Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Rabu, 28 September 2011

Panduan Menunaikan Solat

Alhamdulillah.. Teringat pula saya semasa keadaannya di Mekah.. Berbagai2 mazhab kita dapat perhatikan dibawa oleh para jemaah semasa menunaikan solat.. Sebagaimana kami, kami masih mengikut mazhab Syafie.. Jadi mengambil wudhuk dan syarat batal wudhuk juga masih sama tidak berubah.. Hari ini saya terasa ingin berkongsi tentang cara menunaikan solat.. Mudah2an daripada gambaran ini kalian dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada dan dapat memperbaiki segala kekurangan yang tanpa sedar berlaku sewaktu menunaikan solat.. InsyaAllah.. Ilmu yang baik dapat dikongsi bersama untuk kebaikan umat Islam..

Kaifiat Solat : kaifiat solat atau cara melakukan solat boleh diperhatikan di dalam gambar di bawah.

           
Takbiratul ihram : Mengangkat kedua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke arah kiblat dan jari direnggangkan sedikit. Kedudukan ibu jari adalah bersetentangan dengan cuping telinga yang bawah. Bagi orang lelaki tangan direnggangkan keluar dimana ketiak hendaklah dibuka sedikit.

Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehingga paras dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.Doa Iftitah : Selepas takbir sunat membaca doa iftitah kemudian diikuti isti’azah sebelum membaca surah al-fatihah.




Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).

Sunat juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan ke sekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah, melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah'.

Membaca Al-Fatihah : Setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi minassyaitanirrajiim) kemudian baca Al-Fatihah. Al-Fatihah adalah rukun solat.

  

Rukuk: Setelah selesai  Al-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. 
Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan :سبحان ربي العظيم

Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan سبحان ربي العظيم وبحمده

Iktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subhanallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.

  
Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : سبحان ربي الأعلى .Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah وبحمده

  
Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :
رب إغفرلى وأرحمنى وأرزقنى وأججبرنى وأهدنى وعافنى وأعف عنى

Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.

Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ; bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan membaca Al-Fatihah dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca Al-Fatihah.


Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.

 

Duduk ‘tawarruk’ dalam tasyahhud akhir. Duduk tawarruk iaitu duduk di atas tulang punggung kirinya dan hujung kaki kiri dimasukkan di bawah betis kanannya. Kemudian hujung kaki kanannya dilunjurkan kebelakang dalam keadaan berlawanan dengan hujung kaki iftirash.

Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.

Boleh memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash. Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di bawah adalah cara duduk iftirash.

Kemudian membaca Tahiyyat atau Tasyahhud akhir.

 
Salam ke kanan. Ini merupakan rukun solat. Lafaz salam :

السلام عليكم ورحمة الله


Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.

Semoga ilmu ini berguna buat kalian.. :)

Like Entry

Rabu, 21 September 2011

Persepsi Kecantikan

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.


Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.
Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan...

Like Entry

Isnin, 19 September 2011

Khasiat Kurma Ketika Mengandung


Hari ini saya terbaca tentang 1 artikel mengenai kurma.. Kurma sangat berguna bukan sahaja untuk Mummy To Be tapi untuk semua orang.. Kurma ni ada macam2 jenis.. Tak kesah pon mane2.. Cume saya dan hubby gemar kurma nabi/ajwa.. Kurma nye comel2 tapi rasanye memang sangat enak.. Mungkin sebab itu Rasulullah S.A.W gemar kurma ini.. Rasanye agak lembap2 dan tidak terlalu kering.. Warna pula agak gelap.. Harga pula agak mahal kerana kurma ini antara kurma yang berkualiti..


Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA



Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Like Entry

Isnin, 12 September 2011

Cinta dari Kaabah milik Allah..

Alhamdulillah.. Tahun ini rezeki datang lagi satu persatu.. Kami bersyukur pada Allah S.W.T sekalipun macam2 yang cuba menggoyahkan kami namun Allah Maha Berkuasa.. 'Masjid' yang terbina semakin kukuh dan panorama pemandangan di dalamnya sangat indah dan  hanya Allah yang Mengetahuinya.. Syukur pada Allah yang turut memberi rezeki kepada kami CINTA DARI KAABAH.. Kami cukup terharu dengan segala rezeki yang diperturunkan sedikit demi sedikit diiringi dengan tarbiyah yang kami percaya diberi mengikut kemampuan kami.. Tarbiyah itulah kesempurnaan dalam hidup insan berumahtangga.. :)

Semoga apa yang dihadiahkan olehNya ini dapat menjadi insan sempurna yang akan menyambung amalan-amalan kami serta sunnah2 Rasullullah.. Juga yang akan mewarisi agama kami (agama Islam) dan akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat.. 

Setiap hari hubby tidak putus2 membacakan Al-Fatihah kepadanya dan semakin sejuk terasa dia berada di dalam.. Semoga Allah memberi kesihatan dan kecergasan yang baik kepada ku dan dia.. 
'dia' lah CINTA DARI KAABAH..


Buat semua sahabat2 seperjuangan saya yang masih menanti kehadiran insan istimewa di sisi hayatilah mutiara indah ini.. Sesungguhnya yang terbaik hanyalah dari Allah buat hamba2nya.. 

‎"Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga." ♥

Photobucket
Like Entry

Isnin, 5 September 2011

Indahnya ikatan suci..


Nukilan ini buat suami tercinta.. Kasih antara kita yang tidak pernah luntur walaupun ujian mengiringi.. Alhamdulillah.. Berkat kesabaran dan kepercayaan kita sampai di sini jua dan InsyaAllah dengan kehadirannya nanti lebih membawa makna dalam Islam.. :)


Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu, Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim, Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman, Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …


Photobucket
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com