Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Ahad, 19 Jun 2011

Istimewa Buatmu Mucuk!

Semalam saya dan hubby bertungkus lumus menyiapkan koleksi order Father's Day dari customer.. Letih sangat2 badan.. Alhamdulillah syukur hubby turut membantu menghias dan menyumbangkan idea untuk dekorasi  coklat2 tuh.. Adehhhh... Cian hubby bersabar dengan kerenah dan emosi saya.. Mana taknye dari siang sampai la ke malam menguruskan tempahan.. Sebagai tanda penghargaan saya buatkan special gift untuk hubby tercinta.. Kelentang Kelentung dikerjakan di dapur.. Sambil boil coklat sambil decorate hubby punye coklat.. Puas carik nak guna apa la untuk dekorasi.. Sekali terpandangla cawan kegemaran hubby.. Siang malam suke sangat hubby minum dalam mug tinggi tuh.. ;P Dan akhirnya setelah siapkan koleksi strawberi untuk customer saya sempatla dekorasi simple hubby punye coklat.. This Chocolate Decoration Is Not For Sale.. Only For Him! ;) Jum tengok hasilnye.. Habis bersepah ruang dapur dan rumah semata2 nak siapkan dekorasi customer.. Tapi xboleh post dulu nanti da xsurprised untuk pasangan ni.. So layan coklat untuk hubby je k!



Seronok sangat tengok hubby gembira dan tersenyum manja.. Cewahhhh.. Terus dia mam strawberi kat depan mata.. Yang tak tahan tu bile hubby terus ngap bunga tulip kat sebelah kanan tuh.. Hahaha.. Saya tanye napa xcabut dulu, then dia cakap dia geram tengok bunga tuh.. Huhuhu.. Lawak sangat tapi hati berbunga.. Syukur Alhamdulillah bila dia happy..


Nak tengok koleksi2 coklat homemade saya jum singgah sini:

Hazazie Coklat Co.
Like Entry

Jumaat, 17 Jun 2011

Lelaki Ucap Maaf Dapat Buat Jantung Perempuan Sihat


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan hati orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
  
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian khususnya suami dan isteri.
Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf sekiranya saling bersalah. Moga ikatan perkahwinan kembali ceria dan bahagia selamanya..

Wallahualam..
Like Entry

Khamis, 16 Jun 2011

Pernikahan Menghalalkan Hubungan..

Terima kasih banyak pada Serie Muar dan the gangs! Berbekalkan modal yang ada Serie berusaha jugak buat yang terbaik untuk majlis kami.. Alhamdulillah.. Inilah pelamin idaman saya yang simple dan agak menarik bagi saya.. Sangat berbaloi dengan modal yang kami keluarkan.. Sangat2 ye.. Alhamdulillah..


 Keluarga menanti kedatangan si Pengantin Lelaki.. Saya pulak menanti debar di dalam bilik..






Inilah dia bakal my lovely hubby mucuk2.. ;P Alhamdulillah, mungkin inilah jodoh namenya setelah banyak beno rintangannye dalam percintaan kami yang hampir 11 tahun ni.. Sekarang da jadi my hubby da.. :P





  
Kisah di dalam bilik pulak.. Saya dengan andam nye..  Dan jugak dengan kawan2 baik saya.. Bersama saya waktu tu adalah 2 orang kawan baik saye masa di UiTM dulu.. Sangat2 xsangka dowang sanggup turun dari Muar semata2 nak datang hari pernikahan saya! Wow, tq so much dear Lela dan Oya!! Really appreciate them! Dan bersama saya jugak pengapit yang sangat2 setia.. Farha.. Mana saya pegi dia salu ada.. Baik dari menyiapkan doorgift2 saya, makan, tido dan juga yang menginaikan saya.. Saya rasa betul2 macam permaisuri.. Sekarang dia pon baru je melangsungkan perkahwinannya.. Tq so much dear Farha!


Mengintai dulu.. Da sampai upenye.. ;)


After rombongan lelaki tiba, kami dalam bilik pulak yang sesama menggelabah.. Lucu.. Tapi aku da mula gementar.. Kakaka.. Diam jer.. Sib bik la ada 3 orang teman setia menceriakan dan mengekek2 gelak dalam bilik.. Best la u all!!! Sementara hubby mengambil tempat, tok kadi dan abah bole pulak ler masuk ke bilik bagi 'borang'  untuk ditandatangani.. Aiyoo.. Bilik lak bersepah skit.. Rancangan kakak saya, soh saya sendiri yang kena keluar dan duduk kat belakang kadi.. Tapi kadi lagi advance.. Huhuhu.. 






Kisah di luar bilik.. Dup Dap Dup Dap..



Then Kadi soh kami kuar.. Adehhh.. Rupe2nye Hubby belum akad nikah lagi.. Duduk pulak depan dia.. Hurrmm. Lokasi yang ditetapkan tu sangat2 meruntun jiwa.. Menggelabah rupenye hubby bile kite da depan dia.. Mane nak menggoncang tangan lagi, mane nak nengok lagi.. Huhuhu.. 
"Ni hubby yang cakap tau! kakakaka"




So kami decide masuk bilik balik sebab lokasi xstrategik dan boleh mengganggu keyakinan serta konsentrasi hubby.. Hahaha.. Lawak tol!









Alhamdulillah selesai semuanya dengan satu kali lafaz sahaja.. Tahniah buat my hero..









 Bacaan Lafaz Penerimaan Mas Kahwin



Giliran hubby serah mas kahwin.. Nampaknya semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah..







Then, kali ni giliran saya pulak menyerah cincin pada hubby.. Errmmm.. Something happens.. Ayoooo..



See !!! My First Time sarung cincin ke jari lelaki!!! Ya Allah! Saya sarung di jari tengah!! hahahaha.. kena gelak sungguh ngan hubby.. Malu punye pasal saye pon gelak jugak.. :( Ceh!


 Dalam gelak kena steady sebab ramai kameraman.. Wawawa..



Alhamdulillah semuanya selesai.. Opsss.. Ada lagi yang tertinggal.. Kalau zaman sekarang pasangan pengantin akan cium di dahi.. Tapi di kampung saya ni lebih kepada meletakkan tangan suami ke dahi isteri sambil membaca doa untuk zuriat.. So xda la adegan2 c*** semasa nikah ni.. :)



Selesai Majlis kami bersalaman dan akan ada sesi makan.. Untuk kami pulak walaupon perut berkeroncong kenalah tahan sebab ada sesi bergambar..










 Sesi bergambar bersama keluarga
















Then rombongan lelaki pon mulalah beransur pulang ke kediaman penanggah.. Kami pulak yang menahan kelaparan untuk ke sesi memori dalam kenangan bersama hubby 
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com