Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

Contest "Ramadhan Choc 2013"



Syarat Penyertaan :

(1) Like Page "Coklat Hazazie Co."

(2) Share Iklan ini.

(3) Komen di iklan "Saya nak coklat sempena Ramadhan"

(4) PM gambar anak/anak saudara/anak kawan (dengan syarat atas keizinan pemilik) - Gambar ini akan dimuat turun ke dalam folder khas.

(5) Dapatkan 'like' terbanyak gambar anda.


Pengadilan:

Contest ini diadili oleh 3 orang Juri Bebas yang dilantik oleh Admin. 4 peserta yang berjaya mengumpul 'Like' terbanyak akan diadili oleh Juri berkenaan. Keputusan Juri adalah muktamad.

Tempoh Pengadilan:

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Syawal 1434H (10 Ogos 2013) dengan justifikasi pengadilan.

Tarikh penyertaan :

2 Ramadhan 1434H hingga 25 Ramadhan 1434H
(11 Julai 2013 hingga 3 Ogos 2013)

*Note: Gambar yang kreatif tetapi tidak mendapat 'like' terbanyak akan dipertimbangkan untuk diadili oleh Juri Bebas. "Like" terbanyak tidak semestinya akan menjadi pemenang kerana terdapat 4 peserta lain yang akan dinilai. Tidak dibenarkan "Fake profile" (Seorang peserta hanya layak satu penyertaan sahaja)

Like Entry

Khamis, 21 Jun 2012

Contest: Sayakah Follower Bertuah itu?



Kali ni contest yang lebih mudah saya nak join.. Hehehe.. Memang tersangat2 mudah TnC nye.. 
Check it out!!
Mana tahu kalau ada rezeki jadila orang@ibu bertuah.. Mana tahu beg tu boleh buat beg isi barang untuk ke hospital nanti.. ;)


Cara untuk join:
1. Follow blog Brooch Wholesaler 
2. Buat entry Sayakah Follower Bertuah itu?
3. Copy gambar yang first 
4. Tag 3 rakan anda 
5. Tinggalkan link korang pada ruangan komen supaya senang dijejak

Senang kan? Jom Follow n Menang! 

Inilah link penaja dan penganjur contest 'Sayakah Follower Bertuah Itu?'




Saya tagged pada :
(1) Suamiku
(2) Kakakku
Photobucket
Like Entry

Rabu, 20 Jun 2012

Contest : Bergambar Dengan Yang Tersayang


Kebetulan saya teringat zaman-zaman di awal perkahwinan.. Rajin join contest.. Sekarang ni nak mula balik pulak.. Mana tahu ada rezekinya.. Kebetulan tengah searching blog contest, saya ternampak contest dari Mr Prince ni.. Contest ni contest yang ditukar dengan contest yang pernah dianjurkan sebelum ini.. Katanya kurang mendapat sambutan.. Jadi Mr Prince buat contest baru di sini ..

Yeayyy!!! Dapatla cuba nasib, walaupun hadiahnye shawl tapi ia bermanfaat untuk saya menutup aurat saya. ;)






Apabila daku memandang wajahnya, dia akan selalu mengingatkanku kepada Allah..

Apabila daku lemah, dia yang mengangkatku dari kejatuhan..

Apabila daku khilaf dia yang kerap mengingatkan segala bentuk kesalahanku..

Dia senantiasa memberikan dorongan motivasi untuk istiqomah dalam beribadah dan taat pada perintahNya..

Inilah salah seorang kesayangan saya di dunia dan di akhirat..

Suami yang disayangi dan dicintai hingga ke syurga.. Mengenalinya selama hampir 12 tahun adalah kenangan dan peristiwa terindah dalam kehidupanku.. Kami melalui pelbagai ranjau, onak dan duri mengekalkan kesetiaan masing-masing sehinggalah bondaku bersetuju akhirnya untuk menerima suamiku sebagai menantunya pada 15 Januari 2011. Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah..

Saya tagged contest ini kepada suami saya, kakak dan sahabat saya :



Photobucket
Like Entry

Isnin, 4 April 2011

Contest gambar kawen yang anda paling suka!

Assalamualaikum.. 
Hye bloggers & readers!

Terasa tetibe nak join contest lagi lak! Contest ni aku dapat daripada empunye sendiri yang komen dalam my entry.. Time kasih azie (hehehe.. same nickname) Tapi nak join kena la tau Syarat-syaratnya :

1. Jadi follower pfscollection kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection
Done

2. Jadi follower azieaxie, nantikan hadiah misteri dari dia  (urmmm.. apekah misteri itu??)
Done

3. Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry & sidebar 


Done

4. Of coz untuk blogger yang sudah berkawen & letakkan pic kawen yang uols suka & nyatakan kenapa di dalam entry tersebut
Da kawen da.. Hikhikhik.. Gambar ni ada 3 yang di upload.. Hihihi.. Sangat terkejut bile hubby kiss.. 
Oh no man! Sib bek anak tekak xnampak.. Aiyooo.. Maluuuu.. Hasilnye pulak urmmmm Awesome! Hihihi (Perasan hangit je kan!)


Gambar ni gambar post yang paling2 happy sangat2.. Sebab sesi last studio.. Nak balik dah! Tapi memang rasa sonok sangat sampai sik gelak tunjuk gigi je.. 
(Adehh.. xcover langsung la pengantin ni kan -kate photographer agknye la.. Huhuhu!)



Aku suke sangat2 gambar ni sebab photographer pon suke.. (Agaknya la.. Hehehe.. Pasai gambar ni terpilih dan dipamerkan dalam Pameran Pengantin di Melaka Mall baru2 ni oleh team Aliceshah.. Jum layan jap gambar2 kami yang ada rezeki.. Hope azie xmarah kalau entry ni banyak gambar.. Tapi gambar yang uploaded untuk contest ni cume 3 yang kat atas je tau.. Gambar kat bawah ni cume as gambaran tentang kegembiraan kami bile tengok ada photo2 kami di Pameran.. Dan aku suke sangat gambar ni pasal ni la kali pertama aku pakai tudung merah mak ngah menyala.. B4 ni nak pakai takut terlalu obvious menyala.. Xsangka pulak rasa macam berkeyakinan tengok gambar ni.. Tambahan pulak sesi ni sesi yang terakhir studio! Tak sabar nak balik pasai da letih dan kebas senyummmmmm... Hihihi..
Ni la antara gambar yang dipapar di Pameran Aliceshah.. Tengok baju merah putih tu kan kami.. Hikhikhik.. Maluuuuu, tapi terharu...




5. Jangan lupa tinggalkan link contest di komen blog azie untuk senang dia nak terjah katenye..
Done

6. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih untuk menerima hadiah dari pfscollection & dari empunye contest..
Hopefully.. 

7. Last sekali, tag kawan-kawan uols 3 orang..
ii. Nooren
iii. Kak Sara

8. Tarikh tutup 24 April 2011
Sempat nampaknya..
Like Entry

Rabu, 23 Februari 2011

Contest Senyum Paling Ceria

Malam tadi ronda2 carik contest dan jumpa contest anjuran namee ni.. Jadi kebetulan da ada gambar2 pose ceria2 cam ni nak gak cube nasib.. Hehehe.. Tapi nak join ni bukan pakai join jer..
  
Langkah langkah nya adalahhhh...


1. Follow blog  Namee untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
I followed u.. 


2. Buat satu entry yang bertajuk Contest Senyum Paling Ceria.
Ni la entry nyeee.. Hihihi..


3.Kemudian letak lah banner contest ni kat sidebar sekali .
Ting.. Sudah jugak!

4.Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.

Taraaaaaa.. Hehehe.. Ni sape punye banner? Sile angkat tangan mcm saye!! Huhuhu...
Namee punye la..


Klik : namee punye contest!


5.Muat naik gambar dan ceritakan mengapa anda gembira di dalam gambar tersebut.heheh..Ala simple simple je :) contoh: Saya gembira kerana baru lepas makan. :D
Gambar yang dipilih jeng3x..

Saya gembira sangat sebab lagi beberapa minit saya akan diijabkabulkan! Dalam getar ada kemanisan, kebahagiaan dan kegembiraan.. Gambar ni diambil di bilik saat menunggu pengantin lelaki tiba..
Dan saya xperlu lagi wisau yang saya xda pengapit untuk sanding esoknye, sebab pengapit saya untuk hari persandingan da ada kat sebelah saya ni.. Yeayyyy!! Saya gembira sgt saat ni, x pening g carik pengapit! 


Untuk gambar ni, saya gembira tersangat2 sebab saya da sah pon jadi seorang isteri.. Betul2 gembira dan terkejut dengan candid ni. Lum ready sebab saya nak tergelak + malu bile Cameraman soh hubby kiss pipi..Tup2 begini jadinye.. Inilah antara kenangan sesi terakhir photoshoot kami..
Sangat2 bermakna untuk disemat dalam sanubari..
Ngehngehngeh..



6.Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
Sudah maam..


7.Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda dan make sure mereka tahu yeah ;)
iii. Awesome


Hadiah menanti..
Wang tunai


dan hadiah menarik dari United States menanti!!! :D


TARIKH TUTUP : 31 MAC 2011 (Thursday)




Hehehe.. Awai lai.. Redha jerk ni.. ;)
Like Entry

Ahad, 20 Februari 2011

Contest Kami Pose Comey!

Malam tadi aku godeh2 search contest dkt blog2 aku ternampak la contest ni.. Hurmmm.. Menarik nampak.. Hihihi.. So teringin la nak sertai ujibakat sat.. Upss.. Tapi kena follow rules ni dulu.. Jum jwpanku masa interview.. Ngehngehngeh..

1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah..
I followed u.. U follow me? :P Hikhikhik..

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!!
I done It! ;) Ting! Tengok la.. ni ur banner kan.. Hihihi..


3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas..


Ni gambar masa wedding yang lepas.. Kameraman bagi Hubby I kamera n soh uat jela pape yang dia suker.. Hihihi.. Pose ni candid dan yang sebelah kiri tu Jurumekap I, yang lagi sowang tu Jurukamera kedua I.. Best sangat masa nih sebab nilah persalinan yang terakhir before balik umah.. So kameraman da xkesah dah.. ;)

4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..
Jawapan nye kan Amni, senang sesangat.. I join contest ni pasal I teringin nak pakai henpon canggih2.. Maklumlah henpon yang I pakai sekarang ni pon sik xda kodak jer.. Hehehe..
Ni la henpon yang da bertahun2 I pakai.. 
Maluuuuuuuu.. Hikhikhik..


5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Kite tengok sape yang kena! ;)

6~mencari seorang pemenang:hadiah berupa handset Apple iphone
OR

RM100 +TOPUP 50...
(law menang pilih salah 1 je hadiah k)
Urmmm.. Ceh.. I ngah berangan pegang IPhone ni.. Yelah.. Mane penah g beli henpon sendiri.. Hikhikhik.. Sume henpon yang I pakai dari I skola henpon orang bagi (Abah, Along, Abang, My Dear).. I pulak jenis yang xkesah ape bentuk pon janji leh pakai.. Huhuhu..

7~tarikh tutup 25 feb 2011
Ehem2.. Cam sempat lagi walaupon da saat2 akhir ni.. ;)
Like Entry

Khamis, 17 Februari 2011

Contest Gambar Kahwin!


THE PRIZE WAS....

1) RM 100 + Saguhati
(Nak yang ini!! Uwaaa.. Nak jugak! Hehehe..)
2) RM 70+ Saguhati
(Yang ini pon nak jugak! Tak kira.. Tak kira.. Hihihi)
3) RM 50 + Saguhati
(Ni pon same.. Nak pakai bayar bil tepon.. Hihihi..)

Kesimpulannya.. Penulis blog ini sungguh degil dan noty.. Sume dia nak! Hehehe.. Tak leh jadi ni.. Uwaaa.. Nak sume adiah tuhhhh... ;)

OBJEKTIF CONTEST
(penting ni before join memane contest.. ;) )

1) Memberi peluang kepada anda mengimbau kembali saat bersejarah
2) Memupuk semula kasih sayang antara pasangan
3) Menambahkan kenalan seterusnya menambahkan silaturrahim di alam maya.

SYARAT-SYARAT NAK JOIN :

1) FOLLOW Contest Hidayah Punyer..
- Hikhikhik.. I da follow u da..

2) Membuat satu entry gambar perkahwinan anda dan pertandingan
- Sebenarnye..
Ni bukan gambar sebagai pertaruhan tau..
Tapi inilah bukti penantian cinta kami selama 10 tahun lebih, sehinggalah Allah mengabulkan doa kami untuk bersatu melayari alam rumahtangga.. Selama tempoh itu, kami melalui macam2 ranjau onak dan duri demi mempertahankan cinta masing-masing.. Dengan mutiara kata yang sering kami pegang di dalam hati sekalipun bertahun-tahun yang lalu berpisah tanpa bersua..
"Seandainya ada pertemuan, biarlah ia sepanjang usia perpisahan,
Jika ada segugus kerinduan biarlah ia seindah percintaan"
 Cewah2.. Jiwa2 pulak ea.. Tula, nak uat cam ne kan.. Dari azali da jiwa2 macam tuh.. Hihihi..
- Okay2, back to the pic ye!
Nilah pic yang rs mcm ala2 sentimental gitu.. wawawa..
Rasa berdebar2 sangat.. Sentuhan lelaki bergelar suami sangat2 istimewa.. Itulah kuasa Allah nameny.. Penuh dengan kasih sayang yang benar2 tulus.. Terharu pon ada bile tengok gambar ni.. Sesudah bertungkus lumus sedaya upaya mengumpul wang untuk merasai nikmat berpakaian dan fotografi yang cantik.. Alhamdulillah.. Allah kabulkan doa kami walaupon banyak ranjau dan duri kami perlu tempuhi untuk merasai keindahan perkahwinan kami yang sebegitu.. Suka dan duka, pahit dan manis yang kami lalui untuk menikmati serta merasai perasaan yang sama seperti pasangan suami isteri lain.. Halal disentuh dan indah direnung mata.. Selepas sesi bergambar ni kami berdua saling berpandangan sehinggakan menitiskan air mata tanda syukur dan terharu atas ape yang telah terlaksana antara kami dengan keizinanNya setelah 10 tahun usia percintaan kami..

Ni la posing yang akan ku semat dalam kenangan pakaian JAWA..

3) Letakkan Banner ini semasa pertandingan dilangsungkan

Tak lain dan xbukan
Teng..Teng.. Teng.. 
Tu dia.. Banner contest.. Bling2 gitu..

4) Jika anda belum berkahwin, boleh menggunakan gambar perkahwinan ahli keluarga atau kawan-kawan DENGAN SYARAT meminta izin dan kebenaran dari PIHAK mereka.
- Hikhikhik.. Yang ni gambar original punyooo.. Sendiri punyo kawen haaa.. Keizinan pon da dapat dari Hubby! Tq my laling.. Yeaaay!!

5) Gambar hendaklah jelas dan terang. Hanya SATU keping gambar sahaja..
- E'eh! Hurrrmmm.. Terang2.. Lighting pon ok tuh..
Urrmmm Jerawat pon terang.. Hikhikhik.. Memang betul tu sekeping jer.. Pengantin pompuan pon da kelihatan mcm sekeping jer.. Upss... Da lumrah.. Nak uat cam ne kan..

6) Pemenang dikira berdasarkan teknik solekan, teknik fotografi dan nilai sentimental yang ada pada gambar.
- Teknik solekan? Hurrmmm.. We like it very2 much magic touch by andam Serie Ahmad from Muar! Love it!..
- Teknik fotografi?? Wow! We like it so much! From Aliceshah.. Sukeeeeeee tapi xtau la juri suke ke tak.. Hihihi.. ;)   

DAN sertakan sekali DEFINISI PERKAHWINAN anda..( tidak lebih 30 pp)

- Definisi PERKAHWINAN? Banyak ni.. Definisi berdasarkan pemahaman di Skolah Menengah, Skola Agama Darjah Khas, Kursus Kawen, Paham2 sendiri pon ada.. Hihihi.. Tak pelah u.. I bagi yang I paham2 sendiri ea.. Jangan kira 30pp dulu tau ni.. Saja je ni I bebel2 dulu.. Sebab I ni memang kuat celoteh.. Ok2 after i letak tajuk n garisan baru u kira 30pp k.. Hukhukhuk..

PERKAHWINAN
(mengikut pemahaman dan huraian hatiku)

Sunnah serta amanah yang menyingkap tabir rahsia antara dua nakhoda (suami dan isteri) dalam melayari bahtera menyusuri laluan kehidupan disebalik limpahan nikmat suka-duka dan susah-senang sehinggalah dianugerahi *qurratu a’yun.


(*maksudnye: anak2 yang menyejukkan  pandangan mata)  


7) Keputusan adalah MUKTAMAD
- Yela2.. Kalau I kalah pon I redha jer.. Dun't worry.. Hihihi.. I x makan juri punya kalau I kalah. Kwink.. Kwink.. Kwink..

8) Peraduan akan tamat pada 27 FEBRUARI 2011
- Uwaaaaaaaa.. Sib bek I sempat meronda2 blog masa nih.. Dapat gak jumpa contest ni..Apa lagi seseempat kan diri gak la taip2 kat opis.. Ehem2.. Mengular ka???? Tak la.. Ni uat masa lunch time ni.. Pas tu save as draf.. Betullll.. xtipu ni.. Hehehe..
Xpela..Janji sempat entry blog b4 the Date!
Like Entry

Selasa, 26 Oktober 2010

The Only Top 5 PPM..

Salam kekawan.. Lama da xupdate.. Gud News for me semalam petang tinggal jejak kat PPM dan terbuntang biji mata bile tengok result PPM contest da kua.. Wawaawa.. Walaupun hanya Top 5 tapi saya tetap syukur sebab diberi peluang pertabalan Top 5 Pameran Pengantin Malaysia Contest.. Bukan senang nak jadi contestant this contest.. Kena fikir untuk tulis essei yang kreatif.. Aku banyak celoteh jer.. Kalau kua ngan Mr B mesti ada je mende yang nak ku bebelkan.. Pasal bawak keta la, baju la, penat la, itu la, ini la.. Hehehe.. Cian my Mr B.. Tapi tu sume untuk kebaikan jer.. (ehhehe).. Jadi memandangkan aku mmg kuat membebel lebih bek aku membebel kat blog.. Heheh.. Kena manfaatkan pulak ngan contest.. Hehehe.. Nasib2 la..

 Ape pon kepada another 4rd calon TAHNIAH untuk u all.. Hope the 'hadiah' dapat memudahkan dan meringankan tanggungan u all okay! Gud luck for us untuk coming BIG DAY nanti... Tak sangka gak dapat kongsi2 idea baca blog B2B.. Banyak leh share untuk preparation for Big Day.. Sukerrr... Untuk Vibe Urban tahniah dapat anjurkan contest macam ni.. Mudah2an semakin maju dan bertambah pengikut yang benar2 ikhlas mengikuti.. InsyaAllah, the next Pameran bulan 1 akan ku redah jua.. Aku kenalah make sure camera xflat lagi.. hehehe..

TOP 5 RESULT

Like Entry

Isnin, 13 September 2010

'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'

Nilah contest seterusnye yang aku join.. Wah2.. Bukan main lagi ko ni Azie.. Sume contest ko nak sebat.. Alar u.. Ni pon lum tentu I jadi winner.. At least dapat gak lah I bantu contester ni promote bidang dorang.. Bantu anak melayu kan.. Pe salahnye..

1. Berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak.
   
    Hehehe.. Dah kategori tua benor rasanye nih.. Nak cakap tak? Huhuhu.. Aluuuu nyerr.. ALar ape ada hal 
    dengan angka nih.. Umur I da 20/an.. Hehehe ;P

2. Mempunyai BLOG dan FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ /
    dan add Facebook Pameran Pengantin Malaysia.

    Selesai sudah.. menjadi "follower yang ala tomei2 ni"..Hehehe.. ;P

3. Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.
   
    Of course.. Tajuk kompomla yang nak menaja adiah cun tuh.. Hehehe.. Selesai sudah..

4. Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga
    dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.
   
    Ini memang menjadi kebiasaan contestant yang nak join contest nih.. Dun't worry ha.. I dah letak 
    sematkan dia di side bar I kemas2 n molek2 lagi u..
   
5. Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.

   Minat tol tang nih.. Maklumlah nak kate becok tak lar becok sangat.. Pasai ape tau dak??? Pasai
   kebecokan I sumer ni da transfer dalam bentuk penulisan.. Kuikuikui.. ;P
  
Dulu kami pernah bercadang nak ke Pameran Pengantin pada bulan Mac 2010. Tapi disebabkan masa terlalu padat kami masing2 kesedihan sebab terlepas peluang untuk mengikuti pameran tu.. Uwaaa.. Sediah sangat2.. Rasa macam hilang arah sekejap tak tahu bila dan dimana lagi ada pameran macam tuh.. Mungkin takdir Tuhan nak menemukan jodoh kami dengan Pameran Pengantin Malaysia pada kali ini. Seronok sangat-sangat. Rasa tak sabar nak pergi. Kami akan pergi membawa askar-askar dari kalangan kami nanti InsyaAllah. Dulu dah terlepas peluang, jadi berharap akan datang nanti kami seronok memilih pakaian pengantin yang dipamerkan. Silap hari bulan busana yang diperagakan tu pulak yang kami kejarkan. (Hehehe).


Aku tahu pasal Pameran Pengantin Malaysia ni pon melalui majalah Pengantin. Syukurlah Malaysia ada pameran khas buat bakal pengantin untuk cari idea-idea baru dalam peragaan busana pengantin terkini mahupun ternama. Strategi Pameran Pengantin Malaysia bermula pada dasarnya hanya di tapak pameran kecil-kecilan di seluruh Hypermarket seperti Tesco, Giant Kelana Jaya, Jaya Jusco Maluri. Namun begitu, berkat kesungguhan krew-krew Pameran Pengantin Malaysia, mereka mampu menjulang namanya hingga ke pameran di tempat-tempat berprestij. (Good servey and reading azie! Hehehe) Alar..Umpama bayi yang kecil mula belajar meniarap, merangkak sehinggalah mampu berjalan la kirenyer..

Pameran Pengantin Malaysia yang pertama dianjurkan oleh Urban Vibe berjaya diadakan adalah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada tahun 2007.  Manakala hasil daripada pengalaman yang ada Urban Vibe mampu mengadakan sekali lagi Pameran Pengantin Malaysia yang pertama terbesar di Mid Valley Exhibition Centre pada Julai 2008. Tahniah la! Sehingga kiniUrban Vibe Event masih teguh menganjurkan pameran pengantin dengan banyak perubahan yang hebat.

Ini baru nak start essei tau.. Tapi esei ni tak la formal benor.. Hehehe.. Banyak no celoteh azie ni..

Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.

Apa ye sebenarnya yang dicari-cari oleh bakal pengantin? Sudah tentulah busana, mak andam, aksesori nikah/sanding, photographer. Itu semua yang akan bermain-main di minda bakal raja sehari. Setiap saat sebelum perkahwinan berlangsung sudah pasti internet, majalah dan buku-buku Pengantin yang akan dihadap dan diselak. Begitu juga aku yang tidak jemu melayari internet menjelajah apa saja yang menarik perhatianku tentang "ISU dan PERSEDIAAN PERKAHWINAN". 


Bakal pengantin khususnya yang tinggal kat kampung mesti teringin sangat2 menikmati hari bahagia dengan busana yang unik bergaya gitu, set pelaminan yang indah lagi serba moden mahupun sentuhan dandanan serta solekan yang menarik. Namun begitu, butik pengantin  kat kampung yang terhad dan sederhana membuatkan kebanyakan golongan bakal pengantin nun di sana turut bersederhana. Tak pulak bakal pengantin kat bandar yang dah terang2 tak jadi masalah nak merasai keindahan hari bahagia mereka dengan pelbagai pilihan butik pengantin di kotaraya.

Tapi usah dukacita wahai bakal pengantin nun di pedalaman kampung. Pameran Pengantin Malaysia sebenarnya bagi peluang pada semua bakal raja sehari tidak kira usia, jarak penempatan mahupun darjat kemewahan dengan pertunjukan busana pengantinnya yang serba menawan, dandanan serta solekan pelbagai bentuk (Hehehe), jualan lelong busana dan banyak lagi. Bukan senang nak dapat nikmati peluang macam ni tau.

Kepada bakal pengantin tak kira di kampung mahupon kotaraya mari kite serbu Pameran Pengantin Malaysia Oktober ini. Kot2 la ada berkenan design baju pengantin yang ingin digayakan bolehlah hantar untuk tempahan macam tuh atau beli jerk kat Pameran tu nanti.. ;) Hehehe.. So, bakal raja sehari kalau u all duduk nun jauh di kampung meh la kite sama-sama ronda menjelajah pameran ni nanti sebab boleh cuci mata tau kalau ada yang berkenan untuk design majlis pengantin u all di sana. Leh la request pada mak andam di sana u all nak magic touch macam di Pameran Pengantin Malaysia.. Leh saksikan sekali koleksi gubahan hantaran tak kira la yang dah sedia ada atau hasil kreativiti peserta gubahan.. Wow! Memang berbaloi2 banyak idea boleh simpan dalam kepala untuk The Big Day nanti. 
Kredit to Pameran Pengantin Malaysia :)            

6. Penganjur, lokasi dan tarikh  Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.

  

    Pameran Pengantin Malaysia 2010 seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur exhibition Centre
    (KLCC)  dari 8 hingga 10 Oktober 2010. Macam-macam rupenye acara dan pertandingan yang akan diadakan nanti macam Pertandingan Andaman, Pertandingan Gubahan Bunga Tangan dan Pertandingan Gubahan Hantaran. Banyak gak hadiah menarik dan lumayan ditawarkan pada setiap pengunjung yang bertuah. Aktiviti Pertunjukan Fashion serta demo-demo make-up dan demo menggubah hantaran pon ada.
(Hehehe.. Nak ajak K.ngah lar mencube nasib.. Akan bincang ngan Mr Tunang)

    Acara yang di jangka akan mendapat sambutan ialah acara lelongan baju-baju dan kelengkapan pengantin. Wow!! Hebat2.. Best2..
    Cepat.. masukkan tarikh ini di dalam diari anda untuk mendapatkan promosi-promosi yang hangat.
    (Kompom dah masuk.. Nak perggiiiiiiiiii!!! Nanti nak shopping busana leh tak? Hehehe..)

   Penganjur lak :

URBAN VIBE EVENT
   
7. Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.



    Dah letak dah pon.. Kira memang dah penuh gak la logo2 di entry dan side bar sebelah blog I nih.. Hehehe.. Logo rasmi ni sebenarnye dah edited.. ;) Jangan marah yer.. I da edit xletak tahun.. So umum skit logo rasmi I.. hehehe

8. Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda dan pasangan anda.

    Gambar ni memang terbaekkkk punyoo dari ladang! ;P

    Alar tomei2 malu2 lak.. Gambar ni masa majlis kahwin abg Mr Tunang.. Kami berdua nak snap picture bersama Groom and Bride tetibe dgn gundah gulana dipaksa kami duduk amik berkat depa pulak..Adehhh... Tu yang malu tu senget benget macam alar2 pengantin majuk jer... ;P


9. Hadiah sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 -

      Yeeeeyyy! Masih dalam "edah" Pameran Pengantin Malaysia nihi.. Kalaulah.. (OPppsss Aziiiiieee.. 
      Berangan ko? Ini semua terpulang pada Pameran Pengantin Malaysia la azie.. (Tak abeh2 berangan)

10. TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA.
      Selesai sudah jugak.. Jemputlah singgah ke blog pink ku.. Hehehe.. Salam Selamat Datang pada Krew
      Pameran Pengantin Malaysia.. Malaysia Boleh! ;) 

Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.

- 12 tengah malam?? Ayoyo.. I da antar awal gak dah nih.. Hehehe..

Sape yang nak join meh kite ke nun disini..

http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/2010/08/urban-vibe-online-contest.html#
Like Entry

Ahad, 29 Ogos 2010

Peraduan Impian Hari Majlis Perkahwinan bersama Azika Collection

Tengah  servey2 koleksi busana pengantin melalui Google aku terpana melihat Contest nih.. Hadiah nyer mak aiii.. Idaman bakal pengantin tuh! Kalaulah... (Azieeee.. Jgn nak berangan je kejenyer yer.. Hehehe) So aku nak mencuba nasiblah kan.. Kalau2 lar ada rezekinyer Tuhan nak bagi.. Kalau dapat Alhamdulillah.. Kalau tidak tahniah kepada "Winner" dan semoga Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan okay! :) Inilah Contest kedua yang aku join sepanjang ber blog nih.. Contest ni memang idaman lah.. Jeng.. Jeng.. Jeng..
1. Entry Blog tajuk Peraduan Impian Hari Majlis Perkahwinan bersama Azika Collection - Done 

2. Ada BLOG, FOLLOWER http://azikacollection.blogspot.com/, add FB Azika Collection  

3. Pamer banner /badge rasmi Peraduan link ke blog AZIKA COLLECTION - Done 

4. TIGA (3) GAMBAR - Done
Ini my pic..
 Mr Tunang 

 Together Forever and Ever


5. Majlis impian ku: - Done

Dalam fikiran nak biar yang simple.. Tak nak la ada kain2 bergantungan.. Lebih suker banyak artificial flower jer..Senang gak nak dikemas2 nanti.. Hehehe.. Cian krew2 mak andam nanti. Tak lah depa "becak ketiak". Nak gulung2 kain lagi, panjat memanjat lagi... Huhuhu.. Artificial flower depa dah boleh gubah siap2 then tinggal letak jer.. Kan dah "Win-Win Situation tuh.." ;) 

Kalau jadi artis dah tentu dapat sponsor.. Untung tol depa.. Tapi itu sume lumrah alam.. Setiap orang ada rezeki nyer masing2.. Kekadang mungkin dapat tuah, rahmat dari Allah S.W.T.. 

Warna temaku yang difikir2kan sedap mata memandang dan tak buat pengantin tertidur (bagi yang mungkin tak cukup tidur nanti. Hehehe) ialah warna hijau pucuk pisang atau hijau epal.. Pakaian busana lace hijau pucuk pisang dan di dalamnyer pulak berwarna light n very soft hijau pucuk..  Sebab tu teringin nak bunga2an putih saja diselit2 daunan  hijau.. (Tak abeh lagi ko ni zie berangan..)So simple but nice kan.. Cewaaahh..Taklah heavy sangat.. 

Aku memang dah lama servey gambar2 yang macam bawah nih.. Tapi ini hanyelah angan2 siang.. Kalau dimakbulkan sujud syukur Alhamdulillah..



6. Hubungan percintaan kami:

Kami saling mengenali sejak hampir 10 tahun.. Alhamdulillah perhubungan bermula sejak zaman sekolah (Amboi2.. gatai betul zaman sekolah dulu yer).. Hehehe.. Rasanyer Mr. Tunang yang "mengurat" aku dulu. tuh. Huhuhu..Dia Senior aku di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dulu.. Hehehe.. Aku pulak glamour atas nama "my bro". Bayangkan jelah kalau adik beradik satu sekolah.. Kalau jejalan sekitar sekolah or asrama senior yang tegur2 sume panggil aku "adik apis" bkn nama aku.. Hahaha.. Termasuk la Mr. Tunang nih.. Selepas tamat zaman persekolahan masing2 merantau mencari arah masa depan masing2.. (Kiranye dah 2 tahun dari zaman persekolahan lah..)
 
Dia mula sibuk dengan kerjayanyer dan aku dengan melanjutkan pelajaranku.. Selama tempoh tu kami masing2 membisu saja.. Tak taulah nak kate ada hubungan ke dok.. Pasalnye tiap kali aku kol mesti tak dapat cakap ngan dia.. (zaman kegunaan tepon umah.. Hehehe .. Henset tak mampu beli lagi).. Bile aku pikir2 balik eh! bukan ke aku memang xsuke kat dia.. Tapi sejak berpisah rasa macam aku xkompemlah status aku ni.. Nak bercintan2 ngan dak 'U' tak de lak yang aku berkenan.. Walaupun ada terima coklat2 Cadbury dari jejaka tapi hurmm.. Tak berminat pulak nak layan sebab rasa macam ada terikat dengan seseorang di hati.. Kalau aku teringat zaman persekolahan mesti gambar dia yang aku tengok melalui majalah sekolah (melepaskan rindulah konon.. ahhaha)  Alat perhubungan alar2 zaman dolu2 la (hahaha.. bukan guna merpati yer)..Kami berhubung melalui poskad jer..(Moden skit dari surat). Setiap hujung bulan aku akan ke Pejabat Pos untuk pos poskad.. Every month tak pernah missed..Bila aku sambung belajar degree kami masih lagi meneruskan hubungan yang semakin erat dari jauh (orang kate cinta jarak jauh la..) 

31 Ogos 2005 3 tahun sik membaca poskad tanpa bersua..

Tu kira tarikh Anniversary lar.. cewaaahhh..That date lah baru kami ditakdirkan bertemu setelah bertahun hanya tru poskad and caling2 fon umah.. Selepas bertemu kami mula bersembang2 melalui henpon.. Masing2 sanggup bermodalkan syiling dan air liur standby untuk bergayut berjam2 sampai pepagi g kelas mata membengkak ala2 kena pam. Hahaha.. selama 2 tahun kami mengeratkan lagi percintaan kami dari jarak jauh (Johor --- Melaka).. Sampaikan aku mula jadi dealer top up.. Hahaha.. Sebab akulah penjual dan aku jugalah pembeli.. ;P..


Akhirnya sampai aku dapat kerja kerajaan ni dah masuk 3 tahun hubungan kami berlanjutan sehinggalah kami ditunangkan pada 27 November 2009. Alhamdulillah.. Banyak ranjau, onak dan duri kami lalui demi mempertahankan cinta sejati ni.. Moga2 selamat hingga ke jinjang pelamin (Azika Collection.. Hehehe..) dan ke anak cucu, cicit akhir hayat..

JUMLAH PERCINTAAN KAMI ialah 2 tahun+3 tahun + 2 tahun + 3 tahun = 10 Tahun

Nota : "Abang, kalau terbaca entry ni sayang nak ucapkan terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang diberi setulus hati hingga sanggup susah senang bersama"

7. Nyatakan sebab kenapa dan pendapat tentang Azika Collection :

Melalui pencarian koleksi2 pelamin, Azika ni antara display yang terbaik aku tengok.. Pencarian google koleksi2 pelamin yang aku simpan dalam "my wedding pendrive" tu rupe2nyer pelamin2 Azika Collection.. Begitu tak sangka dunia begitu kecil..Koleksi busana Azika boleh tahan.. Mantap.. Suker lar.. Sekarang ni pon tengah carik kombinasi warna pakaian yang xbegitu sarat mata memandang..Azika Collection dah buktikan keinginanku.. Unbelievable akhirnya..

Cume jarak jauh yang meyukarkan.. Tapi sebagaimana CINTA kami selama 10 Tahun yang berjarak masih dapat bersatu inikan pula Azika Collection dengan impianku.. Hehehe.. Hijau Epal atau Pucuk Pisang digabungkan dengan warna satin di dalam berwarna soft and very light green.. Tapi itu sume juz angan2.. Sib bek berangan ni tak yah bayar kan.. ;)

8. Hadiah boleh diguna sepanjang Mac 2011.

Majlis dirancang pada 15 dan 16 Januari 2011.. Andainyer umur dan jodoh kami panjang InsyaAllah tarikh tu akan terlaksana.. Mohon doa dari pembaca okay.. Amin.. Kalau ikut dari tempoh tawaran Azika Collection macam masih dalam "edah" nyer.. Hehehe.. Apepon terpulang pada Azika Collection untuk menentukan "The Winner" kan.. :)

9. Pastikan tinggalkan komen anda di entri tersebut or di FB Azika Collection
Well done.

Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com