Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Setelah genap azam selama 5 tahun (2012-2017) Alhamdulillah hanya tinggal satu perkara yang belum dapat dicapai. Saya buat azam terus untuk tempoh 5 tahun. Jadi x la setiap tahun nak kena renew. Hehehe.. 5 Azam ni saya tulis masa bulan Januari 2012.
(1) Kerjaya Gred 44
(2) Anak 2 orang
(3) Tanah
(4) Perniagaan SSM
(5) Saving >RM25k
Cume ada seperkara yang tak dapat di capai iaitu saving RM25k. Memandangkan kami telahpun memiliki rumah sendiri di Putrajaya jadi saving tu memang susah sikit nak capai dalam masa terdekat. Tapi tetap dikira hutang 1 azam.. (So kita merahkan dulu ye supaya tak syok sendiri semasa berbelanja) Nampaknya azam ni akan dibawa ke 5 tahun ke depan lagi.
Azam untuk 5 tahun ke depan lagi saya takkan tunjukkan. Nanti tahun 2023 dah abes tempoh azam baru saya share kan. Itupun jika Allah izinkan panjang umur lagi. Apepon bercakap tentang azam, saya dan suami sedang berusaha untuk menyelesaikan segala tunggakan2 dari aspek kewangan. Jadi azam tentang saving tu ada sedikit terganggu buat masa ini. Semoga dengan niat penghijrahan baru bagi tahun 2018 ini kami dapat selesaikan apa yang tertangguh.