Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Khamis, 10 Mac 2011

Cite Antu Seksyen 2, Shah Alam??

Entah nak kate takut memang la takut.. Nak kate minat pon memang minat gak.. Ntah la.. Sejak kerja bahagian penguatkuasaan ni perasaan takut tu macam kurang skit.. Yang banyak nye minat jer.. Kalau dok umah sesorang pon mesti tunggu ari selasa dan kamis.. Ada cite antu kat TV.. Tapi cite nye masih tahap biasa2 jer.. Cite antu penah tgk yang rasa mcm best citenye..
'Nang Nak' (Thailand)... 'Sundal Bolong' (Indonesia)... 'Khurafat' (Malaysia) dan ada g la...

Kategori Malaysia ni seram dia kurang skit berbanding Thailand dan Indonesia nye citer.. Tapi minat nye pasal aku pon bantai nengok gak la.. Kalau zaman bebujang dulu g tgk movie pon ada gak la layan horror movie.. Tak sangka lak hubby ni pon layan cite cam tuh.. hahaha.. Bukan ape.. sonok bile tgk.. Seram memangla seram.. Tapi after cite tu la.. Kalau kat cinema kalau bole nak tengok berdua jer..

Pernah sekali dulu g tgk movie 'Beranak Dalam Kubur'.. Ceh.. Tak best sebab ramai/penuh dan orang suke jerit2.. Tak suke dengar orang jerit2 pas tu ketawa.. Lalala.. Hilang feel i tau.. Hikhikhik.. Kekadang kalau tengok tu aku nak bagi ada feel aku diam je xda sembang2.. Aku buat2 la macam aku yangda dalam TV/Movie tu..

Memang adalah aksi terperanjat/meremang/terkujat2/tersenyum.. Mcm2 g la.. Tapi seronok sebab ntahlah terasa kelainan..

Ape pon ni ada kisah yang aku terbaca dalam 1 blog pasai antu ni.. Kisah ni memang glamor da shared by some blogger.. Kebetulan aku ngah searching pasal contest terkeluar lak post blog ni.. Syok pulak bile baca.. Jum layan sesama..




Gambar diatas merupakan tempat sebenar kejadian
___________________________________________

*Nota:
'Aku' di sini bukan merujuk kepada 'AKU' tau... Hihihi..
Ni 'aku' penulis blog tu la..

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada. Nak masuk pulak ada 3 perkara musykil yang memang mushkil la..

Pertama
 Tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

Kedua
Tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...

Ketiga
Pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni, Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras". Patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak.

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu umah kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila.

Al- fatihah..

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

Like Entry

Isnin, 7 Mac 2011

Aduh! Cakit Gigi nih...

Tiap malam aku susah sangat nak dapat tidur lelap.. Bile terjaga saja punye la sakit mak aiiiii gigi ni.. Da dekat 8 hari aku suffer penderitaan ni.. Huaaaaaaa... Letih pulak bile sakit gigi ni.. Ari tu ada gak perhati betul2 keadaan gigi ku.. Kot2 la ada tikus telah membuat lubang.. Ceh! Rupenye gigi bongsu kat belakang geraham yang tumbuh tu da xda ruang nak duduk.. Adeeeeiiii.. Kire lari dari landasan la.. Bile nak makan Ya Allah, hanya Dia yang tahu kehebatan penangan sakitnyeeee...

Da la sakit gigi, kembung perut pulak.. Da kembung perut, sakit perut pulak... Badan jadi makin2 la lomah.. Tapi bile g opis buat2 la ceria.. Tapi dalam manyak susah ati mau makan sakit, mau mandi sakit, mau tido pon sakit meh... Yang seronok dan amat2 terharu tu bile dalam keadaan begini Hubby sangat2 la prihatin.. Dia sayang wa ooooo... hihihi.. Kesian sangat telinga dia salu kene bebel ngan aku sik sakit.. sakit.. sakit.. Tapi dia salu soh baca selawat banyak2 dan fatihah.. Katenye kalau cakap sakit memang akan terus sakit.. Tapi nampak jugaklah kasih dia bile aku betul2 dalam kesakitan.. Sungguh terharu! Malam2 bile aku sakit dia akan peluk sambil letak tangan kat pipi.. Selawat dan baca fatihah banyak kali.. Sampaila aku diam membebel cakap sakit.. Hehehe.. Tapi sungguh! Kekadang memang xtertahan.. Rasa macam nak cabut tapi takut dan sayang sangat kat gigi tuh.. Maklumlah... anak bongsu la katakan.. Ngada2 lak dia nak manja2 ngan aku xkena tempat.. Ceh!


 Sik sakit2 last2 malam tadi Hubby g kedai carik pil tahan sakit... Berbekalkan kudrat yang ada aku pon sibuk gak la follow.. Kot2la dibelinye pil yang merepek pening pulak aku nak makannye.. Akhirnye amik la pil yang kire tahu jugakla peranan nye.. Lain2 pil cam peleeeeeekkk jerk.. Dia pon amik la Cap Kaki Tiga yang untuk sakit gigi tuh.. Aku xpenah lak makan b4 ni.. Hahaha.. Nasibla..


After makan sikit la dlm suku cawan air yang da dicampur serbuk Cap Kaki Tiga tetibe pedih lak perut ku.. Rasa macam penuh pulak perut ni dengan angin lagi.. Tak tau la penyembur angin mane la yang masuk dalam badan aku nih.. Rasa kekadang macam belon je tapi belon ni xnak lak terbang. makin penuh angin makin berat adalah.. Kalau terbang syok la jugak dapat round the air of Putrajaya ni.. Huhuhu.. Da la penuh angin tetibe cam ada skit rasa panas2 dalam perut ni.. Heh!! Ni sape punye keje plak main masak2 dalam perut aku ni.. Da xda keje lain la tu si cacing2 ni.. Soh tido xnak.. Degil pulak cacing2 tu siap main bakar2 mcm ala2 'camping' lak dlm perut aku.. Ceh! Bikin panas saja..


Sian hubby.. Dia pon sapu la minyak BAM panas kat perut.. Adehhh.. Memang xterlarat je nak uat keje.. Last2 aku pon ter tuuuuuuuuuttt (tido...) Lega dapat kena minyak panas kat perut.. Pagi nye dia soh gak g klinik sebab dia wisau makan aku pon da xseseronok selalu.. Makan je mesti pagang pipi.. Cian sungguh.. Aku pon g la klinik.. After da dapat ubat dan makan g la opis balik.. Kirenya 'timeslip' je la dapat sebab aku masih leh bertahan.. Doktor pesan kalau sakit lagi n.week jumpa dia.. Hurrrmmm.. Sungguh sedih dengan kamuuuuu gigi.. Walaupon xberlubang tapi kesian pulak tengok kedudukan dia yang terkeluar dari landasan keretapi nye.. Hahaha..
Moral of the story aku pon xtau.. Huhuhu.. Yela aku pon xtau cam ne lak puncanye gigi aku leh senget xikut landasan.. Doktor kate rahang aku kecik.. Sebab tu gigi xmuat so dia pon senget.. Hai la gigi.. Nak bagi pesanan kat reader pon xtau cam ne? Kalau berlubang leh la bagi pesanan penaja.. Apepon doa la aku cepat2 sembuh sebab kesakitan gigi ni memang2 sangat2 huhuhuhu
xterkate.. Nak kate gigi besar gedabak sampai rahang xmuat xla sebesar gigi nih..

Petang ni after work sebagai tanda penghargaan pada Hubby yang jaga aku saban malam bile sakit gigi aku nak uat la puding susu special untuk dia.. Teringin lak nak uat triffle.. Tapi nak kena beli bahan.. Malas n sungguh xterlarat lak.. Triffle tu len kali jela.. After da stabil gigi ku.. Jadi leh la mam sesama..  Hikhikhik..
Like Entry

Jumaat, 4 Mac 2011

Kad Kawin Kuuuu..

Sepanjang kami nak menuju ke alam rumahtangga ni banyak sangat2 kelebihan yang Allah bagi.. Kami temui kekawan yang baru dikenali sume yang serba baik hati yang penuh dengan kate2 nasihat yang betul2 menguatkan semangat kami la.. Syukur.. Daripada Kameraman (Pre-Wedding), Kameraman Wedding, Andam, dan ex-officemate Puan Sabariah.. Sangat terharu dengan kate2 semangat u all dan pengalaman2 u all..
Hehehe.. Abes la sume syaitan bergelimpangan lari menangis berguling2 sebab kami pon da memenuhi tuntutan Rasulullah S.A.W.. Alhamdulillah... Walaupon kami tahu banyak mulut2 yang jahat
(tak suke/mengata/salah anggap/memfitnah/mencemburui/membuat & membawa cerita/dll) Apepon hanya Allah yang tahu.. ;)
Untuk kad pulak banyak tol dugaan nak siapkan 1 jenis kad yang ni.. Memang betul2 besar dugaannyer.. hahaha.. cerewet punye pasal last2 kena marah ngan ramai owang nape kad siap lambat.. wawawa.. sangat2 sedih tapi suke sebab da siap.. Apepon walaupon rasa bimbang menyelubungi diri wisau xsempat nak edar aku tabahkan jugak hati.. Sebenarnye bukan susah pon buat kad ni.. Tapi memandangkan aku nak yang 'macam' tuh, 'macam' ni tu yang jadi pusing kepala designer.. Hahaha.. Sian dia tapi aku suker la sebab siap dengan hati yang puas ikut citarasa ku.. Hehehe.. Bukan sebab zaman moden punye kad tau.. Tapi sebab saja aku dan dia punye kepala ni yang nak lain skit.. Hihihi.. Gambar2 tu lak gambar2 daripada pre-wedding kami.. Thanks to Zaini!! We like ur art work!!!

Inilah hasil sebanyak berbelas2 pembetulan yang aku dan dia buat.. hikhikhik.. macam nak pecah gaknye kepala designer.. Maklumlah bape kali je kami g kesana.. Masa pergi lak elok2 da ready nak bawak pendrive berisi gambar2 yang terpilih, tup2 check dlm pendrive uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... mane perginye????? Ceh, da la nak kesana punye la berlumba2 meredah jamp (aku xtau la betul ke idak ejanye..) Sadissss je.. Ingatkan terus setel bab gambar ngan peta.. Huhuhu... Last2 sib bek ada teknologi canggih ni.. Aku betulkan pon guna program 'paint' je yang ada dlm PC opis ni.. Hihihi.. (Kerja yang sungguh jahaattt) Sebabnye bile xbertemu dan di explain directly memang keje jadi makin susah.. Designer xpaham pe kehendak pelanggan cam aku nih.. Wawawawa.. So utk membantu designer daripada hari2 migrain aku pon explain la melalui conteng2 kat 'paint' tuh.. Huhuhu.. Rasanye berbelas2 kali da aku ubah nye.. Baik kat gambar, tulisan, susunan perkataan dan ayat, susun letak gambar, dan macam2 g lar.. Hahaha.. Rasanye sape yang jadi designer aku mesti akan letak jawatan! Wah... Malu sungguh aku ngan statement nih.. Ceh!
Ni la contoh antara yang aku da conteng2.. Perghhh!!! Menangis depa.. Hihihihi.. ;P

Untuk cover ni ni  yang ke berapa ntah edited.. Aku xhengat.. Hihihi.. (Kebetulan kat PC ada program paint jer.. So aku terpaksa gak la conteng2 kat paint sebab nak bagi paham.. Maklumlah melalui email mmg cam tuh.. wawawa..

Ni pulak yang belah dalam punye design.. Ni pon ntah yang keberapa da.. Sebenarnye asal film tu kat atas dan melintang.. Tapi kami rasa cam mengganggu tulisan je tu yang letak kanan kiri.. Kalau ganggu pon xle menutup muka ni.. Hihihi..


 Tak ingat gak edited yang ke berapa.. Wawawa..



Apepon.. Kredit to this wedding card maker.. Sebab kami nye da lepas.. Selesai da xpayah dengar orang marah2 kad xsiap g.. Hehehe.. Lego den.. Legooooooo..
Dan.. Hasilnye.. Taraaaaa.. Walaupon kamu xsuke.. saya sukeeee.. heeeeee...


Sekian sajalah.. Da penat menulis.. Hihihi..
Like Entry

Rabu, 23 Februari 2011

Contest Senyum Paling Ceria

Malam tadi ronda2 carik contest dan jumpa contest anjuran namee ni.. Jadi kebetulan da ada gambar2 pose ceria2 cam ni nak gak cube nasib.. Hehehe.. Tapi nak join ni bukan pakai join jer..
  
Langkah langkah nya adalahhhh...


1. Follow blog  Namee untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
I followed u.. 


2. Buat satu entry yang bertajuk Contest Senyum Paling Ceria.
Ni la entry nyeee.. Hihihi..


3.Kemudian letak lah banner contest ni kat sidebar sekali .
Ting.. Sudah jugak!

4.Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.

Taraaaaaa.. Hehehe.. Ni sape punye banner? Sile angkat tangan mcm saye!! Huhuhu...
Namee punye la..


Klik : namee punye contest!


5.Muat naik gambar dan ceritakan mengapa anda gembira di dalam gambar tersebut.heheh..Ala simple simple je :) contoh: Saya gembira kerana baru lepas makan. :D
Gambar yang dipilih jeng3x..

Saya gembira sangat sebab lagi beberapa minit saya akan diijabkabulkan! Dalam getar ada kemanisan, kebahagiaan dan kegembiraan.. Gambar ni diambil di bilik saat menunggu pengantin lelaki tiba..
Dan saya xperlu lagi wisau yang saya xda pengapit untuk sanding esoknye, sebab pengapit saya untuk hari persandingan da ada kat sebelah saya ni.. Yeayyyy!! Saya gembira sgt saat ni, x pening g carik pengapit! 


Untuk gambar ni, saya gembira tersangat2 sebab saya da sah pon jadi seorang isteri.. Betul2 gembira dan terkejut dengan candid ni. Lum ready sebab saya nak tergelak + malu bile Cameraman soh hubby kiss pipi..Tup2 begini jadinye.. Inilah antara kenangan sesi terakhir photoshoot kami..
Sangat2 bermakna untuk disemat dalam sanubari..
Ngehngehngeh..



6.Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
Sudah maam..


7.Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda dan make sure mereka tahu yeah ;)
iii. Awesome


Hadiah menanti..
Wang tunai


dan hadiah menarik dari United States menanti!!! :D


TARIKH TUTUP : 31 MAC 2011 (Thursday)




Hehehe.. Awai lai.. Redha jerk ni.. ;)
Like Entry

Ahad, 20 Februari 2011

Contest Kami Pose Comey!

Malam tadi aku godeh2 search contest dkt blog2 aku ternampak la contest ni.. Hurmmm.. Menarik nampak.. Hihihi.. So teringin la nak sertai ujibakat sat.. Upss.. Tapi kena follow rules ni dulu.. Jum jwpanku masa interview.. Ngehngehngeh..

1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah..
I followed u.. U follow me? :P Hikhikhik..

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!!
I done It! ;) Ting! Tengok la.. ni ur banner kan.. Hihihi..


3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas..


Ni gambar masa wedding yang lepas.. Kameraman bagi Hubby I kamera n soh uat jela pape yang dia suker.. Hihihi.. Pose ni candid dan yang sebelah kiri tu Jurumekap I, yang lagi sowang tu Jurukamera kedua I.. Best sangat masa nih sebab nilah persalinan yang terakhir before balik umah.. So kameraman da xkesah dah.. ;)

4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..
Jawapan nye kan Amni, senang sesangat.. I join contest ni pasal I teringin nak pakai henpon canggih2.. Maklumlah henpon yang I pakai sekarang ni pon sik xda kodak jer.. Hehehe..
Ni la henpon yang da bertahun2 I pakai.. 
Maluuuuuuuu.. Hikhikhik..


5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Kite tengok sape yang kena! ;)

6~mencari seorang pemenang:hadiah berupa handset Apple iphone
OR

RM100 +TOPUP 50...
(law menang pilih salah 1 je hadiah k)
Urmmm.. Ceh.. I ngah berangan pegang IPhone ni.. Yelah.. Mane penah g beli henpon sendiri.. Hikhikhik.. Sume henpon yang I pakai dari I skola henpon orang bagi (Abah, Along, Abang, My Dear).. I pulak jenis yang xkesah ape bentuk pon janji leh pakai.. Huhuhu..

7~tarikh tutup 25 feb 2011
Ehem2.. Cam sempat lagi walaupon da saat2 akhir ni.. ;)
Like Entry

Khamis, 17 Februari 2011

Contest Gambar Kahwin!


THE PRIZE WAS....

1) RM 100 + Saguhati
(Nak yang ini!! Uwaaa.. Nak jugak! Hehehe..)
2) RM 70+ Saguhati
(Yang ini pon nak jugak! Tak kira.. Tak kira.. Hihihi)
3) RM 50 + Saguhati
(Ni pon same.. Nak pakai bayar bil tepon.. Hihihi..)

Kesimpulannya.. Penulis blog ini sungguh degil dan noty.. Sume dia nak! Hehehe.. Tak leh jadi ni.. Uwaaa.. Nak sume adiah tuhhhh... ;)

OBJEKTIF CONTEST
(penting ni before join memane contest.. ;) )

1) Memberi peluang kepada anda mengimbau kembali saat bersejarah
2) Memupuk semula kasih sayang antara pasangan
3) Menambahkan kenalan seterusnya menambahkan silaturrahim di alam maya.

SYARAT-SYARAT NAK JOIN :

1) FOLLOW Contest Hidayah Punyer..
- Hikhikhik.. I da follow u da..

2) Membuat satu entry gambar perkahwinan anda dan pertandingan
- Sebenarnye..
Ni bukan gambar sebagai pertaruhan tau..
Tapi inilah bukti penantian cinta kami selama 10 tahun lebih, sehinggalah Allah mengabulkan doa kami untuk bersatu melayari alam rumahtangga.. Selama tempoh itu, kami melalui macam2 ranjau onak dan duri demi mempertahankan cinta masing-masing.. Dengan mutiara kata yang sering kami pegang di dalam hati sekalipun bertahun-tahun yang lalu berpisah tanpa bersua..
"Seandainya ada pertemuan, biarlah ia sepanjang usia perpisahan,
Jika ada segugus kerinduan biarlah ia seindah percintaan"
 Cewah2.. Jiwa2 pulak ea.. Tula, nak uat cam ne kan.. Dari azali da jiwa2 macam tuh.. Hihihi..
- Okay2, back to the pic ye!
Nilah pic yang rs mcm ala2 sentimental gitu.. wawawa..
Rasa berdebar2 sangat.. Sentuhan lelaki bergelar suami sangat2 istimewa.. Itulah kuasa Allah nameny.. Penuh dengan kasih sayang yang benar2 tulus.. Terharu pon ada bile tengok gambar ni.. Sesudah bertungkus lumus sedaya upaya mengumpul wang untuk merasai nikmat berpakaian dan fotografi yang cantik.. Alhamdulillah.. Allah kabulkan doa kami walaupon banyak ranjau dan duri kami perlu tempuhi untuk merasai keindahan perkahwinan kami yang sebegitu.. Suka dan duka, pahit dan manis yang kami lalui untuk menikmati serta merasai perasaan yang sama seperti pasangan suami isteri lain.. Halal disentuh dan indah direnung mata.. Selepas sesi bergambar ni kami berdua saling berpandangan sehinggakan menitiskan air mata tanda syukur dan terharu atas ape yang telah terlaksana antara kami dengan keizinanNya setelah 10 tahun usia percintaan kami..

Ni la posing yang akan ku semat dalam kenangan pakaian JAWA..

3) Letakkan Banner ini semasa pertandingan dilangsungkan

Tak lain dan xbukan
Teng..Teng.. Teng.. 
Tu dia.. Banner contest.. Bling2 gitu..

4) Jika anda belum berkahwin, boleh menggunakan gambar perkahwinan ahli keluarga atau kawan-kawan DENGAN SYARAT meminta izin dan kebenaran dari PIHAK mereka.
- Hikhikhik.. Yang ni gambar original punyooo.. Sendiri punyo kawen haaa.. Keizinan pon da dapat dari Hubby! Tq my laling.. Yeaaay!!

5) Gambar hendaklah jelas dan terang. Hanya SATU keping gambar sahaja..
- E'eh! Hurrrmmm.. Terang2.. Lighting pon ok tuh..
Urrmmm Jerawat pon terang.. Hikhikhik.. Memang betul tu sekeping jer.. Pengantin pompuan pon da kelihatan mcm sekeping jer.. Upss... Da lumrah.. Nak uat cam ne kan..

6) Pemenang dikira berdasarkan teknik solekan, teknik fotografi dan nilai sentimental yang ada pada gambar.
- Teknik solekan? Hurrmmm.. We like it very2 much magic touch by andam Serie Ahmad from Muar! Love it!..
- Teknik fotografi?? Wow! We like it so much! From Aliceshah.. Sukeeeeeee tapi xtau la juri suke ke tak.. Hihihi.. ;)   

DAN sertakan sekali DEFINISI PERKAHWINAN anda..( tidak lebih 30 pp)

- Definisi PERKAHWINAN? Banyak ni.. Definisi berdasarkan pemahaman di Skolah Menengah, Skola Agama Darjah Khas, Kursus Kawen, Paham2 sendiri pon ada.. Hihihi.. Tak pelah u.. I bagi yang I paham2 sendiri ea.. Jangan kira 30pp dulu tau ni.. Saja je ni I bebel2 dulu.. Sebab I ni memang kuat celoteh.. Ok2 after i letak tajuk n garisan baru u kira 30pp k.. Hukhukhuk..

PERKAHWINAN
(mengikut pemahaman dan huraian hatiku)

Sunnah serta amanah yang menyingkap tabir rahsia antara dua nakhoda (suami dan isteri) dalam melayari bahtera menyusuri laluan kehidupan disebalik limpahan nikmat suka-duka dan susah-senang sehinggalah dianugerahi *qurratu a’yun.


(*maksudnye: anak2 yang menyejukkan  pandangan mata)  


7) Keputusan adalah MUKTAMAD
- Yela2.. Kalau I kalah pon I redha jer.. Dun't worry.. Hihihi.. I x makan juri punya kalau I kalah. Kwink.. Kwink.. Kwink..

8) Peraduan akan tamat pada 27 FEBRUARI 2011
- Uwaaaaaaaa.. Sib bek I sempat meronda2 blog masa nih.. Dapat gak jumpa contest ni..Apa lagi seseempat kan diri gak la taip2 kat opis.. Ehem2.. Mengular ka???? Tak la.. Ni uat masa lunch time ni.. Pas tu save as draf.. Betullll.. xtipu ni.. Hehehe..
Xpela..Janji sempat entry blog b4 the Date!
Like Entry

Jumaat, 21 Januari 2011

Pelamin Idamanku

Akhirnya B2B telah menjadi isteri yang sah pada 15.1.2011.. Alhamdulillah.. Syukur dan sangat terharu dengan kekuatan jodoh yang Allah tetapkan.. Moga kami dibimbing dan dipimpin ke jalan yang diredhai.. Nak cite skit pasal pelamin ni.. Before majlis wisau le bebenor cam ne la hasil tangan si zamanee ngan serie nanti.. Tapi bile da jadi memang bagi kami tu sume di luar jangkaan.. Syukurlah.. Tak sangka lak rasa macam besar pulak pelamin nye bile da jadi.. Suke sangat2.. Inilah pelamin idamanku dan hasil nye juga amat memberansangkan.. Wawawa.. Kagum meh.. Alhamdulillah.. So takat ni aku sempat tulis ni je dulu.. api 2,3 ari lagi leh la nak editing.. Hehehe.. Jum santap dengan pelamin idaman dan pelamin hasil yang tetap jadi idaman.. Simple but nice.. I like that! Ini pelamin yang memenuhi citarasaku.. Simple..


Inilah hasil Zamanee dan Serie.. I like it very much.. Syukur Alhamdulillah.. Unexpected..

 Di malam nikah..


Di siang hari..

Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com