Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Selasa, 9 Julai 2013

Wahai anakandaku Zehra Humayraa.. Inilah kisah kelahiranmu.

4 Julai 2012 jam 8.00 malam

Ummi, ayah ngan cik yang (adik) pergi buat scan baby di kpmc kajang.. Semuanye ok dan doktor mimi siap tunjukkan 4d pergerakan baby.. (without charge it hokey!) ummi tanye berapa anggaran berat baby n dimaklum hampir 1 kg.. Sumenye ok dan dalam keadaan baik saja termasuklah kandungan ketuban dan uri da ok semula.. 
___________________________________________________________________________________

5 Julai 2012 jam 4.00 pagi 

Ummi masih belum tidur.. Ummi masih tegar menyiapkan tempahan coklat untuk pelanggan.. Tempoh penghantaran semakin dekat.. Memandangkan ummi minat dengan aktiviti pembuatan coklat ini ummi sampaikan sanggup ambil tempahan yang boleh tahan beratusnya.. Itupon ummi JV dengan kawan ummi yang sama2 juga sedang sarat mengandung.. Time kasih banyak jun! Maybe juga kerana disebabkan hasil itu adalah untuk keperluan tambahan untuk anak ummi nanti. Tambahan pula ummi nak bersalin kat swasta.. Bukan disebabkan ummi ni ber wang atau nak jaga standard! Tapi sebenarnye disebabkan ummi dan ayah nak jaga privacy kami. Jadi nak anak ummi disambut oleh doktor wanita bukan LELAKI.. Bukan keselesaan saja yang dicari sebab bagi ummi Hospital kerajaan pon bagus bergantung pada tempat juga.. Tapi isu nya adalah Hospital Kerajaan kebanyakannya doktor lelaki dalam bidang O&G...Kalau dapat perempuan pon mungkin nasib menyebelahi.


Credit photo: A&A HomeChocolate 


Ummi xsempat nak amik gambar sebab da kena admit.

Jam 6.00 pagi 

After solat subuh ummi lelap sekejap di sofa. Lagi beberapa jam ummi da nak kena pergi kerja.. Adik sedang berehat menghilangkan keletihan setelah membantu ummi menyiapkan urusan packaging chocolate. Hurmmm nampaknya ada lagi 200 pack perlu disiapkan (400 biji)... So ummi plan akan sambung esok pulak sebab ummi cadang nak amik cuti tapi xdapat sebab masalah tertentu.. Tetibe sedang ummi bersiap ummi terasa seperti sesuatu mengalir deras.. Ummi rasa pelik dan terus bangkitkan ayah sedang tidur lepas menemani ummi di ruang tamu sepanjang malam penyiapan coklat... Pagi tu ayah akan bertolak ke jb outstation.. Semakin lama semakin tak henti2 mengalir.. Dengan rasa panik ummi mintak ayah hubungi kak ngah ayah untuk dapatkan kepastian apakah itu.. 

Jeng jeng jenggg.. 

Rupenye itu air ketuban!!! Oh Ya Allah!! Apakah????? 

Ummi semakin panik dan sehelai sepinggang ke spital. Ayah da lari2 comel pergi amik keta dan ummi laju je jalan macam xdak ape2 pulak.. Yela, sakit tidak apa tidak tetibe je.. Di ruang Labour Room, doktor sahkan air ketuban sudah semakin sikit.. Ummi akan dibedah tapi risiko anak sangat tinggi kerana berat dijangka kurang dari 1kg.. Ummi da mesej ayah kat luar dan sedih sangat bile ummi ngintai ayah kat lua.. Doktor cakap perlu bersalin hari ni jugak sebab sangat berisiko tapi tiada jaminan pada baby.. Ummi bertambah sebak sebab ummi da pernah kehilangan yang sulung dulu.. Kemudian dari pagi ummi berkampung di spital putrajaya sampai la ke magrib tiada ape2 pon yang boleh dibuat.. Ventilator xdak. Doktor bertugas maklumkan kalau xda terpaksa hantar ke sg petani samada ibu dan baby atau baby sahaja!!!! Ya Allah!! Tergamak nyerr.. Doktor beritau lagi bahawa lebih selamat baby berada di dalam saja dan tidak keluar dulu.. Apepon ummi redha cume ummi tetap berusaha mempertahankan maruah ummi untuk x disentuh doktor lelaki tanpa keperluan.. Alhamdulillah mungkin doa ummi Allah makbulkan.. Setiap hari ummi mohon agar dipelihara peribadi ummi dari pandangan doktor lelaki dan semakin hari semakin bimbang sebab due date adalah pada tarikh hari lahir ummi dan sekaligus pernikahan adik ummi (cik memey).. Setiap hari puas ummi search Hospital Swasta yang harganya x terlalu mahal sebab ummi hanya nakkan wanita yang menyambut anakanda. Begitu pesanan ayah supaya ummi selalu menjaga diri, maruah dan keluarga.

Jam 5.00 ptg ummi mula rasa sesuatu yang datang kejap2.. Adakah ini contraction??? MasyaAllah!!! Sakit! Dalam 15 minit rasa sakitnye kemudian hilang.. 5 minit ummi dapat rehat.. Kemudian datang lagi sama juga masanye.. Sebab jam depan mata.. Dengan xmakan dari pagi, dan disuruh berpuasa terus sebab ingin dibedah ummi bertarung lagi.. Contraction berlaku sampaila ke pukul 6 petang.. Akhirnye ummi dapat lelap walaupon sekejap.. Darah masih lagi mengalir bersama air ketuban.. Ayah masih setia disisi ummi di labour room.. Kemudian doktor bertugas tersebut memaklumkan bahawa di hospital kajang ada standby ventilator n incubator.. Ummi dan ayah da xkesah da asalkan anak ummi selamat.. Walaupon ramai yang kata hospital tu x best buruk dan crowded termasuklah ummi.. Tapi ummi redha je.. Mungkin da tertulis begitu..
___________________________________________________________________________________

6 Julai 2012 jam 7.00 pagi

Ummi masih bertahan dan terus bertahan.. ummi 2 hari xmakan ape2 dan minum.. hanya drip saja.. lemahnye Allah saja yang tahu.. Ayah risau bukan kepalang.. bile waktu melawat ummi nampak ada sinar di mata ayah.. Ummi sebak sebab ayah perlu berulang alik untuk uruskan ummi yang entah bile dibenarkan melahirkan.. semakin hari semakin rindu pada ayah dan anak dalam kandungan.. walaupun hari2 n tiap kali waktu melawat ayah x pernah missed peluang sampaikan tilam tidur ayah adalah kerusi batu di hospital. :') Terima kasih ayah! Ummi selalu beritahu ayah ummi nak ayah bersama bila ummi melahirkan.. Setiap kali ayah melawat ummi akan minta maaf segala salah silap dan mohon halal makan dan minum.. 
___________________________________________________________________________________

9 Julai 2012 

Sampai hari ke 5 di Hospital Kajang tibalah masa yang Allah telah tetapkan. Hari tidak hujan.. Ayah melawat ummi petang itu sampai pukul 2.30 petang dan ayah sempat membacakan surah2 sebagaimana yang diminta oleh 'bapa seorang sahabat ummi' di Kota Tinggi sebagai penenang hati dan memudahkan ummi. Air mineral biasa saja..Selepas ayah habis membacanya ayah sapukan dari hujung rambut ummi hingga ke hujung ibu jari kaki.. Kemudian ayah beri ummi minum sikit sebab ummi rasa xselesa di perut. Kemudian Ummi ceritakan kepada ayah bahawa semalam ummi didatangi seorang jururawat tanye mana air selusuh. Tapi ummi hanya senyum dan beritahu semula segala yang Allah tetapkan da tersurat. Ummi xperlukan air selusuh, hanya yang ummi perlukan adalah restu mak abah, mak ayah dan suami tercinta. Kemaafan dari keluarga, adik beradik dan rakan taulan. Jadi Jururawat tu hanya tersenyum dan tetap menceritakan tentang pentingnya air selusuh. Ummi hanya mengangguk. Selepas ayah keluar bilik rawatan sebelah LR, ummi ambil Yassin dari bawah bantal.. Emak berikan Yassin tu untuk ummi baca selalu. Jadi petang itu sementara menunggu waktu melawat seterusnya..

Jam 4.30 petang ummi menghabiskan masa ummi membaca Yassin dan surah2 di dalamnya. Rasa tenang sentiasa menguasai diri.. Dan.... UMMI TELAH BERSEDIA andainya hari ini ummi lahirkan anak. Tepat jam 4.30 petang ummi masih menunggu ayah yang masih tidak kunjung tiba.. Sampailah seorang doktor perempuan praktikal check dan tanya macam2. Bile ummi cakap macam ada rs contraction kerap cepat2 dia panggil seorang doktor muda lelaki. Aduuhaiiii... ummi cume berdoa xhenti2 dalam hati mengharapkan bantuan DIA apa yang ummi inginkan sebenarnye. 

Doktor A: "Dia doktor praktikal xkan saya nak lepaskan dia buat VE pada awak. Saya doktor pakar. Awak jangan takut sebab ada nurse2 bersama."

Saya: "Xpelah doktor, saya tunggu jela doktor perempuan"

Doktor A: "Doktor perempuan xda buat masa ni. Habis tu macam mana ni saya ada patient lain lagi tunggu"

Saya: "Xpela doktor.. Kalau ada doktor perempuan Alhamdulillah. Saya tunggu ok. Semuanya DIA da tetapkan"

Doktor A: "Ok. Awak tunggu sekejap saya pergi carik"

Dalam beberapa minit 2 orang doktor wanita bergegas dtg kat ummi. Ummi ingat dia nak marah ummi sebab ummi senyum je kat dia. Then dia ajak ummi g uat VE dan rupenye bukaan da full.. Ummi seperti nak sujud syukur kat situ sebab Allah tlg ummi bagi 2 orang doktor wanita menyambut anak ummi. Syukur Alhamdulillah.. Ummi masuk LR jam 5.00 petang.

Sepanjang proses untuk melahirkan anak ummi ni, ummi lalui pelbagai perkara. 

1st jarum drip nak masuk ke lengan ummi bengkok. 
2nd masuk jarum baru dan sekali lagi bengkok. 
3rd ummi alami kekejangan kaki kiri semasa kepala anak ummi sudah di bawah.
4th ummi alami kekejangan kaki kanan pulok da. Doktor suruh ummi luruskan kaki letak atas. bahunya dan sorang lagi doktor buat rawatan kaki kejang. 
5th ummi melahirkan anakanda tercinta tetapi anakanda ummi tidak menangis.
6th selepas anakanda lahir tiba2 hujan lebat dan atap bunyi berderaian air yang lebat.
7th ayah sampai dan doktor panggil suruh tengok anakanda. Ayah tanye keadaan anakanda dan doktor mengesahkan keadaannya tidak dapat dipastikan dan mungkin 50/100. 

Kemudian salah seorang doktor berkata "Keajaiban apa lagi la yang awak nak buat ni" kepada anakanda ummi.

Alhamdulillah... jam 5.24 petang lahirlah seorang mujahidah comel seberat 1.15kg disambut oleh 2 orang doktor wanita islam yang indah wajahnya. Anakanda terus dimasukkan ke dalam incubator untuk rawatan pelbagai komplikasi. 



Selama hampir 2 minggu ummi struggle untuk anak ummi membesar hingga mencecah 1.8kg++ baru bole discharge.. 

Ummi sangat2 berterima kasih kepada doktor lelaki tersebut yang rela hati mencari doktor perempuan untuk uruskan ummi. Dia x marah ummi sebagaimana doktor lelaki di Putrajaya. Mintak izin suami pon tidak untuk sentuh check lengan ummi sedangkan ayah ada di sebelah ummi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga doktor, jururawat dan pegawai keselamatan di NICU. Jasa kalian tidak akan ku lupe hingga akhir hayat.


Photo di Hospital Hari Raya Pertama 
Like Entry

Contest "Ramadhan Choc 2013"



Syarat Penyertaan :

(1) Like Page "Coklat Hazazie Co."

(2) Share Iklan ini.

(3) Komen di iklan "Saya nak coklat sempena Ramadhan"

(4) PM gambar anak/anak saudara/anak kawan (dengan syarat atas keizinan pemilik) - Gambar ini akan dimuat turun ke dalam folder khas.

(5) Dapatkan 'like' terbanyak gambar anda.


Pengadilan:

Contest ini diadili oleh 3 orang Juri Bebas yang dilantik oleh Admin. 4 peserta yang berjaya mengumpul 'Like' terbanyak akan diadili oleh Juri berkenaan. Keputusan Juri adalah muktamad.

Tempoh Pengadilan:

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Syawal 1434H (10 Ogos 2013) dengan justifikasi pengadilan.

Tarikh penyertaan :

2 Ramadhan 1434H hingga 25 Ramadhan 1434H
(11 Julai 2013 hingga 3 Ogos 2013)

*Note: Gambar yang kreatif tetapi tidak mendapat 'like' terbanyak akan dipertimbangkan untuk diadili oleh Juri Bebas. "Like" terbanyak tidak semestinya akan menjadi pemenang kerana terdapat 4 peserta lain yang akan dinilai. Tidak dibenarkan "Fake profile" (Seorang peserta hanya layak satu penyertaan sahaja)

Like Entry

Rabu, 12 Jun 2013

1st Solid Food Zehra Humayraa bersama Shake n Take ayah...

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... bersawang betul da blog usang ni...

Sejak Zehra Humayraa lahir, ummi da lama tak menulis. Mungkin masa yang ada tu ummi dah tak rasa apa2 yang nak dikongsi.. :)

Catatan ini buat anak ummi bile dah besar nanti.. Inilah permulaan solid food buat awak Zehra Humayraa.. Sejak ummi beli Shake n Take dan sekaligus membantu ayah jadi pengedar SnT (Sambilan jek.. hihihi.. mahap bos uat keje sambilan maklumlah kos hidup sekarang da makin tinggi..) ummi memang rajin sikit la nak mem puree makanan2 Zehra Humayraa.. Tapi nak snap gambar memory phone asik full jerk.. Ntah bile nak update untuk tambah memory.. Segala bagai boleh sumbat lagi dalam phone tuh..

Berbalik pada kisah mem puree, ni adalah puree yang keempat untuk anakanda kami.. Memang dia suke.. Habis sampai menjilat bekas dan sudu.. (Statement rekaan ummi, walhal makan pon bersuap.. hihihi)

1st ummi potong2 dadu pumpkin then ummi steam dalam multicooker..



2nd ummi blend dalam Shake n Take.. Teksturnya jangan cakaplaaaaa... Memang halusssss (macam rambut Harith Iskandar.. Ada ke rambutnyaaa???) xda kena mengena langsung ummi ni.. Kalau buat karangan nak 150 patah perkataan memang ummi da berjaya rasanya..



3rd ummi cuci SnT tu dengan air biasa... Agak2 dalam 3,4 kali tukar air la.. So da siap da xyah dok merap alatan xberbasuh (orang kata kalau malas basuh pinggan dan tinggalkan sampai ke pagi soknye akan mewarisi kepapaan).. Statement ni pulak ummi kenal dr zaman skolah dulu.. Ntah sape ntah yang cakap.. Tak ingat mak ke along ntah.. Hahaha... Tapi kadang2 ada jugakla ummi letih sangat ada la jugak yang xsempat cuci.. tapi mungkin sekadar peringatan melatih diri jadi rajin sikit la (play safe.. sedapkan ati)


4rd boleh la dihidangkan dan dengan muka yang over excited untuk menyuakan resepi ni untuk anakanda... Sebelum Zehra Humayraa makan ummi kena test dulu panas or tak.. Agak2 sedap kena makan dulu dalam 2,3 sudu baru Zehra bole makan.. (bukan apa kot2 la tetibe ummi kempunan kan so 2,3 sudu pon ok la.. sharing kan loving.. lalala)


Inilah wajah2 comel (agak2 la kan) anak ummi masa makan makanan kegemaran dia (Solid food -puree) pada usianya 8 bulan c.a 6 bulan.

 1st day.. Ni adalah puree epal 1st solid food puree buat Zehra Humayraa.. Tapi sebab hari 1st lupe ummi nak amik gambar buat kenangan so boleh la selit kat sini.. Hihihi..


2nd day 



3rd day..


Lepas makan tidooooooo.. Ni hari yang ketiga makan puree pumpkin.. Patotnya buat 4 rule days.. Tapi ummi sukati ummi je buat jadi 3 days..


Note: Untuk tempahan Shake n Take boleh la hubungi 03-88614803 untuk pertanyaan atau ke 

Page FB :


Photobucket
Like Entry

Selasa, 18 September 2012

Anugerah Terindah..

Alhamdulillah... Syukur dengan kelahiran Zehra Humayraa binti Hazran pada 9 Julai 2012.. 


Genap sebulan Zehra Humayraa..




Photobucket

Like Entry

Khamis, 21 Jun 2012

Bercuti di Cameron Highland Pengubat Duka!



Alhamdulillah.. Keinginan untuk ke Cameron Highland akhirnya tertunai.. So cuti yang da ambil dulu telahpun ditunda ke tarikh 7 Disember - 9 Disember tahun lepas.. Kalau tak trip yang sepatutnya tu, pada penghujung bulan Oktober tahun lepas.. Tapi  terpaksa dibatalkan dan booking full payment juga hangus begitu sahaja.. Tapi disebabkan percaya kepada segala ketentuan dan hikmah dari Allah redha saja.. Xpela..

Pada 7 Disember tahun lepas hari yang bahagia dapat bersama hubby menikmati keindahan alam semulajadi di Cameron Highland ni.. Kami melalui jalan yang mudah dan agak selamat.. Walaupon agak jauh dari exit Tapah dalam 46km tapi janji jalan tu mudah dan xda la nak muntah2 nanti.. Alhamdulillah syukur.. Jalan exit Simpang Pulai ni lebar.. xla teruk sangat.. Berbanding exit di Tapah yang dikatakan agak curam dan bengkang bengkok, sempit dan terpaksa berhimpit dengan kenderaan lain bila berselisih.. kalau sesama kereta xapa.. Tapi bayangkan kalau sesama lori2 buah dan sayur.. Dari elok2 boleh sampai cepat tapi jadi lambat pulak bila kena 'que'.. 


HARI PERTAMA



So ini antara koleksi2 gambar yang boleh dipaparkan.. Sebenarnya terlalu banyak gambar2nya mencecah sampai 200 keping.. Tapi takut u all xlarat je nak baca n tengok..Huhuhu..

Percutian kali ini merupakan percutian mengubat duka hati yang sedih setelah kehilangan anakanda tersayang kami.. Jadi sebagai mengubat hati hubby spend his money again untuk isterinya ini merawat kekecewaan yang lalu.. 



Kami menginap di Rosa Pasadena Hotel selama 3H2M..


 Seronok xterkata sebab inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Cameron Highland.. Pulak tu bersama yang tercinta.. Masa kami pergi ni musim sejuk hujan renyai2 jugakla.. Tapi Alhamdulillah waktu kami ingin bergambar dan menikmati pemandangan hujan xda la turun.. Dapatlah snap banyak gambar.. Cume banyak yang sorang2.. Walaupon bawak 'tripod camera' tapi masalah yang melanda pulak lupa bawak charger kamera.. Da terpaksa sekat2 nak bergambar berdua sebab hampir kehabisan bateri kamera.. Yang lain2 menggunakan enfon hubby untuk bergambar..


Kami bawa bekalan dari rumah untuk makanan tengahari.. Masa ikan belanak asam pedas dan sayur kailan.. Siap bawak nasik lagi u.. So lunch kami agak lewat sebab sampai lambat dalam pukul 3.00 petang selepas check in di Hotel dan makan pon dalam bilik.. Sume peralatan makan kami bawak.. Konon nak alar2 romantik la tu.. Gedik tak hengattttt.... 


Memandangkan saya 1st time nak pegi, hubby pon bawaklah macam kura2 kerana kami sendiri nak menikmati suasana sejuk kat luar.. Bukak tingkap seluas2nya dan keluarkan tangan.. Hahahaha.. Sungguh jakun betul.. Tapi bila keluarkan tangan memang terasa macam ada percikan2 air membasahi tangan (mungkin awan sejuk sebab berkabus manjang).. Tapi bila pegang tapak tangan xpulak basah.. Indah ciptaan Allah.. 














Sempat pulak bergambar kat depan cermin sebelum meronda di Pasar Malam berdekatan 
Hotel Rossa Pasadena...



HARI KEDUA 

Hari keesokkannya selepas b/fast  kami dapat ke Ladang Teh di kala hujan tidak turun.. Seronok sangat sebab tiap kali nak kua berjalan je hujan berhenti.. Syukur Alhamdulillah... Jalan menuju ke ladang teh ni makkkk aiiiiiii... Sangat berliku2 macam ular dipalu.. sangat2 mencabar.. Kalian yang menaiki kenderaan sendiri perlu memastikan hon berfungsi dengan baik.. Jadi masa melalui lorong2 sempit yang berliku2 itu boleh menggunakan 'hon kenderaan' sebagai signal pada kenderaan bertentangan di hadapan ok.. Berhati2 amat perlu jika melalui lorong2 seperti ini sebab jalan agak sempit.. :)




Pemandangan sekitar Ladang Teh, Cameron Highland memang best sangat2 tambahan pula awan dipenuhi dengan kabus tebal (musim hujan renyai jadi sejuk sangat2)










 

















Selesai bergambar di Ladang dan Kilang Teh Boh, kami singgah membeli durian yang dijual oleh orang asli.. kekeke.. Cuaca di atas terlalu sejuk so hubby cadang leh la mam durian.. Hubby amik durian kembar..




Seterusnya, kami ke Ladang Strawbery pulak.. Jangan sangka kat sana ada satu (1) saja ladang strawbery.. Sebenarnya bersepah2.. Pilih je mana nak masuk..








Kemudian kami ke satu taman bunga (lupela pe nama lokasinye... Kat dalam tu ada kedai cenderahati untuk printing segala bagai gambar2 kita.. Tak kira la kat atas jubin ke, cawan ke, bantal ke, frame ke, piring ke, dll.. Siap amik gambar kat sini untuk buat kenangan.. Editing sekali.. Masa ni da xda keje lain rasanye nak membazir.. Huhuhu




Malam itu kami mencarik Restoran untuk hidangan makan malam sebagaimana yang dimaklum oleh kawanku Dina.. Tqsm dina for ur guidance.. Katanya sini sedap untuk western food.. Untuk memanaskan badan kami pon meninjau2 takut salah jalan or tersesat (cewwwaaaahh..)





Kat sebelah Restoran ni ada kedai cenderahati.. Kami singgah sekejap dok melaram ape yang ada kat situ.. Hihihi.. Harganya bole tahan.. So kami xbeli pon pape kat situ..
  



Malam tu kami singgah pulak pasar malam.. Memang borong sakan la segala macam buah bagai dan barang2 kecil2an untuk anak buah..



Ni peta hasil rompakan pamplete di Hotel kami menginap yer.. Leh la kalian jadikan panduan bile nak ke Cameron Highland nanti.. Just crop dan print.. ;)




HARI KETIGA


Pagi tu awal2 kami da b/fast sebab masih xpuas berjalan dan bergambar sakan.. 

Tengok! sikit je kan makan.. Sebenarnye tu baru 1st round.. Hihihi..





After b/fast kami round lagi sampai naik ke puncak Strawbery Park Hotel.. Dari atas nun di sana leh nampak luas pemandangan Cameron.. Bestttttt...












Kemudian kami round lagi ke Strawbery Farm yang lain pulak.. ;)















Seterusnya kami ke Hutan Lipur ini pula..












Seterusnya kami ke alamak!!! Lupa nama tempatnya.. Tapi memang kat tepi jalan la menghala ke jalan kami lalui (Simpang Pulai).. Bukan menghala ke Tapah yer..




Berlawan mata bagai dengannya..




Cemburu punye pasal.... :P





Kemudian kami ke Strawbery Farm yang lain lagi.. Wahhhhh... Penat jugak kaki tapi memang nak balun sume tempat.. Kat sini boleh pick strawbery ikut bape banyak awak mahu.. Tapi sekali entry RM20 dan bole hanya bape gram saja petik.. Selebihnya kena tambah.. Tapi puas hati sebab masih freshhhh.. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Hotel Equatorial.. Check it out!!!
  






Kemudian balik bersoping xhengattttt, kami balik ke hotel dan bersiap2 untuk mandi dan bawak sume barang2 yang telah di pack ke dalam kereta.. Selepas check out kami singgah lagi sekali ke ladang Teh sebab nak round sume tempat kat situ dan menghabiskan saki baki wang yang ada... Hahahaha.. Siap sanggup panjat tangga yang betapa jauhnya nak sampai ke atas restoran dan kilang.. Kali ni kerana parking di atas da penuh kami pon redha la park di bawah.. Sambil2 dapat jugak menghirup udara pagi yang segar dengan hijauan teh sekeliling kami.. ;)





Kami membeli teh di Kedai Boh sebab ari tu 1st day xsempat nak pegi.. 



Last snap before berangkat pulang...



Masa perjalanan balik pulak kami siap berpatah balik ke belakang semata-mata nak beli madu asli yang lebih murah ditawarkan oleh orang asli.. Yehaaaaaa... Dapatla harga lebih murah dalam RM20 untuk sebotol daripada RM40.. :) Pandai hubby bodek orang asli tu.. So kami amik madu yang warnanya gelap sikit tuh.. Katanya bagus untuk tenaga.. Kalau madu tualang untuk selsema.. Kami grab sebotol je.. Tapi bile balik sampai rumah kami menyesal xbeli lebih.. hihihi.. 




Kami memang rancang nak pegi lagi cume tak tahu je bila.. Apepon memang seronok sebab pegi musim hujan (tapi xla lebat pon masa tu).. Yang best lagi bila bercakap ngan hubby ada kepul2an asap kua dari mulut.. cewaaaaahhh.. asik tiup2 banyak kali depan hubby menunjukkan kejakunan ku.. macam kat 'obesea' la konon nye tuh.. hihihi.. 


Barang2 yang kami dapat hasil sumbangan kepada pihak2 yang berkaitan di Cameron Highland sana akan di upload kemudian sebab saya tak bawak kamera hari ini.. Hihihi.. 

Kepada yang berminat ke Cameron Highland boleh la carik masa yang sesuai.. Jangan pulak pergi waktu musim panas sebab maybe cuaca di atas tu xla sesejuk macam bila musim gerimis mengundang.. Dalam bulan Disember ke bulan Febuari tu maybe masa yang sesuai kot kalau nak nikmati pengalaman dan suasana sejuk macam kami lalui.. Ceeewaaaahhhh... Konon kannnn..
Photobucket
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com