Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Selasa, 9 Julai 2013

Wahai anakandaku Zehra Humayraa.. Inilah kisah kelahiranmu.

4 Julai 2012 jam 8.00 malam

Ummi, ayah ngan cik yang (adik) pergi buat scan baby di kpmc kajang.. Semuanye ok dan doktor mimi siap tunjukkan 4d pergerakan baby.. (without charge it hokey!) ummi tanye berapa anggaran berat baby n dimaklum hampir 1 kg.. Sumenye ok dan dalam keadaan baik saja termasuklah kandungan ketuban dan uri da ok semula.. 
___________________________________________________________________________________

5 Julai 2012 jam 4.00 pagi 

Ummi masih belum tidur.. Ummi masih tegar menyiapkan tempahan coklat untuk pelanggan.. Tempoh penghantaran semakin dekat.. Memandangkan ummi minat dengan aktiviti pembuatan coklat ini ummi sampaikan sanggup ambil tempahan yang boleh tahan beratusnya.. Itupon ummi JV dengan kawan ummi yang sama2 juga sedang sarat mengandung.. Time kasih banyak jun! Maybe juga kerana disebabkan hasil itu adalah untuk keperluan tambahan untuk anak ummi nanti. Tambahan pula ummi nak bersalin kat swasta.. Bukan disebabkan ummi ni ber wang atau nak jaga standard! Tapi sebenarnye disebabkan ummi dan ayah nak jaga privacy kami. Jadi nak anak ummi disambut oleh doktor wanita bukan LELAKI.. Bukan keselesaan saja yang dicari sebab bagi ummi Hospital kerajaan pon bagus bergantung pada tempat juga.. Tapi isu nya adalah Hospital Kerajaan kebanyakannya doktor lelaki dalam bidang O&G...Kalau dapat perempuan pon mungkin nasib menyebelahi.


Credit photo: A&A HomeChocolate 


Ummi xsempat nak amik gambar sebab da kena admit.

Jam 6.00 pagi 

After solat subuh ummi lelap sekejap di sofa. Lagi beberapa jam ummi da nak kena pergi kerja.. Adik sedang berehat menghilangkan keletihan setelah membantu ummi menyiapkan urusan packaging chocolate. Hurmmm nampaknya ada lagi 200 pack perlu disiapkan (400 biji)... So ummi plan akan sambung esok pulak sebab ummi cadang nak amik cuti tapi xdapat sebab masalah tertentu.. Tetibe sedang ummi bersiap ummi terasa seperti sesuatu mengalir deras.. Ummi rasa pelik dan terus bangkitkan ayah sedang tidur lepas menemani ummi di ruang tamu sepanjang malam penyiapan coklat... Pagi tu ayah akan bertolak ke jb outstation.. Semakin lama semakin tak henti2 mengalir.. Dengan rasa panik ummi mintak ayah hubungi kak ngah ayah untuk dapatkan kepastian apakah itu.. 

Jeng jeng jenggg.. 

Rupenye itu air ketuban!!! Oh Ya Allah!! Apakah????? 

Ummi semakin panik dan sehelai sepinggang ke spital. Ayah da lari2 comel pergi amik keta dan ummi laju je jalan macam xdak ape2 pulak.. Yela, sakit tidak apa tidak tetibe je.. Di ruang Labour Room, doktor sahkan air ketuban sudah semakin sikit.. Ummi akan dibedah tapi risiko anak sangat tinggi kerana berat dijangka kurang dari 1kg.. Ummi da mesej ayah kat luar dan sedih sangat bile ummi ngintai ayah kat lua.. Doktor cakap perlu bersalin hari ni jugak sebab sangat berisiko tapi tiada jaminan pada baby.. Ummi bertambah sebak sebab ummi da pernah kehilangan yang sulung dulu.. Kemudian dari pagi ummi berkampung di spital putrajaya sampai la ke magrib tiada ape2 pon yang boleh dibuat.. Ventilator xdak. Doktor bertugas maklumkan kalau xda terpaksa hantar ke sg petani samada ibu dan baby atau baby sahaja!!!! Ya Allah!! Tergamak nyerr.. Doktor beritau lagi bahawa lebih selamat baby berada di dalam saja dan tidak keluar dulu.. Apepon ummi redha cume ummi tetap berusaha mempertahankan maruah ummi untuk x disentuh doktor lelaki tanpa keperluan.. Alhamdulillah mungkin doa ummi Allah makbulkan.. Setiap hari ummi mohon agar dipelihara peribadi ummi dari pandangan doktor lelaki dan semakin hari semakin bimbang sebab due date adalah pada tarikh hari lahir ummi dan sekaligus pernikahan adik ummi (cik memey).. Setiap hari puas ummi search Hospital Swasta yang harganya x terlalu mahal sebab ummi hanya nakkan wanita yang menyambut anakanda. Begitu pesanan ayah supaya ummi selalu menjaga diri, maruah dan keluarga.

Jam 5.00 ptg ummi mula rasa sesuatu yang datang kejap2.. Adakah ini contraction??? MasyaAllah!!! Sakit! Dalam 15 minit rasa sakitnye kemudian hilang.. 5 minit ummi dapat rehat.. Kemudian datang lagi sama juga masanye.. Sebab jam depan mata.. Dengan xmakan dari pagi, dan disuruh berpuasa terus sebab ingin dibedah ummi bertarung lagi.. Contraction berlaku sampaila ke pukul 6 petang.. Akhirnye ummi dapat lelap walaupon sekejap.. Darah masih lagi mengalir bersama air ketuban.. Ayah masih setia disisi ummi di labour room.. Kemudian doktor bertugas tersebut memaklumkan bahawa di hospital kajang ada standby ventilator n incubator.. Ummi dan ayah da xkesah da asalkan anak ummi selamat.. Walaupon ramai yang kata hospital tu x best buruk dan crowded termasuklah ummi.. Tapi ummi redha je.. Mungkin da tertulis begitu..
___________________________________________________________________________________

6 Julai 2012 jam 7.00 pagi

Ummi masih bertahan dan terus bertahan.. ummi 2 hari xmakan ape2 dan minum.. hanya drip saja.. lemahnye Allah saja yang tahu.. Ayah risau bukan kepalang.. bile waktu melawat ummi nampak ada sinar di mata ayah.. Ummi sebak sebab ayah perlu berulang alik untuk uruskan ummi yang entah bile dibenarkan melahirkan.. semakin hari semakin rindu pada ayah dan anak dalam kandungan.. walaupun hari2 n tiap kali waktu melawat ayah x pernah missed peluang sampaikan tilam tidur ayah adalah kerusi batu di hospital. :') Terima kasih ayah! Ummi selalu beritahu ayah ummi nak ayah bersama bila ummi melahirkan.. Setiap kali ayah melawat ummi akan minta maaf segala salah silap dan mohon halal makan dan minum.. 
___________________________________________________________________________________

9 Julai 2012 

Sampai hari ke 5 di Hospital Kajang tibalah masa yang Allah telah tetapkan. Hari tidak hujan.. Ayah melawat ummi petang itu sampai pukul 2.30 petang dan ayah sempat membacakan surah2 sebagaimana yang diminta oleh 'bapa seorang sahabat ummi' di Kota Tinggi sebagai penenang hati dan memudahkan ummi. Air mineral biasa saja..Selepas ayah habis membacanya ayah sapukan dari hujung rambut ummi hingga ke hujung ibu jari kaki.. Kemudian ayah beri ummi minum sikit sebab ummi rasa xselesa di perut. Kemudian Ummi ceritakan kepada ayah bahawa semalam ummi didatangi seorang jururawat tanye mana air selusuh. Tapi ummi hanya senyum dan beritahu semula segala yang Allah tetapkan da tersurat. Ummi xperlukan air selusuh, hanya yang ummi perlukan adalah restu mak abah, mak ayah dan suami tercinta. Kemaafan dari keluarga, adik beradik dan rakan taulan. Jadi Jururawat tu hanya tersenyum dan tetap menceritakan tentang pentingnya air selusuh. Ummi hanya mengangguk. Selepas ayah keluar bilik rawatan sebelah LR, ummi ambil Yassin dari bawah bantal.. Emak berikan Yassin tu untuk ummi baca selalu. Jadi petang itu sementara menunggu waktu melawat seterusnya..

Jam 4.30 petang ummi menghabiskan masa ummi membaca Yassin dan surah2 di dalamnya. Rasa tenang sentiasa menguasai diri.. Dan.... UMMI TELAH BERSEDIA andainya hari ini ummi lahirkan anak. Tepat jam 4.30 petang ummi masih menunggu ayah yang masih tidak kunjung tiba.. Sampailah seorang doktor perempuan praktikal check dan tanya macam2. Bile ummi cakap macam ada rs contraction kerap cepat2 dia panggil seorang doktor muda lelaki. Aduuhaiiii... ummi cume berdoa xhenti2 dalam hati mengharapkan bantuan DIA apa yang ummi inginkan sebenarnye. 

Doktor A: "Dia doktor praktikal xkan saya nak lepaskan dia buat VE pada awak. Saya doktor pakar. Awak jangan takut sebab ada nurse2 bersama."

Saya: "Xpelah doktor, saya tunggu jela doktor perempuan"

Doktor A: "Doktor perempuan xda buat masa ni. Habis tu macam mana ni saya ada patient lain lagi tunggu"

Saya: "Xpela doktor.. Kalau ada doktor perempuan Alhamdulillah. Saya tunggu ok. Semuanya DIA da tetapkan"

Doktor A: "Ok. Awak tunggu sekejap saya pergi carik"

Dalam beberapa minit 2 orang doktor wanita bergegas dtg kat ummi. Ummi ingat dia nak marah ummi sebab ummi senyum je kat dia. Then dia ajak ummi g uat VE dan rupenye bukaan da full.. Ummi seperti nak sujud syukur kat situ sebab Allah tlg ummi bagi 2 orang doktor wanita menyambut anak ummi. Syukur Alhamdulillah.. Ummi masuk LR jam 5.00 petang.

Sepanjang proses untuk melahirkan anak ummi ni, ummi lalui pelbagai perkara. 

1st jarum drip nak masuk ke lengan ummi bengkok. 
2nd masuk jarum baru dan sekali lagi bengkok. 
3rd ummi alami kekejangan kaki kiri semasa kepala anak ummi sudah di bawah.
4th ummi alami kekejangan kaki kanan pulok da. Doktor suruh ummi luruskan kaki letak atas. bahunya dan sorang lagi doktor buat rawatan kaki kejang. 
5th ummi melahirkan anakanda tercinta tetapi anakanda ummi tidak menangis.
6th selepas anakanda lahir tiba2 hujan lebat dan atap bunyi berderaian air yang lebat.
7th ayah sampai dan doktor panggil suruh tengok anakanda. Ayah tanye keadaan anakanda dan doktor mengesahkan keadaannya tidak dapat dipastikan dan mungkin 50/100. 

Kemudian salah seorang doktor berkata "Keajaiban apa lagi la yang awak nak buat ni" kepada anakanda ummi.

Alhamdulillah... jam 5.24 petang lahirlah seorang mujahidah comel seberat 1.15kg disambut oleh 2 orang doktor wanita islam yang indah wajahnya. Anakanda terus dimasukkan ke dalam incubator untuk rawatan pelbagai komplikasi. 



Selama hampir 2 minggu ummi struggle untuk anak ummi membesar hingga mencecah 1.8kg++ baru bole discharge.. 

Ummi sangat2 berterima kasih kepada doktor lelaki tersebut yang rela hati mencari doktor perempuan untuk uruskan ummi. Dia x marah ummi sebagaimana doktor lelaki di Putrajaya. Mintak izin suami pon tidak untuk sentuh check lengan ummi sedangkan ayah ada di sebelah ummi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga doktor, jururawat dan pegawai keselamatan di NICU. Jasa kalian tidak akan ku lupe hingga akhir hayat.


Photo di Hospital Hari Raya Pertama 
Like Entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com