Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Memaparkan catatan dengan label Joke. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Joke. Papar semua catatan

Khamis, 7 Julai 2011

Patut ka anak menguasai Ibu atau Bapa? ;)

Mak salu pesan.. Kena hormat dengan orang tua.. 

Kalau kite berdoa untuk dapat anak pon mesti kita akan doakan agar anak yang akan dilahirkan menghormati ibu bapa dan orang2 yang lebih tua.. Nanti jadi macam citer "Anakku Sazali" pulak.. Sangat Kejammmm..

Jum layan sikit gambar2 yang dipetik dari sumber seorang bloggers.. Tq for give me the idea untuk buat kalian tersenyum dalam kegeraman.. Geramnye.. Geramnyee... 

Adakah anda ingin menguasai ibu atau ayah anda dengan cara begini??? Oh no Man! 





Sian kan Mak dan Ayah mereka.. Apepon ini hanya teknik gambar oleh Paul Rikpe..
Like Entry

Ahad, 7 Februari 2010

Wajah-Wajah Cuteeeeeeeeeeeeee sangatttttt...

Yummmmyyyy... Iklan Meeeeeeeee..... Huhuhu..

Ini style untuk baby alaf baru yer.. Agak2 mummy & daddy yang ada berani tuh leh la bagi baby u all try.. Huhuhu..

Ni nak mamam sampai mata terbelalak.. Bahaya nih.. Hehehe

Be careful.. T telinga baby tercabut kena gigit..
Wah.. Bulat seh.. Cute nyer.. Kuat ke lari tuh..
Comei nyer bibir tuh.. Macam ada ketumbil.. Hehehe..
Aiyoookkk.. Terkojut yer kena snap picture!
Daddy.. Tak mau la potong pendek2.. Uwaaa.. Nanti tak encem..
Nih sume daddy punyer pasal.. Terpaksa pakai topi sebab rambut dah kontot.. :(
Hahaha.. Tanah nih sesuai untuk topi kamu..
Mummy.. Semalam saya nampak Alien turun dari langit.. Matanyer macam nih....
Mummyyyyyy.. Malas lah nak pergi tandas.. Kat bilik ni pon boleh kan nak u'uk....
Iyaaaarrrgghhh.. "Nah! Rasakan! Semalam ko gigit tangan aku kan."
Wah! Naik gelongsor dah macam terkena renjatan letrik nih!
Hahaha.. Gigi baru tumbuh nih..
Hahaha.. Gigi akupon baru tumbuhlah.. Lagi comei..
Mummy.. Nak itot... Sampai ati tinggalkan dalam nih.. Rasanya macam dalam penjara je.. Uwaaaa..
Amacam bro?? Still standing?? Huahuahua..
Hahhhh? Comel sangat rambut awak cam tuh! Terpanjat kite..
Mummy.. nape tinggal kite cam ni.. Bontot kite dah cejuk ler.. Uwaaaa.. Tolon la cam ne nak turun..
Lar.. Patutlah Mummy g mandikan adik kat daput..
Nak men ragbi tak? Mau cabaran lebih hebat! hehehe..
Huuuaaarrrghhhh! Ngantuk la tunggu daddy siap uat keje.. Tito jerlah kat sini..
Lalalala... UUUUUuuuu.. Syoknyer lagu dikir barat nih.. hehehe..
Urmmm.. Ni anak dara nih.. tapak kakinyer merah lagi.. ;P Tapi len macam jer tapaknyer..
Cenyum lah sikit... Ni marah kat mummy ke marah kat pelukis nih??? Hahaha..
Wahhhh.. Syok seh bersantai.. Sib bek kepala dah besar skit.. kalau tak tenggelam jer.. huhuhu..
Wanna cook everything?? Owhhh My God! Please mummy.. Something wrong with you if this happened.
Hahhhhhh? Mummy nak masak abg?? Owh My God!
Huuuuaaaarrgghhhh! Mane daddy nih? sume owg dah balik.. Cepatlah datang amik..
Hah.. Yang ni Mohammad Nadzmi Irfan... Hehehe.. Ni anak k.Ngah, Kakak 'si dia'.. So sweeeettt... Baru lepas mandi..
Hah.. Jangan tiru aksi ini yer di rumah.. Hanya insan2 terpilih je yang berani buat.. Huhuhu.. Kecik2 dah elastik irfan nih! Cute..

Like Entry

Rabu, 18 November 2009

Hah.. Kena Dah!


Dalam jam lebih kurang 1045 pagi aku menghala ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.. Hurm.. kebetulan terasa nak lalu jalan masjid.. Nak dapat berkat sikit lah katakan.. ;> Tetiba sampai di traffic light aku terpandang satu kemalangan di sudut jalan bertentangan.. Agak terkejut lah.. Selama aku berada di Putrajaya aku lum pernah lahi la ditunjukkan dengan kejadian kemalangan jalan raya.. Rasa2 ini 1st time aku tengok dengan mata sendiri accident di kawasan Putrajaya.. Urm.. Tak sangka lah.. Kebetulan lak polis trafik ngah jaga kat depan.. Aku pon mintak tolong lah member sebelah snap posisi yang baik nak nampak lebih jelas. Saksikanlah olehmu.. Sedih gak bila aku tengok ada dak pompuan ngah terduduk kat tempat pejalan kaki.. Aku agak keta tuh salah satunya mesti milik dia.. Kesian sangat.. Tapi benda dah nak jadi kan.. Redha jelahh..
Polis trafik : Hurm.. Teruk gak aku tengok bumper depan keta nih.. Terlondeh jerk.. Mau beribu gak lah kalau nak di repair..

Encik A : Tulah pasal.. saya pon dah pening tengok bumper nih macam nih.. Dah lah tengah bulan nih.. Gaji pon tak masuk g.. Parah!!

Polis trafik : Mesti mahal kan keta nih ko beli.. Bulan2 ko bayar berapa nih?

Encik A : Urm.. Mahallah kot.. Bulan2.. Urm.. Ni bukan keta saya ni Encik.. Saya penonton je tadi.. Saya tengok sportrim keta ni cantik je.. Tuh yang saya nak tengok dari dekat nih..

Polis trafik : Lor.. @#*&*U*$@^*(&*()*&$%@*&%*(^!! Hampeh tol!


Like Entry

Rabu, 5 Ogos 2009

Lawak King Kong..

CITA-CITA MENCARI CINTA
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.
“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.
Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.


DI SEBALIK WAJAH MAYAT
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”
Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”
Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”
Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”


SAMAN TETAP SAMAN
Al kisah satu peristiwa yang hingga kini menghantui diri Husin (bukan nama sebenar). Kisahnya bermula sewaktu dia sering berulang alik dari kerja ke rumahnya di Kampung Tak Bernama (tiada dalam peta malaysia). Hampir dikatakan shif kerjanya (kerja kilang) adalah waktu malam dan sepanjang perjalanannya akan menyusuri hutan.
Nak dijadikan cerita sedang si Husin ni syok menunggang tetiba dia ditahanla dengan pihak polis... Yang peliknya bawak xlaju pon, helmet dia pakai, baju pon warna terang, lesen ada, road tax pon belum mati.. Polis tu mintak dia parking tepi sebab melakukan kesalahan yang boleh membahayakan nyawa. Semakin bingung Husin dibuatnya.. Polis tuh siap dah kua buku saman dah nih.. Husin semakin panik sebab dia percaya dia xda salah pon..
Husin : Encik Polis, nape nak tahan2 nak saman saya ni encik???
Polis : Awak dah lakukan satu kesalahan yang boleh membahayakan nyawa.
Husin : Kenapa pulak?? Cuma Encik Polis tengok diri saya, motor saya, lesen, road tax sume orait jerk..
Polis : Apepon awak kena setel saman ni..
(Polis tuh pon menyerah saman kepada Husin)
Polis : Masalahnya kesalahan ni daripada penumpang belakang awak nih yang xpakai topi keledar....
Husin : Penumpang??? Mane saya bawak penumpang..
Polis : Abes nih sape??
Sekilas saja Husin menoleh ke belakang nyer mengilailah si pontianak
"Hhhhhhheeeeeeeeeeeeee.. heeeeeeeee.....heeeeeeeeeee....."
dan terus terbang menghilang ....
Husin : Pergh!! Bengang nye aku! Kalau yer pon nak tumpang pakailah helmet!

BAD CHICKEN! BAD CHICKEN!
Somewhere 30k feets above the ground on the Gulf Air punya flight.
makan time..
crew: chicken or beef?

passenger: chicken.crew: here u go.. enjoy!
2mins later..
passenger: wut a bad chicken u gave to me!?!!

crew: bad chicken?
passenger: yes! have a look. how can i eat this thing!?!!
crew: oh. 1sec, sir.
crew ambil ayam dari kaserol, dia angkat tinggi2, sambil tampar2 macam kita tampar orang.. sambil berkata,
crew: bad chicken! bad chicken! bad chicken! dan meletakkan elok2 kembali dalam kaserol.

crew: well, i guess ur chicken’s behaved now.. (sambil berlalu)

BERTERIAK SERENTAK!
Dua orang kanak-kanak jatuh ke sungai dan mereka tidak pandai berenang. Salah seorang dari kanak-kanak itu berteriak, “Tolong, Tolong”.
Rakannya yang lain berkata, “Mungkin lebih baik kalau kita berteriak serentak.”
“Idea yang bagus,” jawab rakannya dan dia mulai berteriak,
“Serentak!!, serentak!!.”


ILYAS DAN BERUS GIGI
Anak buah saya si Ilyas menjerit dari dalam bilik air dan kemudiannya datang kepada saya lalu memberitahu, ” Pakcik, berus gigi saya terjatuh ke dalam mangkuk tandas“.
Saya kemudian menggunakan penyepit dan mengambil berus giginya keluar dari mangkuk tandas tersebut lalu mencampakkan kedua dua berus gigi dan penyepit tadi ke dalam tong sampah.
Ilyas berdiri disamping saya buat seketika dan kelihatan seperti sedang berfikir. Tidak lama kemudian dia mengambil berus gigi saya dan makcik Palina lalu berkata, “Kalau begitu, Pakcik patut buang kedua dua berus gigi ni jugak sebab minggu lepas berus gigi ni pun jatuh dalam mangkuk tandas!“.


Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com