Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label Info rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info rumahtangga. Papar semua catatan

Rabu, 11 Januari 2012

Suami... Suami Mithali...



Panduan ini saya perolehi melalui pembacaan.. Justeru sama-sama kita berkongsi agar ilmu itu dapat lebih berkembang. Sesungguhnya menyampaikan sesuatu ilmu yang baik adalah tuntutan dalam Islam.. Semoga dengan panduan ini dapat kita mendidik dan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam menjadi seorang Suami yang Mithali di sudut agama dan di mata isteri.. InsyaAllah.. Yang baik datangnya dari Allah dan sebaliknya adalah kekurangan manusia itu sendiri.. Wallahualam..

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicarik golongan hawa..
Pastikan jika ciri itu ada pada diri anda, tentu anda suami yang paling bertuah kerana anda mampu memenuhi tuntutan agama. masyarakat dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya..

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model.. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Like Entry

Selasa, 15 November 2011

Apa yang ada di sebalik alam perkahwinan..




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. (hmm... baru lah balance)..

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.Sentiasalah mendidik isteri dan menyayangi isteri dengan sepenuh hati dan mengimbangi keperluan antara pekerjaan dan rumahtangga.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.Setiasalah peka dan baik melayani suami agar sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Like Entry

Isnin, 5 September 2011

Indahnya ikatan suci..


Nukilan ini buat suami tercinta.. Kasih antara kita yang tidak pernah luntur walaupun ujian mengiringi.. Alhamdulillah.. Berkat kesabaran dan kepercayaan kita sampai di sini jua dan InsyaAllah dengan kehadirannya nanti lebih membawa makna dalam Islam.. :)


Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu, Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim, Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman, Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …


Photobucket
Like Entry

Rabu, 20 Julai 2011

Di sebalik Gunung ciptaanNya..



Alhamdulillah saya masih diizinkan Allah lagi untuk membuka mata menikmati keindahan segala ciptaannya.. Baik yang cantik mahupun yang buruk, yang baik mahupun yang jahat, yang sejuk mahupun yang panas.. Hari ini seperti biasa saya dan hubby tercinta masih sama2 da mulakan percubaan berpuasa.. Jadi nanti bila Ramadhan semakin menghampiri takla rasa kekok nak bangun pagi.. Sudah seminggu kami berdua menjalani ibadah puasa.. Hati kami tenang dan gembira sentiasa tiap kali terpandang wajah antara satu dengan yang lain.. Semakin menjauh semakin merindu.. Itulah hebatnya CINTA manusia yang Allah kurniakan.. Berkat menghargai antara satu dengan yang lain dan kesabaran serta saling memahami kami dapat menciptakan sinar bahagia itu sekalipun sekecil2 kuman masalah yang menimpa.. Tidaklah langsung berpanjangan.. Kalau jadi jiran sebelah rumah kami ni mesti penin tiap2 hari dengar macam riuh jadinya.. Kami berdua saja da macam kami bekeluarga suasananya.. Alhamdulillah.. Gurau senda hubby dan sifat penyayangnya buat saya semakin menyayanginya.. Itulah perutusan cinta kurniaan dari Allah S.W.T kepada suamiku kini.. 




“ Wah gunung itu sangat indah ya abang ….”, bibir manis Noor menggambarkan keindahan pemandangan alam pegunungan yang terhampar luas dihadapannya, sambil pinggangnya di peluk Haz suami tersayang kekasih hatinya.
“Hmm……tahukah dinda bahwa gunung itu sebenarnya tak seindah mata kita memandang ? “, kata Haz dengan nada yang sayu. Terkedu seketika Noor, “Mengapa abang berkata begitu…!” , suara lembut dari gadis manis itu dengan nada yang manja. Kekasihnya tersenyum, lalu memandang wajah kekasihnya dengan tatapan lembut diwajahnya.

“ Tahukah dinda….ketika kita mendekati gunung itu … maka semakin nyatalah bahwa gunung itu tidak seperti saat ketika kita….. berdiri disini …..!” ,kata Haz dengan lembut. Kemudian ia menyambung , “ cuba dinda lihat pakai teropong ini ….” , Haz mendekatkan sebuah teropong di mata Noor.

Sunyi seketika di kala Noor melihat pemandangan di satu sudut dengan teropong itu. “Ya abang Noor dapat lihat dengan jelas…… di kaki bukit itu begitu curam …. Semakin ke atas semakin tinggi dan curam…..”, kata gadis itu dengan serius. “Apalagi yang kamu lihat sayang ? …” , Wajah sayu Haz tepat memandang pada anak mata Noor isteri tercinta.. Noor nampak…. Hmmm….Ada orang yang mendaki di kaki gunung itu …” teriakan kecil Noor pada kekasih hatinya.

Haz berkata pada Noor sambil memeluk erat pinggangnya 

“Tahukah adinda ….. yang dinda lihat itu hanya sebagian kecil yang mungkin dinda hadapi, bila dinda mendekati dan mendaki gunung itu“. 
“Masih banyak yang tak dapat kita jangka disana , mungkin saja ada haiwan buas dan berbisa, mungkin saja kita boleh tersesat di sana dan terjatuh di curam yang sangat dalam … atau kita terlalu penat untuk mendaki …. semua itu….. tidak mustahil akan terjadi dan berbagai macam – macam kemungkinan…!”.

Tertunduk sayu sambil di kelopak mata Noor bertenang jernih air mata “Ternyata demikianlah , sayang ……. Mungkin tidak semua orang boleh mendakinya, 
Sayang…”  “Hanya sekadar cinta tidak menjamin kita kuat bila berhadapan dengan segala yang kita akan tempuh betulkan abang?..” Sambung Noor... 

Lalu Haz tersenyum, “Tahukah dinda ….. pada dasarnya semua orang mampu untuk mendakinya ….. hanya tinggal dirinya saja ….apakah ia berniat atau tidak …..….tentu saja semua itu tak lepas dari takdir Allah … yang mengizinkan diri manusia itu untuk dapat mencapai puncak itu….!”

Hening sesaat … gadis itu hanya terdiam saat kekasih hatinya menjelaskan hal itu padanya. Lalu Haz melanjutkan percakapannya , “Dinda , mengertikah kamu …. Apa yang ku maksud dari semua penjelasan abang tadi ?
”, Tanya Haz pada isteri kesayangannya itu. Wajah Noor memandang wajah Haz suami tercinta tepat ke bibirnya dan singgah ke kumis nipis dengan serius sambil cuba mencari maksud tersembunyi dari apa yang suaminya katakan itu, lalu gadis itu menggelengkan kepala lalu dengan wajah yang sayu. 

“Itulah pernikahan …..” , jawab Haz diringi dengan senyum manisnya. Terpaku seketika dalam diam Noor mengerutkan kening sebagai tanda tak mengerti dengan ucapan Haz itu. Haz meneruskan penjelasannya agar isteri tercinta mengerti apa yang tersimput di hatinya...
“Ya ….. bila sepasang kekasih yang belum menikah atau masih di alam cinta dia akan merasakan hal yang sama saat melihat gunung itu dari kejauhan……begitu indah dan seakan-akan menggambarkan sebuah harapan yang indah dimata mereka….!”.

“Namun manakala mereka mulai mendekati gunung itu maka mereka akan mulai takut dan cemas ….. apakah mereka mampu untuk mendaki menuju puncak harapan itu !”.
“Gunung yang tadi indah ….. kini telah berubah menjadi bebatuan yang tajam dan curam dengan segala macam ancaman……baik haiwan buas mahupun yang berbisa dan sebagainya……..itulah awal dari suatu pernikahan, wahai adinda ku sayang ”.


Kata – kata Haz membuatkan Noor terpanah dihati kecil gadis manis pilihan hatinya itu sungguh mendalam dan tidak terfikir olehnya sebelum ini, yang mula mengerti maksud dari kata-kata hati suami yang terlalu di sayanginya.

“ Sanggupkah kita mendaki puncak harapan itu abang?
” ,Tanya gadis manis itu penuh keraguan. 

“Takdir Allah memang telah tertulis, adindaku ……. Namun Iapun mengatakan takkan mengubah nasip manusia kecuali manusia itu mahu berusaha dan berdoa pada-Nya…….. itu keyakinan pertama saat kita akan memulai semuanya , sayangku !”

“ …. Lalu itulah maksud mengapa manusia tidak dapat mendaki puncak harapan itu seorang diri, kerana ia memerlukan teman dalam hidupnya …… bergandingan tangan , saling menjaga, saling mengingatkan, saling memperhatikan, saling memberi semangat, saling menghibur …… intinya adalah saling berbagi rasa dalam kebersamaan , sayangku !” , kata Haz kepada kekasih hatinya meyakinkan isteri yang amat di sayanginya itu dan memandang mata Noor sedalam-dalamnya.

Lalu Noor menitiskan air mata ….. bukan air mata kesedihan tapi air mata kebahagiaan dan mengucapkan syukur pada Allah , “Terima kasih Ya Allah ….. Engkau telah menciptakan seorang insan yang kini sah suamiku yang terbaik untukku …….. bersamaku kelak….. menjalani hidup menuju puncak harapan yang sudah didepan mata..
”
Like Entry

Jumaat, 8 Julai 2011

Pesona Cinta Di Sebalik Mutiara Kata..


Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"


MOGA ALLAH PELIHARA RUMAHTANGGA KAMI DI BAWAH PAYUNG RAHMATNYA.. DILINDUNGI DARI DICEMARI DAN DIKOTORI DENGAN FITNAH, HASAD DENGKI DAN IRIHATI MANUSIA.. DI PELIHARA KETEGUHAN CINTA SEBAGAIMANA KESETIAAN YANG DIANUGERAHI DALAM CINTA RASULULLAH KEPADA ISTERINYA.. AMIN..
Like Entry

Khamis, 30 Jun 2011

KEHEBATAN ISTERI DI SUDUT MATA SUAMI..

Hari ni saya ada terbaca note dari FB.. Suke sangat sebab saya dapat pengajaran dan pelajaran daripada sini.. Moga sama2 kita dapat berkongsi ilmu dan menjadikan diri kita (isteri) sebagai pelengkap suami.. Dapat pelihara diri daripada berperasaan kepada orang lain (suami yang telah beristeri atau lelaki bujang apatah lagi duda).. Menjaga tatasusila perbualan dengan bukan mahram demi memelihara perasaan dan maruah suami/diri.. Memelihara maruah diri, maruah suami, anak2, harta benda dan keperluan suami.. Moga Allah S.W.T membantu saya dalam memperbaiki diri menjadi isteri yang solehah.. InsyaAllah.. 
Dream of it!


“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah S.W.T dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai. Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud…

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.” Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung… 

“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya… 

Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW…

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”
Like Entry

Rabu, 22 Jun 2011

Mengapa Hawa Diciptakan Saat Adam Sedang Tidur.. Wallahualam

Sama2 kita berkongsi ke arah kebaikan dan panduan dalam memperbaiki kehidupan ini.. Moga kita dapat memberikan yang terbaik kepada suami atau isteri membina Mahligai Kebahagiaan.. InsyaAllah..    

     Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

 Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.
Mari renung2kan.. Wallahualam..

Like Entry

Jumaat, 10 Jun 2011

Wanita dan Isteri

“YA ALLAH, KAMI BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, KAMI BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, KAMI BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN KAMI BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUK KAMI PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTUSYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Apa yang saya ingin bincangkan secara terperincinya berkisar hanya pada insan yang bernama isteri. Isteri adalah wanita yang diciptakan oleh Allah dengan penuh keistimewaannya. Allah menciptakan fitrah wanita itu dihiasi dengan adab yang sopan, tutur kata yang melembutkan jiwa yang mendengarnya, serta tindakan yang lemah lembut mampu mencairkan insan yang diberi nama lelaki. Betapa mulianya insan ini. Tangannya mampu menggoncang dunia biarpun lembut mengayun buaian. 

Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" -Hadis Riwayat Muslim
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

Justeru sekiranya isteri  menghadapi fitnah wanita tentang suaminya hendaklah berlapang dada dan yakin kepada Allah S.W.T bahawa  Allah S.W.T akan memberi kemenangan kepada mereka dalam membina kebahagiaan rumahtangga yang hakiki..


 Malahan sebagai isteri hendaklah memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah rumah tangga yang sakinah. Telah Allah jadikan makhluk di atas muka bumi ini berpasangan. Seperti jua lelaki, dikurniakan perempuan sebagai pasangan.
Tidak ada manusia menginginkan wanita yang buruk akhlaknya sebagai pendamping diri dalam melayarkan sebuah bahtera agung. Perempuan yang solehah adalah idaman setiap lelaki yang soleh. Allah SWT telah berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah An-Nur’; 26)
Itulah janji Allah kepada kita, kaum hawa. Jadilah kita ini penyejuk kepada suami yang soleh, sayap kiri kepada sebuah rumah tangga yang bahagia disusuli dengan iman dan Islam. Lelaki juga akan memilih wanita untuk dikahwininya juga atas dasar agamanya, imannya dan akhlaknya. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Andai pemilihan atas dasar kekayaan, pasti suatu hari itu akan lenyap. Andai pada dasar kedudukan, pasti kedudukan itu akan jua digugurkan. Jika pada kecantikan, kecantikan itu jua akan hilang seiring dengan usia yang meningkat.
Isteri bertanggungjawab menjaga kebajikan si suami dengan memberi kebahagiaan kepadanya. Tugas seorang isteri memang juga tidak dinafikan tersangatlah penting kerana isteri juga memikul tanggungjawab seorang ibu.
Isteri adalah teman yang paling hampir dengan suami. Isteri yang solehah adalah penawar racun hati seorang suami.
Isteri juga adalah tempat suami berkongsi masalah dan jua tempat berbincang. Patuhilah suami selagi tidak menyalahi syariat Islam. Carilah redha Allah itu dalam redha suami. Jadilah kita golongan hawa ini sebagai penenang buat adam yang halal bagi kita. Janji Allah itu pasti.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)” (Riwayat Ahmad.)
InsyaAllah.. Wallahualam..
Like Entry

Khamis, 9 Jun 2011

Khususan Ila Para Suami..

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia pasangan.. Suami adalah pelengkap kepada kekurangan isteri, begitu juga dengan isteri yang menjadi pelengkap segala kekurangan suami.. Saling mempercayai dan melengkapi adalah asas bahagia dalam berumahtangga.. Sungguhpun saya masih baru dalam memahami dan menikmati kehidupan berumah tangga namun atas rasa tanggungjawap saya nak jugak berkongsi sedikit ilmu yang mungkin bermanfaat untuk saya dan kalian.. Semoga ia juga menjadi tatapan buat suamiku.. InsyaAllah..

 
Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Siti Khadijah
tidaklah setaqwa Siti Aisyah
pun tidak setabah Siti Fatimah

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punyai cita cita
ingin menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban hidup bersama
isteri menjadi tanah dan kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman dan kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya
isteri adalah murid dan kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil dan kamulah tempatnya bermanja

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhati-hatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita akan perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha ingin menjadi soleh...

Amin.. Wallahualam
Like Entry

Ahad, 5 Jun 2011

Romantika Pasangan Rencah Dalam Rumahtangga!

Untuk para pengantin dan para suami, isteri.. Cam ne nak kekalkan sikap romantik supaya lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Harus sebenarnya sikap romantik dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan makin bertambah dan terus bertambah. Tak kira la walaupon dah beranak 1, 2, 3 atau seramai netball team.. Ada jugak pasangan yang jadikan gangguan anak-anak malah cucu-cucu sebagai alasan untuk x bersikap romantika ngan pasangan.. Alasannye maluuuuuuuuuuuuuu la anak2 or cucu2 nengok nanti.. Hihihi.. Sebenarnya bila anak2 tengok mak ayah dorang hepi together dengan bersifat romantika selalu antara masing2 hati anak2 da tentu berbunga2.. Silap2 haribulan jadi idola kepada mereka untuk selalu romantik sesama pasangan.. Tak ke bagus gitu.. Apepon romantik tuh bukanlah topik penting untuk pasangan yang dah berumahtangga.. Cuma tu satu kredit untuk mereka terus mengekalkan keseronokan dalam kehidupan rumahtangga.. Ada saja kejutan yang dibuat! Kalau anda pandai kejutan xsemestinya everyday (Koyak pulak poket).. Oh.... No, no, no xsemestinya kejutan tu nak kena pakai duit.. Macam2 kamu leh uat untuk kekal romantik bersama pasangan.. 
Contohnya! 
(1) Lipstick di cermin (Tulisan I LOVE U!) di pagi hari b4 hubby masuk ke bilik air.. 
(2) Menyepah atas katil (Taburan bunga atas katil b4 hubby masuk titoooo) 
(3) Hilang dalam umah (Main semunyik2 masa hubby balik dari keje..Kakakaka) 
(4) Perut Muncit (Masakan best2 masa hari minggu) 
(5) Gatai manja (Kissing hubby masa menonton TV or whatever) 
(6) Dll.. Banyak lagi kamu leh pikir okey! Sila berfikir sendiri ye.. Ini contoh saja..
Jum baca skit tentang:
Petua mengekalkan sifat romantik
Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik
yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan. Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Jangan pulak biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas
di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan
Ciuman mesra – Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri
mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah.
Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami
meneruskan kehidupan.

Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan
kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”,
“I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada
lama atau sekejap, jauh atau dekat.

Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang
disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang
amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.
Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal
perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan
bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin
bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan,
seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan
tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda
melindungi.

Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri –
Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya
sensitif.

InsyaAllah dengan berkat doa dan munajat kepada Allah sifat ini dapat dikekalkan dalam diri dan hidup hepi ending ever after.. Berdoa agar dijadikan Bidadara atau Bidadari yang akan menanti kalian di Syurga.. InsyaAllah, Wallahualam..
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com