka dan luka yang dipendam dalam hati masing2.. Saya mendoakan pasangan Jimmy dan isterinya dapat menyulam kasih semula bersama anak yang bakal dilahirkan. InsyaAllah.. Yang baik datang daripada Allah S.W.T dan sebaliknya adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.. Semoga syaitan tidak mengambil kesempatan di atas keretakan yang berlaku.. Sama2lah kite sebagai muslim terus mendoakan mereka.. Moga kesukaran yang mereka alami ini dapat diselesaikan sebaik2nya tanpa ada pihak ketiga, keempat dan kelima.. Biarlah mereka yang menentukan kebahagiaan mereka berdua.. Moga luahan ini tidak terjadi pula luahan2 lain para suami khususnya golongan Public Figure.. Encik Jimmy kami akan mendoakan kebahagiaan ke atas rumahtangga kamu.. InsyaALLAH..

luahan hati jimmy shanley
Luahan hati Jimmy Shanley.  


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”
Like Entry

Ahad, 13 Mac 2011

Tembok Besar China Ditumbangkan Tsunami Malaysia!


Waduh!!! Terasa macam panas je gaknye sape yang baca nih.. Hihihi.. Saja je nak bagi topik ni hangat2 sebab masih sehangat tahi tuttttt lagi nih.. xsampai sehari lagi isu ni.. Huhuhu..

Malam tadi bergelumang dengan selimut menonton hebat persembahan ALL ENGLAND (LIVE) kat astro arena antara Lee Chong Wei Vs Lin Dan.. Inilah kemenangan yang memang best giler la aku tengok.. Menonton lak ngan hubby tercinta.. Perghhh!! Memang xngantok abes.. Habis umah tunggang langgang ngan bantal dok dipenyek2 kan masa aksi perlawanan berlangsung... Cume yang jadi masalah bertambah2 lucu penyampai nye tu la.. Sebutan s pon xbetul.. Dua2 da jadi macam sheila majid.. Sebutla 's' tu bebetull syok skit nak dgr n tengok.. ni 's' pon saja dibunyikan jadi 'eshh'.. Adehhh.. Wuahahaha.. Apepon memang dasat penangan dua pasangan nih.. Sib bek xda kat sana.. Kalau tak silap ada lak yang berjoget2 rota kat gelanggang di Birmingham tu.. Tup2 kua TV mak abah ngan mak ayah dok pening tengok aduyaiii anak sapo lak ni.. Heeeeeee...


1st game CW bedal LD 21-17 dan 2nd game tersangat2 bertambah sengit lagi mendebarkan kami berdua yang dah mempenyekkan dan menumbuk2 bantal.. (Aedh2.. sakit aku kate bantal) Untuk 2nd game dengan mata 21-17 jugak! Wahhhh...


U look Gud Bro!

Tapi disebabkan lewat tido pasai game ni punye pasai aku nak bangun pagi pon macam malas.. Hihihi.. Tapi menggagahkan diri jugakla sebab nak kena solat suboh.. Abang.... Sila bangun juga ye menunaikan jemaah solat suboh.. Jangan beri alasan berjumpa Chong Wei pulak.. ;P
Dari 1st game kami tengok perggghhh!! Sengit dan best sangat2.. Rasanye memang xrugi sape masuk menyaksikan game tuh.. Kami yang nonton dari umah pon terasa da macam kat sana da.. Hahahah.. Syoknyeee kalau dapat jadi seperti mereka hebat bermain badminton.. Memang xdisangkal la kali ni Chong Wei tunjuk taring.. Sememangnye mereka berdua tu saingan yang secocok la! Suke!!! Punye lame bermain bole lagi bertahan sebelum tuju mata.. Memang kagum!!! Apepon Lin Dan tetap masih juara memandangkan dia da pegang 4 piala ALL ENGLAND berbanding Chong Wei yang masih 2... Hope n.coming game ALL ENGLAND Chong Wei dapat runtuhkan tembok china lagi dengan ribut pulak.. Hihihi...



Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com