Dengarlah kalian,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." Wallahualam.. ;)

Anda pengunjung yang ke...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Play With Kiko Boy!

Lady Bug Space..

Jumaat, 27 November 2009

Penantian penuh harapan..

Pagi 27hb November 2009 aku siapkan satu hadiah istimewa dariku untuk si dia di majlis pertunangan kami petang nih.. Special dekorasi dariku.. Taraaaa!!!

Diam tak diam dah hampir 10 tahun kami berkenalan, berkawan, dan bercintan. Syukur pada 27hb November 2009 (Jumaat) sempena AidilAdha kami mengeratkan lagi hubungan ini dengan ikatan tali pertunangan.. Begitu lama kami mengharungi kemanisan dan kepahitan dalam menempuh hari demi hari memelihara hubungan ini.. Kesabaran, kecekalan dan kesetiaan memandu kami ke jalan hingga kini.. Alhamdulillah.. Walaupun cuaca tetiba hujan seketika aku bersyukur kerana bilamana kami nak berjumpa dulu mesti hujan renyai.. kerap sangat hinggalah nak bertunang pun hujan iringi.. Mudah2an hujan rahmat yang diiringkan dengan doa2 keberkatan. Amin..


Ni lah rupa aku masa sesi make up.. Hehehe.. Pucat lesi.. 3,4 kali jugak lah disapunya foundation.. Hurmm.

.
Jam menunjukkan lebih kurang waktu malaysia 4.42 petang.. Ketibaan rombongan lelaki (Pergh!! Ramai nyer..) Majlis simple jer.. Malu jugaklah bila dah ramai tapi persiapan biasa2 jer.. Nway terima kasih banyak kepada sume keluarga dan sanak saudara sidia yang sudi hadir.. Terharu!

Sopannyer bersalam.. Yang kat sebelah si dia tuh ayahnya.. Encik Hamzah..

Ini antara hadiah (ikhlas) dari pihak masing-masing.. Mak kate mak xmau hantaran dulu.. Hantaran bagi masa kahwin nanti.. Jadi sebagai menghormati majlis masing-masing dengan niat suci hati membawa hadiah ikhlas sahaja..

Hadiah Dari Lelaki

Hadiah Dari Perempuan

Kawan baik aku masa aku belaja di Uitm Melaka dulu pon turut hadir..
"Terharu sangat sebab u sudi datang & sanggup tunggu hingga ending.." Thanks Faizah!!
Dia stay ngan aku bermula dari sesi make up lagi hinggalah ke sarung cincin dia sebelah aku dan penamatnya.. Aku harap di majlis akan datang dia dapat bersama lagi..




Masa sesi sarung cincin.. Berdebar2 gak takut xmuat. Hahaha.. Makan banyak jari mengembang... Mak Wo sarungkan cincin risik dan mak "si dia" sarung cincin tunang.. Hurm..

Mak wo menyarung cincin merisik..

Mak si dia menyarung cincin pertunangan..

Alhamdulillah.. Selesai..Lepas sarung cincinkan, aku blur tau! Aku tak tahu la nak uat pe pas tuh.. Hahaha.. Memang kalut. Tapi tetiba Atul (Tunang Abg Si dia) pimpin tangan aku mintak bergambar. Then, beramai-ramai la bergambar.. Huhuhu.. Jadi artis sat no.. Urmm.. Lama gak la kami masing-masing termagu2 tak tahu nak uat per.. Aku senyum2 comel jela. Hehehe..

Candid ke ape nih?? Ni Along Kakak aku... Orang kuat Dapur.. Hehehe..

Yang ngah dok bersembang nih merangkap photographer jugak abang aku.. Serius nyer.. Ape cerrr...

Hah.. Yang dua ni dari kanan Emi.. Bawah aku, Yang kiri lak Nayang, bawah Emi.. Mana pulak adik bongsu aku nih, Manja.. Manja.. Where Are You?? Aiseyyy.. Tercicir lak..

Lar.. Kat sini rupenyer.. Soriilahhh yer... Ni je gambar yang ada... Heheh.. Mana menghilang..

Lepas selesai sumenyer sesi apa lagi.. Sesi Am..Ammm la.. Mamammmm.... Maklumlah dah namanyer raya Aidil Adha so makan ketupat ngan lomang lor (Hidangan Hari Raya di Johor).. Extra Vaganza Meal pon adalah gak kan.. Puding susu buatan tanganku.. Huhuhu..

Aku kini menanti pula ketibaan yang masih jauh lagi untuk ikatan suci penamat hubungan yang halal.. Lama tuh.. Erm.. Mudah2an Allah beri ujian mengikut kemampuan dan ketabahan kami..

Hah.. Kena marahla tuh sampai lambat.. Huhuhu.. Sempat lagi sembang-sembang ngan pak su au dari perak.. Thanks paksu n maksu sekeluarga jauh2 sudi datang gak..


Selepas rombongan lelaki meninggalkan perkarangan rumah sempat jugak kami merakam beberapa aksi kat luar rumah. Hepi..


Tak banyak yang aku dapat attach dalam entry ni.. Segan la pulok! Huhuhu..
Banyak muka-muka kelakar aku adik ambil.. Aku dah xreti lagi cam ne nak senyum.. Along soh aku senyum tunjuk gigi.. Dah puas aku berlatih macam ne nak senyum comel2.. Hahaha.. Tapi dah memang rupenyer gitu susah gak.. Adeh! Tak bersyukur langsung aku nih, rupa dah okay tuh.. Alhamdulillah.. Syukur dikurniakan cukup sifat pada wajahku walaupun tak se cun wardina safiah.. Huhuhu.. Aktres pujaanku!



 


Apa pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi atas keredhaannya dalam majlis kami yang berjalan dengan lancar.. Moga Allah pimpin kami dekat padaNya dan tidak meninggalkan kami jauh dariNya menuju alam yang indah (alam perkahwinan)..

Lambat lagi la pulok.. Heheh..



Like Entry

Rabu, 18 November 2009

Hah.. Kena Dah!


Dalam jam lebih kurang 1045 pagi aku menghala ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.. Hurm.. kebetulan terasa nak lalu jalan masjid.. Nak dapat berkat sikit lah katakan.. ;> Tetiba sampai di traffic light aku terpandang satu kemalangan di sudut jalan bertentangan.. Agak terkejut lah.. Selama aku berada di Putrajaya aku lum pernah lahi la ditunjukkan dengan kejadian kemalangan jalan raya.. Rasa2 ini 1st time aku tengok dengan mata sendiri accident di kawasan Putrajaya.. Urm.. Tak sangka lah.. Kebetulan lak polis trafik ngah jaga kat depan.. Aku pon mintak tolong lah member sebelah snap posisi yang baik nak nampak lebih jelas. Saksikanlah olehmu.. Sedih gak bila aku tengok ada dak pompuan ngah terduduk kat tempat pejalan kaki.. Aku agak keta tuh salah satunya mesti milik dia.. Kesian sangat.. Tapi benda dah nak jadi kan.. Redha jelahh..
Polis trafik : Hurm.. Teruk gak aku tengok bumper depan keta nih.. Terlondeh jerk.. Mau beribu gak lah kalau nak di repair..

Encik A : Tulah pasal.. saya pon dah pening tengok bumper nih macam nih.. Dah lah tengah bulan nih.. Gaji pon tak masuk g.. Parah!!

Polis trafik : Mesti mahal kan keta nih ko beli.. Bulan2 ko bayar berapa nih?

Encik A : Urm.. Mahallah kot.. Bulan2.. Urm.. Ni bukan keta saya ni Encik.. Saya penonton je tadi.. Saya tengok sportrim keta ni cantik je.. Tuh yang saya nak tengok dari dekat nih..

Polis trafik : Lor.. @#*&*U*$@^*(&*()*&$%@*&%*(^!! Hampeh tol!


Like Entry

Selasa, 3 November 2009

Keindahan Rumah Tangga

Anak merupakan anugerah dan rezeki bagi anda yang sudah berumahtangga. Kehadiran cahaya mata pastinya membuatkan kehidupan anda lebih ceria dan bermakna. Lebih-lebih lagi kepada anda yang baru nak dapat anak sulung. Fuhh... gembira tak terkata. Tuhan saje yang tahu, kan?Tapi, tak semua pasangan akan terus dapat anak selepas setahun jagung berkahwin. Ada yang terpaksa menunggu sehingga tiga, lima atau pun lapan tahun. Malah ada yang sampai berbelas tahun kahwin pun, masih belum lagi dikurniakan zuriat.
Itu semua adalah co....ba..an!
Walaubagaimanapun, janganlah anda lekas berputus asa. Jangan sesekali berhenti berusaha dan berikhtiar. Pasti anda akan jumpa jalan penyelesaiannya satu hari nanti.
Ada satu petua yang anda boleh cuba amalkan. Begini caranya;

Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada waktu di antara selepas solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan membacanya selama 41 hari berturut-turut. Kemudian, mohonlah pada Yang Maha Esa agar anda dikurniakan anak atau zuriat yang soleh dan solehah.

Selamat Mencuba!
Like Entry

Remember Me Always..


The Chapter Of My Life

Click here to get more
Provided by MasterGreetings.com