Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label Info Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Agama. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2011

Panduan Solat Istikharah


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
   

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. 
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
Photobucket

Like Entry

Rabu, 26 Oktober 2011

5 pesanan yang perlu diingati dalam menjalani kehidupan dunia..

Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kebetulan saya terbaca tentang artikel ini... Ia sangat berguna buat saya dan mungkin juga untuk kalian.. Kadang2 kita tidak perasan bahawa beberapa perkara dan perkataan kita lakukan boleh menyinggung perasaan orang lain.. Justeru cepat2 la kita memohon kemaafan sekiranya kita pernah berkata sesuatu yang tidak elok apatah lagi berburuk sangka kepada orang di sekeliling kita kerana Allah melaknati sifat manusia yang berburuk sangka kepada umatnya yang lain tanpa menyedari keburukan itu mungkin ada di selinap diri masing2.. Wallahualam.. Jum baca..




Umat Islam perlu sentiasa mengingati pesanan Nabi Muhammad s.a.w agar berwaspada dengan tipu daya nikmat dunia. Atas sebab itu, lima pesanan Rasulullah perlu diingati demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat agar tidak tergelincir daripada landasan Islam yang diredai Allah s.w.t.

Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya berhubung perkara berikut:

1. Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. 
Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah. 
Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.” 

2. Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 

Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat. 

Oleh itu, perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar nikmat akhirat. 

Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.” 

3. Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan. 
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat. 

Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa? 

4. Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga. 

Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. 

Kita terlupa dengan menyebut dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat, jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi). 

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan. 

Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.” 

Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang. 

5. Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain. 

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya. 

Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan. 

Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.” 

Demikianlah lima pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.

Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.

Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

Photobucket
Like Entry

Rabu, 19 Oktober 2011

Konspirasi menggoyahkan pegangan Islam..


Inilah antara konspirasi yang sedang cuba menggoyahkan pegangan Islam.. Bagi kaum hawa.. Hayati dan renungkan sedalam-dalamnye betapa hebatnya kejadian adam dan hawa..

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Like Entry

Selasa, 11 Oktober 2011

Ingatla.. Allah itu sentiasa bersama kita..

Kata-kata ini saya tujukan buat semua insan yang tergerak hatinya untuk melakukan kejahatan kepada muslim yang lain.. Semoga Allah menutupkan pintu hati kalian agar kembali ke jalanNya.. InsyaAllah.. Ingatlah, kembali kepada agamamu Islam agar kalian dipandu hingga menuju kehidupan yang bahagia dan tenang..

“Seorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram mencemar maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di hati. Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya." 
(HR Tarmizi)

Photobucket
Like Entry

Rabu, 28 September 2011

Panduan Menunaikan Solat

Alhamdulillah.. Teringat pula saya semasa keadaannya di Mekah.. Berbagai2 mazhab kita dapat perhatikan dibawa oleh para jemaah semasa menunaikan solat.. Sebagaimana kami, kami masih mengikut mazhab Syafie.. Jadi mengambil wudhuk dan syarat batal wudhuk juga masih sama tidak berubah.. Hari ini saya terasa ingin berkongsi tentang cara menunaikan solat.. Mudah2an daripada gambaran ini kalian dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada dan dapat memperbaiki segala kekurangan yang tanpa sedar berlaku sewaktu menunaikan solat.. InsyaAllah.. Ilmu yang baik dapat dikongsi bersama untuk kebaikan umat Islam..

Kaifiat Solat : kaifiat solat atau cara melakukan solat boleh diperhatikan di dalam gambar di bawah.

           
Takbiratul ihram : Mengangkat kedua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke arah kiblat dan jari direnggangkan sedikit. Kedudukan ibu jari adalah bersetentangan dengan cuping telinga yang bawah. Bagi orang lelaki tangan direnggangkan keluar dimana ketiak hendaklah dibuka sedikit.

Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehingga paras dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.Doa Iftitah : Selepas takbir sunat membaca doa iftitah kemudian diikuti isti’azah sebelum membaca surah al-fatihah.




Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).

Sunat juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan ke sekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah, melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah'.

Membaca Al-Fatihah : Setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi minassyaitanirrajiim) kemudian baca Al-Fatihah. Al-Fatihah adalah rukun solat.

  

Rukuk: Setelah selesai  Al-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. 
Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan :سبحان ربي العظيم

Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan سبحان ربي العظيم وبحمده

Iktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subhanallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.

  
Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : سبحان ربي الأعلى .Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah وبحمده

  
Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :
رب إغفرلى وأرحمنى وأرزقنى وأججبرنى وأهدنى وعافنى وأعف عنى

Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.

Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ; bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan membaca Al-Fatihah dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca Al-Fatihah.


Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.

 

Duduk ‘tawarruk’ dalam tasyahhud akhir. Duduk tawarruk iaitu duduk di atas tulang punggung kirinya dan hujung kaki kiri dimasukkan di bawah betis kanannya. Kemudian hujung kaki kanannya dilunjurkan kebelakang dalam keadaan berlawanan dengan hujung kaki iftirash.

Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.

Boleh memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash. Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di bawah adalah cara duduk iftirash.

Kemudian membaca Tahiyyat atau Tasyahhud akhir.

 
Salam ke kanan. Ini merupakan rukun solat. Lafaz salam :

السلام عليكم ورحمة الله


Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.

Semoga ilmu ini berguna buat kalian.. :)

Like Entry

Rabu, 21 September 2011

Persepsi Kecantikan

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.


Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.
Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan...

Like Entry

Ahad, 21 Ogos 2011

6 PERTANYAAN ISTIMEWA


Suatu hari seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. ..
Lalu beliau mengajukan enam pertanyaan.. .

Pertama : "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini...???"

Murid-muridnya ada yang menjawab... "orang tua", "guru", "teman", dan "saudara-maranya" ...

Guru menjelaskan semua jawapan itu benar..., Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "kematian".. .Sebab kematian adalah PASTI ada.....

Lalu Guru meneruskan pertanyaan kedua : "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini...???"

Murid-muridnya ada yang menjawab : "negara Cina", "bulan", "matahari", dan "bintang-bintang" ...

Lalu Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar... Tapi yang paling benar adalah "masa lalu"... Siapa pun kita... bagaimana pun kita...dan betapa kayanya kita... tetap kita TIDAK boleh kembali ke masa lalu.. Sebab itu kita harus menjaga hari ini... dan hari-hari yang akan datang..

Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga : "Apa yang paling besar di dunia ini...???"

Murid-muridnya ada yang menjawab : "gunung", "bumi", dan "matahari"...

Semua jawapan itu benar kata Guru, Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU"...Banyak manusia musnah kerana memperturutkan hawa nafsunya...Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu...Karena itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini... jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat)...

Pertanyaan keempat adalah "Apa yang paling berat di dunia ini...???"

Di antara muridnya ada yang menjawab... "baja", "besi", dan "gajah"...

"Semua jawapan hampir benar...", kata Guru .., tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"...

Pertanyaan yang kelima adalah... "Apa yang paling ringan di dunia ini...???"

Ada yang menjawab "kapas", "angin", "debu", dan "daun-daunan" ..

"Semua itu benar...", kata Guru...tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan ibadah"...

Lalu pertanyaan keenam adalah "Apakah yang paling tajam di dunia ini...???"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak... "PEDANG...!! !"

"Hampir benar...", kata Guru tetapi, yang paling tajam adalah "lidah manusia" Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati... dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

Sudahkah kita menjadi insan yang selalu ingat akan KEMATIAN..., senantiasa belajar dari MASA LALU..., dan tidak memperturutkan NAFSU...???

Sudahkah kita mampu MEMEGANG AMANAH sekecil apapun..., dengan tidak MENINGGALKAN IBADAH...., serta senantiasa MENJAGA LIDAH kita...???



Like Entry

Selasa, 9 Ogos 2011

Bila Waktu Telah Berakhir..

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kegigihan akhirnya siap sudah video tentang dakwah saya kali ini.. Sebelum post ke youtube bolehla kalian cuci2 mata dulu ea.. Syukur sangat akhirnya siap sudah yang kedua untuk tatapan hubby dan sesiapa yang berkaitan.. Jum selamat menikmati hidangan halwa telinga dan mata.. :)


Photobucket
Like Entry

Ahad, 24 Julai 2011

Ujian Mendatangkan Berkat..


Ada seorang hamba Allah terlihat akan kepompong seekor kupu-kupu.
Suatu hari ada lubang kecil muncul di sebalik kepompong itu..
Dia duduk dan mengamatinya untuk beberapa jam..
Kupu-kupu itu sedang berjuang dengan memaksa dirinya melepasi lubang kecil itu..
Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba dan berjuang..


Kelihatan dia telah berusaha semampunya dan dia tidak mampu meneruskan lagi percubaan itu..

Akhirnya hamba Allah tersebut membuat keputusan untuk membantunya..
Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa lubang dari kepompong itu..
Alhamdulillah.. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya..
Namun, kupu-kupu itu mempunyai tubuh gelembung-gelembung dan kecil, sayap-sayap mengecut..


Hamba Allah itu terus mengamatinya kerana dia berharap supaya pada suatu saat nanti, sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu mengampu tubuhnya yang mungkin akan berkembang mengikut waktu..
Semuanya tak pernah terjadi...
Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gelembung dan sayap-sayap mengecut...

Dia tidak pernah boleh terbang..

Dari segi perspektif penglihatan nilai, jelasla bahawa hamba Allah itu telah melakukan sesuatu perkara dari kebaikan.. Tetapi sayangnya dari perspektif penglihatan dalaman, kita dapat lihat bahawa timbul ketidak sabaran hamba Allah berkenaan yang menghalang kesempurnaan ciptaan si Kupu-Kupu tanpa memahami bahawa kejadian lubang kepompong yang sangat menguji dan perjuangan yang diperlukan oleh kupu-kupu itu untuk melepasi lubang kecil adalah jalan Allah untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu masuk ke dalam sayap-sayapnya dan sehingga dia akan boleh terbang dan memperoleh kebebasan dari ruang keluar kepompong tersebut.

RENUNGAN :
Kadang-kadang perjuangan adalah yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Allah S.W.T membiarkan kita hidup tanpa diuji, itu mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang semestinya kita mampu. Kita mungkin tidak pernah dapat terbang. 

OLEH ITU:

Saya memohon Kekuatan, dan Allah memberi saya Kesulitan-Kesulitan untuk membuatkan saya kuat.
Saya memohon Kebijaksanaan, dan Allah memberi saya Persoalan untuk diselesaikan.
Saya memohon Kemakmuran, dan Allah memberi saya Otak dan Tenaga untuk bekerja.
Saya memohon Keteguhan Hati, dan Allah memberi saya Bahaya untuk diatasi.
Saya memohon Cinta dan Allah  memberi saya Orang-Orang Bermasalah untuk ditolong.
Saya memohon Kemurahan /Kebaikan hati dan Allah memberi saya Kesempatan-Kesempatan. Saya Tidak Memperoleh Yang Saya Inginkan, 
tapi 
Alhamdulillah.. Saya Mendapat Segala Yang Saya Perlukan.

Syukur Alhamdulillah Allahu Ya Rabbi.. Setiap ujianMu adalah Tarbiyyah untuk ku percaya kepada hikmah-hikmahMu dan setiap perjalanan kehidupanKu adalah aturan milikMu.. Wallahualam..

Yang baik dibalas baik sebaliknya akan mendapat bahagian masing-masing.. MasyaAllah, Wallahualam..



Like Entry

Bersyukur Dengan Setiap KurniaanNya..


Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah S.W.T yang berikan. 
Tetapi 
Apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Jika kita tidak berani menerima segala ketentuan Allah S.W.T bermakna akal dan fikiran kita telah dipengaruhi oleh :


Nafsu Amarah



Bisikan Jin/ Iblis dan Syaitan Laknatullah..
Dendam..


Emosi


Sifat2 Mazmummah hanya boleh menghancurkan rasa bahagia seseorang insan seumur hidupnya.. Justeru itu, sebagai hambaNya perlulah kita mengawal diri dengan memanfaatkan kebijaksanaan akal dan ilmu yang Allah telah kurniakan.. Usah membiarkan emosi dan bisikan syaitan membinasakan kehidupan kita.. Wallahualam.. 

Like Entry

Isnin, 11 Julai 2011

Episod sebuah harapan..



Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat di kalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah. Saya menulis bukan atas dasar menegakkan apa2 ideologi.. Tetapi saya menulis untuk kita menjadikan kehidupan nyata kita sebagai satu nikmat untuk disyukuri.. Saya pencinta keamanan dan kedamaian sebab itu saya berkata2 di maya ini meluahkan kesedihan hati saya tentang kehidupan kita umat Rasulullah S.A.W yang mula hidup berpecah belah.. Kehidupan kini tanpa Rasulullah S.A.W sangat menyedihkan.. Tiada yang sempurna.. Saya akui tetapi tidak salah kalau kita menjalani kehidupan kita untuk memperbaiki diri ke arah kesempurnaan.. Sekalipun sempurna itu Hanya Milik Allah.. Inilah tangisan saya di negara luar yang lalu menjadi kenyataan di negara saya sendiri.. Saya tak pernah menyangka tangisan itu adalah tangisan yang akan menyamai tangisan apabila saya pulang ke negara saya.. Inilah tulisan alam maya saya.. Saya tidak berpihak kepada sesiapa dan ini adalah coretan peribadi apa yang saya rasakan tentang dunia ini sekarang.. Bumi semakin penat menggendong segala macam sifat manusia.. Ape yang penting adalah rasa nikmat itu disyukuri oleh kalian.. Itu saja.. 



Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
 
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat 3 perkara yang Allah S.W.T menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : Allah S.W.T memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. 


Satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W, pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah S.A.W. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"

Kedua : Allah S.W.T melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah S.W.T yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana
umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit .   

Sebuah hadis yang bermaksud :  "Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam"

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga : Allah S.W.T melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti di zaman jahiliah. 

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : "Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya,seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". 

Firman Allah lagi yang bermaksud : "Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah"

Allah S.W.T melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud 

Al-Quran disurah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong di kalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahanam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Same2 la kita berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. 



Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini." 

FirmanNya :

Maksudnya : "Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"

"Seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tentunya memiliki keyakinan bahawa setiap letupan hati, ucapan lisan dan perbuatannya pasti akan ditanya oleh Allah S.W.T di Yaumil Hisab (hari pembalasan) nanti. Oleh itu, mereka akan melakukan setiap perbuatannya sesuai dengan hukum syara’, termasuk dalam aktiviti menyampaikan dakwah.


Yang Baik Dari Allah dan sebaliknya adalah dari kekurangan diri saya sendiri.. Wallahualam.. Berubah ke arah kesempurnaan.. Bacaan ini adalah untuk semua umat manusia untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita seharian.. Jika kita mencermati dan memahami apa yang ada dalam Konsep Islam InsyaAllah segala tindakan dan keputusan akan dikendali lebih bijak sebagaimana cara Rasulullah berdakwah.
Like Entry

Khamis, 7 Julai 2011

Gurauan dan Adab..


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!" Riwayat Abu Daud.

Hari ini saya macam terasa nak buat entry tentang ketawa dan gurauan..  Harap ape yang dikongsi memberi kebaikan kepada kite sume untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. Tapi itu bukanlah alasan kepada orang2 di luar sana untuk tidak mengawal diri dan memperkemaskan diri ke arah kesempurnaan.. Wallahualam.. Walaupon saya ingin perkongsian ini dilihat dalam aspek positif tapi saya akui sebaik mana kita sekalipun, pasti kita akan mempunyai musuh. Walaupun niat kita suci murni, pasti ada yang tidak menyetujui dan sentiasa mencari kesalahan kita.. MasyaAllah..

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang Muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.

Jangan terlalu banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) akan lebih tenang dan tenteram daripada ketawa. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Saidina Ali r.a juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai’e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan. Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mematikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.


Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerunsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula. Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluangkan untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan. Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak-ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Wallahua'lam...
Like Entry

Selasa, 28 Jun 2011

Rahsia Solat disebalik Peristiwa Isra' Mikraj

Ini lah antara ayat Allah S.W.T yang membuktikan berlakunya peristiwa yang terjadi kepada Nabi Muhammad, iaitu Israk & Mikraj. 
Israk bermaksud perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis (Palestin). Manakala, definisi bagi Mikraj ialah perjalanan naik dari Masjidil Aqsa naik ke langit ke-7 hingga sampai di Sidratul Muntaha dan terus naik menerima jemputan Allah s.w.t kepada kekasih-Nya untuk menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Sumber : Mr Google (Masjid Al Aqsar)*Perkongsian Ilmu: Difahamkan Maksud masjidil aqsa adalah seluruh kawasan-kawasan yang meliputinya...termasuk binaan, hatta kawasan lapang, di bawah pokok dan sebagainya di kira sbagai masjid al-aqsa. jika bersolat di mana2 ruang tersebut mendapat pahala berlipat 500 kali ganda. Jika ingin kesahihan sewajarnya dirujuk kepada ulama dan imam yang berkenaan. Wallahualam..

Peristiwa seperti ini bukanlah atas sebab saja2 Allah s.w.t mengangkat Nabi Muhammad ke langit, tetapi rakan sekalian, ia disebabkan, antaranya : 

(1) Tahun itu merupakan Tahun Dukacita Bagi Nabi Muhammad SAW, dimana isteri dan bapa saudaranya meninggal dunia.

Secara ringkasnya, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu Muhammad SAW dari bumi hingga ke langit. Tetapi peristiwa dibelah memang antara yang unik. Setelah dibelah, diambil hatinya lalu dibasuh dengan air zam-zam. Hatinya kemudian dimasukkan/disemai dengan Iman, Islam, Hikmah, Ilmu, Berani dan Sabar. Bayangkanlah rakan sekalian, Nabi SAW yang hendak bertemu dan berdepan dengan Allah S.W.T, perlu mempunyai hati sedemikian tadi itu. Tapi kita, orang2 biasa, nak jumpa Tuhan melalui solat pun, entah tentu entahkan tidak. Soal ikhlas perlu dijawab dahulu. Hanya Allah S.W.T saja yang tahu dan boleh menilai keikhlasan solat hamba2nya.. Baiklah sahabat sekalian, nak baca lagi tak... Jum teruskan..

Perjalanan Nabi Muhammad ketika diisrak mikrajkan, kita pun sudah sedia maklum bahawa ia terjadi pada satu malam dan dikatakan hanya berlaku dalam tempoh 4 jam sahaja. Tentu sahaja perjalanan itu memerlukan sebuah kenderaan yg canggih dan berteknologi tinggi, Namun, ini lah antara kekuasaan yang hendak ditunjukkan Allah swt. Menggunakan sejenis makluk yg bernama `Buraq' di sepanjang perjalanan nabi. Buraq ini wahai rakan sekalian, adalah binatang unik dari Syurga. Kelajuannya dikatakan sejauh mata memandang. Dan ketika Nabi Muhammad saw hendak naik ke langit, tiba2 baginda ternampak ada bebola api sedang menuju ke arah mereka. 
Lantas baginda bertanya kepada Jibril,
"Wahai Jibril, apa benda yg berapi2 itu ? "
Bayangkan lah kawan2, contohnya kita tengah jalan kaki pegi kedai waktu mlm. Tiba2, toleh belakang je, ada bola api meluru kpd kita! Tak tahu lah nk buat apa, tapi majoritinya mesti bertindak balas yg sama, iaitu lari.. Tapi sebenarnya xmustahil jugak ada yang pikir 'Oh My God! Sape yang anta sihir kat aku ni???' hehehe..

Back to the topik haa..
Jibril pun menjawab, 
"Itulah dia Jin Ifrit yg membawa obor api utk menghalang perjalanan kita." Akhirnya, Jin Ifrit yg ingin menghalang itu, terbakar terkena obor api yg dibawa sendiri itu.
Hehe.. boleh jugak la kalau nak kata orang yang mengata dan memburuk2kan perbuatan orang lain tapi rupanye dia jugak berbuat perkara yang sama.. Allah S.W.T tu kan Maha Adil.. Adehhh.. Lari topik lagi..


Dipendekkan ceritanya, baginda pun melalui 7 lapisan langit yg menemukan baginda dgn 8 roh nabi yg tertentu. Dan akhir sekali, baginda tiba di Sidratul Muntaha yg merupakan destinasi terakhir yg turut menemukan Nabi Muhammad SAW dan Allah S.W.T. Disini pun kita sedia maklum, Allah S.W.T telah pun memerintahkan Nabi dgn solat 50 waktu. Sewaku baginda ingin turun ke lagit ke-6, baginda ditegur oleh Nabi Musa AS, agar meminta kpd Allah S.W.T semula, mengurangkan waktu solat. Setelah lama berulang-alik, akhirnya termaktublah, bahawa Umat Nabi Muhammad SAW diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam. 

Sebenarnya, peristiwa sebegini bukanlah hanya sekadar utk kita perdengarinya sahaja. Tetapi, ia sudah tentu sebagai peringatan, renungan dan juga ujian utk kita sebagai muslim sejati. Peristiwa2 yg dihadapi Baginda Rasulullah SAW, tidak lain tidak bukan disertai dgn iktibar dan pengajaran. Antaranya : Nabi SAW terlihat orang yg tidak mampu memikul kayu, tetapi kayu yg dipikulnya terus ditambah. Inilah sahabat2 sekalian, balasan bagi mereka yg tidak amanah dn tamak kuasa. Nabi SAW melihat manusia terus-menerus memecah kepalanya dgn batu. Apa sebabnya?! Inilah balasan bagi mereka yg malas untuk solat. Dan Nabi SAW juga melihat manusia menggunting lidah menggunakan gunting api neraka dn bercantum semula. Inilah akibatnya, utk mereka yg berdusta, ckp besar, keji lagi kasar!

Namun begitu wahai sahabat2ku sekalian, 
Perkara yg hendak ditekankan disini ialah tentang SOLAT. Solatlah perkara yg mula2 sekali akan ditanya di akhirat. Dan kerana itu, Rasulullah SAW sendiri bertemu dan berdepan dengan Allah S.W.T, menandakan betapa besarnya kelebihan, kemuliaan dan tanggungjawab supaya kita menjaganya, sebagai muslim sejati! 


Wallahualam.. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sebaliknya adalah dari hamba itu sendiri.. Subhanallah Maha Suci Allah S.W.T yang menciptakan langit, bumi dan seluruh alam semesta..

Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com