Alhamdulillah.. Tahun ini rezeki datang lagi satu persatu.. Kami bersyukur pada Allah S.W.T sekalipun macam2 yang cuba menggoyahkan kami namun Allah Maha Berkuasa.. 'Masjid' yang terbina semakin kukuh dan panorama pemandangan di dalamnya sangat indah dan hanya Allah yang Mengetahuinya.. Syukur pada Allah yang turut memberi rezeki kepada kami CINTA DARI KAABAH.. Kami cukup terharu dengan segala rezeki yang diperturunkan sedikit demi sedikit diiringi dengan tarbiyah yang kami percaya diberi mengikut kemampuan kami.. Tarbiyah itulah kesempurnaan dalam hidup insan berumahtangga.. :)
Semoga apa yang dihadiahkan olehNya ini dapat menjadi insan sempurna yang akan menyambung amalan-amalan kami serta sunnah2 Rasullullah.. Juga yang akan mewarisi agama kami (agama Islam) dan akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat..
Setiap hari hubby tidak putus2 membacakan Al-Fatihah kepadanya dan semakin sejuk terasa dia berada di dalam.. Semoga Allah memberi kesihatan dan kecergasan yang baik kepada ku dan dia..
'dia' lah CINTA DARI KAABAH..
Buat semua sahabat2 seperjuangan saya yang masih menanti kehadiran insan istimewa di sisi hayatilah mutiara indah ini.. Sesungguhnya yang terbaik hanyalah dari Allah buat hamba2nya..
"Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga." ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan